Followers

Khamis, 28 Februari 2013

Ganjaran.

Seronok mereka bila dapat menggunakan komputer. Sebab tak ramai, hari ni hanya lima orang yang hadir , maka lima orang ni je lah yang ada dalam kelas Moral harini, empat orang tak hadir... siapa cepat siapkan kerja, boleh menggunakan komputer....  bersemangat mereka,cepat je memasing membuat kerja, tak ada yang berborak atau berleka-lekaan.  Dalam lima orang ni hanya seorang tu saja (berbaju ungu) yang boleh membaca lancar. Yang lain masih tersangkut-sangkut lagi.

Mereka hanya dapat menggunakan komputer semasa di sekolah.  Pembelajaran di dalam makmal komputer amat mereka sukai. Setiap kali waktu pembelajaran mereka mesti mencadangkan belajar di sini.  Mereka selalu berharap tiada murid kelas yang belajar ketika itu.

Ganjaran boleh menggunakan komputer kepada anak orang Asli ini sesuatu yang amat mereka nantikan. 



Rabu, 27 Februari 2013

WW.... bakar lemak

Badan cergas, minda cerdas.


Sabtu, 23 Februari 2013

Tunai janji.


 Selamat bercuti hujung minggu.  Hari ni sesi menayang antara gambar-gambar yang di'tangkap' oleh Azim semasa majlis kahwin abang sepupunya di Segamat Ahad lepas.  Bukan senang nak menyuruhnya menangkap gambar-gambar  ni.  Alasannya 'malu'.

Tapi dalam malu-malu tu hampir seratus keping juga gambar  di'tembak'nya.  Ni menayang sebab dah janji nak tunjuk hasil kerjanya.  Azim ada angan-angan nak ikuti kursus fotografi suatu hari nanti.























 Nilah jurufoto 'main belasah je' yang dipaksa hari tu.  Esok pagi paksa lagi untuk majlis di Kuala Kelawang pula.



... hari ni pergi kenduri majlis cukur jambul dan akikah, esok  pula majlis sambut menantu di rumah abang ipar ......  alahaai letih pulak dah rasanya, minggu depan pun  ada jemputan lagi.









Khamis, 21 Februari 2013

Hari malang.

 Pagi tadi semasa dalam perjalanan ke sekolah, sampai di satu selekoh tiba-tiba 'gedegung' terus /kiok...kiok...kiok.  Alamak dah terlanggar seekor ayam jantan.  Yang sebenarnya bukan ibuintan yang langgar ayam tu tapi ayam tu yang langgar kete ibuintan.  Dah elok-elok ayam tu sampai ke seberang jalan alih-alih berpusing pulak ayam tu, meluru  datangnya, tak sempat nak brek... dah terkiok-kiok masuk semak.  Tak tahu la sampai ke tidak ajal ayam tu tadi.  Besar jugak ayam tu, nampak sekilas dari cermin sisi ayam tu menggelupur ke dalam semak.


Balik tengah hari tadi pun berlaku sekali lagi.  Ayam jantan juga tiba-tiba meluru dari atas tebing, zupp sekali lagi bedegup bawah kete.  Terkiok-kiok sekali lagi tapi yang ini pendek je kioknya... entah panjang ke, entah pendek umur pun tak tahulah.  Tapi ayam yang menerjah tiba-tiba ni bernasib malang sebab sedang mengejar sekor ayam betina yang dah sempat melintas depan kete ibuintan.  Mengejar makwe agaknya, kalau makwe takkan kena kejar pulak kan!

Nasib kau lah ayam-ayam.  Bukan salah tuan kete tu, yang kau melintas tak pandang kiri kanan sapa suruh.  Harap-harap masih panjanglah umur kau, dapat menjadi rezeki kepada tuan-tuan kau.  Masak lomak cili api sedap  tu! 

....Sebenarnya tuan kete rasa bersalah juga kalaulah mati ayam-ayam tu, takut juga tuan ayam tu 'tersumpah' orang yang melanggar ayamnya.  Sejak memandu kereta, baru seekor ayam yang ibuintan langgar sampai mati... mati penyek terus...  tu pun sebab tak sempat mengelak.

