Followers

Ahad, 27 Februari 2011

Macam-macam ada..

Sudah dua hari blog ini terbiar sepi, tidak berjenguk dan tidak juga mejengah blog rakan-rakan.  Sehari dua yang sibuk dengan pelbagai aktiviti selain tangan kanan yang tidak sihat.  Lengan kanan ini telah beberapa hari sakit tanpa sebab, diluruskan sakit dibengkokkan juga sakit. Juga terasa sakit bila menggenggam dan membuat kerja-kerja ringan sekali pun.

Sejak Jumaat juga Intan ada balik ke rumah.  Dalam keadaan tangan yang sakit terpaksa juga menjahit dan menyiapkan dua pasang baju kurung untuknya, sepasang kurung batik dan sepasang lagi kurung untuk 'outing'. Syukur, dua-dua sudah siap untuk dibawanyan balik hari ini.


Semalam sekolah ganti untuk cuti Tahun Baru Cina untuk sekolah ibuintan.  Sekolah  menjadi tuan rumah  sambutan Maulidur Rasul DUN Seri Menanti.  Jadi sejak dua tiga hari  yang lepas agak sibuk juga dengan persiapan menyambut majlis ini.

                    Bergotong royong menyiapkan beberapa helai sepanduk.

              Perarakan sejauh satu km, diketuai oleh YAB Dato Hassan bin Malek, YB Dato Abd Samad bin Ibrahim (Adun Seri Menanti), Tuan Halim b A. Razak (Pengarah Pelajaran NS), nazir-nazir masjid, ketua kampung, penduduk sekitar, ibubapa, guru-guru serta murid dan wakil murid dari sekolah-sekolah dalam Dun Seri Menanti.

                                            Memeriksa sepanduk yang dipertandingkan.



Dan seperti biasa, setiap kali majlis di sekolah, kecil atau besar,  inilah bahagian yang ibuintan uruskan ..
tetap dan berpencen iaitu  bahagian makan... suka juga sebab habis je majlis perut gerenti kenyang sama

Semalam agak tertekan juga untuk mengendalikan makanan untuk seribu orang..., jemputan, orangramai dan murid-murid.  Namun berkat kerjasama semua kerja berjalan lancar.  Terima kasih kepada guru-guru lain yang membantu.

Tengahari semalam balik ke rumah tapau lebihan  jamuan semalam.  Jadi tidak payah masak untuk makan tengahari untuk yang tinggal di rumah.  Lauk dan nasi sekali. Pengusaha kantin  yang mendapat tender menyiapkan makanan untuk seribu orang seperti biasa membuat anggaran lebihkan sedikit, biar berlebih dari tidak cukup.. jadi lebihan itu dapatlah orang bahagian jamuan menapau sekali.  Balik ke rumah, badan pun penat apalagi selepas zuhur sempat tidur sekejap..

Petangnya ke Kuala Pilah menghantar Intan membeli buku rujukan dan juga membeli barang keperluan dapur. Dan yang pentingnya mencari ikan parang untuk menunaikan hajat Intan yang rindukan masak asam pedas ikan parang ibunya.

'Lauk asrama tak best.   Ibu masak juga yang best' rungutnya.

hahaha mestilah ... Intan kan dah makan masakkan ibu sejak lahir mana leh kompare dengan masakkan orang lain, air tangan dah lain.  Along pernah kata masa dia juga baru tinggal di asrama, 'ibu buat telur rebus pun sodap'   ...hahaha bayangkan tu

                Sodap ni... tapi kena makan dengan sabar, banyak tulangnya...

//macam-macam cete pulak  pagi ni, maklumlah dah tiga hari cuti memblog... menulis entri serta membalas komen.

///ke Mersing kejap lagi, masih belum juga dapat melawat blog sahabat semua, maaf nanti kita jumpa lagi... insyaallah

Khamis, 24 Februari 2011

Rupanya masih ada sayang.... eloklah rujuk semula

Tahun lepas lain ceritanya. Tapi belum pun tiga bulan  lagi.  Kisahnya di sini.  Petang semalam ada pula cerita baru.  Ibuintan menjawab panggilan telefon untuk abahintan yang sedang mandi ketika itu.  Sebab tidak tertera nama sipemanggil, maka ibuintan bertanya siapakah yang sedang bercakap dihujung talian.

"Akak dah tak kenal saya ke" tanyanya.

Bila dia menyebut begitu, dan terus gelak spontan ibuintan dapat mengenalinya. Semenjak dia berpisah dengan isterinya kami tidak pernah bertemu lagi.  Dia bersama anak lelakinya kini tinggal bersama ibubapanya di sebuah tanah rancangan Felda di negeri ini juga.

'Nak bercakap dengan abang ke, abang sedang mandi' tanya ibuintan.

'Haah, tapi nak juga bercakap dengan akak' katanya.

Lalu tanpa ditanya, dia bercerita dengan lancarnya.  Dia bercerita bahawa bekas isterinya sering kali menghubunginya sekarang ini..  Bekas isterinya banyak mencurahkan masalah dan kesusahan yang dihadapinya setelah mereka bercerai.  Bekas isterinya juga mengaku bahawa dia rupanya masih sayangkannya.

'Kan dia dah ada teman lelaki' ibuintan menyampuk.

"Dah putus sebab dia suami orang... saya masih sayangkannya kak. A (bekas isteri) juga mengaku masih sayangkan saya. Apa yang perlu saya buat kak' luahnya lagi.

"Rujuk' spontan terpacul perkataan itu...  ibuintan nasihatkan mereka rujuk semula tambahan pula mereka masih dalam tempoh edah lagi.  Memang itu juga yang terlintas difikirannya sekarang, namun katanya pula, masalah mereka ialah kedua ibubapa masing-masing masih campurtangan lagi, kedua-dua besan seakan bermusuhan sekarang, saling membenci menantu mereka.

Kenapalah ibubapa mereka masih campurtangan, di saat anak menantu ingin berbaik semula, emak bapak pulak buat hal.  Bagi ibuintan bila anak menantu sudah sedar kesilapan mereka dan ingin berubah dan mencuba untuk kali kedua apalah salahnya mereka diberi peluang semula. Lupakan perkara lepas, buang yang keruh ambil yang jernih . Itu juga demi masa depan cucu mereka juga kan..

Nasihat abahintan bunyinya sama juga, abahintan juga menasihatkannya rujuk semula.  Cuba  membina semula rumahtangga untuk kali keduanya demi seorang anak yang sedang membesar.

Dan nasihat kami akhirnya juga sama......

