Followers

Isnin, 31 Januari 2011

Kakcik, terimalah karangan ku ini.


Khas untuk Kakcik , di  http://kakciknurseroja.blogspot.com/.... saya sahut seruan kakcik di hujung-hujung masa yang diperuntukkan. Berdasarkan kata kunci  di bawah:

                                                                            
                      

Pada suatu petang, dalam hujan lebat yang masih turun dengan mencurah-curahnya di luar rumah,  Ibuintan terasa amat lapar.  Ibuintan masih terasa lapar walaupun baru satu jam tadi makan tengahari.  Tiba-tiba Ibuintan teringatkan kuih talam ubi yang selalu dibuat oleh emak dulu.  Seakan-akan terasa kesedapan dan terbau aroma wangi daun pisang dan ubi yang menusuk hidung.


Ibuintan pun mula ke dapur.  Hasrat hati berkobar-kobar untuk membuat kuih talam ubi tersebut.  Malangnya TEPUNG TALAM tiada dalam simpanan, sudah kehabisan stok.  Ibuintan  dengan berat hatinya berjalan ke kedai runcit di hujung kampung.  Berjalan dengan berlenggang kangkung sambil mengangan-angankan kesedapan kuih talam.

Tiba-tiba dengan tidak disangka-sangka, muncul seorang abang Bangla tersenyum tersipu-sipu lalu menegur Ibuintan.  Ibuintan pun buat muka bodoh sombong sebab abang Bangla tu tidak sehensem Shah Rukh Khan.  Apalagi abang Bangla itu pun mula membuat GANGGUAN SEKSUAL.  Abang Bangla itu cuba menarik-narik tangan Ibuintan dengan beraninya.  Ibuintan pun rasa amat takut dan cuba untuk menjerit. Namun dengan tidak disangka-sangka, abang Bangla itu terus melutut sambil mengeluarkan sebentuk cincin berbatu PERMATA Intan yang tersangat cantik.

Oh tidak,  Ibuintan tidak boleh menerimanya.  Ibuintan telah pun bersuami.  Ibuintan pun segera menelefon abahintan  dan memintanya datang dengan segera supaya abang Bangla ini dapat dikembirikan.  Abahintan pula tidak tahu MAKNA KEMBIRI, maka terpaksa pula Ibuintan menjelaskannya dengan panjang lebar.


Selesai saja memberi penerangan kepada abahintan, abang Bangla itu telah pun tiada.  Abang Bangla itu rasa takut agaknya bila Ibuintan juga ada menyebut HALWA MASKAT, mungkin dia merasakan yang halwa maskat itu ialah alat untuk mengkembirikannya.  Nasib baik Ibuintan teringatkan halwa maskat sebab Ibuintan tahu melalui blog KAKCIK SEROJA, kakcik selalu kata halwa maskat itu  sangat sedap rasanya  sebab itu Ibuintan meminta abahintan membelinya di Kedai Mamak Azeez.

Sampai saja di kedai runcit, sekali lagi Ibuintan terkejut.  Rasa hendak pengsan pun ada.  Ibuintan amat terkejut melihat tauke kedai runcit itu memakai PAKAIAN UNTUK MENDAKI.  Pakai baju macam itu hendak mendaki apa, bukit di sini rendah saja, hendak mendaki gunung hanya ada Gunung Angsi di Taman Ulu Bendul tetapi sekarang musim hujan aktiviti mendaki dihentikan buat sementara waktu.

Tiba-tiba si tauke kedai buat satu kejutan lagi, dia dengan selamba mendeklamasikan  satu SAJAK ULANG TAHUN KELAHIRAN, entah untuk siapa tidak tahulah. Hendak dikata untuk Ibuintan tidak mungkin sebab ulang tahun kelahiran Ibuintan telah berlalu.  Pelik sungguh Ibuintan melihatnya tambahan pula si tauke kedai dengan tiba-tiba dari mendeklamasikan sajak terus pula bertukar menjad ZOMBI KAMPUNG PISANG.  Dari bertudung cantik telah bertukar ke rambut yang mengerbang.  Macam hantu Kak Limah balik rumah pun ada juga.


