Followers

Jumaat, 30 September 2011

Tenaga makin kurang.


Mood hari ini:     
                        Masih kepenatan walaupun kendurinya telah selesai semalam.











Selasa, 27 September 2011

Sambungan Part 1 - habis dah.


Selepas berarak, berkumpul dalam balai raya.  Iman 1 sedang membacakan doa.  Muda lagi tu imamnya, bujang lagi.  Ada fb jugak.  Kelazz gitu. Selain imam, nazir masjid juga ada fb.  Fb nazir lebih menumpukan kepada xtvt untuk menguwar-warkan semua  aktiviti yang bakal berlangsung di masjid
Hadiah cabutan bertuah. .. setiap tetamu yang hadir berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.  Hadiah adalah sumbangan penduduk kampung sendiri.

Goncang YB,.. pilih yang mana pekenan.. Gelak besar imam muda.

Sapa yang kena!!

Antara yang bertuah menerima cenderahati.


Gambar terakhir yang sempat di'tembak' oleh Azim sebelum dia beratur sama untuk mendapatkan makanan terutamanya sate.. sebab dah paksa dia jadi tukang ambik gambar, maka terpaksalah masukkan lebih gambar.  Nanti merajuk, payah pulak nak dapatkan khidmatnya  lagi..






Trima kasih ... ibu sayang adik.

Isnin, 26 September 2011

Sambutan Aidilfitri - PERARAKAN PANTA - Part 1.


Petang semalam JKKK kampung dan masjid  di kampung ibuintan menganjurkan majlis sambutan Aidilfitri.  Tapi sayang,. ibuintan tidak dapat hadir  bersama penduduk kg memeriahkan majlis.  Semalam ibuintan ke Mersing menghantar Intan balik asrama.  Sebab tidak dapat hadir sama maka ibuintan terpaksa menghantar (memaksa  sebenarnya) seorang jurugambar.  Azim telah dilantik untuk menjadi jurugambar semalam.  Mungkin disebabkan dia membawa kamera yang ala-ala jurugambar selalu guna maka dia mendapat kerjasama sepenuhnya.


Yang membuatkan ibuintan teruja  dan terkilan  tak dapat hadir sama ialah kerana aturcara majlisnya yang ada kelainan sikit.



Ada acara perarakan panta tu!  Kalau tak silap kali kedua dianjurkan, tahun lepas pun ibuintan miss juga majlis ini.  Jom layan gambar-gambar yang diambil oleh Azim.

                      Jalan menghala ke masjid dan balai raya.

Ketibaan YB Dato' Abdul Samad Ibrahim ADUN Seri Menanti, berbaju batik pink disambut oleh AJK  masjid.


Perarakan panta bermula dari rumah nazir masjid ke masjid sejauh lebih kurang 100 meter.


Sebanyak sepuluh buah panta yang disediakan oleh orang kampung diarak ke masjid.  Panta atau dulang, itu berisi makanan atau kuih muih yang ditutup dengan tudung saji dan kemudian dibalut dengan kain batik, kain songket atau kain tudung/selendang yang cantik.

Dulu semasa kecil setiap kali ada majlis kenduri di masjid atau surau, setiap rumah diminta membawa satu panta berisi makanan. Makanan itu akan dimakan beramai-ramai.  Sekarang tradisi itu telah dilupakan kerana setiap kali kenduri diadakan makanan dimasak bersama secara gotong-royong ataupun lebih memudahkan lagi dioder/katering sahaja.  Jadi sejak tahun lepas, JKK kampung dan JK masjid telah bersepakat untuk  cuba menghidupkan kembali tradisi tersebut.


Bergambar bersama YB, JK masjid, JKKK kg dihadapan masjid sebelum panta di bawa ke khemah dan dibuka untuk dimakan bersama-sama.

           Dua panta yang telah dibuka... atas... kemungkinan besar berisi nasi lemak sementara bawah panta yang berisi biskut raya


Menurut Azim menu utama jamuan semalam ialah sate, nasi impit, mee hoon goreng, kuih muih serta cendol yang ditempah dengan pihak katering.  "Adik tak ambik gambar masa orangramai makan sebab adik makan sama... adik takut sate habis'.... hahahaha boleh pulak gitu.


Tapi banyak juga gambar yang Azim ambil.  Jumpa lagi dibahagian ke dua.  Sebab ada juga acara selingan selepas perarakan panta.