..... rujuk semula dan pindah keluar dari rumah ibubapa masing-masing, duduk jauh dari mereka sehingga mereka dapat menerima takdir ini dengan redha...




//Bolehkah kami mencadangkan begitu?

Selasa, 22 Februari 2011

Mohon cuti melalui facebook saja.

Petang semalam. Isnin. 21hb. Feb.2011.


"Tadi adik beritahu cikgu tak esok adik kan ada appoimen dengan doktor" tanya abahnya.

"Taklah adik lupa.  Takpo malam nanti adik bagitau cikgu' jawab Azim.



Pagi tadi Azim ke hospital ditemani Alongnya. Rutin tiga bulan sekalinya bertemu doktor untuk pemeriksaan susulan asma yang dihadapinya sebelum ini... Menurut doktor keadaan asmanya bertambah baik, doktor juga memaklumkan Azim tidak lagi perlu dibekalkan dengan ubatan yang biasa diambilnya.  Ujian darah juga tidak diperlukan lagi.  Pemeriksan seterusnya ialah pada bulan Jun nanti.  Azim cuma perlu menjaga pemakanannya saja.

Syukur.... penyakit asmanya makin membaik, dia perlu dijauhi dari mendapat batuk dan selsema saja.


'Ibu, cikgu adik nak surat' katanya petang tadi.

'Surat apa, kan adik kata dah beritahu cikgu malam tadi.  Jangan-jangan adik tak beritahu cikgu tak?

'Ibu ni selalu tak percayakan adik. Ini buktinya kalau ibu tak percaya'


Terus buka mesej difbnya.


Wah...    Anak murid minta cuti melalui fb saja dengan gurunya.

Tu sebab anak murid makin ramai tidak tahu menulis surat rasmi.  Sekarang  guna sms dan mesej di fb saja.  Ayat pun ayat sms, bahasa pun bahasa sms....


Nasib baik ibuintan tak pelawa dan tak terima anak-anak murid atau mak-mak murid jadi kawan di fb, kalau tidak.... sah, senang-senang je anak murid minta cuti.  Sesekali dapat surat rasmi bertulis tangan oleh datuk atau nenek anak murid, suka sangat, seronok baca surat rasmi warga emas ni.  Mohon cuti pun bahasanya berbunga indah..... 


Isnin, 21 Februari 2011

Anak istimewa yang sungguh istimewa.

Fendi salah seorang anak istimewa di kelas Pendidikan Khas Istimewa... memang sungguh istimewa.








          Perasan tak apa yang istimewanya?



   
           Tu diaa...lihat sepasang matanya yang biru dan jernih tu.... ni ori tau, bukan kontek len yang tipu tu..


Fendi salah seorang murid istimewa di sekolah ini, dia mengalami masalah pendengaran dan pertuturan, berumur tujuh tahun, selain bermata biru Fendi juga mempunyai rambut keperang-perangan sedikit.  Sangat pemalu..




         Rakan sekelas Fendi yang juga anak-anak istimewa.  Guru-guru mereka juga sangat istimewa, penuh dengan kesabaran yang cukup tinggi.




Ahad, 20 Februari 2011

Dah cemburu pulak.

Pagi semalam balik rumah mak mertua.  Hanya berdua dengan abahintan.  Along dan Azim tidak  ikut sama.  Mulanya kedua beradik ini hendak ikut juga tapi  selepas Azim menelefon uwannya bertanyakan siapa yang ada di sana terus kedua beradik itu sepakat tidak ikut.

"Malaslah, takde sapa kat sana, nanti atuk tu mesti bersungut je. Semua tak boleh buat' getus Along.

'Haah, atuk tu apa kita buat semua salah' sokong Azim.


Kedua beradik tu sekarang memang malas balik ke rumah uwan mereka sekiranya tiada sepupunya yang lain.  Sekarang abah mertua yang sudah tua dan tidak berapa sihat, memang banyak yang tidak kena di matanya. Ada saja komplennya pada cucu-cucunya.  Kami ibu bapa ni biasanya buat tak kisah saja, dah paham sangat ragam warga emas ni, cuma anak-anak saja yang kekadang ambil hati sikit.  Kekadang bila semua dah berkumpul, suasana dah jadi bising, kepalanya dah pening agaknya... selamba saja dia suruh cucu-cucunya balik rumah memasing..'momokak yo' rungutnya.

Bila time ni, mak mertua pulak bukak mulut.. uwan mula memenangkan cucu-cucunya, mulalah pula berbalas pantun sendiri.... uwan cakap lain, atuk cakap lain....kemudian semua gelak, gelakkan atuk lah tu...(abah mertua sound ada trabel sikit)


'Bialah budak-budak tu nak bomain' kata uwannya.

'Bilo pulak den suruh kau poe lipek kain, kau tulah goma ngubah-ngubah cakap den' lantang suara atuknya.

hahahaha.....kehkehkeh... berderai gelak anak cucu.


Abah mertua biasanya akan tersenyum, 'kau cakap apo tadi' tanyanya balik pada mak mertua.

                           abah mertua ... senyum terkantoi

Kebetulan semasa kami sampai pagi semalam, hanya ada mak dan abah mertua saja di rumah. Semasa ibuintan sedang memasak, mak mertua duduk bercerita (mengadu juga) tentang abah mertua yang telah mula menunjukkan sikap cemburunya terhadap mak.

Abah sekarang selalu banyak menegur mak, banyak yang tidak kena di hatinya.  Mak duduk sensorang dikata termenung jauh, mak duduk di beranda luar rumah dikata menjual muka, mak berbaju cantik ditegur, mak berbual dengan jiran di tepi pagar juga tidak boleh, mak nak ke rumah jiran juga dilarang walaupun untuk menziarah suami jiran yang demam, pendek kata abah nak mak duduk dan berbual saja dengannya.

Mak mertua seorang yang peramah dan suka berborak.  Selalunya jika ada jiran yang lalu di depan rumah, mak akan menyapa mereka dan bertanya khabar, ini juga tidak disukai abah tidak kira jiran perempuan atau lelaki, berbanding sebelum ini abah jenis tak kisah.  "Naik rimas juga mak" keluh mak mertua.

Sebab hanya duduk berdua, jadi mak ambil kesempatanlah kalau ada jiran yang lalu depan rumah untuk berbual-bual sambil bertanya khabar.

"ontah abah kau, dah tuo pulak nak comburu' kata mak selepas ibuintan memintanya supaya bersabar dan jangan dilawan sangat bila abah mula berleter.


//cemburu tanda sayang...


