Biasa makan lempeng kan!
Lempeng yang biasanya dibuat daripada tepung gandum dan air saja. Ubuh sikit garam kalau makan camtu je memang tersekat-sekat kat tekak ni. Lempeng kosong ataupun lempeng kelapa... sedap dimakan cecah dengan sambal ikan bilis, gula atau pun kaya. Atau apa saja kuah yang masih ada stoknya di rumah. Ramai orang kenal lempeng ni.
Lempeng ikan pula... pernah dengar dan makan tak? Ibuintan pun baru dengar dan kenal lempeng ikan ni sejak berkahwin dengan anak mak mertuaku. Lempeng ikan ini ialah lauk kegemaran mak mertuaku dan anak lelakinya yang juga merangkap suamiku
Lempeng ikan, maka bahan utamanya sah-sahlah ikan, takkan daging pulak kan! Ikan pun bukan sebarangan ikan, bukan semua ikan boleh dibuat masak lempeng ni. Menurut mak mertua, hanya ikan lampam sungai saja yang sangat sesuai dimasak lempeng ikan ni. Dan setakat ini memang ikan ini sajalah yang pernah dibuat lempeng, walaupun tulangnya banyak sikit. Tapi rasanya memang sedap, isinya lemak dan manis.
Lempeng ikan, biasanya dimasak di dalam kuali yang dialas dengan daun pisang. Dimasak dengan santan yang pekat sehingga kuahnya kering dan kulit ikan garing.
Bahan utama - ikan lampam dan daun pisang. Daun pisang , ambil dibahagian hujung pelepahnya, sebab tulang tengahnya kecil dan boleh dilentur. Kalau kita ambil yang ditengah, tulang tengahnya telah keras dan patah bila dilentur/letak dalam kuali.
Bubuh sedikit minyak masak dalam kuali (dua sudu), ratakan minyak ditapak kuali, kemudian alas kuali dengan daun pisang, dua lapisan. Lapisan yang paling bawah, daun yang telah dibuang tulang pelepahnya sementara lapisan kedua daun dengan tulang pelepahnya sekali. Bubuh pati santan beserta lada api dan kunyit yang telah ditumbuk serta daun kunyit.
Masak dengan api yang sederhana , bubuh juga asam keping atau perahan jus limau kasturi. Ikan tidak perlu dibalik-balikkan kerapkali (agak-agak dah masak bahagian bawah baru dibalikkan bahagian atasnya) .Masak sehingga kuahnya pekat atau kulit ikan menjadi garing. Semasa dimasak, daun kunyit dan daun pisang akan mengeluarkan aroma yang sangat wangi.
Lauk lempeng ikan yang sudah masak. Ibuintan tidak mengeringkan kuahnya, biarkan ianya sedikit berkuah. Kalau hendakkan kulit ikannya menjadi garing, kuahnya perlu dikeringkan lagi. Kalau dirumah mak mertua, tak lulus ni ...sebab mak mertua suka kuahnya kering dan kulit ikannya garing
Lauk lempeng ini mengambil masa sedikit untuk dimasak. Abahintan membeli ikan lampam ini di Pasar Sari Tanjung Ipoh pada hari Ahad yang lepas.
//disebabkan anak lelakinya suka makan lauk lempeng ikan ni, maka mak mertua dengan rela hati menurunkan ilmunya kepada menantu kesayangannya ini..... hai mak mertuaku 'sayang ke?
