Followers

Rabu, 1 Disember 2010

Tawaran pertama telah diterima, apa tindakan sepatutnya?

Tadi jenjalan ke blog Resepi Masakan Barat Komersial di sini  lalu terbaca tentang Semakan Keputusan Permohonan Ke Sekolah Teknik dan Vokasional 2011, di sebabkan Intan membuat permohonan secara on-line maka ibuintan terus bersemangat membuat semakan. Hasilnya.....

Tahniah Permohonan Anda Telah Berjaya.






Tidak sangka keputusannya diumumkan awal sebelum keputusan PMR sebenar diumumkan.  Selain ke sekolah Teknik Intan juga membuat permohonan secara on-line ke SBP dan juga MRSM, dia mencuba memohon atas tiket keputusan percubaan PMRnya yang lalu.


Sekolah Teknik Tunku Jaafar Seremban memang sekolah pilihan utamanya semasa membuat permohonan dahulu dan bidang yang dipilihnya ialah Bidang Kejuruteraan Elektrik, dan keputusan permohonannya menepati apa yang dipohonnya.


Berdasarkan tawaran yang diterima, pendaftaran ialah pada minggu pertama penggal persekolahan sesi 2011,
namun dia juga berharap sangat untuk menempatkan diri ke SBP ataupun MRSM.  Semalam dia baru saja menduduki Ujian Kelayakan ke MRSM.  Harapan  utamanya untuk ke SBP atau MRSM ialah untuk mengejar cita-cita yang diangankannya selama ini yang lebih menjurus ke bidang perubatan.


Tak salah rasanya dia mempunyai impian tersebut, namun keputusan sebenar PMR belum diketahui dan tidak pasti apa pula keputusannya, samada dia layak atau  tidak, samada dia diterima atau tidak di mana-mana sekolah yang telah dipohonnya.


Namun dia juga membuat permohonan ke sekolah teknik sebagai memenuhi pula cita-cita keduanya yang menjurus ke bidang kejuruteraan,permohonanannya telah berjaya.... dah dalam dilema pula dia... antara nak pergi atau tidak... 


Aapa pun masa masih ada untuk dia menjawab;


                 Apakah anda bersetuju dengan penawaran ini?   0 Ya     0 Tidak.


Boleh tak rakan blogger memberi pendapat sedikit tentang penawaran ini? 


26 ulasan:

IMANSHAH berkata...[Reply]

meh masuk SBP..saya ada kat SBP

ibuintan berkata...[Reply]

kok sonang cam tu, best sangatlah dik iman oiii..

ko masuk melawat yo?

kak long berkata...[Reply]

kaklong raso ibu eh la yang paling arif,ibu eh kan cikgu....!
bagi kaklong yang tebaik lagi bagus...kan..?

ckLah@xiiinam berkata...[Reply]

Sholat istikharah...mudah-mudahan dapat petunjuk dari yang Maha Tahu.

kak Erna berkata...[Reply]

ibuintan..biar intan ambik bidang yang menjadi minat dia kan..itu pun..atas bimbingan ibuintan la..

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...[Reply]

Salam Kak,

apa kata tunggu hingga keputusan PMR keluar dan tunggu jawapan dari semua sekolah yang di pohon..


selepas itu nanti biar Intan yang membuat keputusan sekolah mana yang dipilih.

Sasa Al-Sharif berkata...[Reply]

agaknya pendaftaran masih lama lagi. masih sempat menunggu tp kalau dalam tempoh terdekat dengan hari pendaftaran tapi belum ada keputusan... entah la. takut yg dikejar tak dapat, yg dah kendong berciciran

ibuintan berkata...[Reply]

kak long,

tang ni nak jugak lah minta pandangan kengkawan sikit... akak ikut kan je mana yg boleh dia bawak sebab yg nak belajar dia kan..

ibuintan berkata...[Reply]

cklah...

tk atas cadangan..insyaaallah

ibuintan berkata...[Reply]

kak erna..

tu juga antara bidang yg diminatinya..

ibuintan berkata...[Reply]

reen,

akak cadng camtu jugak... tunggu result PMR yg sebenar dan tunggu juga result sek lain yg dipohonnya..

ibuintan berkata...[Reply]

sasa,

itu satu cara yg betul juga... takut kerugian juga kan..

