Followers

Isnin, 6 Disember 2010

Lesen memandu.........Nasib baik polis tahan.

Salam Maal Hijrah.

Baru-baru ini tuan  Hok Sengoti menulis tentang lesen tamat tempoh.  Entrinya mengimbau peristiwa yang sama, yang  berlaku kepada ibuintan pada 24hb. Oktober 2008.

Pada  24 hb. Okt 2008, lebih kurang pukul 4.45 petang, ibuintan keluar dari rumah , memandu seorang diri menuju ke Kuala Pilah.  Sampai di Jalan Melang, sepasukan anggota polis membuat sekatan jalanraya,  menahan setiap kenderaan yang lalu, anggota polis yang bertugas  juga lengkap menyandang sepucuk senapang di bahu masing-masing.  Kalau tidak silap dua orang anggota polis yang menahan dan mengawal kenderaan dari dua arah yang bertentangan.

Sementara di tepi jalan pula, tiga orang anggota polis berdiri mengawasi keadaan sementara dua orang duduk menulis di meja sementara yang diletakkan di pinggir jalan, di sebelahnya pula berdiri gagah seorang lagi anggota polis, sebagai ketua di antara mereka tapi tak tahu pula apa pangkat yang disandang beliau.


Nak dijadikan cerita, bila tiba giliran kereta ibuintan ditahan, anggota polis tu pun menahan...
"Puan, boleh saya tengok lesen memandu puan," katanya.

Ibuintan pun mengambil lesen dari dalam beg tangan dan dengan sombongnya bangganya menghulurkan kepada anggota polis berkenaan....anggota  polis tu pun mengambil dan membelek-belek lesen ibuintan.

'Puan, tarikh lesen puan ni sama dengan tarikh lahir saya. Tapi sepuluh bulan yang lepas,' katanya selamba.

Haaaa.... memang terkejut beruk betul waktu mendengar kata-kata anggota polis tu.

'Sekarang puan pandu ke tepi dan berhenti di sana,' katanya sambil menunjukkan ke arah polis lain yang berada di pinggir jalan.

Ya Allah... memang menggigil betul masa tu..... selepas memberhentikan kereta, ibuintan terus menelefon abahintan yang masih berada di pejabat waktu itu.... ahhhh, malang lagi kredit telefon pula tak cukup,  tak dapat bercakap dengannya tapi nasib baik masih ada baki 3 sen cukup untuk hantar sms saja.. ..terus tulis.,,"bang, kecemasan call sekarang juga,"

Abahintan terus call dan  tanpa  sempat bertanya apa-apa "bang, kenapa tak renew lesen,  sekarang dah kena tahan ni' , abahintan hanya sempat menjawab ,'mana abang tahu...seorang encik polis dah datang membukakan pintu dan meminta ibuintan segera turun.


Masa tu mengigil hanya Tuhan saja yang tahu, festime kena tahan dengan polis.  Muka pucat lesi, rasanya kalau dituris dengan razor-blade... setitik darah pun tak keluar agaknya.

 Salah seorang anggota polis yang duduk di meja itu suruh ibuintan duduk di depannya.   Apa yang  polis tu cakap dan tanya, ibuintan langsung tak dengar apa-apa ... Agaknya sebab terlampau takut, blurr sungguh jadinya.  Dalam dua orang anggota polis yang duduk di meja tu, salah seorangnya ibuintan kenal, ibuintan kenal baik dengan isteri dan anaknya, sebab ibuintan pernah menjadi cikgu kepada anaknya.  Ibuintan memanggilnya Bang Mail... bang Mail hanya tersenyum-semyum memandang ibuintan.

Disebabkan tiada respon, maka pegawai polis yang berada sama di situ ketika itu, memanggil ibuintan.  Dia bercakap dan bertanya dengan nada yang lembut.  'Relak puan, cuba cerita apa yang berlaku ni,' katanya lembut sambil tersenyum.

