Followers

Jumaat, 26 Ogos 2011

SELAMAT HARI RAYA.

السلام عليكم

Kepada semua rakan blogger, rakan di alam maya, rakan di alam nyata, kaum keluarga dan sesiapa saja yang datang membaca dengan sengaja atau tak sengaja, di kesempatan ini ibuintan dengan rendah diri dan ikhlas hati memohon ampun maaf sekiranya selama kita bergurau senda, selama berkenal mesra ada tutur kata dan tulisan yang menyentuh hati dan mengguris rasa.  Ibuintan hanya insan biasa, salah dan silap adat manusia... sekali lagi ampun maaf dipinta.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.



//kepada rakan-rakan yang akan menempuh perjalanan yang tentunya 'jammed' di laluan Kuala Pilah Seremban, jika berkesudian jemputlah datang ke rumah ibuintan. 







Selasa, 23 Ogos 2011

Gangguan internet... mood berblog pun turut terganggu.

Syukur.. moga semuanya sihat.  Terima kasih  kepada semua rakan yang sudi meninggalkan komen di entri yang lepas dan mohon maaf juga tak sempat mengunjungi blog rakan semua.  Masa masih padat dengan kerja hakiki dan beberapa kerja sampingan.  Bila berkesempatan mengadap laptop, masalah internet pula menghambat, terlalu semput jalannya... menyakitkan hati saja.  Entah knapa sejak akhir2 ni streamyx kat rumah tu yang sebelum ni tak ada masalah kini dah mula menyakitkan hati, terlalu lambat loadingnya.  Nak masuk gambar sekeping pun memakan masa.  Kalau dulu bw pun boleh buka lima enam tab sekaligus, kini nak buka satu tab pun terhegeh-hegeh.


Bila masalah ni timbul terus ambil jalan singkat, off laptop.  Kalau tidak banyak pula 'syair' yang tak merdu yang terkeluar, kurang pula markah puasa.  Harap masalah ni tak akan berlarutan, kalau terus berlarutan macam ni mau juga TM di'syair'kan suatu hari nanti, mestilah kan patut di' syairkan sesekali bila kita yang setiap bulan bayar on time, tak pernah lupa.  Biarlah berbaloi dengan RM yang dilaburkan.... kan.


Macam mana rakan blogger wanita, dah banyak ke buat kuih?  Ibuintan satu kuih pun tak  buat dan tak beli lagi.  Kalau buat kuih pun mungkin sejenis dua saja hujung minggu ni, tunggu intan balik dulu sebab Intan saja yang suka menolong..eh silap...  ibunya yang menolong dia membuat kuih sebenarnya.  Intan lebih suka dan lebih pandai membuat biskut berbanding ibunya.  Ibunya tak punya kesabaran  untuk menekap-nekap kuih yang boleh mendatangkan mood 'mengantuk'.  ibunya lebih sanggup keluar RM untuk yang telah siap dibotolkan.



                                           Pilih saja yang mana pekenan.

                                  Biasanya yang ini lebih menarik perhatian.






Jumaat, 19 Ogos 2011

Senyum pagi Jumaat.


Ni kalau makan semua, kenyang sebulan puasa ni!!  Sapolah punya kojo ni!!  Mentang-mentanglah capati tu lebar panta, takkan nak buat selimut lak kan...


 Siapalah mak bapak budak ni, tak senonoh, ni yang dikata 'bergurau tak kena tempat'....  macam manalah kalau masa tu budak tu tiba-tiba ter'buang'  yang kecil apalagi yang besar ......  time buka dah sampai pulak, capati tu lah sekeping je .... camno tu?   Tak ke pendek akal tu!








Selasa, 16 Ogos 2011

Rindu yang belum terlerai.


Cempedak goreng... kegemaran Intan.  Sebelum berbuka petang tadi, ibuintan goreng cempedak.  Buah cempedak di luar pagar  telah pun masak, semalam petik tiga biji. Sebiji di beri kepada kakak sedara sebelah rumah.  Harum semerbak semasa ianya digoreng, ibuintan goreng pada pukul 7 supaya semasa berbuka ianya masih panas dan garing.

"Ibu, kakak suka kan  cempedak goreng ni" kata Azim.

Ibuintan buat dengar tak dengar saja tanpa memberi jawapan.  Hati terus jadi sebak dan sayu, bercampur rindu yang teramat buat Intan.  Terbayang betapa gembira dan sukanya setiap kali dia makan cempedak goreng.  Hilang kata-kata, malah selera juga.  hati seorang ibu ini menjadi amat sebak.  Walaupun hanya makanan yang biasa-biasa saja, namun amat terkilan Intan tak merasainya sama... dalam sebak sambil menyuap makanan, akhirnya airmata seorang ibu ini tumpah juga... rindunya pada si puteri yang seorang ini, pertama kali berpuasa tanpa kehadirannya bersama.  Kami hanya dapat berpuasa dan berbuka bersama pada puasa hari pertama saja.