Akhirnya Ibuintan membatalkan saja hasrat untuk membeli tepung talam itu. Tambahan pula di rumah juga tiada ubi, pokok ubi telah habis disondol oleh babi hutan.  Jadi untuk menunaikan hajat  makan talam, Ibuintan telah menukarkannya kepada talam jagung saja.  Ibuintan pun terus menelefon abahintan semula, memintanya membelikan sebungkus tepung talam, jagung dan gula anau.  Ibuintan bercadang hendak  memasak kuih talam itu pada keesokan pagi.  JIKA TERDENGAR  SUARA AZAN BERGEMA SAYUP MENJELANG PAGI esok, insyaallah Ibuintan akan bangun dengan segera.  Selepas solat subuh Ibuintan akan memulakan operasi memasak talam yang diideakan oleh Kakcik Seroja.


//kakcik idea last minit ni.. boleh tak



Ahad, 30 Januari 2011

Hujan yang berterusan, peniaga senyum kelat.

Sudah beberapa hari hujan turun berterusan sepanjang hari.  Sejak subuh tadi hujan turun, agak lebat juga. Masih berterusan turun.

Baru balik dari pekan Ahad @ pasar minggu Tanjung Ipoh.  Sarapan pagi di sana bersama abahintan, makan roti canai sekeping sorang.  Orang tidak ramai, rasanya ramai lagi penjual daripada pembeli,  tidak mjungkin masih awal  sebab sudah hampir pukul sepuluh semasa di sana tadi.


Hanya  penjual ikan, daging segar, ayam dan sayur-sayuran saja yang berjualan.  Sementara peniaga kain, baju dan seluar bundle, barangan plastik dan bukan peniaga barangan makanan tidak mengeluarkan barangan mereka.  Mereka tidak mahu mengambil risiko barangan mereka basah dan rosak agaknya.


Melihat keadaan sekiranya berterusan begitu, terasa kesian pada peniaga yang kesemuanya Melayu, barang jualan terutama sayur-sayuran kampung belum terusik langsung, ramai yang termenung menunggu pelanggan sambil tersenyum agak kelat bila ditegur sapa saja tanpa membeli barang jualan mereka.

Ibuintan hanya membeli ikan sepat sungai, pucuk pegaga, kangkung air, cili api, telur itik serta tempoyak.  Juga ikan lampam jawa untuk mak mertua.



Semalam masak rendang ayam dengan pucuk maman.  Masih ada berbaki.  Jadi tadi beli tiga potong lemang. Beli lemang yang di jual oleh bekas bos, bekas guru besar yang telah pencen dan kini mengisi masa pencen dengan menolong isterinya menjual kuih-muih dan lemang.  Sepotong lemang berharga RM1.50. sedap lemangnya.  Beli juga sedikit rendang daging.



Rendang ayam kampong campur sayur maman, sayur maman hanya dicampur sedikit saja sebab rasanya agak pahit, anak-anak kurang suka.

//lebih kesian lagi kepada penoreh getah, hanya senyum  mendengar harga lantun melantun naik, tapi rezeki mereka tidak masuk







Jumaat, 28 Januari 2011

Kalau dah sejuk, kencing dalam seluar pun tak sedar!.

Sejak lepas subuh, hujan turun.  Ke sekolah pun dalam hujan juga.  Disekolah pun hujan berterusan sehingga pukul sepuluh.  Berhenti sekejap.  Namun turun semula sehingga habis waktu persekolahan.


Sejak lepas rehat berada dalam kelas tahun 2 Arif.  Semasa semua murid sedang membuat latihan bertulis, selang 20  minit sebelum loceng akhir, tiba-tiba seorang budak sibuk mengadu, Danial kencing dalam seluar.


Alahai.... apa lah ni.  Danial senyum sumbing.  Kala ditanya,' kenapa kencing dalam seluar?

'Sejuk cikgu, tak perasan kencing keluar"

Ayolah haiiiii... kecut sangat ke burungnya agaknya,.. sampai kencing pun tak sedar..


"Kamu nak ganti seluar tak?

'Tak payah cikgu, dah nak balik" jawabnya selamba.


Pandai pulak dia bawak diri, pergi buat kerja di meja kosong di belakang kelas, tanpa kerusi...  menulis sambil berdiri..

//nasib baik dah nak balik, kalau tidak hancing satu kelas.


Kejadian tidak terduga

Syukur... alhamdulillah.. Allah telah menyelamatkan ibuintan daripada musibah.

Jalan naik untuk ke rumah ibuintan bersambung dengan jalan naik ke rumah jiran sebelah. Jadi kereta yang naik ikut jalan ke rumah ibuintan boleh turun di jalan rumah jiran sebelah dan begitulah sebaliknya. Kedua-dua jalan ini terletak di luar pagar kedua-dua rumah.