 ...bestnya ayam penyek... sedang taip entri ni anak sedara post status di Fbnya tentang ayam penyek maka mak sedaranya pun cilok lah picnya ni... tq Ezza Fazlina


..... pernah melihat seorang lelaki Cina berhenti depan rumah jiran mengambil ayam yang mati dilanggar kereta..  'Sedap buat sup" katanya.







Rabu, 20 Februari 2013

Kenangan mengusik jiwa.

Dua hari yang sangat sibuk dengan mesyuarat serta kursus hingga ke petang. Hari ni juga mesyuarat lagi, nasib baik habis awal.  Kalau tak memang tak berjenguklah blog ni hingga ke hujung minggu. Macam-macam yang perlu dibuat.

Aktiviti anak-anak Tunas Puteri semasa aktiviti ko-kurikulum awal petang tadi ialah membuat bekas telur daripada kertas manila.  Bekas telur yang mengimbau zaman kanak-kanak ibuintan dahulu.  Setiap majlis kahwin yang dihadiri pada masa itu mesti jumpa bekas telur sebegini....  ringkas dan murah.  Dan selalunya juga semasa kanak-kanak/zaman sekolah rendah dulu bila ada jiran yang akan melangsungkan majlis kenduri kahwin anak mereka, jiran dan saudara mara yang perempuan selalu bergotong royong membuat bekas telur sebegini. Buat beramai-ramai ... sambil borak-borak, sambil gelak-gelak, biasanya sehari dua saja aktiviti ini berlangsung.  Bergantung pada jumlah yang diperlukan saja.




Bekas telur yang jimat dan murah...  masa ni ada ke agaknya yang sanggup menggunakan bekas telur sebegini?  Mana ada kelas! silap-silap hari bulan jadi umpatan pulak... tuan rumah kedekut, haji bakhil,yang paling tacing tu ' buat malu orang kampung yo' Apa pasal lak kita sekampung boleh malu?  Dah dia mampu setakat tu... biarlah.....  iyo tak?





Dua gambar ni tak ada kena mengena dengan bekas telur di atas.  Ni majlis kahwin yang baru berlangsung minggu lepas.  Majlis yang 'penuh dengan airmata'.  Kesedihan jelas terukir diwajah abah pengantin lelaki semasa bergambar keluarga tapi tidak lengkap dengan ketiadaan 'ibu pengantin' atau isterinya yang tercinta.  Terlalu banyak airmatanya yang tumpah pada majlis ini.  Pengantin lelaki juga 'terpaksa' senyum atas paksaan jurufoto sewanya.


... semasa di majlis kahwin ini, kami mendapat bunga ber'telur pindang' tapi ada antara kami yang rata-ratanya tak biasa malah ada yang tak pernah makan, maka tekak kami tidak bersedia menerimanya. Tekak dah biasa dengan telur rebus kosong sahaja.




Isnin, 18 Februari 2013

Gembira dalam tangisan.





Menanti dalam debaran.

Sebelum akad bermula, "bermacam-macam rasa ni Mak Uda, tak tau nak cakap apa" katanya kepada ibuintan.

Syukur, dengan dua kali lafaz  Ahmad Fahimi  telah selamat diijab kabulkan pagi semalam di rumah pengantin perempuan,  Suhaila di Kg. Berata, Segamat.  Disebelahnya berkopiah putih, abang Dahari ayah kepada Ahmad Fahimi.  Bang Dahari ..abang ipar ibuintan yang baru kehilangan isteri pada 13 November tahun lepas.  Kalau sebelum ini Bang Dahari mampu menahan kesedihan di dalam hatinya tapi semalam dia menjadi seorang bapa yang amat lemah. Keriangan menyambut menantu pertama bertukar menjadi kepiluan yang teramat baginya.  Airmatanya tak dapat dibendung sebaik Fahimi duduk di depan tok imam yang akan menikahkannya.  Airmata berjujuran tanpa henti.  Suasana yang sepatutnya gembira menjadi teramat hiba dan sayu.  Seluruh ahli keluarga menjadi teramat sedih dan sayu melihatnya.  Esak tangis tak dapat dibendung lagi.

