Followers
Sabtu, 11 Disember 2010
Selamatkanlah..
Sejak malam semalam di rumah mak mertua. Balik petang tadi dan setiba di rumah jengah blog dan buka fb, anak buah tulis yang dia sedang berada di ICU Hepatobiliari Hospital Selayang, abahnya, abang ipar ibuintan sedang dirawat di sana.
Untuk mendapatkan kepastian, hubungi abang yang berada di Teluk Intan, dan abang mengesahkan kebenarannya. Abang ipar menghidap kanser pankrias dan menurut abang kondisi abang ipar sudah agak kritikal.
Kami akan ke Hospital Selayang esok pagi, walaupun tidak pasti di mana lokasinya, semoga perjalanan kami dipermudahkan. Ibuintan nampak gayanya akan banyak menggunakan talian hayat esok untuk sampai ke sana, akan pastikan telefon masing-masing full dengan kredit dan bateri.... maklumlah servis GPS takde...
Semoga Allah melindungi dan mempermudahkan urusan pengubatannya. Semuanya di tanganMu Ya Allah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
14 ulasan:
nak bantu tunjukkan jalan pun saya pun tak tahu..hurm semoga cepat sembuh ya ibu
ke hospital selayang jln menghala ke arah utara ,Insya'Allah semoga di permudahkan perjalanan
selepas pasar borong selayang susur kiri
terima kasih iman,
semoga perjalanan ibu esok dipermudahkan, tidak sesat barat...
sya,
itulah setiap kali ke utara ikut lebuhraya ELITE saja...mudah-mudahan dilancarkan perjalanan
Salam Ibu Intan:)
Semoga dipermudahkan segala urusan olehNya...
dan Semoga keluarga abg ipar ibuIntan diberikan kekuatan menempuhi ujian dan dugaan yang mendatang
terima kasih sya... kakak dan abang ada duduk di Selayang, mereka lah yang akan jadi talian hayat nanti tu
terima kasih Tinie,
begitulah hendaknya, semoga kakak dan anak2nya sabar dan tabah menghadapi ujian ini
salam ibuintan..insyaallah perjalanan ibuintan akan dipermudahkan..selagi kita rajin bertanya..sudah tentu tak sesat..insyaallah..
semoga ibuintan selamat sampai ke Hospital Selayang..
Rasanya tak susah/ jauh dari Seremban.
aslmkm kak...
semuga allah permudahkan perjalanan akk pergi dan balik juga allah meringankan beban kesakitan yg di alami oleh abang ipar ibu intan dan di beri kesembuhan...
insyaallah kak erna... signboard pun banyak kan... baca dan ikut saje la, cuma dah lama tak pergi selayang rumah kakak..
terima kasih kak wan..
insyaallah boleh ikut PLUS dan signboard pun ada
mualaikumsalam ina,
mudah2an Allah menolong beliau, diberi kekuatan dalam melawan penyakitnya dan sembuh kembali
Catat Ulasan