Followers

Sabtu, 31 Julai 2010

Kari kambing


 
Sejak petang semalam bertandang ke rumah adik ipar. Adik ipar membuat kenduri kesyukuran tengah hari tadi. Selain ayam goreng sambal, kerabu tauge dan daging salai, kari kambing adalah antara menu utamanya.

Dua ekor kambing disembelih pagi tadi. Daging kambing dimasak kari menjadi lauk  utama majlis kenduri kecil sekarang ni. Yang peliknya selalu dengar , ramai yang berkata tidak makan daging kambing. Alasan mereka berbau hamis, sebab darah tinggi ataupun memang tak suka. Tapi tidak pernah pulak lauk itu berbaki banyak.

Lauk kari kambing ni biasanya menjadi kegemaran kaum lelaki. Ada yang tidak mengambil lauk lain selain lauk kari kambing saja.  Dalam keluarga kami pun hanya abahintan saja yang suka makan kari kambing. Ibuintan setakat ambil kuahnya saja itupun kalau tidak berbau 'kambing'.

p/s; suka lempeng cecah kari kambing

Khamis, 29 Julai 2010

Cerita si Hakim

Inilah si Hakim, anak murid yang meminta cikgunya demam lama-lama tu.  Hari ni dia masih juga dengan alasan tak bawa bukunya.  Hakim kalau malas membuat latihan dia akan datang ke meja guru sambil bercerita apa-apa saja yang terlintas di kepalanya pada ketika itu. Kalau sebelum ini cerita katun wonderpetnya yang terkini ialah cerita adik kecilnya pula. Emaknya baru bersalin kira-kira sebulan yang lalu. Jadi selalulah dia bercerita tentang adik kecilnya
Hakim seorang pelajar yang sederhana, boleh membaca tapi bab menulis sangat lemah. Pernah komplen pasal tulisannya yang tak boleh dibaca, macam cakar ayam.. tapi dia boleh pulak balas balik 'apalah cikgu ni, takkan cikgu pun tak boleh baca"  .... sabar ye lah, sebab anak orang kalau anak sendiri yang cakap camtu maunya kena pulas telinga..

Rabu, 28 Julai 2010

Betuah punya budak

Pagi tadi turun saja dari kereta, seperti biasa beberapa orang anak murid datang berkerumun. Biasanya mereka datang untuk bersalaman dan menolong membawa beg ibuintan. Tapi yang sedihnya pula, dalam reramai tu terselit si Hakim, murid tahun satu yang memang bising dan banyak mulut.

'La......kenapa cikgu datang. Cikgu demam lah lama-lama sikit'  katanya dengan ramah.
'Saya tak bawak buku tau cikgu, saya dah cakap dengan mak saya yang cikgu demam lama'. Dia hulur tangan untuk bersalam dan terus pergi. Ibuintan tak sempat nak cakap apa-apa. Terkedu jadinya sementara rakan-rakannya yang lain ketawa gelihati.

Memang semasa kelas BM si Hakim tidak ada sebuah pun buku teks atau latihan. Sengaja pura-pura lupa dan bertanya 'mana buku kamu Hakim'

Macam pagi tu juga jawapannya,'kan saya dah kata tadi, saya ingat cikgu nak demam lama-lama'. Ibuintan tak payah jawab, rakannya yang lain memberikan jawapan, 'hakim memang malas cikgu'. si Hakim ni memang banyak cakap dan banyak alasan juga.  Yang tak sedap hati tu boleh pula dia minta kita demam lama-lama, dia ingat kita suka demam seperti dia. Hakim pernah cakap dulu yang dia suka demam sebab bila demam kalau minta apa-apa mesti dapat.

Anak...anak...betuah punya anak...anak sapalah ni..

Selasa, 27 Julai 2010

Rehat badan

                                                  (dari Tok Google)
Alhamdulillah, dah sihat dari demam cuma tinggal batuk sahaja lagi. Tapi masih bercuti juga hari ini, sambung cuti sakit semalam dengan cuti rehat pulak. Saja ambil cuti rehat untuk menguruskan kerja rumah yang tertangguh sejak demam. Berehat sambil-sambil membuat kerja-kerja ringan, .. menyapu, melipat kain dan membasuh kain dalam mesin basuh. \