Jumaat, 23 September 2011

Sambutan Merdekaraya

Selamat Petang.  Maaf  sahabat semua, sejak akhir-akhir ni dah macam biskut pula.. kejap muncul kejap lagi hilang semula.  Alasan biasala.... banyak kerja, banyak urusan lain... sibuklah kekononnya tu.  Harapnya walaupun semakin ilang-ilang timbul biarlah blog ini terus timbul.  Sayang pulak nak ditenggelamkan terus.


Pagi tadi disekolah diadakan sambutan majlis hari raya, dan majlis penutupan bulan kemerdekaan sekaligus.  Tu yang dinamakan sambutan Merdekaraya tu.






                                 Wajah-wajah ceria anak-anak.


                                Wajah-wajah ceria guru-guru.

               Persembahan anak-anak... menyanyi lagu raya dan lagu merdeka.

                         Kuih-muih yang dibawa anak-anak dan guru-guru..

                                         Makan time....

Selesai satu program.  Minggu depan satu program lagi. 

Buat pertama kalinya juga, ibuintan lari dari tugasan biasa....mengendalikan  jamuan, kali ini bertugas mengawal anak-anak murid saja di dalam dewan.  Lagi best rupannya, bebas mengambil gambar keletah anak-anak yang berbagai ragam. Untuk program pagi tadi ibuintan snap 186 keping foto...











Rabu, 21 September 2011

WW - Potluck raya puasa enam.

                Pulut kuning, sambal petai, nasi putih, sambal tempe goreng, kuetiew goreng,
cekodok  pisang .. antara menunya di samping beberapa jenis biskut raya.











Jumaat, 16 September 2011

Airmata Berderai.


Hai, sedih  ke... ibuintan!!

Tak... tak sedih pun , suka sangat sebab ada sikembang ni.

                                     suka dengan bayang-bayangnya juga

Ayu jelita.. kan, walaupun bertanduk tiga.  Orkid ni koleksi terbaru yang baru dijumpai. Jumpa di nurseri bunga la.. Pujuk juga hati supaya bersabar... sabar tunggu hari gaji, poket dah kempis ni.  Tapi tak boleh, hati tetap kata nak jugak... hati kata lagi  ' nanti orang lain beli'.........melepas,   memang la kekadang bab orkid,.. hati dan poket sering kali tak sepakat,..  tu sebab tak berani nak singgah nurseri bunga sesuka hati.

Sebab orkid ke, airmata  jatuh berderai.  Taklah, tidak juga......  



Inilah 'Si Airmata Berderai'

Tak tahulah kenapa nama bunga ini airmata berderai..... tapi festime terpandang terus terpikat padanya.  Kelmarin  singgah di nurseri bunga, cadangan asal nak beli baja dan tanah hitam saja.  Namun bila dah sampai di nurseri itu, apalagi terus lekat mengadap bunga-bunga orkid dan bunga-bunga yang lain.  Leka dan ralit sungguh.

Kalaulah boleh dibeli semuanya yang pekenan di mata dan di hati.... ohhhhh alangkah bahagianya..  Tapi tak mampu den...  kalau PM beri bonus lima bulan gaji takpe juga,  Tambahan lepas raya poket dah kempis.   Dapat dua di atas pun dah kira bagus sangat.  Tu pun bak kata abahintan ' boleh beli 20kg beras siam'... tak kira nak jugak, bulan ni tak payah beli beras siam, beli beras  local je.....



Hehehe... tu sebab setiap kali ajak abahintan singgah nurseri bunga, dia mesti tak mahu.  Tak banyak sikit, duitnya mesti mengalir keluar.  Tapi yang bestnya, berita baiknya sejak akhir-akhir ni abahintan pun dah mula minat orkid juga.  Contohnya untuk projek di bawah:


                    abahintan yang bersemangat menebangkan sebatang pokok manggis yang telah mati.... trima kasih, bang... nanti carikan lagi ye.










Rukun Negara... ingat lagi tak?

السلام عليكم

Selamat bercuti dan selamat menyambut hari Malaysia kepada semua warganegara Malaysia. Seronok juga menghabiskan masa pagi tadi menonton siaran langsung dari Dataran Merdeka.  Meriah.  Dijayakan oleh sebilangan besar pelajar yang berbilang bangsa, memang 1Malaysia.

Moga negara Malaysia kita yang tercinta ini akan terus kekal dan aman selamanya.  Moga anak-anak cucu kita dan generasi akan datang terus dapat mengecapi nikmat keamanan dan kemakmuran yang sedang kita kecapi sekarang.  Bersamalah kita mengekalkannya.