Mendengar katanya yang lembut, semangat ibuintan datang semula.  Spontan terus mengaku,' maaf tuan, saya betul-betul tak perasan lesen saya dah tamat tempoh, betul tuan... saya memang tak perasan,  selama saya ada lesen, setiap tahun suami yang memperbaharui lesen saya,, dah lapan tahun tuan, saya hanya tahu bawa saja,'  ..

.'Lain kali ambil beratlah sikit,' katanya lalu menyuruh ibuintan duduk semula di meja itu.  Semasa ditahan di tepi jalan, tidak kurang dari sepuluh buah kereta yang lalu, yang kenal dan perasan kereta ibuintan.. sempat melemparkan senyuman dan yang paling sakit hati sekali, salah satunya ialah kereta yang dipandu oleh abahintan.... Boleh dia angkat tangan saja dan terus berlalu.

Semasa ini juga, ibuintan nampak Bang Mail bangun dan bercakap-cakap dengan pegawainya.  Setelah habis Bang Mail bercakap, pegawai polis itu memanggil ibuintan  sekali lagi,..  'Puan cikgu ye,' tanyanya. 'Cikgu tau tak, salah memandu tanpa lesen ni, tambahan lesen cikgu ni dah sepuluh bulan tamat tempohnya, kalau berlaku apa-apa dan cikgu eksiden, mati ke, insuran tak kaver tau, lagi satu... cikgu tau tak, kalau lesen cikgu ni dah tamat selepas setahun, cikgu kena belajar memandu semula, tak boleh nak perbaharui semula selagi cikgu tak ambil ujian memandu , jangan ambil ringan pasal benda ni,.....

'Ni salah besar ni, Cikgu nak ke mana ni? tanyanya selepas berceramah panjang.

'Saya nak pergi  kedai buku di Kuala Pilah, nak beli alatulis untuk kedai buku sekolah,' jawab ibuintan dan memang benar hendak ke kedai buku tetapi untuk  memfotostat lembaran kerja murid bukan untuk membeli alattulis.  Tak tau macam mana ayat itu yang terkeluar.

"Sekarang sudah dekat pukul enam, sekarang JPJ dah tutup,  kalau JPJ belum tutup, saya hantar cikgu pergi sana ni, mesti perbaharui hari ini juga... tapi saya minta esok pagi-pagi cikgu mesti perbaharui lesen cikgu ni, boleh tak cikgu janji,' kata pegawai polis itu lagi.

Apalagi berjanji sakanlah, janji esok pepagi akan re-new lesen ni, janji akan lebih ambil berat dan lebih prihatin lepas ni...dan yang kelakarnya sempat bertanya lagi samada ibuintan boleh ke tidak meneruskan perjalanan ke Kuala Pilah.

Jawab pegawai polis tu,' Boleh dengan syarat cikgu pandu berhati-hati dan tidak lebih dari 60km/j.'

Syukur ibuintan dilepaskan dan tidak dikenakan saman. Selepas mengucapkan terima kasih kepada pegawai polis itu dan Bang Mail, ibuintan meneruskan perjalanan semula ke Kuala Pilah, semasa memandu tidak habis-habis mengucapkan syukur sebab terlepas daripada sebarang tindakan undang-undang. Dari tempat sekatan ke Kuala Pilah ada lebih kurang 4 km,lebih kurang rasanya..

Hampir sampai ke Kuala Pilah, sebelum memasuki pekan, di hadapan bangunan Majlis Daerah Kuala Pilah, Hah.... lagi sekali ibuintan terkejut, lagi sekali rasa nak terkluar segala benda, rasa nak terkencing dan terbuang yang besar sekali masa tu......  ada satu lagi sekatan polis.. Ya Allah... dugaan apakah ini? semua ayat dan doa yang lancar habis dibaca  masa itu... nak pusing belakang, dah tak berani.. sah-sah kena kejar pulak nanti.. baca dan terus baca... gelodak dalam hati hanya Tuhan yang tahu, kalau kena tahan lagi sekali, memang kena kali ni..... lagi sekali menggigil..