Sabtu, 19 Februari 2011

Generasi baru makanan ringan




LONDON - Pengambilan makanan ringan menyebabkan lebih ramai kanak-kanak menghidap penyakit berbahaya yang sebelum ini hanya dihidapi golongan dewasa.

Kebanyakan kanak-kanak dilaporkan tidak mengamalkan pemakanan seimbang walaupun kempen berkaitan kerap dijalankan.

Menurut kajian bebas terhadap cara pemakanan golongan muda, hampir 20 peratus kanak-kanak berumur 10 tahun mempunyai berat badan berlebihan dan berhadapan risiko kronik seperti jantung dan barah.

Kanak-kanak juga hanya mengambil separuh daripada jumlah buah-buahan dan sayur-sayuran yang disyorkan.

Selain itu, kanak-kanak berhadapan risiko menghidap osteoporosis, anemia dan masalah otak kerana mengambil makanan salah.
Sumber :  Sinar Harian.


//Teringat seorang bekas anak murid yang berbadan obesiti, semasa di sekolah rendah setiap hari ketika berjalan balik ke rumahnya, mesti singgah di kedai runcit, dia menggunakan  duit poket yang diberi ibu bapanya untuk  membeli minuman dalam tin(bergas) dan semasa di tingkatan satu tiba-tiba dia  koma dan doktor dapati kencing manisnya terlalu tinggi, meninggal dunia selang beberapa jam kemudiannya.  Ibu bapanya tidak pernah tahu bahawa dia seorang penghidap kencing manis.



Jumaat, 18 Februari 2011

Angkara ayam dan kunci.

'Ibu... ayam berak dalam kete ibu, atas kusyen kete' jerit Along.

"knapa pulak' tanya ibunya dari dalam dapur.

'Tu lah ibu tak naikkan cermin tingkap,. ayam tu masuklah' jawab Along.

'Tak pernah pulak dibuatnya masuk dalam kete tu'  bercakap dengan abahintan

"nak bertelurlah tu! jawab tuannya balik.  "tengah menyelangsang' katanya lagi.

"Nanti abang mesti bersihkan kusyen tu' arahan tuan kete kepada tuan ayam.

Dalam minggu ini, sudah beberapa kali abahintan musykil.  Musykil yang sangat-sangat.  Dia memang hairan, hairan sungguh.

'Abang heran betullah .... mana dia ambik laki ni.  Abang tak nampak satu pun yang boleh dibuat laki' getusnya sejak beberapa hari lepas.


Hahaha.... abahintan terlalu musykil sekarang ni.

Dua ekor ayam betina belaannya sedang bertelur sekarang ini. Cerita tentang dua ekor ayam betina ini di sini.

Memang kami musykil juga, dari mana datangnya bapak ayam kepada telur-telur yang sedang di keluarkannya. Malah si ayam berbulu merah sedang mengeramkan telur-telurnya sekarang.   Memang tiada kelibat seekor pun ayam jantan di sini. Tak tahu pula kalau-kalau sepeninggalan kami di waktu pagi, kedua ayam betina ni jauh rayaunya untuk mencari laki.

Sejak ayam ni tinggal dua ekor saja, keduanya tidak di kurung lagi dalam reban, dilepaskan bebas lepas begitu saja oleh tuannya, abahintan.  Kalau sebelum ini semasa masih banyak, kesemuanya di kurung tidalam reban supaya tidak menaburkan bajanya sesukahati 'mereka' saja.


Pukul tiga tadi, ketika tuan ayam hendak membersihkan dan membuang 'taik ayam' di kusyen kete, tuan ayam cepat saja naik angin setelah beberapa kali pusing keliling, keluar masuk rumah mencari kunci.

'Mana simpan kunci kete ni, kunci spare pun takde' soalnya beberapa kali.

'Kalau takde dalam henbeg, mesti kat tempat kunci tu, takpun di atas almari tu, tempat biasa'. 

'Takde, dah puas cari, semua dah selongkar, dalam henbeg pun takde..... mulalah abahintan berblalalalala... , satu rumah kena kerah mencarinya, Along kena,  Azim pun kena......... tuan punya kete lagilah kena..cuailah, lalailah...... sabar je lah kau ibuintan, abahintan dah naik angin tu.


Ibuintan pun pelik, letak di mana pula kunci tu, semua tempat dah digeledah.  Kena ingat dan ulang tayang semula aktiviti sejak turun dari kete tadi, tak juga jumpa.  Masuk dapur semula bakul sampah pun kena geledah mana tahu kot dah tercampak ke dalamnya pulak, juga tak ada.  Atas almari, dalam almari ,belakang almari, bawah almari pun ditinjau.  Tak juga jumpa.

Beg tangan pun rasanya dah dua kali di geledah.  Sekali lagi kena,' ibu kau ni, segala kertas pun nak simpan' haik tak pasal-pasal kena lagi. Rasanya makan juga setengah jam abahintan bersungut petang tadi.  Sehingga akhirnya, 'dah cari sendiri, kalau tak jumpa nasiblah kalau hujan kang.'.  Memang nasiblah kalau hujan petang tadi, sebab kete tu di tengah laman tidak diparkir yang beratap, cermin depan semua turun.

Ibuintan pun naik pening, memikir dan mencarinya, tahu mesti dalam rumah saja tu tapi di mana. Di mana??

Memang pusing, dua-dua kunci pula tu.  Akhirnya give-up, lantaklah. .. tak koso den, poning palo jadi hea..

Solat asar.  Lepas solat sempat titipkan doa semoga Allah lorongkan hati ke arah kunci itu.  Hati berat je..

ke sini......................................................... V
                                                                   V
 Takkan dalam beg tangan, dah berapa kali cari dah.  Abahintan pun dah cari  tadi.  Tapi hati tetap berat ke situ.  Takpe lah... cari sekali lagi.  Beg tangan ni memang ada beberapa kompatmen, selain berzip ada juga yang berbutang.... laa... memang sah ada, di bahagian luar yang berbutang.

'Nah kuncinya, jumpa dalam henbeg' serah pada abhintan.   

Tanpa sepatah kata... tuan ayam pun memulakan operasi pembersihan.

Rabu, 16 Februari 2011

Terlupa menunaikan janji... berdosakah kita?

Lupa.  Memang terlupa sungguh.  Berdosakah kita bila kita lupa dengan janji kita?

Petang tadi ada aktiviti ko kurikulum di sekolah, bermula pukul 3 hingga 5 petang. Semasa di sekolah, Kak Nab (Tice Nab), kami tinggal sekampung dan sejalan.  Kak Nab menyatakan hasratnya untuk menumpang balik selepas habis xtvt kk... 'jangan tinggalkan akak tau' katanya beberapa kali.

