Followers

Jumaat, 26 Februari 2010

Kurung Oren 2

Assalamualaikum, salam 1 Malaysia.
Akhirnya, kurung oren kepunyaan Intan siap dan sedia untuk dipakai hujung minggu ini. Intan sendiri menjahit kemasan lehernya, biasanya dia jahit mata lalat sebab senang dan menjimatkan masa. Hanya tudung yang masih belum jumpa yang pekenan dihati. Hendak juga yang sedondon dan boleh masuk ngan baju.. Biasalah .. perempuan kan! Tapi baju sendiri lak yang siap tak siap ni. Masih tak siap sepenuhnya, kemasan akhir lom buat lagi. Tapi wbpun jamin dapat pakai baju baru kenduri ni, taknak mesti nak baru juga.. Nak juga melawa selepas bergotong royong (merewang) mulai petang ni. Ni nak mulakan operasi menyelesaikan kerja2 akhir sepasang kurung yang ala-ala oren juga. Tema la katakan.... sekarang semua majliskan pakai tema, kenduri aruah ye yang belum ada tema. Sabar yo la.............

Wassallam.

Panas, panas,panas

Assalamualaikum, salam 1 Malaysia.
Selamat menyambut hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, selawat dan salam kepada junjungan besar dan para sahabat.
Sepanjang minggu ini cuaca terasa amat panas, membahang dari pagi hingga ke petang malah membawa sehingga ke malam. Keadaan menjadi serba tak kena dan rimas. Kipas sentiasa berputar ligat. Biasanya kalau cuaca panas begini suasana malam di kg masih terasa kedinginannya di waktu malam. Air paip pun masih mengalir dengan sejuk dan dingin, tetapi kini amat berbeza. Air hangat yang terasa setiap kali mandi, tidak kira wktu siang atau malam, tidak terasa kepuasan dan nikmat mandi yang sebenar. Kering saja air dibadan telah terasa kepanasannya semula. Tugasan menyiram pokok2 bunga dan tanaman lain menjadi bertambah, selalunya pokok2 ini hanya disiram di waktu petang, tetapi kini sebelum pergi kerja, ambil masa sedikit untuk menyiram pokok2 tersebut. Tak smpai hati  melihat pokok2 kesayangan (orkid) kekeringan ditengahari.
Disekolah juga kami merasa suasana panas, tetapi panas kerana kami menerima tetamu yang diundang. Hari Isnin yang lepas kami menerima kehadiran Tim. Pengarah JPNS, diikuti pada hari Selasa  dan Rabu oleh 3 orang pegawai dari PPD K. Pilah. Pegawai2 berkenaan datang kerana mengadakan pertemuan dengan dengan para guru dan kakitangan sekolah ibuintan. Kehadiran atas urusan mencari jalan penyelesaian konflik antara pentadbir dengan kami orang bawahannya. Alhamdulillah, ibuintan terasa lega, semua yang terbuku dihati telah dicurahkan, kami cuma menunggu apa keputusan dan takdir kami selapas ini. Apa masalah dan konfliknya, biarlah rahsia dahulu. Semoga Allah memberi kami taufik dan hidayah serta jalan yang terbaik buat kami selepas ini. Semua yang baik dtang dariNya dan yang tidak baik datang dari diri kami sendiri.

Wassallam.

Ahad, 21 Februari 2010

Kurung oren

Assalamualaikum, Salam 1Malaysia.
Selepas solat subuh trus sambung menjahit. Baju kurung ni ditempah oleh rakan. Dia tempah dua pasang, alhamdulillah dua-dua dah siap, katanya nak pakai hujung minggu ini, ada jemputan kahwin. Hai org perempuan biasalah kan, kalau boleh setiap majlis yg dikunjungi pasti nak pakai baju baru. Biasalah nak nampak cantik dan anggun gitu. Ibuintan ni pun sama gak ni, lepas ni nak nyiapkan baju sendiri lak. hujung minggu ni anak saudara suami berkahwin. Nak jugak melaram ngan baju baru. Tak terkecuali si anak sendiri (intan) pun dah pujuk juga minta dijahitkan sepasang kurung oren (konon nak ikut tema) tuk majlis kahwin sepupunya tu. Tapi kainnya tak beli lagi, mungkin sokgi nak carikan sepasang, beli...gunting..jahit tepi.. trus jahit. Ibuintan ni kira bernasib baik, Intan pun minat menjahit, biasanya untuk  kemasan leher dia yang buatkan. Dapatlah duit poket.
Petang ni balik Kg. Kepis, rumah mak mntua sekali gus pergi mah sis-in-law. Ada majlis berkampung (perjumpaan saudara mara dan jiran sekampung) Tujuannya untuk berbincang pasal kenduri kahwin hujung minggu ini. Mesti berbincang sebab kami akan bergotong-royong untuk penyediaan makanan tuk tetamu dan jemputan. Kalau tak silap dua ekor kerbau akan tumbang. Orang sini panggil 'bogholek godang' , besarlah majlisnya tu.
Wassallam