Tiba-tba, habis saja kereta depan ibuintan diperiksa, semua anggota polis itu ke tepi, dan papan sekatan itu pun di angkat... sekatan ditamatkan... Ya Allah ,,,rasanya ibuintan hendak menjerit sekuat hati pada masa itu juga,.. tak habis-habis bersyukur.. ... dan tanpa berfikir lain lagi, ibuintan terus u-turn dan terus memandu balik ke rumah.  Kansel ... pergi ke kedai buku, walaupun dah lalu depan kedai buku tu....

Tak sanggup kalau-kalau menempuh satu lagi sekatan.  Kalau sekatan yang pertama tadi relak saja sebab tak tahu lagi lesen dah tamat tempoh,  ni kena pulak di sekatan ke dua.... memang sah dah tahu lesen dah tamat, tu yang rasa nak gugur jantung tu... padan muka kau ibuintan...

Sampai di rumah, abahintan menunggu dengan senyuman lebar, dan mulalah aksi salah menyalah pula...dan keesokan  paginya di sekolah, puas menjawab peristiwa di tahan abang polis..... .. semua ketawa terbahak-bahak.. termasuklah ibuintan sekali

Cuba bayangkan bukan sehari atau seminggu... lesen tamat pada 5hb. Januari 2008 dan ditahan pada 24hb. Oktober 2008.... memang nasib baik kena tahan, kalau tidak sah melepasi setahun... walaupun menggigil dan pucat macam mayat,...., terima kasih kepada polis yang menahan itu, inilah hikmahnya yang paling utama...


Sejak pengalaman itu;
1.  tidak berani lagi mengharapkan dan menyerahkan semuanya kepada suami...
 cuma mengingatkan saja....  memperbaharui tetap dia juga,sekarang dah perbaharui untuk setiap 3 tahun.

2.  setiap  kali berjumpa Bang Mail dia akan kata,' lesen ado, cikgu?

3.  setiap kali tempuh sekatan polis rasa nak gelak kuat-kuat.

28 ulasan:

kasihibu berkata...[Reply]

fuhhh lega yek?

rasa macam anak murid jumpa cikgu kot?

sya r-new lesen 3 tahun sekali sonang ;p

kasihibu berkata...[Reply]

tp memang gitulah perasaan bila berdepan dgn sekatan polis kan?walaupun kita tak buat salah
kalau buat salah lagilah pulak ye.. ;p

IMANSHAH berkata...[Reply]

salam ibu

alhamdulillah, pengalaman sama kita..cuma yg beza saya je yang tahu pasal lesen saya, tapi ibu dan suami..apapun sykur sebab ada polis yang masih memiliki kebaikan..lepas ni hati2 ya..

Salam maal hijrah

ibuintan berkata...[Reply]

salam maal hijrah Sya,

memang lega sangat, dan hikmahnya ibu disedarkan dengan lesen yg dah tamat tempoh..

kalau tidak memang akan mengundang kesusahan pada diri sendiri

ibuintan berkata...[Reply]

sya... setiap kali tempoh sekatan polis, memang gabra juga jadinya...selain nak gelak pun ada juga

ibuintan berkata...[Reply]

iman,
salam maal hijrah juga...

pengalaman sama tapi cara berbeza..

budi baik Bang Mail sentiasa dalam ingatan begitu juga anggota polis yg lain..

jadi iktibar, demi keselamatan diri..