Ngangguk dan menjawab okeynya juga entah berapa kali... "iye..saya tunggu akak'

Bila waktu permainan kami berpecah, Kak Nab dihujung kiri padang , sebagai penasihat permainan bola jaring sementara ibuintan pula di hujung kanan padang, sebagai penasihat permainan kriket, berhampiran pula dengan kantin dan tempat parkir kereta.  Di sebabkan petang tadi permainan kriket dikendalikan oleh seorang guru lelaki, maka ibuintan lepak kat kantin saja bersama kelab catur...


Tepat pukul 5, loceng dibunyikan, semua bersurai termasuklah ibuintan sekali.  Capai beg tangan dan terus ke kereta, hidupkan enjin dan terus balik.  Balik ke rumah dengan senang hati.  Terus jerang air. Bancuh teh untuk abahintan dan  terus bersolat Asar.  Selepas solat, duduk di beranda luar sambil berborak dengan abahintan.

Tup-tup.... ya Allah, baru teringat... baru teringat janji nak menumpangkan Kak Nab balik bersama, lihat jam sudah hampir 5.45 petang. .. terus capai telefon, alah nombor Kak Nab pula 'tiada dalam perkhidmatan'.. terus telefon seorang rakan lain.. Kak Mai kononnya nak minta nombor Kak Nab, Kak Mai gelak sakan di hujung talian ...' lupa bawak Kak Nab ke?' tanyanya dalam gelak panjang... 'hahaha  kau dah tuo' katanya lagi.

'Memang sah dah tuo, dah pelupa sungguh.  Langsung tak ingat, memang benar-benar tak ingat janji dengan Kak Nab tadi, bukan sengaja dibuat-buat..' dalm gelak bercakap dengan Kak Mai.


Ya Allah, memang lupa sungguh, tambahan pula semasa berjalan ke kereta  tidak nampak kelibat Kak Nab, langsung lupa terus.  Memang rasa bersalah sungguh pada Kak Nab.  Kak Mai menelefon semula memaklumkan bahawa Kak Nab telah dijemput oleh suaminya, selepas hampir 50 minit menunggu.  Pepagi esok (harap tak lupa) mesti mencari Kak Nab dulu, minta maaf daripadanya, takut nanti di kata sombong pula, Kak Nab kekadang bila suaminya tidak dapat menjemputnya  memang menumpang kereta ibuintan.  Rumahnya sebelum rumah ibuintan.

Ada waktu-waktunya sekarang ini, sifat pelupa itu memang tidak dapat dijangka.  Kekadang beriya-iya berjanji lastnya lupa janji, kekadang pula lupa letak barang di mana.. puas dan penat mencari semula di mana letaknya barang tersebut, kulu kilir mencari .. ada yang cepat jumpa ada juga lepas seminggu baru jumpa balik... nak kata minum air yang dimasuki semut, tak pulak rasanya... memang memori dah kurang power seiring bertambahnya usia.

Jadi sebelum terlupa lagi....................................
v
V
v
V
nak ucapkan terima kasih berjuta-juta lemon kasih  kepada  kaklong Nogori VS Pahang  dan Ayu Citarasa Rinduan kerana mengirimkan award cantek manis di atas..  terima kasih bebanyak ye yang-yang berdua..


//kepada yang-yang yang laen, sudilah kiranya menerima award di atas sebab My  favorite blog banyak sebona ea.... sumo esey suko!



Selasa, 15 Februari 2011

Rasul Junjungan... kekasih kita


Selamat menyambut Maulidur Rasul kepada semua muslimin dan muslimat.  Bersama-samalah kita memperbanyakkan selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.


Sabda Nabi s.a.w:
Hinalah orang yang tidak berselawat kepadaku ketika namaku disebut disisinya.
(Hr Tirmizi)








salam maulidur rasul:

Isnin, 14 Februari 2011

Ibuintan suatu cerita kehidupan.

Hari ini 14hb. Februari.  

Telah dua hari tidak menjengah blog, Sabtu dan Ahad ke Mersing sementara hari ini sejak pagi berada di sekolah sehingga ke pukul 5.45 petang..pagi mengajar dan petangnya bermesyuarat..... mesyuarat guru kali ke dua bermula pukul dua berlarutan sehingga ke pukul 5,45 petang.. rasa letih sesangat

Malam ini baru dapat bersenang semula depan pc... baru sedar rupanya hari ini 14hb.. hari yang disibukkan dengan hari kasih sayang rupanya adalah hari ulang tahun kelahiran blog 'ibuintan - cerita kehidupan' ini.  Sudah setahun rupanya usianya... kalau tidak silap blog ini lahir pada hari masyarakat Cina menyambut tahun baru cina tahun lepas, saja-saja cuba membuat blog tanpa tunjuk ajar sesiapa sekadar membaca dan mengambil tutorial dari blog-blog tutorial yang lain.

Terima kasih banyak kepada blog tutorial yang pernah dicedok ilmunya di sana dan digunakan di sini.  Rasanya setiap ilmu yang diambil telah diminta izin daripada tuan blognya dan sekiranya masih ada yang tertinggal , mohon dihalalkan ilmu yang diambil dan digunakan... semoga Allah memberikan ilmu yang  berganda kepada mereka.


Jumlah paparan sehingga entri ulangtahun ini di tulis.  Jutaan terima kasih juga kepada yang sudi datang dan menjengah blog ini samada secara sengaja ataupun tidak sengaja.

Jutaan terima kasih juga kepada semua sahabat yang sudi mendaftar diri sebagai pengikut blog ini.  Semoga jalinan ukhwah di alam maya akan berpanjangan.....Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada sahabat yang sering dan sudi bertandang ke mari, juga yang sudi memberi komen dan teguran yang membina, terima kasih semuanya.....



Kenapa berblog?

Lahirnya blog ini atas dasar suka-suka setelah sekian lama menjadi pembaca senyap beberapa blog yang telah lama bertapak dan menjadi ikutan ramai.  Yang femes dan glamor tentunya.  .. blog ini sekadar blog santai saja, lebih menjurus atas hal kehidupan seharian dan kisah diruang lingkup persekitaran sendiri saja.. .. pendek kata blog lebih kepada syok sendiri siempunyanya...


Tidak ketinggalan juga kepada sahabat yang sudi menghubungi melalui e-mel..., semua nasihat, panduan, teguran yang membina dan tidak kurang juga ada yang mengguris rasa akan dijadikan pedoman dan iktibar .... sesungguhnya yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari hambaNya yang hina ini...


Semoga jalinan ukhwah di alam maya ini akan muncul juga di alam nyata suatu hari nanti.