Jom kita baca ikrar Rukun Negara.  Ingat lagi tak... sebab ada yang hanya melafazkannya semasa zaman sekolah dulu saja ..kan.  Ibuintan  masih melafazkannya setiap pagi Isnin bersama anak-anak murid... acara wajib di setiap perhimpunan rasmi pagi Isnin.




Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
  • Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya
  • Memelihara cara hidup demokratik
  • Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama
  • Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak
  • Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden:

Angkat tangan sekali tau!!

MAKA KAMI, 
rakyat Malaysia,
berikrar  
akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami 
untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :
  • KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
  • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
  • KELUHURAN PERLEMBAGAAN
  • KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
  • KESOPANAN DAN KESUSILAAN


Rukun Negara mula dilafazkan pada Hari Merdeka  tahun 1970, ia telah dibentuk  oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara  Kejadian itu  adalah kesan daripada  perpaduan antara kaum yang tidak stabil dan rapuh 

 info: blogppdSegamat ... trima kasih

// hari ini menerima dua jemputan makan free....... tengahari kenduri kahwin pasangan warga emas... Tahniah kepada Tok Asim dan Induk Seri,  petang pula jamuan rumah terbuka seorang rakan.

.



Rabu, 14 September 2011

Cubaan.



Setelah berkhidmat selama 14 tahun di tempat sekarang .... teringin pula berubah di suasana yang baru.









Selasa, 13 September 2011

Selamat berjuang.


Semoga semua anak-anak yang sedang menduduki peperiksaan UPSR yang baru bermula dapat menghadapinya dengan tenang.  Moga semua usaha anak-anak selama ini akan membuahkan hasil yang bernas.  Moga 5A  menjadi milik kalian.



//selamat berjaya buat anak buah  serta cucu sedara....   Imran dan Aiman... di doakan yang terbaik buat kalian.






Isnin, 12 September 2011

Restu Ilmu.

Sempena peperiksaan UPSR yang akan bermula esok, pagi tadi sekolah ibuintan telah mengadakan program restu ilmu, program di mana setiap murid yang akan menduduki peperiksaan meminta maaf dan memohon doa restu daripada semua guru serta  meminta guru-guru menghalalkan setiap ilmu yang telah diberi kepada mereka.


Masih tersenyum lebar seakan tiada debaran dihati.  Namun tidak kurang juga yang hiba dan mengalirkan airmata. 
                               


                       Penolong ketua murid yang menangis tersedu sedan.  Mungkin hiba dan risau.

//kali yang entah ke berapa menghadapi program seperti ini... dan seperti tahun-tahun lepas kali ini juga ibuintan turut sama mengalirkan airmata, entah mengapa hiba sangat mengenangkan anak-anak yang diasuh semasa tahun satu kini semakin hampir akan meninggalkan alam sekolah rendahnya.  Doa restu sentiasa ada dalam lubuk hati ini sebagai seorang guru yang pernah mendidik mereka... tak kira anak siapa... doanya tetap sama... moga semuanya lulus dalam peperiksaan dan berjaya dalam kehidupan mereka di masa depan. 

Setiap kali memberi restu, hati terus terusik mengenangkan anak sendiri....  juga mengharapkan restu daripada guru-guru mereka pula.... mengharapkan guru-guru mereka juga merestui ilmu yang dicurahkan kepada mereka.  Terima kasih kepada semua guru-guru anak-anak ku yang pernah dan sedang mengajarnya.













Ahad, 11 September 2011

Penyambut tetamu


السلام عليكم Salam Aidilfitri di hari ke 12 Syawal.  Selamat menunaikan puasa enam syawal kepada yang berpuasa.  Selamat menghadiri rumah terbuka kepada yang menerima jemputan rumah terbuka.  Hampir dua minggu  sepi dan bercuti dari berblog, insyaallah kini akan muncul kembali. Rindu dengan sahabat bloggers semua, tentu banyak cerita raya dan entri2 menarik sahabat yang telah terlepas baca.

Sebagai pembuka kata...kalau blog lain enterprem gamba raya sefamili, blog ibuintan interprem gambar si'penyambut tetamu' ni pula.  Jelita kan... setia siang dan malam sebagai penyeri di porch.





                                     Menjadi latar untuk berposing juga.


Raya tahun ini seronok melihat banyak orkid yang mengeluarkan bunga.  Ada yang masih berkembangan dan ada juga yang telah layu...