Selalunya setiap kali balik sekolah, ibuintan dan abahintan memakir kereta di luar kawasan pagar ini sebab kami akan keluar semula.  Abahintan balik ke pejabat semula sementara ibuintan akan menjemput Intan dan Azim dari sekolah.

Balik dari sekolah, seperti biasa parkir kereta di luar pagar di depan rumah.  Selalunya abahintan yang sampai dulu, parkir kereta di sebelah tepi tebing di bawah pokok ceri, sementara kereta ibuintan di parkir di sebelahnya menghala jalan naik  rumah jiran sebelah.


Entah mengapa pada siang tadi abahintan, tidak memakir keretanya di bawah pokok ceri.  Keretanya diparkir di tempat yang selalunya untuk kereta ibuintan.  Jadi bila di parkir di situ, kereta ibuintan berada di belakang kereta abahintan.

Bila keadaan ini berlaku  untuk turun ke jalan besar semula ibuintan ada tiga pilihan :

pertama.... masuk ke halaman rumah , pusing dan turun ke jalan besar

kedua ... mengundur kereta sambil turun bukit.... cara ini tidak berani

ketiga... kereta depan keluar (jalan) dulu



Jadi seperti biasa, petang tadi sebelum pukul dua setengah petang ibuintan hendak keluar untuk menjemput Intan  dari sekolah.  Hujan tiba-tiba turun diikuti dengan angin yang agak kuat, kereta pula dihalang oleh kereta abahintan. Jadi bercadang untuk membawa kereta abahintan saja, enjin kereta telah dihidupkan, tapi tiba-tiba rasa berat hati pula untuk memandu kereta abahintan, matikan enjin semula dan masuk  semula ke dalam rumah, menunggu abahintan menggerakkan keretanya dulu.

Baru masuk  ke dalam rumah...............


Tiba-tiba..... zuppppppppppp... padam semua.. seluruh rumah blak-out... suis utama di luar rumah berdetap ...OFF... Along yang sedang menonton TV di ruang tamu menjerit...... 'ibu,  pokok tumbang'


Kami berlari keluar rumah semula.... Ya Allah, tak tahu nak kata apa masa tu, tak sampai dua minit, sebatang pokok besar telah tumbang ke atas jalan besar dan betul-betul dipermulaan jalan naik ke rumah jiran sebelah.  Sekiranya ibuintan tidak turun dari kereta dan terus memandu kereta abahintan tadi, kemungkinan besar ibuintan sedang menuruni jalan bukit itu.


Nasib baik juga tiada kenderaan yang lalu semasa pokok itu tumbang.  Abahintan terus menelefon pihak TNB dan memaklumkan kejadian berkenaan..


Wakil rakyat ADUN Sri Menanti Dato' Abd Samad Ibrahim, yang dimaklumkan oleh anak saudaranya telah datang melawat .  Disebabkan jalan tidak boleh dilalui kenderaan, anak saudara Dato' yang kebetulan lalu telah singgah ke rumah ibuintan.  Semasa inilah dia menelefon  Dato'  Abd Samad dan memaklumkan kejadian ini.  Dato' Abd Samad pun tiba dan Dato' juga rasanya telah menghubungi pihak tertentu.

Pekerja JKR, TNB dan Telekom datang serentak  dan setelah berbual seketika dengan beberapa orang pekerja yang datang untuk membuat kerja pembersihan dan pembaikan Dato' pun beredar. 

                          Sebelum dibersihkan.

                 Kerja-kerja pembersihan oleh pekerja JKR.


                    Kerja pembersihan telah selesai dilakukan oleh pekerja JKR.


 Diambil alih pula oleh pekerja TNB dan Telekom.





                           Sebahagian mandur yang tidak bergaji.

Menjelang pukul lima petang, tenaga letrik pulih semula.  Sementara talian telefon dan internet pula pulih pada pukul enam setengah petang.  Nasib baik...


//semoga kita semua sentiasa dilindungi dan dijauhi dari sebarang musibah dan mudarat



Selasa, 25 Januari 2011

Jom-jom sapa nak ikut!

Hahahaha.... aku dapat tujuh belas ribu ringgit!

Jom-jom...minggu depan cuti tahun baru cina... Cuti seminggu direk tu.... Nak buat apa ye, lama cuti tu, takkan nak duduk rumah saja..