Selebihnya duduk berehat depan  tv dan laptop.  Jenjalan ke blog rakan-rakan alam maya. Selain tu, tadi tiga orang jiran datang bertanya khabar, dah berkumpul bermacam-macam topik lah pulak yang dibualkan.  Biasalah sekadar gosip-gosip warga emas. Hal-hal biasa yang tidak memeningkan kepala, juga rasanya tidak menambah dosa sebab memasing hanya menyatakan masalah nak masak apa, nak makan apa....takde lah pulak kes ngumpat rasanye.... Wallahualam bi shawab

Isnin, 26 Julai 2010

Demam

                                           (dari Tok Google)
Hari ini cuti sakit. Sejak petang semalam badan kejap panas kejap sejuk. Ini ditambah pula dengan batuk yang kerap. Memang tidak selesa. Badan pula rasa sengal-sengal.  Tadi pergi ke Klinik Kesihatan Terachi, doktor check tekanan darah. Tekanan darah okey. Doktor beri ubat batuk, ubat demam, ubat selsema dan antibiotik. Doktor pesan kalau masih deman selepas tiga hari, doktor minta ibuintan datang semula untuk diambil darah. Sejak petang tadi selepas makan ubat demam dan antibiotik, badan mula terasa ringan dan berpeluh-peluh. Suhu badan pun dah normal tidak lagi panas macam semalam. Syukur, harap-harap demam tidak berpanjangan.

Selamat Hari Lahir - INTAN

Hari ini 26hb. Julai. ialah hari lahir puteriku satu-satunya.  Hari ini Intan genap 15 tahun.  Seorang anak yang terlalu senang di asuh sejak lahir, tiada masalah kesihatan maupun ragam lain. Syukur alhamdulillah.  Tahun ini juga Intan akan menduduki PMR.  Semoga Intan akan beroleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut. Semoga Intan membesar menjadi seorang anak yang bertanggungjawab , menjaga adab dan akhlak, menjaga iman dan solat serta juga menjaga tingkahlaku terhadap orangtua.. Selamat Hari Lahir Intan semoga Intan berjaya di dunia dan akhirat.

Ahad, 25 Julai 2010

Tumpang doa

Hari ni balik kampung mertua. Adik ipar nak buat kenduri doa selamat sebab anaknya dah baik dari sakit.
Masa mak dan abah mertua datang ke rumah tempoh hari, mereka ada cadangkan supaya ditumpangkan sekali bacaan doa selamat untuk abahintan. Kata mereka 'selamat tidak apa-apa' so kami mengikut saja,

Pagi ni kami akan  keluar awal dari rumah untuk ke pasar dulu. Kami dah berpakat dengan adik ipar untuk berkongsi dalam penyediaan menu.  Dah  kongsi doa selamat mestilah kongsi juga menunya. Takkan nak lepas tangan pada keluarga adik ipar pulak.

Menu adik ipar ialah  rendang ayam kampung dan ikan tenggiri masak asam.  Sementara menu kami pula ialah sambal udang petai, sayur campur dan ulam-ulaman serta sambal belacan.  Kami masak bergotong-royong, harap semua berjalan lancar.

Sabtu, 24 Julai 2010

Merasa juga

Selamat pagi, sudah sarapan ke, apa menu pagi hujung minggu ni?  Ibuntan buat mee goreng sahaja. Sebab Along ada balik dari asrama, jadi dia minta mee goreng.

Selain mee goreng, ibuintan juga goreng beberapa ulas cempedak. Sedikit sahaja sebab buahnya kecil saja.  Itu pun dapat selepas' merampas' daripada si kera ekor panjang.  Petang semalam tiba-tiba abahintan terpandang dua ekor si kera (laki bini kot) sedang khusyuk memulas tangkai cempedak tersebut.  Apalagi spontan kami menjerit menghalaunya, si kera yang terperanjat 'beruk' telah terlepas tangkai cempedak itu.

Jadi hari ini merasalah kami beberapa ulas cempedak yang telah masak itu.  Sebab masak di atas pokok, rasanya cukup manis dan berbau sangat wangi.  Kami tak kesian pada si kera itu, sebab kami yakin si kera dan pasangannya akan datang kembali.  Biasanya camtulah, sikera akan datang beramai-ramai pada waktu sunyi, waktu tiada penghuni di rumah, dan terutama waktu kerja di waktu pagi.

Jumaat, 23 Julai 2010

Sakit tekak

Bangun pagi saja tekak rasa perit dan pedih. Ini mesti sebab makan rambutan petang semalam.  Petang semalam abah dan mak mertua datang, datang menjenguk abahintan yang masih belum sihat.  Masih mengalami sakit-sakit badan akibat kemalangan tempoh hari.