Sabtu, 20 Februari 2010

Tetamu yang dinanti

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.
Mentari pagi yang indah. Seronok. Selepas sarapan, berkemas, memesin kain baju, menjemur, membaja orkid dan menyapu halaman, semua aktvt pagi lancar. Setiap pagi hujung minggu adalah masa mengemas seratus peratus. Cuma bilik anak (intan dan adik) mereka kemas sendiri. Hari ini spt biasa anak  (intan) mngikuti kelas tusyen di sebuah pusat tusyen di K. Pilah, intan akan menghadapi PMR pada penghujung tahun ini. Pagi Sabtu ni biasanya adalah turn si abah menghantarnya ke kelas tusyen.
Turn ibuintan adalah setiap petang Jumaat. Semlm selepas menghantar intan ke kelas tusyen, ibuintan dikunjungi oleh seorang rakan (Ida) yg seblm ni bertugas di sek yg sama,sekarang Ida telah berpindah ke Kuantan selepas mendirikan rmhtangga. Ida adalah rakan susah senang bagi ibuintan, malah bagi ibuintan Ida lebih sbgai seorg adik. Semlm Ida dtg dengan suaminya (Ipin). Rasa2nya suami2 kami pun dapat menerima hubungan kami sbgai seorg kawan dan sbagai adik kakak. Kami berkongsi rasa suka, duka, dan segalanya.  Ida masih menyambung pljarannya di OUM S'ban. Biasanya Ida mengikuti kelas pada hari Sabtu. Sebab itulah sekiranya ada kelas hari Sabtu, Ida akan blik dr Kuantan pd petang Jumaat tanpa ditemani suami (bekerja Sabtu), dan rumah ibuintan adalah rumah yg akan ditujunya dulu berbanding abahnya di kg. Abahnya tinggal seorang diri selepas kematian isteri (ibu Ida) 12 tahun yg lalu. Situasi kami sebgai anak perempuan tunggal (yg lain lelaki) inilah yang lebih merapatkan hubungan kami sebenarnya. Kami sama2 menumpang kasih , kasih adik kakak, (yang kami tak ada.) Semoga hubungan ini kekal selamanya. Anak2  pun rapat dengan Ida malah sebelum Ida berkahwin, kami mengajaknya bersama2 menyertai percutian Cuti2 Malaysia family kami. Cuma stelah beliau berkahwin mungkin aktvt Cuti2 Malaysia tak dpt disertainya lagi kerana kekangan2 waktu dan sebab lain. Semlm kami bersembang sakan sehingga petang, malah sebelah mlmnya pula kami sambung lagi di Medan Selera K. Pilah. Kami keluar selepas maghrib dari haluan masing2, sehingga pukul 10 setengah malam. Esok Ida akan kembali semula ke Kuantan. Hanya sms dan telefon yg akan terus menghubungkan kami. Semoga persahabatan ini akan sentiasa dilindungi dan berpanjangan.

Wassallam..

Selasa, 16 Februari 2010

Pulang dengan kekosongan


 Inilah empangan yg dah dibuka tu, empangan ini tak lah sebesar Empangan  
                                       Talang (Talang Dam)

                                        
Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia.
Hari ni ibuintan cuti lae, dah siap berkemas dah. Sarapan pun sudah. Ni ibuintan  tunjuk gambar aktvt semalam. Tu  yang ibuintan kato banyak orang drpd ikan tu. Banyak orang dtg dari luar sebab di kiri kanan tebing sungai byk kereta yg parking disitu, motor lagi la byk. Kalau org kg  tak kan dio org datang drive kereta. Ibuintan tak dapek nak tunjuk lobih2 , tenet pagi ni masih tekedek2 lae. Bagi kaki pancing dan peminat ikan air tawar aktvt spt ni memang dinanti setiap tahun. Ibuintan pun selalu pergi, tapi lebih kpd sebagai penonton saja kerana akak tak pandai tangkap ikan. Pernah cuba tp janggut ikan pun tak dapek.

Wassallam.