Duit dah ada tujuh belas ribu ni.... kalau pergi Bali best juga ni kan.... jom kita pergi sama-sama, siapa yang berminat boleh daftar nama sekarang, tempat terhad tau, siapa cepat dia dapat.. semua ditanggung, cuma bawa bikini  badan saja.


  Rasa-rasa bila dapat duitnya ni, dapat tak sebelum cuti ghayo cina ni....


Hahaha... mati berangan lah nak dapat duit sesenang itu, ada ke siapa-siapa yang sudi beri.

//minta maaf lah ye, merapu sikit petang ni, semasa di sekolah tadi terima sms ini.... hampeh



Isnin, 24 Januari 2011

Makanan membawa penyakit.

Pagi Isnin yang ceria.  Syukur Azim dah sihat. Nasib baik asmanya tidak menjadi.  Pagi Sabtu yang lalu, dalam pukul tiga pagi, terpaksa juga hantar Azim ke wad kecemasan HTN untuk mengambil gas.  Along yang sedang tidur nyenyak dikejutkan untuk menemani abahnya ke hospital.

Selepas balik dari hospital, Azim terus tidur dengan nyenyaknya, dia dapat bernafas dengan selesa dan lapang.  Semalam selsemanya telah kering cuma masih ada batuk.  Setiap kali dia batuk, dia terpaksa dijeritkan untuk membuang kahaknya.  Azim selalunya tidak berani membuang kahak kerana takut muntah, padahal kahaknya yang menyebabkan pernafasannya terganggu.


Semasa makan tengahari semalam, sewaktu dia batuk sampai terkeluar semua makanan yang baru dimakannya, Along buka cerita.  "mak tahu tak, adik hari tu makan keropok kat kedai Induk"  Along merujuk kepada makanan ringan yang berperisa yang banyak dijual dikedai runcit.  Azim memang tersangat alah dengan makanan ringan (jajan) yang berperisa udang dan ayam...  Begitu juga dengan sejenis minuman yang berwarna warni dalam plastik yang dijual sebatang sepuluh sen.

"kenapa along tak tegur adik?' kata abahnya.

'Degil, malas along nak tegur' jawab Along.

 Azim kena bersoal jawab,. dia  mengaku dia ada makan jajan tu...  kenapalah susah sangat hendak menjaganya dari berpantang makan benda yang tidak berfaedah itu, makanan ringan itu memang tidak pernah dibeli dan diberi pada anak-anak sejak mereka kecil lagi.  Cuma bila mereka dah besar, dah pandai ke kedai mencari sendiri, mereka yang membelinya sendiri kerana terikut dengan kawan-kawan.

Menurut Azim dia hanya membeli dua bungkus saja, sebungkus dua puluh sen.  Kalau dah tidak boleh, merasa pun jangan.  Memang perasan sangat, setiap kali selepas makan jajan-jajan ini dia pasti akan batuk dan batuknya pasti akan mengundang asmanya sekali.   Azim...azim..


Ini antara punca batuk Azim yang akhirnya akan membawanya ke hospital.... memang tak berbaloi




Sabtu, 22 Januari 2011

Ustazah bidan terjun.

Hari ni sekolah ganti untuk cuti Tahun Baru Cina.  Sesi pagi tadi di jalankan Program Tiga Penjuru iaitu perjumpaan penjaga, murid dan tenaga pengajar tahun enam sementara kelas lain dari tahun satu hingga tahun lima menjalankan Kem Bestari Solat.

Maka ramailah guru biasa yang menjadi ustaz dan ustazah 'bidan terjun' hari ni.  Kem bestari solat antara program yang mesti dijalankan di dalam aktiviti J-Qaf, telah mula dijalankan sejak lima tahun yang lalu. Mesti dijalankan sekurang-kurangnya tiga kali dalam setahun.  Tujuan utama ianya dilaksanakan ialah untuk memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perlakuan.


 Antara murid yang hadir.  Sedang mendengar penerangan dan menunggu pembahagian kumpulan serta penyerahan kepada setiap guru pembimbing oleh ustazah yang bertindak sebagai penyelaras kem.


          Ustaz dan ustazah 'bidan terjun' mendengar taklimat dan penerangan tentang perjalanan aktiviti daripada Ustazah Su.  Setiap guru akan memantau sekumpulan kecil murid.



Sembilan orang murid lelaki kelas 3B dibawah pemantauan Ustazah ibuintan...