Mereka datang membawa sebeg plastik rambutan madu.  Rambutan yang sedap dan manis. Sedap saja ibuintan makan sebiji lepas sebiji.  So pagi ini terima kesan sampingannya , tekak rasa sakit dan pedih, nak batuk mungkin.

Terus minum madu. Harap-harap lepas ni lega dan terus hilang sakit tekak ni. Maklumlah nak banyak cakap nanti, kalau tak keluar suara camna pulak.  

Nasib baik suara masih okey, kalau dah keluar suara itik  mesti kena gelak dengan anak-anak murid nanti.

Khamis, 22 Julai 2010

Lembu dan Tuan Lembu

Balik dari sekolah tengah hari tadi. Sedang nak naik jalan ke rumah, disekat seekor lembu jantan yang gagah. Puas membunyikan hon beberapa kali, si lembu buat 'donno' saja.  Tekan minyak 'brumm' beberapa kali pun dia buat 'donno' juga.

Hati mula panas, dahlah letih perut lapar lak tu, si lembu buat bodoh saja , pekak ke si lembu ni... Akhirnya parking kereta tepi jalan dan turun untuk menghalau lembu itu...minta untuk diberi laluan balik ke rumah sendiri.

Siap pegang kayu nak halau si lembu, tapi si lembu yang buat bodoh tu rupanya sedang tekun menghabiskan hasil curiannya.  Tengok hasil curiannya lagi sekali hati panas, ahh buah cempedak yang ku tunggu-tunggu masaknya telah di kebas si lembu.

Buah cempedak yang dah di balut dengan kain dikebas si lembu.  Alahai lembu....... berilah tuan tanah ni merasa dulu buah cempedak tu...hari-hari jeling saja, nak dipetik belum masa,  kalau di ambil kena peram belum tentu manis masaknya.

            Buah cempedak inilah yang sudah dicuri si lembu.

Si lembu tidak juga mahu bergerak sebab terlalu khusyuk menghabiskan sebiji cempedak. Dah betul-betul habis si lembu pun pergi dengan bangganya.

Siutt kau lembu...lembu dengan tuan lembu sama saja....nyusahkan orang

Selasa, 20 Julai 2010

Dugaan lagi walau kecil tapi kesannya besar.

Kali ketiga dalam masa tak sampai setahun. Kali pertama bulan Ramadhan tahun lepas. Di Jalan Bukit Putus si kancil menghentam Gen 2 yang tiba-tiba terhenti, remuk bahagian depan. Claim insuran. Bulan Mac yang lepas lagi sekali si kancil menyondol si saga. Selesai camtu je.

Yang terbaru pagi tadi, abahintan dalam perjalanan ke tempat kerja selepas menghantar intan ke sekolah.  Setibanya di satu selekoh, tiba-tiba sebuah kereta dengan lajunya merempuh si kancil. Masih bernasib baik abahintan tidak apa-apa hanya mengalami cedera ringan dan bengkak dilutut.

Dengar khabar isteri pemandu yang merempuh si kancil mengalami kecederaan teruk sementara si pemandu hanya cedera ringan.  Kesemua mereka di bawa ke hospital dengan ambulans.

Selepas abahintan membuat medical check-up dan x-ray doktor kata tiada masalah semuanya okey. Syukurlah. Hanya sejak petang abahintan merasa sakit-sakit seluruh badan terutama bahagian bahu dan dada mungkin sebab sentakan tali pinggang keledar.

Selepas solat Maghrib, berurut dengan mak saudara.

Rasanya hanya setakat ini sajalah berkoloborasi dengan si kancil. Cukuplah tiga kali mengalami kemalangan, mungkin kecil tetapi sebelum menjadi lebih besar biarlah kami berpisah terus. Mungkin tiada keserasian.

Isnin, 19 Julai 2010

Jangan Cinta Bilang Benci.

Pernah tak dengar atau baca pantun di atas. Tu lah penangan orang kena 'komat'. Komat iaitu seseorang yang terkena ilmu pengasih atau minyak pengasih.  Orang yang telah dikenakan ilmu pengasih ni memang teruk jadinya, seperti pantun di atas, kalau tak merana badan merasai. Merasai tu ibarat hidup segan, mati tak mahu.  Kan ke parah tu....