insyaallah... belum boleh beri jawapan pd tawaran tersebut

sahromnasrudin berkata...[Reply]

salam ibu..saya sokong dan berdoa semoga anak ibu dapat MRSM..walaupun sy bukan produk MRSM tetapi apabila dia telah menjejak ke MRSM, laluannya untuk ke luar negara lebih cerah...

track di MRSM telah tersedia..selepas dia cemerlang SPM, dia akan mengikuti kursus persediaan IB di kolej tempat dia amik ujian UKKM itu selama 2 tahun..

disitu, jika dia berjaya dia akan ke luar negara..lagipun, banyak tokoh negara lahir dari MRSM seperti Angkasawan negara, Mukhriz Mahathir dan ramai lagi..saya doakan dia akan ke arah itu..

ibuintan berkata...[Reply]

salam kembali shah,

terima kasih banyak2 atas doa shah, ibu amat menghargainya... itu juga doa ibu yg tidak putus untuknya..

memang dia dah mengharap sejak sekolah rendah lagi namun hajatnya tidak kesampaian juga semasa ke tingkatan satu, harapnya dia berjaya kali ini

Zaitun berkata...[Reply]

Kak Zai rasa lebih baik ibuintan tunggu aje keputusan PMR diumumkan.Kalau Intan berminat sangat dengan perubatan go for it.

azmnor berkata...[Reply]

salam ibuintan,

Boleh saja terima dulu penempatan ke SMTTJ tu, nanti bila dah keluar result PMR dan dpt tawaran SBP/ MRSM dia boleh bertukar kesana.

Semuga berjaya mendapat apa yg diidam-idamkan.... Insyaallah.... aaminnn...

mymiee berkata...[Reply]

Salam ibuintan,

Kalau cita-cita utamanya menjurus kpd bidang perubatan, tak payahlah terima tawaran SMTTJ tu kerana kat situ tiada subjek biologi yg menjadi syarat wajib ke bidang perubatan. Jika tak dpt ke SBP atau MRSM pun tak apa, kerana disekolah asalnya dia pun boleh cemerlang.

ibuintan berkata...[Reply]

terima kasih kak zai.. itu memang cita2 pertamanya

ibuintan berkata...[Reply]

encik azmnor,

terima kasih atas pandangan...kami akan fikirkan macam mana nanti

ibuintan berkata...[Reply]

en. mymiee,

terima kasih atas pandangan.. memang mana2 sekolah pun boleh berjaya asalkan diri sendiri berusaha lebih kan..

namun ini sebagai memenuhi impiannya saja, berhajat ingin merasa di sekolah yang menjadi sebutan banyak pihak.. namun semua itu bergantung juga kepada keputusan PMR nya

Amy Syaquena berkata...[Reply]

As'salam ibu..

amy rasa lebih baik ibu tunggu aje keputusan PMR diumumkan.Kalau Intan betul2 dah berminat dengan perubatan go for it.

ummu berkata...[Reply]

salam ibuintan
alhamdulillah,saya dulu ada kawan sekolah di sekolah tu bila ibuintan sebut sekolah tu,terimbau kenangan lama,he he.
ops tak menjawab soalan ibu intan.
pada pandangan saya,kalau nak ceburi bidang perubatan,tunggulah dulu keputusan SBP dan MRSM macam mana.
semasa saya uruskan permohonan pelajar ke sekolah teknik sebelum cuti hari tu,memang kwan saya ada bagitahu,kali ini mungkin keputusan ke sekolah teknik akan diberitahu awal.
apapun, solat hajat,istikharah..
p/s: tahniah untuk intan ya

ibuintan berkata...[Reply]

salam amy,

terima kasih atas pandangan tu..

ibuintan berkata...[Reply]

ummu,

terima kasih atas perhatian...rasanya begitulah yg sepatutnya

Yunus Badawi berkata...[Reply]

Berdoa semoga dapat tawaran ke SBP atau MRSM. Kalau dapat lebih dari satu tawaran kira baguslah. Intan pun pelajar yg pintar.

Lepas tu buatlah solat istiharah agar Allah memberi petunjuk mana yg terbaik.

ibuintan berkata...[Reply]

terima kasih YB, atas doa yg dititipkan... semoga hasratnya tercapai

sekolah mana2 pun okey cuma dia teringin saja nak merasa macam kawan2nya yang lain