Kepada pembaca senyap dikalangan teman sekerja, sekampung dan  sepengajian dulu yang mengenali ibuintan .. terima kasih juga atas kunjungan kalian selama ini....

Salam sayang untuk semua...

Sabtu, 12 Februari 2011

Trip Mersing ke dua.

Hari ini bakal ke Mersing untuk trip kali ke dua.

Tujuan utama,.... semalam Intan telefon memberitahu ada kelengkapan persekolahannya yang masih belum lengkap, jadi Intan mohon izin untuk keluar membeli sendiri keperluannya.  Abahnya kurang setuju, masih baru sangat dia di sana, belum berapa mempercayai melepaskannya begitu cepat. Abahnya kata ,'nanti esok abah dan ibu datang'... horreeeeeeeeeey

Kedua ibunya pastilah amat gembira, dapat melepaskan rindu yang terpendam.  Cewahh..

Mersing kami datang lagi....



Khamis, 10 Februari 2011

Apalah nasibnya ..

Setiap tahun menerima murid baru.  Setiap tahun juga  perlu meminta salinan surat beranak anak-anak murid untuk mengisi dan melengkapkan butir-butir diri mereka di dalam buku daftar sekolah, buku kedatangan juga sistem  maklumat murid.

Sehelai kertas yang amat penting, sentiasa menjadi bahan penting dalam setiap agenda, nak masuk sekolah, nak mohon kerja, nak mohon belajar, nak mohon buat hutang, nak kahwin... segala macam lagi 'nak' dibuat semua minta membawa, takpun minta sesalinan yang disahkan... sijil kelahiran ataupun nama famos nya surat beranak... surat beranak ni lah yang akan dijaga sehingga ianya akan ditukar kepada sijil yang lain pula.

Tak lain dan tak bukan sijil kematian.

Pagi tadi membelek salinan surat beranak anak murid untuk melengkapkan data diri mereka ke dalam sistem maklumat murid.  Maka ini yang dijumpa juga....

Hampir setiap tahun berjumpa kes seperti ini... di ruangan bapa... Maklumat tidak diperolehi dan Tidak Berkenaan.... yang ada di isi hanya nama anak tanpa bin atau binti, serta nama ibu dan maklumat ibu yang lengkap....  dari manakah datangnya anak ini?

Ini yang jujur, buat salinan dari surat beranak yang sebenarnya, namun pernah juga... kerana malu agaknya cuba menipu dengan membuat tampalan dulu diruangan butir-butir diri bapa sebelum membuat fotokopinya, selamat sekejap tetapi tiba masa bila diperlukan surat beranak yang sebenarnya... terus kantoi

Selalu terbayang apakah yang bakal dirasa oleh anak ini terutamanya anak perempuan bila dewasa kelak, bila ditanya kenapa surat beranak tidak lengkap, kenapa hanya ada nama sendiri tetapi tiada berbinti.... malah bila hendak kahwin juga bagaimana penerimaan bakal suami dan keluarganya.

Teringat satu kisah, seorang rakan guru pernah bercerita yang seorang saudaranya  yang mahu meminang seorang gadis pilihan anaknya, telah meminta untuk melihat surat beranak sigadis sebelum datang merisik, akhirnya perhubungan itu menjadi terhalang gara-gara  maklumat yang tertera di surat beranak tersebut.  Keluarga lelaki menentang kerana si gadis anak tidak sah statusnya.

Kesian kepada anak yang tidak bersalah.  Kerana kesilapan si ibu dan si 'lelaki' yang entah siapa anak menjadi mangsa..... pernah juga ibuintan bermulut jahat, cuba bertanya anak murid berkenaan, tentang siapa ayah mereka... antara jawapan tulus yang diperolehi ialah 'mak kata abah dah mati', mak kata ayah dah hilang, dan ada juga mak kata ayah dah balik negeri... negeri mana?  Ontahlah tu..


//apapun statusnya anak-anak itu tidak bersalah.... sekurang-kurangnya ibunya tetap melahirkan, menjaganya dan membesarkannya

Tidak seperti ini...........

          .................................... berapa banyak lagi dosa yang mahu ditambahnya?


Rabu, 9 Februari 2011

Catatan di Mersing 2.

Edisi hari ke dua di Mersing. Isnin 7hb Feb. 2011.

Keesokan paginya, kami keluar awal dari hotel.  Selepas bersarapan kami terus menghantar Intan melapor diri di Sek Men. Sains Sultan Iskandar.  Hanya beberapa orang saja pelajar yang datang dari luar negeri Johor. Selain Intan terdapat  seorang lagi pelajar dari N. Sembilan (mungkin ada lagi yang belum sempat dikenali).

Dan yang paling seronok dan melapangkan hati ibu ini ialah bila dapat bertemu dan bersoaljawab dengan seorang pelajar (Amalina) dari Juaseh, Kuala Pilah juga .. yang telah belajar di sana sejak tingkatan satu dan Intan dapat pula belajar sekelas dengannya.  Lapang sungguh hati bila dia bercerita, dia selalunya balik kampung menaiki bas hingga ke Bahau.  Tiada masalah nak balik sebab ada perkhidmatan bas dari Mersing ke Bahau.  Malah laluan syarikat bas Transnasional dari Kuala Lumpur ke Mersing juga melalui Tanjung Ipoh dan Kuala Pilah. 

Sepanjang sesi pendaftaran Intan kelihatan sungguh ceria.  Hanya ibunya semakin lama semakin pilu, semakin pilu untuk berenggang dengan satu-satunya puteri yang ditatang selama ini.  Hanya Allah yang mengetahui.  Demi masa depan dan demi ilmu yang dicarinya untuk mencapai cita-citanya, moga dipermudahkan Allah semuanya.  Setelah banyak mendengar cerita dari bakal rakan sekelasnya (Amalina) semuanya yang baik-baik belaka, hati ibu ini semakin lega dan dapat melepaskannya dengan tenang.


Selesai sesi pendaftaran dan menghantar barang-barangnya ke dorm, pukul 12 tengahari, semua pelajar baru dan ibubapa berkumpul semula di dalam dewan untuk sesi taklimat ibubapa pula.  Ucapan tuan pengetua, diikuti lafaz ikrar penyerahan anak oleh ibubapa  serta lafaz ikrar pelajar baru.  Kemudian diikuti perjumpaan bersama mentor anak-anak, seorang pelajar mendapat seorang mentor yang berperanan juga sebagai ibu atau bapa angkat mereka selama belajar di sana.