28 ulasan:
Macam masak lemak pun ada.. cuma cara masaknya berbeza...
selalu gak metuo kaklong bg tau caro masak eh..tapi lom ponah raso laie...dio koba api en nk slow2 yo kan...?
dah nak tengahari ni. bab daun pisang tu, terimaginaasi dah keharuman dia tu.. terliur dah
salam ibuintan..meamng belum pernah dengar..
ikan lampam ni..memang akak tak berani nak makan..tulangnya banyak sangat..sama dengan ikan terubuk..pernah tercekik tulang ..tu yang serik dengan ikan bertulang banyak ni..
as salam ibu..saya ingat itu masak lemak la....ikan tue plak saya ingat ikan siakap heheeheheh...
kakcik memang macm masak lemak cili api cuma cara masak berbeza, ada eksesori daun pisang
wahh..ni dah kiro lain dr yg lain...lamo dah tak poie pokan ahad kek tanjung ipoh..
haah kak long, apinya nak sederhana saja supaya daun pisang tak cepat hangus.. makan masa berbanding masak lemak biasa
rasanya lagi sedap dari masak lemak biasa juga
sasa.. bau daun pisangnya memang menerbitkan aroma yang membuka selera ditambah lagi dengan bau daun kunyit
kak erna..ikan lampan ni memang banyak tulang kecil tapi isinya halus dan manis, lebih2 lagi ikan lampan sungai.. ada cara makannya tu supaya tulangnya senang dikeluarkan
mualaikumsalam shah, memang macam masak lemak cili api..tak pernah makan ikan lampam ke, ini ikan sungai lah.. hasil dari Empangan Talang
masak lempeng ikan ni makan masa sikit, double masa banding masak lemak biasa... api pun kecil dan tunggu sampai kuah kering
As'salam..
amy suke makan ikan tue sedap bangat..masaknya lebih kurang macam masak lemak la kan cume bezanya cara je..
waghih... datanglah sekali skalo bilo balik kg tu..
mualaikumsalam Amy.. betul tu cuma cara nye saje, makan masa sikit ..
ibu pun suka juga tapi ikan sungai lah kalau yang dibela dalam kolam tu kurang sikit lah
salam,
errr....xleh buat sarapanke...makan ngan nasik lemak kopi o ke...
salam. omak kakpah dulu solalu buek masak ni. osah sodap e.
salam cikgu,
boleh makan ngan nasi lemak berlaukkan ikan ni, lagi sedap rasanya,... dua-dua ada aroma daun pisang
boleh cuba tu cikgu..
kakpah,
tak nuntut ke ilmu tu... kena sabar sikit masaknya, macam masak rendang juga kan... lagi kering lagi sedap
Salam cg..
Lama saya tak makan ikan haruan di sumbat dengan nyiur.. kemudian di bakar.. Aduh.. Orang kedah panggil "Bantut" Kalau di Indon dan jadi "Pondan"..
as salam cikgu,
wah.. spesel tu, nama pun boleh tahan..
di Sarawak takde ke ikan haruan, cikgu buat lah di sana pula, kenalkan pada org2 sana menu spesel ni...
bagaimana bapak gitu juga anak.. suka lempeng ikan!
Arwah mak kak Zai biasa juga masak macam ni tapi kami panggil pais ikan.
SALAM,
TAK PERNAH MAKAN LEMPENG IKAN NI. TOLONG BUAT BANYAK2 DAN JEMPUTLAH KAMI NI !
Wah IM suka juga ke... lempeng ikan spesel
itulah kak zai, ini hasil kretiviti orang dulu2 dalam masakan.. pelbagaikan nama dan cara
as salam Dato,
insyaallah bila dapat banyak ikan lampam boleh juga, sudi ke Dato?
Letak daun pisang plak tu...mmg best laa...
terbaek
Jangan luper Vote Momoy yer No. 382 - pilihan 10
Much thx
Undi No. 382 sekarang yer!!
Ikan Sungai mmg sesuai masak lempeng. Ikan talapia pun sedap. Selalunya saya alas yg bawah sekali Tu Daun pisang. Atas Daun pisang letak alas Daun kunyit. Akan buat bau Dan masakan Tu Lagi umphhh. Kuahnya kalau suka tempoyak boleh campur dengan tempoyak. Lagi sedap kalau dihiris daun asam Gelugur Dan terung telunjuk. Mmg mengancam
Catat Ulasan