Asri Alam berkata...[Reply]

ibu intan lemah semangat tu. bagi orang muda mcm kami ni tiadanya polis tu nak cakap ayu. tengking2 pun pernah jugak, ala-ala layan penjenayah.

nak buat mcm mana salah sendiri. tp sekurang-kurangnya kena ingat jgk budi bahasa budaya kita

kak long berkata...[Reply]

salam ibu...

kaklong lak bab2 lesen ni kaklong yg selalu ambik borek...siap2 buek peringatan kek h/p laie,peh tu tando kek kelendar...

takut...!

ibuintan berkata...[Reply]

sasa,

kalaulah polis tu tengking hari tu..tak taulah apa jadi..

memang budi baik dikenang juga, nak marah pun tak boleh salah sendiri juga..

ibuintan berkata...[Reply]

salam maal hijrah kakllong,

tu lah jadi camtu sobab terlalu bergantung pada suami, skarang dah pandai beringat dan ambik borek sekali

kak wan berkata...[Reply]

OH..baru tau lesen kalau mati setahun kena belajar balik ye...kalu gitu kena gantung 'P' la.


Kakwan tak pernah pulak polis nak minta lesen memandu..selalu tu bila lalu sekatan polis angkat tangan je..

anie,Nagoya berkata...[Reply]

sib baik polis2 tu berbudi bhs...ibuintan pakai ilmu ngurat apa ya?hihihi...gurau je.

baru kita tahu,kalo lesen dah mati lbh sethn kene ambil ujian balek.bgus jg ibuintan bg tahu.lepas ni kene hati2 dlm semua hal...

Acik Erna berkata...[Reply]

salam maal hirah ibuintan..
akak pun sama.pandai2 suami je..tapi..lesen akak tak digunakan..maknanya..tak pernah memandu..jadi selamat la dari kena tahan..
boleh dibayangkan..macam kecutnya ibuintan masa tu..

ibuintan berkata...[Reply]

salam maal hijrah kak wan,

saya pun bila polis tu cakap baru tau, polis tu kata kita kena test drive semula...tu yg berat tu..

selalu camtu la, senyum dan angkat tangan saja tp tak tau hari tu... semua polis tu minta lesen tp nasib baik juga la dia minta..

ibuintan berkata...[Reply]

slam maal hijrah anie,

pengajaran tu,... pengalaman juga

ibuintan berkata...[Reply]

salam maal hijrah kak erna,

memang kecut perut sebab tau berslah dah..

pengalaman masam manis tu..

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...[Reply]

Salam Maal Hijrah Kak,

pernah kena tapi tak selama akak. Champion ni.. hehehe..

gelak pun ada bila suami akak lambai je tangan dia. pastu akak selamba aje nak ke kedai buku tu.. hehehe..

white rose berkata...[Reply]

tu dia...
alhamdulillah, sy xpernah kena sekatan polis ni...
selalunye terus berlalu mcm tu je...

ibuintan berkata...[Reply]

reen,

serik rasanya harap jangan kena lagi... mengambil berat sekarang ni

ibuintan berkata...[Reply]

as salam white ros,

selalu tu tak pernah pulak kena tahan.. hari tu je dah nak kena, tapi bagus juga ada hikmahnya

hentian berkata...[Reply]

IM dah biasa kena sekatan ni. terlepas ada tersangkut ada.

bebaru ni kena bayar saman rm300. ikut lorong kiri.. ibu_suri nak terb*r*k punya pasal..

Unknown berkata...[Reply]

pengajaran tu
ibu intan..
heheh..
sabar je la kan..
kadang2 benda2 yang kita anggap kecik tu la yang bagi masalah besar pada kita

Mak Su berkata...[Reply]

kih kih kih, adoiii, tergelak dibuatnya ;)

ibuintan berkata...[Reply]

IM,

nasib baik ada lorong kiri kan.... saman pun saman lah janji sempat ye..

ibuintan berkata...[Reply]

diana,

memang jadi pengajaran sungguh, skarang letak lesen sekali dengan ic, buka purse je nampak lesen...

ibuintan berkata...[Reply]

mak su.....

wah , tumpang gelak ye, nasiblah...

Kak Amy berkata...[Reply]

As'salam..

pernah kena tapi nasib baik selamat je , he3 pengajaran tue ibu lepas nie kena lebih prihatin...

Mario berkata...[Reply]

hehe...tula..mana bole harap hubby je ingatkan...ekeke errr...tapi seme pun sama jekan...hubby jugak nak ingatkan...huhu