Dari terlalu benci dan menyampah pada seseorang, bertukar secara automatik kepada cinta dan sayang yang separuh mati jadinya.  Ada lagi ke orang sekarang yang guna ilmu pengasih ni?

Ahad, 18 Julai 2010

Hari mengasapkan pokok.

Wah, tajuk entri macam nak beri pokok berubat pulak kan.  Ada tok bomoh yang membakar kemenyan untuk mengasapkan pesakitnya waktu berubat.

Hujung minggu biasanya memang hari untuk mengemas kawasan luar rumah, menyapu daun-daun kering yang banyak berguguran, kawasan halaman depan rumah hanya ada pokok rambutan di kiri dan kanan halaman, pokok duku langsat dan pokok cempedak yang di luar pagar.

Selepas menyapu dan mengumpulkan daun-daun yang gugur, daun-daun gugur ini akan dibakar.  Daun-daun ini dikumpulkan tidak jauh dari batang pokok. Orang tua-tua pernah memberi petua, supaya pokok buah-buahan sentiasa berbuah, pokok itu hendaklah di asapkan selalu.  Bukanlah asap dengan asap kemenyan tapi bakar daun-daun kering tidak jauh dari pokok buah tersebut

Ibuintan akan bakar daun-daun itu semasa daun itu masih lembab sedikit disebabkan air embun, kalau daun terlalu kering api akan terus marak dan tidak banyak asap.  Ibuintan juga suka bau asapnya...hehehe

Pokok yang selalu diasap juga selain rajin berbuah, semut juga tidak suka 'berumah' di pokok tersebut.  Pernah satu ketika pokok rambutan ini dihuni oleh semut liar yang banyak, dari batang, dahan hingga ke buah di kerumuni semut liar berwarna hitam. Seorang pakcik yang datang bertandang ke rumah menyuruh mengasapkan pokok itu, bakar sampah d bawahnya selalu.  Sekarang tiada lagi semut di atas pokok ini.

Image Hosting by PictureTrail.com Image Hosting by PictureTrail.com
Pokok rambutan gading di kiri dan kanan halaman depan rumah.  Kedua-dua pokok sedang berbuah dan buah sudah mula masak mengguning.

Image Hosting by PictureTrail.com Image Hosting by PictureTrail.com

Pernah pokok rambutan ini hendak ditebang semata-mata si Azim semput selepas memakan buahnya.  Tapi tak jadi, takkan nak tebang lak kan, cuma ingatkan Azim hiris dengan pisau sebelum makan, buah rambutan gading ni kulit luar bijinya bisa (menyebabkan batuk) dan bila batuk Azim akan mudah semput.

Image Hosting by PictureTrail.com

Pokok cempedak di luar pagar juga diperasapkan pagi tadi.   (Yang dibelakang itu ialah surau di hadapan rumah jiran). Pokok cempedak ini juga tidak putus-putus mengeluarkan buah. Kalau diluar musim buah cempedak pun, tak banyak dua tiga biji mesti ada buahnya di atas pokok.

p/s;  Sebenarnya bukan perasap pun, hanya membakar daun-daun kering saja,  daun-daun yang gugur kalau tak disapu akan menjelikkan pandangan mata, nampak sangat tuan rumah tu 'pemalas' ...

Sabtu, 17 Julai 2010

Pengisian Acara - Pesta Persukuan Adat Perpatih (Ahad)

Kepada yang belum berkesempatan datang ke Pesta Persukuan Adat Perpatih N. Sembilan 2010, di bawah ini disertakan atur cara untuk  hari esok Ahad 18 Julai 2010.
DEMONSTRASI MASAKAN


MASA
MASAKAN
LUAK
TEMPAT
9.30 PAGI – 10.00 PAGI
APAM JOHOL
JOHOL

10.00 PAGI – 10.30 PAGI
KADAM
INAS

11.00 PAGI – 12.00TGHARI
RENDANG MAMAN + AYAM
GEMENCHEH
KHEMAH
12.30 – 1.30  PETANG
DAGING SALAI MASAK LEMAK LADA API + NANGKA MUDA
TAMPIN
DEMONTRASI
2.00 PTG – 3.00 PETANG
IKAN PUYU MASAK LEMAK LADA API + PISANG MUDA
REMBAU

3.30 PTG – 4.30 PETANG
GULAI UMBUT
LINGKUNGAN


Orangramai yang berkunjung dapat merasa dan menikmati makanan yang disediakan/didemonstrasikan.