Selepas selesai semuanya, pelajar di beri peluang lagi bersama ibubapa mereka sehingga pukul lima petang sebelum bermulanya taklimat minggu silaturrahim.  Kami mengambil kesempatan ini membawa Intan makan tengahari bersama-sama.  Kami menghantarnya balik ke asrama pada pukul 2.30 petang.  Akhirnya airmata dua beranak gugur juga, walau tetap cuba menahannya, biarkan ianya jatuh ke perut dulu, tidak mahu Intan terlalu melihat kesedihan ibunya.  Tetap melepaskan Intan dengan senyuman yang agak getir.

Kami bertolak balik dari Mersing pada pukul 2.45 petang dan selamat sampai di rumah semula kira-kira empat jam kemudiannya, syukur perjalanan kami dipermudahkanNya.


Hati ini makin lapang bila dia menelefon petang tadi, suaranya yang ceria dan dia sempat berpesan supaya ibunya jangan risau,... Intan seronok di sini....Alhamdulillah, jika dia dapat menyesuaikan diri dengan cepat.

Ibuintan tahu dia memang cepat dapat menyesuaikan diri dan punya hati yang cekal.  Dia sudah beberapa kali menyertai kem motivasi pelajar dan kem waja diri semasa menjadi Ketua Murid (P) semasa di tahun enam dulu.

Selasa, 8 Februari 2011

Catatan di Mersing 1.

Alhamdulillah, perjalanan pergi dan balik ke/dari Mersing dipermudahkan.  Perjalanan pergi pada pagi Ahad memakan masa hampir lima jam kerana perjalanan kurang lancar sedikit, banyak kenderaan dijalanraya,  mungkin kerana ramai pengguna balik ke tempat masing-masing setelah habis bercuti tahun baru cina.  Walaupun perjalanan agak jauh (lebih kurang 280km) dan memakan masa namun  tidak terasa  keletihannya kerana bermula dari Bandar Sri Jempol hingga ke Mersing jalannya lurus dan tidak banyak selekoh.

Kami makan tengahari dan berehat di pantai Hiburan Kuala Rompin sebelum meneruskan perjalanan ke Mersing. Kami sampai di Mersing hampir pukul empat petang.  Terus mencari lokasi sekolah di mana Intan akan melaporkan diri.  Sekolah tersebut hanya kira-kira 5km saja dari bandar Mersing.  Kami berpatah semula ke bandar Mersing untuk mencari tempat penginapan.

Tempat yang dituju ialah Hotel Seri Malaysia, malangnya setelah berpusing beberapa kali kami masih tidak berjumpa dengan hotel ini.  Bertanya kepada beberapa orang, namun semuanya ialah orang luar juga, juga tidak tahu lokasi hotel.  Yang paling kelakarnya bertanya kepada sepasang suami isteri dan  mereka juga sedang mencari hotel yang sama.  Mereka berkata telah berpusing-pusing sebanyak empat kali mencari jalan ke hotel walaupun kami tahu hotel itu terletak disekitar Jeti Mersing saja.

Yang membuatkan kami tidak berjumpa hotel ini kerana jalan di sepanjang pantai Mersing di Jeti Mersing yang menghala ke hotel itu ditutup kerana ada Bazar Amal Palestin.  Yang paling teruk juga kami tidak jumpa papan tunjuk arah ke hotel.  Akhirnya atas cadangan anak-anak, tambahan pula bila melihatkan air laut yang kotor dan keruh, mugkin kerana air banjir yang masuk ke laut, kami bercadang menginap di hotel yang lain saja.



Pilihan utama ialah hotel di tepi Sungai Mersing, dan pilihan kami akhirnya jatuh ke D'View Hotel yang terletak di tebing Sungai Mersing.  Tepian tebingnya adalah tempat kaki pancing memancing ikan setiap petang dan malam.  Juga tersedia jeti khas tempat mereka memancing di tengah sungai.

Pilihan yang tepat kerana sehingga pukul satu pagi kaum lelaki ... abahintan dan dua anak bujangnya menemani kaki pancing, nasib baik semasa datang mereka tidak membawa pancing bersama  dan nasib baik kedai alatan memancing di Mersing telah di tutup... kalau tidak sah  mereka tiga beranak memancing sama. 

Namun, mereka bertiga amat teruja untuk datang lagi, ...

'datang selalu pun tak apa' kata Along....

hahaha...  ibunya lagi suka, bawak pancing pun bawak pancinglah .....  ibu pun sanggup tambahkan koleksi pancing lagi, janji memancing kat Sungai Mersing tu yang 3 km saja dari asrama Intan.  Ibu rela keluar modal...


Ibuintan juga sempat berbual dengan sepasang suami isteri dari Kulai Jaya, yang memancing di situ.  Pasangan ini juga menghantar anak mereka balik ke asrama di sekolah yang sama.  Menurut pasangan ini, setiap kali mereka menghantar anak balik ke asrama, mereka mesti mengambil kesempatan memancing. Alatan memancing mereka sentiasa ada dalam boot kereta.   Malam itu selama berbual dengan mereka, umpan pancing mereka sentiasa mengena.  Seronok melihatnya, setiap kali pancing dilempar selang beberapa minit umpan dimakan ikan.  Mereka beredar balik ke Kulai Jaya pada pukul sepuluh malam, bersama ikan-ikan segar yang boleh dimasak keesokan harinya.  "Lepas le buat lauk esok" kata si isteri dalam loghat Joho nya.


 Kami juga berkenalan dengan seorang Komando dari Kem Iskandar yang memasang sejenis perangkap untuk menangkap ketam.  Komando itu ditemani oleh isterinya.  Pasangan ini yang baru berkahwin pada tahun lepas dan masih belum dikurniai anak, jadi bila tidak bekerja di sebelah malam mereka selalu datang ke situ untuk memancing atau menangkap ketam.  Pada malam itu mereka berdua dapat menangkap lapan ekor ketam nipah.  Rezeki pada yang rajin berusaha.  Menurut anggota komando berkenaan, selain sebagai memenuhi masa lapang dan hobi, mereka juga dapat berjimat.  Selalunya setiap kali datang, rezeki sentiasa ada ada samada ikan atau ketam.

Selepas solat Maghrib kami juga mengambil kesempatan berjalan-jalan di sekitar bandar Mersing.  Kami juga mengunjungi Bazar Amal Palestin di tepi pantai di Jeti Mersing.  Bila telah melawat dari gerai-ke gerai sehingga ke hujungnya, barulah kami bertemu dengan Hotel Seri Malaysia, rupanya kami telah lalu di belakang hotel semasa mencarinya tetapi tidak perasan sebab hotel mengadap ke pantai.

