Followers

Jumaat, 10 Disember 2010

Ibu atau mak?

Seorang rakan pernah berkata,

'Aku heranlah kak, dah lama aku dengar.  Anak-anak kau kejap panggil ibu, kejap  panggil mak.  Kau pun sama, kejap bahasakan diri kau ibu, kejap kang dah mak pulak, boleh lak kau guna dua-dua tu,'


Itu kata rakan rapat dua tiga tahun lepas,  baru-baru ni seorang rakan lain juga berkata benda yang sama.  Memasing konpius, panggilan 'ibu' atau 'mak'.

Memang betul tu.  Jangan konpius, okey.  Panggil mak ke, ibu ke, sama je tetap orang yang sama.  Panggil mak stail kampong kot, panggil ibu mungkin stail orang bandar macam Kolumpo tu.

Sememangnya bila dapat si sulung - Along, memang membahasakan diri 'mak' seratus peratus.  Along pun di ajar memanggil 'mak', abahnya juga memanggil 'mak' untuk memudahkan Along mengenal maknya ni. Mak, mak, dan mak saja yang didengar, takde panggilan lain selain 'mak'.

Namun, setelah lahirnya anak kedua, Intan, ... intan pandai mengubah sendiri.  Intan seorang anak yang lincah dan cepat belajar sejak kecil. Umur 8 bulan dia dah pandai bercakap dan berjalan sekali gus.  Bercakap lancar dan tanpa pelat.

Semasa kecil, Along dan Intan dihantar ke rumah seorang rakan, sebagai pengasuh semasa ibuintan keluar bekerja.  Kebetulan rakan yang menjaga mereka berdua membahasakan dirinya 'ibu' kepada anak-anaknya.  Jadi secara tidak langsung, rakan itu juga membahasakan dirinya ibu kepada Along dan Intan.

Bermula dari sinilah, Intan terpikat dengan panggilan ibu tu kot. Di rumah dia paksa semua panggil ibu juga.  Setiap kali ibuintan bahasakan diri 'mak' dia akan tukar kepada ibu.  Dia juga ajar abahnya panggil ibu. Sejak itu, panggilan mak dan ibu sentiasa bertukarganti, mula-mula kelamkabut juga.

Bila Azim pula lahir, Intan awal-awal dah promote 'ibu' dengannya.  Siap dia marah Azim kalau panggil mak.  Tapi dengan Along, dia tidak berani  paksa, dia biarkan saja Along panggil mak. Agaknya dia takut kot dengan Along.

Along  kekal dengan pangilan mak, sehingga sekarang pun.  Kekadang dan ada-ada masa saja dia memanggil ibu.  Dia banyak guna 'ibu' bila nakkan sesuatu, itu memang pasti.

Boleh lagi semasa kami berbual, kalau cakap dengan Intan dan Azim lebih berat kepada 'ibu' tapi bila berbual dengan Along otomatik tukar kepada 'mak' pulak.  Tu yang rakan konpius sangat tu. 

Tapi yang bestnya, ibuintan bertuah ......ada dua panggilan hebat, selalunya ibu-ibu lain hanya dipanggil satu gelaran saja oleh anak mereka. 

//intan juga telah cipta satu perkara lagi... next entri

22 ulasan:

sahromnasrudin berkata...[Reply]

as salam ibu..sy panggil ibu takde mslh kan???

kak long berkata...[Reply]

mak,ibu,mama,umi,mummi.....dsb....
adalah insan yg paling berharga dimata seorang anak...

ibuintan berkata...[Reply]

waalaikumussalam,

okey silakan, tak ade masalah...dialu-alukan

ibuintan berkata...[Reply]

kak long,

betul tu, apo pun yg ponting anak2 menghargai kito

kella berkata...[Reply]

hehe.. ini baru pertama kali kita denga cerita begini.. unik tu! biarlah mereka dengan panggilan masing masing.. yang penting ada seorang wanita sahaja di hati mereka...
owhh.. so sweet dat intan..

salam singgah ke sini.. pertama kali. :)

Amy Syaquena berkata...[Reply]

As'salam..

amy panggil ibu , ibu x de maslaah kan sebab rasa serasi sangat panggil ibu...

p/s: amy dah lame senaraikan blog ibu dalam bloglist amy..setiap hari amy pasti akan singgah sini..jadi ibu sedikan la hidangan2 baru ye he3...

ibuintan berkata...[Reply]

kella,

terima kasih, sudi datang...datang2lah selalu..

itulah kella sampai hari ni, ibu dah biasa lah ,kejap ibu kejap kang tukarlak mak... orangnya tetap sama

ibuintan berkata...[Reply]

amy,

go on, i like too..

terima kasih amy.. insyaalah ada masa dan idea akan di updated selalu

azlin hashim berkata...[Reply]

ibu intan, nape tk panggil mak along? hehe... tumpang lalu ibu... singgah selalu...)

azlin hashim berkata...[Reply]

ibu intan, nape tk panggil mak along? hehe... tumpang lalu ibu... singgah selalu...)

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...[Reply]

Salam Kak,

Mana-mana sama aje kan..

Along & Angah memang panggil ibu tapi si Adiq ikut kawan taskanya panggil Umi.. Bila dia nak apa-apa baru dipanggil ibu.


* Nak panggil akak dengan nama akak boleh tak ? Macam tak best pulak panggil kak aje..

ahmad humairi berkata...[Reply]

salam,

kalo xde anak camne? x merasalah panggilan tu...huuu

ckLah@xiiinam berkata...[Reply]

Mula2 dapat anak dulu, ckLah bahasakan diri 'kakak'. Hehe

ibuintan berkata...[Reply]

azlin.

tak panggil mak along sebab, anak lelaki dua orang.. Along dan Azim (bongsu) , Intan pula anak dara sorang yang di tengah.. untuk adil pada dua2 bujang tu... guna ..ibuintan ... kan ibubapa digalakkan melebihkan anak perempuan

ibuintan berkata...[Reply]

okey reen,

diizinkan, apa salahnya, mana yang reen rasa selesa dan lebih memesrakan..

tapi reen tetap membahasakan diri 'ibu'kan dengan Adiq... tu lah bebudak suka meniru

ibuintan berkata...[Reply]

cikgu ahmad,

ye.. tak merasalah, suatu panggilan keramat tu.. tak semua orang ada rezeki untuk mendapatnya..

adik ipar dah 14 tahun kahwin masih belum ada rezeki lagi

ibuintan berkata...[Reply]

ckLah,

mak aiiii, ingatkan dapat adik kot masa tu?..

kak Erna berkata...[Reply]

sala ibuintan..anak2 akak pulak..panggil akak mak..panggil mak sedara dia..ibu..bila sebut ibu..otomatik..mak sedara dia tu lah..

azlina berkata...[Reply]

aslmlkm....

kak apa yg terjdi pada akk terjadi pada ina cuma bezanya anak yg bongsu je selalu tertukar panggilan...

aleya sejak baby selalu panggil mama..mama..saya igt pelat budak kecik rupanya sampai besar dia panggil ina mama cuma kekadang di panggil juga ibu seperti panggilan yg abang2nya selalu panggil saya..

hpdigital berkata...[Reply]

Ibu atau emak tetap di atas selepas Allah dan rasulullah...

Pn Kartini berkata...[Reply]

salam ibuIntan..:)

Tidak kira apa jua panggilannya..
kasihnya tetap sama...:)

maiyah berkata...[Reply]

mcm sy gak, kakak penggil mama, yg adiknya panggil ibu :)