Kedua beranak berpelukan dalam tangisan.  Hanya Allah jua yang tahu perasaan kami waktu ini.   Hanya ingatan kepada  arwah KakLang Eda (di sini) yang muncul di saat ini.  Tak tergambar dengan kata-kata rasanya.

Ahmad Fahimi bersama ibu-ibu saudara yang lain. Yang memegang kopiah ialah abang sulung Fahimi.. juga turut hanyut dalam kesedihan yang teramat. Menjelang selesai sesi pagi ini, bengkak mata Fahimi dan abahnya sebab terlalu banyak menangis.  Sedih sangat mengenangkan arwah ibunya tiada di sisi di saat hari bahagianya ini.  Begitu juga Bang Dahari yang tersangat sedih mengenangkan arwah isterinya yang tidak sempat melihat hari bahagia anak lelaki mereka. Kesedihan yang amat dirasai sebab mereka baru tiga bulan kehilangan arwah yang meninggal dunia selepas mendapat serangan strok secara tiba-tiba.   Moga roh arwah dicucuri rahmat.


... insya Allah , ibuintan akan kongsi lagi beberapa gambar untuk majlis sandingnya pula di entri selepas ini.  Majlis sanding yang juga penuh dengan juraian airmata.



Sabtu, 16 Februari 2013

Penganan yang mencabar.

Alhamdulillah... selamat bersarapan pagi.  Menu ringkas sebagai alas perut.  Pagi ni makan pisang goreng.  Pisang nangka pemberian jiran sebelah rumah sebanyak tiga sikat sudah boleh digoreng.  Nampak gayanya dua tiga hari ni goreng pisang saja la selagi tak habis.  Kelmarin semasa anak jiran menghantar pisang  ibuintan dah tolak dua sikat dengan alasan banyak sangat kalau tiga sikat tu, boleh beri kepada jiran yang lain pula.  Tapi anak jiran tu berkeras juga memberi tiga sikat tu.. katanya untuk jiran yang lain pun ada juga sebab dia ada dua tandan pisang yang baru ditebang.


Bergandingan bersama pisang goreng tu bukan pencicahnya tau, tulah dodol cair atau lebih popular sebagai 'penganan cair'.  Penganan yang diambil sebelum kental semasa dikacau dulu.  Bila pulak la mengacau penganan ni kan.  Bukan kerja senang buat penganan ni. Banyak guna kudrat tenaga tu.

 Malam semalam ibuintan dan suami dipelawa oleh kakak sedara sebelah rumah menolongnya mengacau penganan.  Akak sedara ni baru menerima menantu Sabtu lepas (di sini) dan pihak pengantin perempuan ni akan ke rumah pengantin lelaki pula pada hari Ahad ni iaitu esok.....  majlis menyambut menantu  di pihak lelaki pula di Mantin.  Jadi penganan ni sebagai buah tangan untuk di bawa ke majlis itu nanti. 

 Sekuali saja, guna tiga kampit tepung pulut, lapan kg santan dan tiga turus gula anau serta ditambah gula sekg pasir.   Ni langkah pertama... satukan santan, tepung dan gula.  Senang sangat dikacau masa ni.



Ni semasa penganan masih cair  lagi tapi perlu sentiasa dikacau supaya bawahnya tidak berkerak.  Aroma semakin wangi sewaktu ini.  Bau gula anau yang sangat menusuk kalbu.

Ni rupanya setelah dua jam proses berjalan.  Kalau sensorang ni, mau tercabut tangan dah rasanya ni, dah semakin memekat atau kental sedikit.  Masa nilah penganan cair di ambil.  Ada yang suka makan penganan cair saja berbanding penganan yang telah keras.  Semasa kecil dulu arwah atuk selalu makan penganan cair ni bersudukan 'daun kelapa' saja.  Daun kelapa dipotong pendek dan dijadikan sebagai sudu.  Nostalgia tu!

Ni pulak selepas tiga jam.  Dan menceceh peluh dah masa ni, dah semakin likat dan kental. Nasib baik berempat mengacaunya, ni kalau ibuintanlah minta maaflah nak membuatnya kalau sensorang saja..  Beli sajalah yang dah siap tu.  Tapilah kan dari segi rasa memang tak boleh celen dengan yang dijual tu.. tersangatlah wanginya.  Kalau dibakar atas kayu api lagilah mencabar ni.  Panas dari kaki naik ke kepala, nasib baik guna api gas saja.  Setelah berjuang selama empat jam bermula pukul sembilan  sehingga pukul satu pagi, barulah penganan ini diangkat dan dimasukkan ke dalam bekas.  Semoga pihak keluarga lelaki gembira menerimanya nanti.