Rasanya kalau ke sana lagi, kami tetap akan menginap di D View Hotel, selain biliknya yang besar dan selesa, ianya juga  yang amat sesuai untuk abahintan memenuhi juga hobinya iaitu memancing.   Harganya juga amat berpatutan.

//petang tadi abahintan telah mula mengeluarkan dan memeriksa semula alatan memancingnya yang telah disimpan dalam stor, .... suka, suka, suka....



Ahad, 6 Februari 2011

Ke Mersing... kita!

Sejak semalam sibuk,  tidak dapat menjenguk ke blog sahabat maya seperti biasanya, malah komen sahabat juga belum dapat dibalas.  Memohon maaf kepada semuanya.  Petang semalam sibuk memasak lebih sedikit dari biasa kerana dua keluarga adik ipar datang bertandang ke rumah, seterusnya bermalam  di sini.




        
 Mereka balik selepas bersarapan pagi tadi.  Ibuintan sekeluarga akan bertolak ke Mersing pagi ini.  Kami sengaja pergi awal sehari, mengambil kesempatan untuk berkenalan dengan bandar  Mersing dulu.  Kami akan mengikuti laluan K. Pilah , Muazam, Kuala Rompin, Endau dan seterusnya ke Mersing.  Pernah sampai hanya ke Kuala Rompin dan Endau, pada cuti sekolah dua tahun yang lepas.  Kami akan menginap di sebuah hotel yang terdapat di Mersing.

//semoga perjalanan kami dipermudahkan.






Sabtu, 5 Februari 2011

Kenduri rumah jiran

Tengahari ni ada undangan majlis kenduri, kenduri akikah dan doa selamat di rumah jiran.  Dengarnya sembelih seekor lembu.  Kalau sembelih seekor lembu, tentunya dari petang semalam dah bermula aktiviti 'berpangkal' atau rewang, tapi tidak pergi menolong  kerana petang semalam baru balik dari rumah mak mertua.  Sampai di rumah sudah pukul empat petang, rasa malas pula nak ke rumah jiran tersebut.

Kakak sedara sebelah rumah ada mengajak  'untuk menolong apa yang patut' tapi beri alasan nak buat kerja rumah, 'esok pagi saja pergi' (hari ini)

Rumah  walaupun ditinggalkan sehari semalam, baru sehari tidak menyapu namun cepat sangat nampak berhabuknya.  Selepas memunggah keluar beg dari kereta, terus memasukkan kain baju kotor ke dalam mesin, biar mesin yang buat kerja-kerja rutinnya., diri sendiri pulak menyapu terutama menyapu bilik tidur, abahintan pantang besar kalau bilik kami berhabuk. Dia kalau dah naik atas katil pun nampak habuk atas lantai, sah-sah akan bangun dan menyapu dulu.

Bilik lain anak-anak urus sendiri, ibubapanya tidak ambil peduli, ibubapanya hanya berleter kalau lihat bilik mereka lagak tongkang pecah.  Masing-masing dah boleh membuatnya sendiri, jadi uruslah sendiri bilik masing-masing.  Tapi nampaknya beza bilik anak gadis remaja dan anak bujang remaja memang berbeza sangat, sangat berbeza, kalau ada yang menjengah bilik mereka, spontan dapat mengagak.. mana bilik  bujang mana pulak bilik anak gadis.... rupa dan bau menjawab segalanya.


Along dan Intan mesti takkan pergi ke rumah kenduri, Jadi untuk makan tengahari mereka, Intan akan masak  sendiri.  Sekarang mereka  tidak mahu  ke rumah kenduri jiran-jiran, masing-masing sudah malu, mereka hanya mahu diajak ke majlis kenduri yang ibuintan hadiri secara jemputan saja.. maknanya sampai di rumah kenduri, bersalaman, makan, salam bersampul dan balik.  Kalau rumah kenduri jiran, yang ibuintan mesti tolong menolong dan bersedekah tenaga,  pergi awal balik lewat sikit, memang mereka takkan ikut. Alasan mereka tak ada kawan, semua orang tua.  Memang alasan tak boleh digunapakai, alasan orang yang tidak suka hidup bermasyarakat.

Walaupun begitu setakat rumah jiran sekampung mereka dilepaskan juga dengan alasan mereka tapi kalau melibatkan jiran terdekat atau saudara mara, minta maaf sebarang alasan tidak dilayan, harus hadir menunjukkan muka... kata Along "tunjuk muka saja".... ya tunjuk muka, boleh  balik, kalau lapar... masak sendiri.... tapi selalunya bila mereka dah datang. tak pulak balik awal tu, tunggu juga hingga kenduri selesai..

//dulu-dulu ..., diajak pergi, mesti pergi.. 'mereka menjemput sekeluarga bukan abah sorang'  dengar tu je dah takut nak kata tak mahu pergi



Yang tidak mahu pergi, makan ni sajalah...




Khamis, 3 Februari 2011

Tinggal dua ekor, dua-dua janda

Pagi tadi abahintan minta nasi sejuk.

"Nak buat apa"

'Nak beri ayam makan'

'Kan selalu beri jagung'

'Dah tak beli, beri nasi je lah'

'Kenapa pulak'

'Kan dah habis mati, ayam dah tinggal dua ekor... tu pun dua-dua janda'

hehehehe... ibuintan senyum sorang pagi tadi bila abahintan gelarkan ayamnya 'janda'.

Abahintan sebelum ini ada membela ayam kampung, ayamnya dibela di dalam reban di belakang rumah.  Elok kembang biaknya.  Dah banyak juga yang telah disembelih.  Namun sejak selepas hari raya korban yang lalu, ayam di kampung ini telah dihinggapi penyakit sampar ayam.  Berturut-turut dari setiap rumah, habis satu reban ayam, penyakit ini berpindah pula ke reban yang lain.  Hingga akhirnya sampai juga ke reban ayam di belakang rumah ini.

Inilah dua ekor janda yang dimaksudkan.  Semasa ayam-ayam lain (semua telah mati) mendapat penyakit sampar ini, kedua-dua ayam janda ini sedang mengeram.  Kedua-duanya berjaya menetaskan telur masing-masing, sijanda coklat menetaskan lima ekor anak sementara sijanda putih menetaskan empat ekor anak, namun kesemua anak-anak sijanda tidak dapat bertahan, semuanya mati juga.


Abahintan mengelarkannya janda sebab semua 'laki' mereka iaitu kesemua ayam jantan telah mati.  Ayam jantan kepunyaan jiran-jiran berhampiran juga telah mati.  Nampaknya terpaksa mencari dan membeli seekor ayam jantan untuk dijodohkan dengan janda-janda yang ada dibeberapa reban disini. Ayam jiran sebelah rumah juga tinggal dua ekor... juga ayam betina.