Pergi dengan harapan

Assalamualaikum, Salam 1Malaysia.
Pagi tadi ikut ce abang pergi join aktiviti 'mengocal ikan' (menangkap ikan) di Sg Muar. Jangan terperanjat lak jangan ingat di Muar yo ada Sungai Muar, di Kuala Pilah pun ada sungai yang bernama Sungai Muar.  Kg Talang Tengah ada sebuah empangan yang merintangi Sg Muar yang berfungsi sebagai empangan yang menakung dan mengawal air untuk disalurkan kesawah2 padi di Kg Talang ni. So pg tadi Jabatan Saliran Daerah K. Pilah telah membuka pintu empangan untuk membuang air dan mengeringkan parit2 (bonda) di sawah. Di kg Talang musim menuai padi baru habis, so tali air yang melalui kawasan sawah padi mesti dikeringkan sehingga musim padi baru bermula. 'Bonda' ialah panggilan penduduk kg untuk tali air. Jadi aktiviti melepaskan air empangan inilah yg dipanggil 'molopeh ompang'
Kami pergi dlm pukul 10.00 pagi, ce abang siap membawa tangguk sekali. Empangan ini lebih kurang 1 km saja dr rumah.. Aduh, malangnya bila kami tiba air sungai telah kering, dlm sungai sudah dipenuhi pencari2 ikan. Tapi ibuintan rasa sungai ni dah kehabisan ikan, mano poi e ikan tak tau lah. Biasanya kurang2 sekilo ikan sungai mesti dapat. Tp pagi td pencari2 ikan mengeluh mengatakan tak ada ikan. Memang pun biasanya suasana meriah dengan jerit sorak pencari ikan yg dapat menangkap ikan yang besar dan banyak. Tapi kali ni sunyi kemeriahan tu tak kedengaran.
Ce abang  terus tak jadi join. Ibuintan rasa orang lae banyak berbanding ikan dalam sungai yang dah kering tu. So, kami jadi penonton sajalah di atas tebing sungai. Tak rasalah makan ikan sungai hari ni. Selalunya bak kata org tua 'sekali ngulai mesti dapek'. Kalau ce abang join tadi dapek mandi lumpur sungai yo la.
Sabar bang, tahun dopan kito poe lae, mano tau tahun dopan ikan dah byk lak.
wassallam.

Isnin, 15 Februari 2010

Pagi ceria

Assalamualaikum, Salam 1Malaysia.
Wah, ibuintan senyum ceria pagi ni seceria dan seindah sinar suria pagi. Nak tau napa? Mesti lah.. kan hari ni cuti, cuti Tahun Baru Cina. Selamat tahun baru cina kepada masyarakat cina yang menyambutnya. Semuga betul kata mereka , semoga tahun ni semangat kita, rezeki kita, negara kita bertambah makmur dan berjaya, mengaum hebat  lagak Sang Belang. Ibuintan sekeluarga bersarapan roti canai pagi ni, hai kalau tak buek apo2 mau lolap pagi ni, maklumlah lemak bertambah lae. Tapi takde nye nak duk diam, kerja rumahtangga lagi banyak, tambah duk kampung cam  ni luar dalam nak disapu. Apa aktiviti hari ni? Ibuintan ada bercadang nak ikut abang poe join aktiviti 'molopeh ompang' pagi ni. Apo aktivitinya tu nanti ibuintan cito dalam next n3.

wassallam.

Bengang - Edisi Tertunggak

Salam 1Malaysia.
Nasib baek pagi yang syahdu ni , tenet ada nyawo. Kalau cam semalam mau ibuintan tensen gila lae hari ni.
Semalam sumo jem, jalan pilah somban jem, tenet umah ibuintan pun jem. Merangkak mengalahkan siput babi. Tu la yang anak2  pun tensen tu, slalu merungut kenapo  buek umah di kampong. Nak buek camnokan, trimo yo la. So n3  hari ni lobih kepada salam memperkenalkan diri. Ibuintan ni dah lama skodeng blog otai-otai, sumo blog  skodeng tapi nyorok yo la, takde la memperkenalkan atau mintak izin. Ibuintan main masuk yo, maklumlah pintu e tak tutup so  masuk yo la. Dari blok ustaz , ustazah, orkid, rumah2 cantik, sampai la ke masak memasak malah macam2 lae sumo di redah. Dah lamo berhajat nak ado blok sendiri la pulak, nak yo blaja karang mengarang balik. Selamo ni  buek ayat tunggal yo, maklumlah ibuintan ni cikgu tahun satu yo, dah lupo karang mengarang ni. Kepada otai-otai tu sudila kiro e menerima kehadiran ibuintan dalam dunia maya ini. Tolong beri tunjuk ajar dan kalau ado silap salah nanti harap tegur2 lah. Yang baik datangnya daripada Alllah yang buruk daripada diri sendiri.

Ini pantun murid tahun satu;        Buah cempedak di luar pagar,
                                                 Ambil galah tolong jolokkan,
                                                 Akak ni baru belajar,
                                                 Apo yang salah tu tolonglah tunjukkan.
Po macam leh tak???