Setiap murid juga dibekalkan dengan sebuah buku aktiviti Bestari Solat.  Sesi pertama aktiviti di dalam kelas, penerangan tentang rukun dan sunat wudhuk, niat wudhuk dan bacaan doa selepas wudhuk.

                       Sesi kedua pula ialah latihan amali wudhuk.

  Murid lain yang sedang menunggu giliran untuk mejalani latihan amali wudhuk.

Satu kenangan bukan untuk merendahkan seorang murid ini.... seorang murid ini hanya mengingati satu niat ni saja...Nawaitu saumaghadin..... dari dalam kelas dia diajar menghafal niat wudhuk sehingga ke latihan amali wudhuk, namun  dia tetap masih belum hafal ..... hanya niat itu saja yang dibacanya...  kesian dia beberapa kali juga ditertawakan rakannya

Selepas rehat, semua murid diminta menjalani latihan amali solat pula.  Mereka juga diminta melakukan amali solat secara bergilir-gilir, perlakuan solat dan bacaan solat mereka diberi perhatian dan teguran.

Melentur buluh dari rebungnya.  Insyaallah.. dengan bimbingan dan tunjuk ajar oleh ustaz dan ustazah bertauliah mereka, mereka diharap dapat mendirikan solat dengan sempurna, sempurna perlakuan dan sempurna bacaannya.



Jumaat, 21 Januari 2011

Jangkitan virus daripada atuk.

Semalam balik ke rumah mak dan abah mertua.  Sudah dua minggu tidak balik menjenguknya.  Hanya bertanya khabar melalui telefon sahaja.  Semalam cuti perayaan Thaipusam..

Balik ke rumah mak mertua pada pukul sebelas setengah pagi.  Tak jauh pun , lebih kurang 15 km saja, masih dalam daerah K. Pilah juga.  Balik selepas masak lauk ikan parang kegemaran mereka.  Kalau ikan laut, mak mertua hanya makan ikan parang sementara kalau  ikan air tawar pula, hanya makan ikan lampam sungai saja.


Setibanya di rumah mak mertua, abah mertua sedang berbaring.  Semasa bersalaman,  abah memberitahu dia tidak sihat.... 'demam selsema dan batuk', katanya.

Melihat kami sekeluarga  balik, abah mertua cuba berlagak sihat, duduk berbual bersama.  Disuruh baring, dia enggan.  "dah sihat" katanya.  Namun kata mak mertua pula, sejak pagi lagi abah hanya berbaring saja di tempat tidurnya.  tuala ditangannya asyik mengesat hingusnya yang meleleh keluar.  Kerapkali abah mertua membasuh tuala kecilnya.  Diberi ubat batuk dan selsema.. tidak dimakannya, liat juga makan ubat rupanya,... kata mak mertua "degil"

Selepas makan tengahari, abahintan paksa juga makan ubat. "Malam nantilah" katanya, tetap liat.  Emak selalu ngadu, abah memang liat makan ubat, ubat darah tingginya juga tidak terusik, hanya makan ubat bila kepalanya terlalu pening saja.  Serba salah anak-anaknya jadinya, nak cakap lebih-lebih takut lain pula jadinya.


Bila menantu pula tegur, abah hanya senyum meleret saja.  Menantu pun takut juga nak cakap lebih-lebih, takut dikata menantu hantu pula.......  tapi risau juga kalau darah tingginya mendadak naik.



Selepas solat Asar, kami bergerak balik ke rumah. Dalam perjalanan balik, rupanya virus selsema abah mertua mengikut balik sama.  Dalam kereta lagi, hidung  abahintan dan Azim sudah menghabiskan berhelai-helai tisu untuk menyapu hingus mereka yang datang tiba-tiba.  Virus selsema abah dah berjangkit kepada anak dan cucunya.  Intan sempat kata "hebatnya virus atuk", sekejapan berjangkit kepada mangsa yang baru.


Azim masih lagi selsema, siang tadi dia dicutikan  ke sekolah, takut selsemanya  bertukar kepada asma.  Sejak petang tadi pun, nafasnya agak tersekat-sekat dan dadanya berombak agak kencang.  Nasib baik ubat asmanya sentiasa ada dalam simpanan.  Moga ianya tidak berlarutan.

//demam juga bermusim, disekolah hampir setiap kelas ada murid yang tidak hadir kerana demam


Khamis, 20 Januari 2011

Cuti-cuti.... kerja pembersihan kawasan rumah

Hari ni cuti Thaipusam.  Selepas solat subuh terus masuk dapur.  Buat sarapan ringkas.  Nasi goreng kampung dan goreng cekodok nasi.  Dua-dua menu berasaskan nasi.  Cekodok nasi yang lembut dan gebu.