Sehingga habis waktu makan, namun sebiji pun tak terjamah dan tertelan dek  tekak ni, hiba rasanya bila mengenangkannya.  Perasaan sayu yang ditahan setiap kali tibanya waktu berbuka selama dua minggu ini, tertewas juga akhirnya.  Setiap kali berkumandang Azan Maghrib,  mesti terbayang kan keadaannya yang berbuka hanya bersama-sama rakan di asrama.  Bagaimanakah keadaannya di sana?


                                  Tak sabarnya ibu menanti kepulangan mu.... sayang!!











Isnin, 15 Ogos 2011

Kesah tak bermakna.

  السلام عليكم
Moga semuanya sihat dan ceria dalam menjalani ibadah puasa di hari ke 15 ini. 
 
Dalam kesibukkan urusan duniawi, sedar tak sedar Ramadan sudah pun sampai kepertengahannya. Macam-macam hal yang datang dan diuruskan hinggakan blog ini pun hampir terabai.  Sesekali saja dapat menjengah, itupun tanpa catatan baru atau tanpa sempat bertandang ke laman kengkawan semua.  Kekadang bila ada masa, keinginan menulis pulak tiada. 

Banyak yang nak ditulis dan dikongsi sebenarnya namun hati berat mengizinkannya untuk dikongsi bersama.  Takut dikata riak, bermegah, menunjuk-nunjuk malah takut juga ada yang tersinggung dan terasa hati.  Tak seronok rasanya bulan yang mulia ini dirosakkan dengan tulisan yg mungkin akan ada yang terasa hati.. memang ada kisah sebenarnya, yang kurang enak didengar malah dibaca juga.  Namun maruah tetap perlu dijaga.  Manusia punya hati dan perasaan, walau yang membaca tak kenal siapa orangnya namun tak baik pula mendedahkan aibnya.  Simpan lebih baik kan..


Nak cerita pasal masakan, pun malas juga.  Takde yang spesel pun. Yang biasa-biasa saja, tapi yang pastinya setakat hari ni masih bertahan belum melawat lagi ke pasar ramadan di sini.  Masak setiap hari mengikut menu permintaan anak-anak dan suami.  ... hanya anak-anak saja yang mengunjunginya setiap petang, membeli air yang bertukar jenis setiap petang, hatta hujan lebat pun air tetap juga dibelinya.


Sepanjang hujung minggu lepas juga sibuk menyiapkan tempahan beberapa helai baju kurung raya tempahan rakan rapat, insyaallah hampir siap semuanya... tagetnya hujung minggu ni mesti beres semuanya... minggu depan nak jahit baju sendiri dan baju Intan pula..... huhuhu.. malangnya kainnya pun tak beli lagi.  Sabar je la..







Khamis, 11 Ogos 2011

Puasa Yangyok... ... makan mesti nyorok

السلام عليكم
Selamat berpuasa di hari kesebelas Ramadhan hari ini.   Semoga terus diberi kesihatan yang baik dan dapat melaksanakan ibadah puasa dan solat dengan sebaiknya.  Hari ni  tentang  telatah anak-anak didik tahun satu yang belajar berpuasa.  Di dalam kelas setiap hari bila ditanya ' siapa puasa hari ni?... semua angkat tangan, mengaku berpuasa dengan gembiranya.  Bila ditanya lagi 'siapa tak puasa'...  ada juga yang mengangkat tangan semula walau tadinya telah mengangkat tangan.  Macam-macam cerita yang dapat didengar.  Ada yang puasa pagi saja semasa di sekolah, bila sampai di rumah terus makan,... tak tahan lapar.  Ada juga berpuasa kerana dijanjikan ganjaran hadiah oleh ibubapa dan ada juga puasa kerana nak baju raya, kalau tak puasa ibubapa tak belikan baju raya.... alasan merekalah. 


Ramai juga yang masih bertahan puasa penuh setakat sepuluh hari semalam.  Kebanyakkannya murid perempuan dan ada antara mereka berazam mahu berpuasa penuh sebulan. Moga hasrat anak kecil ini akan tercapai, seronok mendengar cerita mereka tentang menu berbuka masing-masing... macam-macam cerita.


Sehingga semalam belum nampak murid membawa bekal makanan dan air ke sekolah, namun mungkin ada yang membawanya tapi makan menyorok, mereka juga tahu malu untuk makan secara terang-terangan.

Lebih kurang pukul 11.45 pagi semalam, sewaktu semua murid di minta berkumpul di depan kelas untuk aktiviti membaca, tiba-tiba perasan seorang murid perempuan telah 'hilang'. Ha'ah.. hilang... jom kita cari!!


Laaaa... kat situ rupanya.  Eh.. sempat main sorok-sorok lagi walhal sekarang semua rakan-rakan yang lain sedang membaca di depan gurunya.  Apa dibuatnya yee... jom, kita terjah!!



                                          Laaaaa... sedang mengadap sebuku roti rupanya.


Ketika gambar yang ini di ambil, shasa sempat menjerit.......CIKGU JAHAAAAAAAT..