DEMONSTRASI ACARA-ACARA ADAT


MASA
ACARA-ACARA ADAT
LUAK
TEMPAT
9.30 PAGI – 10.00 PAGI
DEMONSTRASI ISTIADAT MENYALANG BUAPAK
REMBAU
KHEMAH UTAMA
10.00 PAGI – 11.00 PAGI
DEMONSTRASI PERALATAN ADAT
INAS
KHEMAH PAMERAN LUAK
11.00 PAGI – 12.00TGHARI
BERKHATAM AL-QURAN  acara Sunnah Rasul
TAMPIN
KHEMAH UTAMA
12.00 – 1.00  PETANG
ISTIADAT MENYALANG NIKAH KAHWIN
ULU MUAR
KHEMAH UTAMA
2.00 PTG – 3.00 PETANG
ISTIADAT MENJEMPUT (KEMATIAN ISTERI)
JELEBU
KHEMAH UTAMA
3.00 PTG – 4.00 PETANG
ISTIADAT MENJEMPUT (PENGANTIN Lelaki)
TERACHI
KHEMAH UTAMA
4.00 PTG – 5.00 PETANG
ISTIADAT PENGEBUMIAN DATO’ LEMBAGA (menghantar kepala Mayat)
JOHOL
KHEMAH UTAMA
Majlis penutup akan diadakan selesai semua acara demonstrasi acara adat.

Teringin untuk menyaksikan demonstrasi acara-acara adat tetapi tidak dapat hadir. Walaupun tinggal di negeri adat perpatih tetapi tidak mengetahui banyak tentang adat tersebut.  Antara generasi yang tidak kenal banyak adat warisan nenek moyang dahulu.

Pagi tadi pun banyak dengar benda baru, banyak yang tidak difahami semasa ucapan di majlis perasmian.
Kalau ada yang bertanya sah tergagap-gagap menjawabnya, tak pun jawab je 'tak tau la'

;Esok ke rumah kakak ipar ada majlis kenduri.

Mari berpesta - PESTA PERSUKUAN ADAT PERPATIH

Selamat petang.
Pagi tadi ke Muzium DiRaja Istana Lama Seri Menanti sempena Pesta Persukuan Adat Perpatih Negeri Sembilan 2010.  Majlis perasmian di sempurnakan oleh DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Sampai di Muzium DiRaja  dalam pukul 9.10 pagi selepas hantar Intan ke kelas  tusyen. Muzium Di Raja Istana Lama Seri Menanti ini terletak di luar kawasan istana baru sekarang. Dari rumah ibuintan ke istana lama ini lebih kurang 8 kilometer sahaja.

Jom layan antara gambar yang dapat disnap.  Guna hp sahaja sebab kamera digital dah tak berfungsi pula, buat bazir karan je cas semalaman malam tadi.

                                                             Buku cenderahati.





 Di atas ialah di antara gerai pameran yang mewakili luak/kawasan dalam Negeri Sembilan. Luak-luak yang mengambil bahagian ialah Luak Ulu Muar, Luak Jelebu, Luak Jempol, Luak Sungai Ujung, Luak Teraci, Luak Gunung Pasir, Luak Johol, Luak Gemencheh, Luak Tampin, Luak Rembau dan Luak Lingkungan.

 Bahan pameran utama pada hari ini ialah 'Makanan Tradisional". Di mana setiap luak menyediakan masakan istimewa luak masing-masing yang berupa lauk-pauk dan kuih-muih tradisional. Juga dipamerkan cara-cara penyajian hidangan tersebut.


Gerai pameran lain yang sempat dijenguk.













                        





Buah-buahan yang terdapat di gerai Jab. Hal Ehwal Orang Asli.

                         Panco (bunga telur yang dicucuk pada batang pisang) dan ditegakkan dalam rumahnya.
Pernah tengok dan dengar tak buah ni?  Inilah buah kadam, terdapat di gerai Luak Inas. Biji buah yang telah direbus boleh dibuat kuih dan air rebusan bijinya pula dikatakan mujarab untuk mengubati penyakit kencing manis dan gaout.

Pertandingan melukis dan mewarna juga dijalankan yang disertai oleh pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah sekitar Luak Tanjung Ipoh.













Selesai majlis perasmian DYMM Yang Dipertuan Besar dan DYMM Tuanku Ampuan Besar melawat ke Balai Pameran Luak-luak dan menikmati hidangan masakan tradisional yang disediakan.