 Manis... tak boleh makan banyak dan selalu ni.

... kuih tradisi yang semakin dilupakan.  Walau telah banyak dibuat secara moden dan menggunakan mesin namun dari segi rasa yang dibuat secara tradisional ni juga yang terbaik. Namun ibuintan respek dengan makcik jiran sebelah rumah ibuintan ni selalu menerima tempahan membuat penganan ni, harganya berbaloi dengan rasa dan tenaga yang dicurahkan untuk membuatnya.







Khamis, 14 Februari 2013

Semarakkan kasih sayang ini selamanya.

Kasih sayang 1



                                  gambar credit to Tok Gugel.
                    Salam kasih sayang yang berpanjangan buat semua teman bloggers dan semua pembaca yang sudi singgah membaca serta meninggalkan komen di entri yang dicatat.  Ibuintan sangat-sangat menghargainya.  Maaf juga dipohon jika komen tidak berjawab dan kunjungan tidak sempat dibalas. ... selamat ulang tahun ke 3 Cerita Kehidupan @ ibuintan.  Moga ia berkekalan di alam maya ini.



 Kasih sayang 2

Alhamdulillah....  terima kasih Along.  Semalam Along balik bawa ayam goreng, bubur nasi serta mi kari untuk dikongsi makan bersama seisi keluarga.  Inilah hasil pendapatan pertamanya sebagai seorang pekerja sambilan di Restoren makanan segera Marrybrown.  Dah kerja di sini mestilah beli di sini juga... sambil promosi la tu.

Alhamdulillah.. walau tak seberapa gaji yang didapatinya, namun tanda ingatannya ini  amat dihargai.  Seronok melihat diwajahnya, ada tanda kepuasan bila melihat adik-adiknya juga gembira dengan pemberiannya ini.  Along juga tidak lupa menghulurkan sebahagian wang gaji pertamanya buat ibu dan abah serta ke dua adiknya.  'Moga berkat' kata Along.  Terima kasih yang teramat Along... ibu dan abah akan simpan dan sumbangkan kembali wang pemberian Along yang pertama ini untuk kegunaan Along jika berjaya menyambung pelajaran nanti. Alhamdulillah, moga ingatan Along dan kasih sayang Along sebegini akan Along teruskan dan jadikan amalan sepanjang hayat.  Moga Allah terus memberkati hidup dan rezeki Along.






.... ibu dan abah hanya mengharapkan Along dan adik-adik dapat terus berkongsi kasih sayang dan rezeki kurniaan Allah selagi hayat dikandung badan... kuantiti , sikit atau banyak bukannya  nilai yang perlu diukur.... ikhlaslah dan semarakkanlah kasih sayang sesama kita selamanya. 








Isnin, 11 Februari 2013

Ayam denak

Hari Jumaat lalu, abahintan balik bawa dua ekor ayam hutan atau ayam denak.  Semasa balik dari kerja abahintan terserempak dengan seorang rakan sekampungnya yang membawa ayam denak ni.  Harga seekor ialah RM20. Kecil saja lebih kurang setengah kg se ekor.  Rakan abahintan menangkapnya dengan memasang jerat dalam kebun getahnya.  Ayam denak ni biasanya liar. 


Abahintan sedang mencabut bulu-bulunya. Ayam denak tidak perlu dicelur dengan air panas sebelum mencabut bulunya.  Ianya macam burung dan itik, terus dicabut bulu-bulunya selepas disembelih.

Ayam-ayam yang dah togel.  Seksi kan!

Selepas dicabut bulunya, ayam ini dibelah dua untuk membuang bahagian-bahagian dalamannya. Kemudian barulah disalai di atas bara api.  Ibuintan suka  ayam yang disalai untuk dimasak gulai.  Wangi baunya.  Kalau beli ayam biasa dipasar-pasar pun, ibuintan akan beli ayam yang telah disalai jika  dimasak gulai atau dibuat rendang.  