Selepas bersarapan terus ke halaman.  Sejak sekolah dibuka semula, hanya sempat menyapu kawasan halaman dan sekeliling rumah di waktu cuti hujung minggu saja.  Bila dah beberapa hari  tidak disapu, dedaun kering sudah mula menyakitkan pandangan mata, bertaburan di halaman.  Di jalan naik di hadapan rumah juga  dipenuhi dengan daun-daun cempedak kering.  Kelihatan kawasan rumah macam rumah tinggal dan tidak berpenghuni.  Takpun nampak macam tuan rumahnya sangat pemalas.


Sebab dah terbiasa dari kecil, kawasan rumah mesti bersapu, memang tak senang hati bila melihat sampah dan dedaun kering memenuhi kawasan laman.  Begitu juga kawasan sekitar rumah orkid telah mula dinaiki rumput-rumput liar. Disebabkan sebelum ini musim hujan, rumput-rumput liar senang tumbuh dan sangat subur pula....


Selepas menyapu, membakar daun-daun kering, membaja pokok-pokok bunga serta orkid serta mengganti dan menambah air kolam ikan Si Debab, untuk menghilangkan kepenatan, snap beberapa kembangan orkid yang sentiasa kembang silih berganti....



                                  Kembangan orkid yang semerbak wangi.

 Pic yang  kurang jelas, dibawah terik sinaran mentari pagi menggunakan kamera hp cap kapak.

//nak ke rumah mak dan pak mertua pula, sudah dua minggu tidak pergi menjenguk... apa khabar agaknya kedua mereka?


Selasa, 18 Januari 2011

Mersing... yang bakal dijejak.


Syukur...alhamdulillah, penantian Intan berakhir dengan kegembiraan buatnya.  Semalam Intan menerima surat tawaran ke Tingkatan Empat Sekolah Berasrama Penuh.

Intan diterima masuk ke sini;


Walaupun kedudukannya agak jauh di selatan tanahair namun kerana keinginan dan harapannya yang tinggi untuk mencuba di sekolah baru, terpancar keriangan di wajahnya saat menatap surat rasmi beralamatkan dirinya.  Saat hatinya berbunga riang, ibunya pula tersenyum kelat.  Ibunya akan berpisah jarak buat sementara waktu dengannya.  Tak tergambar bagaimana perasaan ibunya saat dia mengkhabarkan berita gembiranya itu.

Mungkin dengan tawaran ke SBP yang telah diterimanya, ada kemungkinan besar Intan tidak akan mendapat lagi tawaran dari pihak MRSM.  Jadi walau dengan hati yang berat mana sekalipun ibunya tetap akan melepaskannya pergi demi ilmu, keinginan dan cita-cita yang ingin digapainya.   'Alah ibu....bukan jauh pun' 

Dan jika tiada halangan, Intan akan melapor diri pada 7hb Februari nanti.  Maka mulai sekarang, ibunya telah mula mengugel tempat bernama Mersing, mencari tempat untuk bermalam dan menumpang melepas lelah, sementara menanti hari esoknya untuk sesi pendaftaran.


Masih mencari dan masih belum ketemu yang sesuai di hati dan dipoket...

//sekiranya ada blogger dari daerah sana yang terbaca hasrat hati ini, sudilah memberi idea dan cadangan dan kalau boleh biarlah tempat yang sesuai dan paling hampir dengan sekolah berkenaan.

Isnin, 17 Januari 2011

Naikkan jelah, tak payah sorok-sorok......

Petang tadi rasa nak naik minyak saja. Semua kedai runcit yang wujud di sekitar sini diredah untuk mencari minyak masak.  Begitu juga dengan beberapa buah pasaraya dan mini market, semua kehabisan stok.  Dalam botol habis, dalam peket pun habis.  Betul-betul habis ke ni?

Inilah trendnya sekarang, kalau pembekal dan peniaga nak naikkan harga sesuatu barang, mesti barang itu 'dihilangkan' dulu.  Dihilangkan daripada pandangan mata pembeli.  Maka masa inilah banyak timbul ayat 'haiya... itu balang manyak susah mau dapat wooooo' ............ haprak punya tokey, semua auta saja.