Kalau selalunya setiap subuh, bunyi kokok ayam jantan sahut menyahut memeriahkan suasana hening pagi, namun kini semuanya telah hilang, terasa sangat kehilangannya.  Kini semuanya sunyi sepi.




Rabu, 2 Februari 2011

Kenangan kacang kuda rebus.

Hari ini hanya sempat melawat ke beberapa blog sahabat di waktu pagi saja.  Cuaca hari ini dari pagi membawa ke petang, cerah dan panas.  Semalam menguruskan kain baju. Hari ini pula membersihkan kawasan halaman dan kawasan luar yang  telah hampir seminggu tidak bersapu. Bertaburan daun-daun gugur terutama daun dari pokok cempedak, pokok rambutan dan pokok ceri.  Aktiviti menyapu, mengumpul dan akhirnya membakar.

Selesai tugas diluar bermula pula tugasan di dapur.  Masak untuk makan tengahari.  Selepas makan dan solat zuhur menghantar Intan ke Klinik Kesihatan K. Pilah semula, menyelesaikan pemeriksaan kesihatannya yang tertangguh semalam.  Urusannya dari kaunter ke bilik-bilik khas berjalan lancar sebab kurang pelanggan @ pesakit petang tadi.  Semuanya cepat sebab Intan tiada masalah kesihatan, berjumpa doktor pun tidak sampai lima minit.  Doktor hanya bertanya status kesihatannya dan kemudian menulis dan menandatangani beberapa borang.  Selesai menjelang pukul tiga setengah petang.


Keluar dari klinik, jumpa abang ni yang seingat ibuintan telah berniaga  kacang goreng, kacang rebus, wadeh dan juga beberapa jenis keropok sejak dulu lagi. Dulu dia hanya menolong ayahnya, berjualan dengan mengayuh basikal tua namun sekarang  menunggang motosikal.  Mewarisi bisnes ayahnya.  Selalu berniaga di Hospital Tunku Najihah juga.
             Intan beli kacang kuda rebus.  Sepeket RM2.

Dulu semasa mak masih ada, setiap kali menghantarnya ke hospital untuk pemeriksaan bulanan, mak mesti membeli kacang kuda rebus ini.  Mak makan sambil menunggu giliran untuk berjumpa doktor pakar. Mungkin kacang ini lembut sebab itu mak suka sangat.  Mak juga mesti membeli untuk ketiga-tiga cucunya juga.

//Kini  semua tinggal kenangan.



Selasa, 1 Februari 2011

Bila internet terganggu, kerja lain berjalan lancar.

Setelah empat hari hujan turun berterusan, hari ini cuaca cerah dari pagi hingga ke petang. Tapi yang peliknya sepanjang hujan turun walaupun dengan lebatnya, line internet tidak mengalami  gangguan walau sedikit pun, tapi hari ini pula line internet tidak berfungsi langsung.  Bermula jam sembilan membawa ke petang line bermasalah, langsung tidak boleh surf internet.

Budak tiga beradik bising, macamlah tiada aktivit lain yang dapat dibuat kalau tiada internet,.  sibuk bertanya ibu dan abahnya, samada bil sudah dibayar atau belum.. kalau belum macamlah mereka pula nak membayarkannya.

Ibuintan tidak kisah sebab pagi tadi aktiviti mengalahkan kedai dobi, nasib baik mesin basuh tu tak banyak cakap hal, terima saja walaupun disumbat beberapa kali , membasuh kain baju yang dikumpul sejak hari Ahad, hari yang hujannya amat lebat sepanjang hari dan juga membasuh semula kain baju diampaian yang tidak kering sejak beberapa hari lalu.  .. ada yang berbau hapak sebab masih lembab.


Sebab teruja dengan cahaya matahari yang cerah bersinar, kain baju diampaian juga dipusing balik beberapa kali supaya cepat kering. Puas hati sebab menjelang petang yang kembali mendung,  kain baju di ampaian kering semuanya.

Sambil menunggu mesin basuh menjalankan kerja, ibuintan juga sempat menjahit dua pasang baju kurung sendiri. Aktiviti mengadap pc juga menyebabkan aktiviti menjahit  seringkali  terganggu dan tertangguh-tangguh... melayan blog dan berchat di fb telah menduduki carta atas di masa cuti sekarang ini.  Namun kerja rumahtangga harus beres dulu.

Tengahari tadi adik ipar serta suaminya datang berkunjung ke rumah.  Mereka berdua memang selalu datang bertandang.  Mereka berdua balik selepas makan tengahari.  Mereka datang tanpa memberitahu dahulu, jadi Ibuintan masak apa yang ada dalam peti ais saja, ikan tengiri masak lemak cili api, ikan sepat goreng berlada, telur masak kicap, tauhu sumbat serta goreng kangkung ikan masin.

Sebelah petangnya pula menghantar Intan ke Klinik Kesihatan Kuala Pilah untuk membuat pemeriksaan kesihatan dan X-Ray.  Pemeriksaan akan bersambung lagi esok pagi.

Selepas itu, terus ke Bahau, dalam keadaan langit yang gelap dan memberi petanda hujan akan turun semula.  Pergi berurusan di ATM AMBank , urusan pengeluaran duit dan kemudian urusan memasukkan duit semula. Nasib baik cuaca di Bahau cerah, senang  menguruskan hal yang seterusnya.

Sudah terlanjur sampai ke sana, Intan pun mengambil kesempatan membeli dan melengkapkan barang keperluan yang perlu dibawanya ke asrama minggu depan.  Samalah dia bersoping kong he fat choi, panjangnya list barangan yang ditulisnya... seolah-olah semuanya nak baru,  Tapi ibunya yang prihatin cepat-cepat menyenarai pendekkan list tersebut... kalau ikutkan list kehendak hatinya, lari budget makan setengah tahun... bukan sebulan tu... setengah tahun aka enam bulan....


Yang bergulung yang dipegangnya ialah majalah kegilaannya sekarang, majalah Korea yang diversi melayukan, dua buah sekali beli, di dalam biliknya tersusun rapi koleksi majalah ini dan jangan ada yang berani mengubah kedudukan susunan majalah tersebut... dia lebih hebat berleter daripada cikgunya

//Satu boot kereta tersusun enam bekas plastik barangannya... untuk ibu dan abahnya... takde... tukang hantar dan tukang bayar saja

///abahnya ada berkata.. nasib baik anak dara seorang saja