Pada selera sendiri ayam hutan ni jauh lebih sedap dari ayam yang dibeli atau ayam bandar tu, malah lebih sedap juga dari ayam kampung.  Dagingnya pejal, tidak berlemak dan manis mungkin sebab pemakanannya yang dicari sendiri cara  'kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang'... semua original takde dedak atau nasi sejuk lebihan semalam.

 Sejak berkahwin juga baru ibuintan tahu binatang hutan ni seperti landak , pelanduk, rusa dan ayam hutan ni sangat sedap bila digulai bersama 'daun pijat' atau 'daun pepijet' nama famos amosnya di kampung mak mertua.  Daun pepijet ni pun hanya terdapat di dalam hutan juga.  Maknanya hasil hutan mesti dijodohkan atau dijudukan dengan hasil hutan juga.

inilah rupanya pokok pepijet ....gambar diambil dari blog Ezney in the house... gambar yang ibuintan ambil di rumah MIL dah terdelete.


Daun pepijet ni seakan daun kunyit tapi baunya pula memang la saling tak tumpah bau pijat atau 'kepinding' .. memula dulu tak tahan dengan baunya. Tapi percayalah bau daun ni akan bertukar ke satu aroma yang sangat spesel bila dimasak.  Rasa gulainya juga berbeza daripada gulai ayam yang dimasak bersama serai atau daun kunyit.  Hilang terus bau 'pijatnya' bila telah dimasak.  Memula merasa dulu takut juga tekak tak menerima tapi sekarang rasa nak gulai semua benda dengan daun ni. Tapi masalahnya daun ni sukar di dapati, tak ada dijual di mana-mana pasar atau pasar tani juga ...kat pasar raya lagilah takkan jumpa. 

Kat rumah mak mertua ada serumpun kecil.... tu pun beberapa helai saja daunnya.  Asal benihnya pemberian seorang penduduk kampung yang suka memikat ayam hutan yang mengambilnya di dalam hutan juga.  Ibuintan dah dua kali cuba menanam tapi masih gagal.  Setiap kali balik kampung akan mengambil beberapa helai untuk dibuat stok.  Daun yang telah kering lagi wangi bila digunakan dalam masakan.




Gulai ayam denak bersama daun pepijet.... dikeringkan sedikit menjadi ala-ala rendang gitu! Sebab Jumaat dan Sabtu berkenduri kendara di rumah sebelah maka ayam denak ini disimpan dulu dalam peti sejuk.  Baru hari ini berkesempatan untuk menggulainya.

Bila ada lauk ni tak perlu masak lauk-lauk lain sebagai tambahan, abahintan hanya akan makan lauk ni saja. Tu sebab masak dua ekor  ni hanya cukup untuk sekali makan saja.  Lagipun ayamnya kecik saje.

Sebagai tambahannya ibuintan buat sedikit sambal ikan bilis bersama tempoyak dan petai.


Alhamdulillah... rezeki untuk tengah hari ini, hasil hutan dari bumi bertuah ini...... ayam denak, daun pepijet serta petai.  Lauk kampung untuk tekak orang kampung.

.... dua hari ni sempena cuti CNY anak-anak perantauan ramai yang balik ke kampung, maka mereka menjadikan capaian WIFI di rumah ini tersangatlah lembabnya, sejak semalam line semput, nak masuk FB pun terhegeh-hegeh apalagi nak masuk ke blogger.  Tu yang senyap sunyi je dari sebarang laporan terkini.








Sabtu, 9 Februari 2013

Orang pangkal.

Mood ......  sibuk

Alasan ea ..... jadi 'orang pangka'

Lokasi  ......   sebelah rumah je.


Selamat Pengantin Baru kepada Netty dan suaminya.  Moga jodoh berkekalan hingga hujung nyawa... selamat berbahagia.




Khamis, 7 Februari 2013

Sobab Ujang lah ni!