Tengahari tadi, semasa memasak baru perasan stok minyak masak di rumah sudah kehabisan.  Yang ada  dalam botol pula telah dimasuki semut.  Disebabkan tergesa-gesa  untuk  pergi ke Langkap, Perak pada petang Khamis lepas, semasa masak  terlupa untuk menutup  botol minyak masak.  Minyak masak yang masih berbaki di dalam botol penuh dengan semut yang membunuh diri.


Suruh Azim mencari dikedai runcit berhampiran rumah lagilah tiada stok. Jadi untuk menggoreng sayur petang tadi terpaksa menggunakan butter yang dicairkan.  Kalau esok tiada juga, maka selepas ini masak main bakar dan rebus saja.

Tak payahlah sorok-sorok, naikkan sajalah harganya. Sudah muak dah dengan taktik dan tipu helah tu, buat macam minyak RON 97 tu, tup-tup malam pukul 12 naik harga, tak ada pun sorok-sorok.  Harga dah dinaikkan, nak buat macam mana, kena beli juga.

Dulu gula, bukan main hebat main sorok-sorok, nak cari sepeket pun payah, alih-alih umum saja naik harga, esok paginya melambak-lambak dalam kedai.  Barangan lain pun macam itu juga kan.   So apa lagi, umumkanlah cepat berapa sen ke, berapa ringgit ke yang nak dinaikkan tu.  Buah sawit mentah pun mahal harganya sekarang ni, nilah masa yang paling tepat nak naikkan harga minyak masak tu... tak gitu ke!!! 

//Kalau ikutkan se tan buah sawit harganya cecah RM800,  takkan nak naikkan macam tu juga harganya.... mau ada pengusaha minyak masak yang kena goreng dengan minyak masak keluaran mereka sendiri.....



Khamis, 13 Januari 2011

Alfatihah....Allah telah menjemputnya.

Alfatihah.... alfatihah untuk abang Izam ... pada pukul satu  tadi, semasa di sekolah,   telah mendapat perkhabaran dari Bang Teh, abang ipar telah kembali ke rahmatullah.  Sesungguhnya dariNya dia datang kepadaNya juga dia kembali.

Sekarang sedang bersiap-siap untuk balik menziarah keluarga Kak Ngah di  Langkap, Perak.  Abang ipar telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Teluk Intan setelah koma sejak semalam.  DI SINI


//Doakan kami sekeluarga, selamat pergi dan kembali.  Kami mungkin berada di sekitar Teluk Intan sehingga hari Ahad.

Rabu, 12 Januari 2011

Sapo la emaknye ni!

Pagi tadi selepas rehat, macam biasa masuk kelas tahun satu.  Tiga masa berkembar.  Baru habis masa pertama, seorang anak gadis comel minta izin ke tandas, lalu dibenarkan oleh cikgunya.  tunggu punya tunggu punya tunggu, dah hampir tiga puluh minit tak masuk juga lagi ke kelas.. dah masuk masa ketiga pulak, si gadis comel tak juga muncul-muncul lagi.

Si cikgunya dah mula risau.  Cikgunya pun hantar seorang spy.  Spy pun balik semula ke kelas, hasil risikan dan laporan spy,  si gadis comel tiada dalam tandas, cikgu pun naik cemas, ke mana pula hilangnya si gadis comel? 

Kedudukan cikgunya dalam bahaya!

Cikgunya pun bertambah risau.

Akhirnya cikgunya sendiri yang terpaksa pergi dan masuk ke tandas, cikgunya yang wajib jadi spy pula.

Jeng..jeng...jeng.......... masuk ke dalam tandas, memang tiada si gadis comel di dalam.  Panggil nama tiada sahutan, cikgunya jenguk ke dalam bilik persalinan, satu pintu tertutup, cikgunya tolak, tak boleh, berkunci dari dalam.. cikgunya pun menyeru sekali lagi nama si gadis comel.


Ada sahutan kecil..... 'saya cikgu'

Gundah gulana cikgunya pun hilang.

"Kamu buat apa kat dalam tu, buka pintu ini" kata cikgunya.

Cikgunya menunggu pintu di buka. Namun pintunya belum juga terbuka. Hati cikgunya gundah semula.  Cikgunya ketuk pintu dengan lebih kuat dan  kerap., mulut cikgunya juga makin bising...

Akhirnya, pintu dibuka... si gadis comel tersenyum manja, si cikgunya pula terjegil mata..

'Cikgu, saya tak dapat pakai ini semula' kata si gadis comel.

