Followers

Ahad, 12 Disember 2010

Netbook 1 Malaysia.


Bertuah pelajar-pelajar sekolah sekarang ni, setiap seorang dibekalkan dengan netbook 1Malaysia.  Sekolah yang terpilih juga. Kebetulan petang semalam anak sedara (Zuraini anak adik abahintan) datang ke rumah, bercuti ala-ala cuti Malaysia la kononnya di rumah ibuintan. 

Jadi sekarang ni sedang mencuba memposting entri menggunakan notebook 1 Malaysianya.  Cuba menggunakannya,  Senang dan mudah menggunakannya, ringan, compak dan mudah di bawa ke mana-mana. Masuk dalam handbag gedabak ibuintan pun boleh.

Terbit pula keinginan  untuk memilikinya.... yang penting kalau ada benda ni rasanya boleh up-dated entri di mana2 saja, tanpa halangan, janji ada wifi dan boleh akses internet.  Ketiga-tiga anak ibuintan tidak berpeluang memilikinya, tak layak kata Along. 

//sekarang nak  gerak ke Selayang.... adik abahintan ikut sama,  Intan dan Azim tinggal kerana sepupu mereka ada di rumah

18 ulasan:

hentian berkata...[Reply]

regsiter streamyx as student pakej pun boleh dapat netbook macam anak IM..

Acik Erna berkata...[Reply]

semoga selamat sampai ibuintan ke hospital selayang..

kak wan berkata...[Reply]

Baca n3 ibuintan baru tau..tanya kakak ..semo sekolah dapat ..tapi camtulah..anak kita tak layak.

piewahid berkata...[Reply]

betul kata insan marhaen tapi nampak je mcm 'free' sebenarnya bayar jugak...

ckLah @xiiinam berkata...[Reply]

Teringat seorang ibu datang mengamuk di sekolah apabila cklah mahukan penyata pendapatan sebenar. Anaknya termasuk dalam senarai dapat laptop kerana pendapatan ibu bapa tercatat dalam sistem RM1000. Bapa Kontraktor kelas A, cuti sekolah melancong ke Jepun.......nama anak dipotong dari senarai penerima laptop percuma, datang sekola mengamuk! (Datang sekolah naik Sonata!)

ckLah @xiiinam berkata...[Reply]

ckLah sekarang guna netbook Aspire One sebesar 2 tapak tangan. Senang masuk dalam tas tangan. Masuk kelas, terus sambung ke LCD.

9Tapi tulah, bila upload gambar dalam blog, ingatkan gambar tu kecik. Bila intai blog melalui PC atau Laptop anak.....maaaaaak, besar gedabak! Cepat2 kecikkan...nampak lubang hidung!)
:D

Naimatul Hafizah Nor Rodin berkata...[Reply]

seronok budak2 sekarang, kan ibu...
byk kemudahan, harap2 mrk gunakan dgn baik segala kemudahan yg diberi.

Asri Alam berkata...[Reply]

register pakej streamyx utk netbook 1M tu. tapi ramai yang x lulus, syarat layak pelajar dan penjaga gaji 3k ke bawah

sahromnasrudin berkata...[Reply]

as salam ibu..sy dpt netbuk nie..amik pakej yang paling murah sekali RM 38 je huhuhuhuh

ibuintan berkata...[Reply]

Along dah cuba tapi tak dpat...katanya tak layak

ibuintan berkata...[Reply]

alhamdulillah kak erna..perjalanan lancar tanpa tersesat jalan

ibuintan berkata...[Reply]

kak wan, banyak sekolah yang dapat netbook ni, tapi anak2 saya juga x seorang pun yang dapat

ibuintan berkata...[Reply]

sdr pie,

semoga sihat, bayar sikit je kot... takpe juga

ibuintan berkata...[Reply]

kebanyakan kontraktor memang tulis pendapatan paling banyak Rm1000 je... minta bantuan macam2, bila tak dapat kata cikgu pilih kasih.. tapi hidup mereka penuh kemewahan, kereta besar dua tiga buah, rumah besar, pantang cuti melancong.. berilah peluang pada yg kurang berkemampuan

benda kalau free memang camtu

ibuintan berkata...[Reply]

CkLah tulah nak jugalah cari tu...senang nak bawak ke mana2, laptop sekolah tak boleh guna lagi sebab dah x ngajar Maths

ibuintan berkata...[Reply]

Naimatul, harapnya begitulah tapi ada juga yg masih tak boleh guna sebab rumah xde internet...

ibuintan berkata...[Reply]

sasa... abahintan dah daftar pakej streamyx tu tapi tak lepas juga alasannya dah daftar pakej RM90

ibuintan berkata...[Reply]

shah.. wah untunglah, ni yg tak aci ni...camna boleh dapat dan lulus tu