Semalam si "Jang'(bukan nama sebenar)  ni lelap dalam kelas. Dia boleh lelap hampir empat waktu pembelajaran, bersamaan hampir dua jam pagi semalam.  Lena yang teramat, sampai keluar air liur bagai.  Baru mengeja dua perkataan, dia dah mula tersenguk-senguk. Bila disuruh ke tandas untuk cuci muka, dia tak mahu.  Tak sempat  tiga kali disuruh cuci muka dia dah terlelap.  Kejutkan dan goyangkan badannya pun dia tak sedar.  Kawan-kawannya  mula mengadu setiap petang pun dalam kelas KAFA  dia lelap.  Ustazah paksa dia cuci muka, muka belum kering lagi dia dah lelap semula.

Ami (nama sebenar), memang menghadapi masalah mudah sangat terlelap. Sejak di kelas PRa sekolah dulu lagi, dia dah menghadapi masalah ini.  Setiap hari tidur dalam kelas. Bising ke, bingit ke, dia tak kesah.  Semasa perhimpunan pagi pun dia boleh terlelap. Tu sebab Ami menjadi  antara murid yang menghadapi masalah pembelajaran di tahun satu ini.  Masih belum kenal huruf.  Ye lah, macam mana nak belajar, asyik lelap.  Bila ditanya, abang-abangnya pun mengatakan di rumah pun begitu juga.   Kata doktor Ami menghadapi masalah tumbesaran dan kekurangan zat makanan.  Abang-abangnya semuanya lincah. Kalau dia dah mengantuk, ibarat kata ,"ditupang kelopak mata pun dia lelap".  Mungkinkah ini juga satu sindrom?



Pagi tadi kelas ibuintan bermula di awal pagi.  Waktu pertama lagi.  Kumpulan yang lemah ini diminta membaca huruf abc di carta di depan kelas.  Ami antara yang dipaksa untuk membunyikan huruf.  lihatlah reaksinya, gambar ke tiga dalam berdiri tu pun dia dah mula nak melelapkan mata.  Tapi pagi tadi dia tidak berjaya melelapkan mata sewaktu kelas ibuintan.  Ketiga-tiga situasinya dalam gambar ini menyakitkan mata  cikgunya.

Sakit mata pada tali lehernya... aduhaii Ami.

Mencabar cikgunya betul.  Dah la cikgunya tak reti ngikat tali leher tu.  Dalam dia dah mula terkebil-kebil tu, ibuintan pun mulalah memaksa tangan montel sendiri mengikatkan tali lehernya.  Beberapa cubaan namun gagal.  Ya lah, cikgunya mana pernah ikat tali leher.  Tali leher anak-anak semua mereka ikat sendiri tak pun tali leher mereka yg dah siap berzip tu.  Hahaha haru jadinya.  Buka tali leher budak lain buat contoh, lastnya tali leher budak tu pun dah tak dapat diikat semula.  Buek malu den yo!

Antara cubaan yang tidak ,menjadi.  Apo lah cikgu ni!.

Sudahnya habis saja kelas, ibuintan bawa mereka masuk makmal komputer.  Ha... kita belajar sama-sama.

Minta tok gugel tolong ajarkan, Ada beberapa cara rupanya, ibuintan pilih yang  di atas sebab yang ni nampak mudah sikit.  Jadi sama-samalah belajar dan mencuba tadi.






  Nasib baik!


Nilah antara ghupo nya hasil pembelajaran online pagi tadi..  Terencat kemengantukan Ami  sekejap tapi dengarnya lepas rehat tadi dapat juga dia melelapkan matanya.


Untuk menyenangkan cikgunya di hari-hari mendatang.

Dah siap dicetak dan tampal di kelas.  Senang rujuk je!

Menjawab komen Pak Ngah dan Doktor DZZ dalam entri sebelum ni.


Tali leher untuk pengawas dan pengawas pusat sumber memang mulai tahun ni ibuintan dah tempah yang jenis berzip ni, memang sangat menyenangkan. Tali leher umtuk murid lain masih menggunakan jenis berikat sebab stok masih banyak untuk dijual.  Nak tempah yang baru jenis berzip mesti jenis tali tidak terjual... rugi lak nanti dah lah kedai buku sekolah tu modalnya kecil.  Harapnya tahun depan semua dah boleh menggunakan tali leher jenis berzip ni... sangkut dan tarik saja... kemas pulak tu.


.....nampak gayanya kena jugak buat kelas tambahan untuk mengikat tali leher  selepas ni.