Lalu cikgunya terbahak ketawa, bagai orang gila, ketawa di dalam tandas.... lalu beberapa orang murid yang kebetulan masuk ke dalam tandas, tercenggang juga dan pastinya tertanya-tanya?????

'Apa dah gila ke cikgu kita ni?

Kata si gadis comel 'mak suruh saya pakai, mak takut saya kencing dalam seluar'

Kata cikgunya bila gelak telah reda..'habis kenapa tak pakai?

Jawab si gadis comel,' dah koyak'

Kata cikgunya, 'tak payah pakai lah, kita dah nak balik,.... boleh cikgu ambil dan buang?

Si gadis comel mengangguk.

Cikgunya ambil lalu membuangnya ke dalam tong sampah di tepi pintu tandas.

Sambil berjalan ke kelas, cikgunya bertanya lagi, 'kamu pakai hari-hari ke?

Si gadis comel mengangguk.

Ya, Allah siapalah emak budak ni....

Ada ke patut, emaknya masih paksa si gadis comel memakai benda ni... ..

dah tujuh tahun kak oiiiiiiiiiiiiii

//sejak bergelumang dengan murid tahun satu, inilah pengalaman pertama ... anak murid memakai lampin pakai buang ke sekolah...  kelas Pendidikan Khas tu lain ceritalah, memang diminta memakainya...

Selasa, 11 Januari 2011

Alahai..anak bapak!






Alahai, sedihnya Asraf... kejap-kejap menangis,..... abah mana?         ,

kejap-kejap menangis lagi...... kakak mana?


dah masuk minggu ke dua, hibanya macamtu juga........


dari mula sampai ke sekolah hingga waktu balik, ............ hiba memanjang

Isnin, 10 Januari 2011

Gulai telur itik tidak pecah.

Petang tadi masak gulai telur itik dicampur dengan bacang muda. Kalau di Negeri Sembilan, bahan yang hanyir seperti telur dan ikan selalunya  dicampur dengan bahan yang berasa masam sedikit.  Contohnya telur itik  dan ikan selalu dicampur dengan bacang muda, mangga muda, daun pucuk gelugur, buah gelugur atau belimbing buluh.  Telur itik dan ikan yang dimasak dengan bahan campuran yang berasa masam ini akan menghilangkan bau hanyirnya serta rasanya menjadi lebih sedap dan tajam.


Di dalam entri semalam , Mira ada bertanya tentang cara memasak telur itik supaya tidak pecah.  Memang ada masanya kalau tidak kena caranya telur itik yang digulai akan hancur dan berketul-ketul.  Ini menyebabkan rupanya tidak cantik. Ibuintan masak hanya berdasarkan pengalaman menolong dan melihat emak memasak saja.  Sambil menolong sambil belajar.  Pesan emak juga, jangan bubuh garam sebelum telur menjadi keras.

Seperti biasa, wajib tumbuk cili api dan kunyit hidup, tumbuk hingga hancur bijinya sekali (lumat) ...bukan blender tau.. kalau emak dulu pantang besar baginya gulai lemak cili api dimasukkan bawang merah, bawang merah akan menyebabkan gulai menjadi manis.  Selepas cili api dan kunyit hancur, masukkan ke dalam kuali bersama santan, jerang di atas api yang perlahan.  Sambil itu santan hendaklah dikacau selalu supaya tidak berketul atau pecah minyak. 



Bila santan mendidih masukkan telur sebiji demi sebiji.  Telur mestilah dipecahkan dulu di dalam bekas.


 Bila telur telah dimasukkan, santan perlu juga dikacau dengan perlahan. 

 Bacang muda yang telah dicincang dan direndam di dalam air garam (supaya masamnya berkurangan).


Bila telur telah keras, baru dimasukkan bahan campuran seperti bacang muda. Masa ini  baru boleh ditambah garam.  Masak sehingga bacang lembut dan gulai telah terbit minyak.



Jika tidak suka bahan yang masam boleh juga dicampur dengan pucuk ubi yang disimpulkan atau daun kunyit yang diracik halus.  Namun mesti juga di bubuh asam keping atau sedikit perahan air limau kasturi untuk menghilangkan bau hanyir telur.

 //  Pernah sekali semasa duduk menyewa dengan seorang rakan sebelum berkahwin, gulai telur yang dimasak menjadi ala bubur sebab semua telur pecah dan hancur, semuanya kerana  telur dimasukkan sekali dengan santan dan garam.