Alhamdulillah...  baru boleh belajar dengan tenang.. Semasa ini Shasa masih sempat berkata... SAYA TAK SAYANG CIKGU......CIKGU JAHAT'  Hahahaha... Shasha memang seorang murid yang peramah, riuh becok mulutnya , semua benda kalau terlayan dek cikgunya akan diceritakannya.  Alasannya semalam ialah...
Abah suruh makan roti tu kalau lapar..

Tau pulak dia menyorok mencari pot  yang sesuai untuk makan.  Pandai dia menghormati rakan-rakannya yang berpuasa.



Rabu, 10 Ogos 2011

Isnin, 8 Ogos 2011

Sekadar bertanya khabar.

السلام عليكم             

Selamat berpuasa di hari ke lapan hari ini. 

Moga semuanya sihat. 

Apa menu berbuka petang nanti?

Masak atau  beli?




Cadangan antara menu petang nanti.... ikan bakar!!

gambar ehsan tokgugel.


















Jumaat, 5 Ogos 2011

Lawa durian



  السلام عليكم
Selamat menjalani ibadah puasa di hari ke lima hari ini.  Moga semua sahabat berada dalam keadaan sihat  dan dapat beribadah dalam bulan Ramadhan ini dengan sebaiknya.

Saja nak menggoda si kaki durian.  Lawa ke isi durian tu?  Balik dari solat tarawih malam tadi, Azim membawa balik empat biji durian, "Omok sedekah' katanya.  Pemberian  akak sedara sebelah rumah.  Dalam rumah ni tak ada seorang pun yang 'kaki durian', kalau makan pun hanya setakat seulas dua saja, lebih kepada merasa... biasanya tiada permintaan untuk membeli durian.


Hanya abahintan yang suka makan itupun sebiji durian boleh tahan dua tiga hari baru habis, ambil seulas dua dan bakinya simpan dalam petiais, esok nak makan ambil lagi seulas dua. 

Sahur tadi, empat biji durian masih belum terusik,  sebab tiada mood nak menggoreng sayur sebagai tambahan lauk, ibuintan belah sebiji durian tersebut, ambil lima ulas dan bercadang untuk dibuat 'lawa durian'

 


Inilah rupanya "lawa durian', resepi mudah kegemaran arwah mak dan abah disetiap musim durian dahulu..  Tapi kalau mak yang buat, selain bubuh lada api, sedikit garam dan seulas bawang merah... mak akan letak santan pekat, tapi ibuintan ganti santan dengan air suam saja, tidak mahu terlalu berlemak.... kolesterol jahat sudah mengatasi kolesterol baik sekarang, so terpaksa la kurangkan banyak lemak dalam makanan dan dalam badan juga.........


Membuka selera bila di makan bersama nasi panas.  Kalau ada ikan masin goreng atau ikan pekasam lagi sedap..... bak kata mak mertua 'tak payah lauk lain'.  


Ringkas dan mudah, namun pastikan pedas dan masinnya terasa. 






Rabu, 3 Ogos 2011

Bukan Jawa berbuka dengan nasi tradisi Jawa.


Jangan marah, ni edisi menunjuk Nasi Ambeng tapi versi beli.

Nasi ambeng ni dibeli di Bazar Ramadhan Mersing semalam untuk bekalan berbuka puasa.

Abahintan beli yang  lauk utamanya  ayam masak merah sementara untuk ibuintan ayam masak 'lada hitam'.

Lauk yang lainnya sama iaitu sambal goreng tempe, goreng sayur kacang panjang, serunding kelapa, sekor ikan masin bulu ayam, serta mehoon goreng.

Kami berbuka puasa di salah satu hentian kecil di laluan Muadzam - Bahau berhampiran Keratong, Pahang.

Berbuka dengan air kosong dan  nasi ambeng.....

Bolehlah.... komen abahintan yang festime makan nasi ambeng ni, tapi  dia rasa pelik sebab ada mehoon goreng sekali..... dan abahintan tolak me hoon goreng tu ke dalam bekas ibuintan.

Dan kedua-dua bekas akhirnya kosong tinggal tulang ayam saja.

Alhamdulillah.....

selamat sampai di rumah semula  sebelum pukul sepuluh malam.






 




Isnin, 1 Ogos 2011

Selamat berpuasa.

 السلام عليكمSelamat bersua kembali, terlalu lama rasanya tidak bertanya khabar rakan semua.  Di harap semua sahabat sihat dan gembira bersama keluarga.  Saya dan keluarga, alhamdulillah semua diberiNya kesihatan yang baik.  Streamyx di rumah ini  yang sakit juga telah disembuhkan beberapa hari yang lepas, namun saya teruskan tidak berblog selama beberapa hari lagi kerana menguruskan beberapa hal lain yang perlu segera diselesaikan.

Hari ini satu Ramadhan, selamat berpuasa diucapkan kepada semua rakan blogger sekalian.  Semoga kita semua dapat menunaikan puasa kali ini dengan sebaiknya.  Semoga ibadah kita akan mendapat lebih  keberkatan dari Allah swt.

SELAMAT BERPUASA.