Followers

Sabtu, 30 Mac 2013

Bersantai seharian di Port Dickson.

Selamat pagi.... pagi ni ibuintan dan keluarga bersarapan ringkas sahaja.  Menu sarapan pagi hari ini ialah puding roti bakar.  Harum semerbak bau roti dibakar memenuhi ruang dapur pagi ni.... makan panas-panas lagi sedap, ibuintan suka keranggupannya.  Roti lebihan membuat sandwich yang dibawa ke Port Dickson hari Khamis lepas.


Hari Khamis lepas kami sekeluarga bercuti sehari ke Port Dickson.  Bertolak seawal pukul sembilan pagi dari rumah.  Kami pergi dua keluarga, keluarga ibuintan dan keluarga adik.  Melayan anak-anak yang hendak mandi laut.  Tetapi di sana kami lebih banyak menghabiskan masa dan mandi di kolam saja sebab mengenangkan cuaca yang sangat panas sekarang ni.  Sampai saja di Port Dickson kami terus ke Mayang Sari Resort.  Kami tidak menginap di sana cuma kami pergi mandi manda di kolamnya saja.

Sebab budak ni... kami memilih mandi  di kolam saja tak ke laut.

Puas anak-anak mandi dan berendam dalam kolam ni.  Orang pun tak ramai hanya ada beberapa keluarga lain saja yang mungkin menginap di sana.  Bila tinggal hanya kami saja, apalagi semua pun turun ke dalam kolam. Berendam sepuas hati, ditambah pula cuaca tidak berapa panas.
 

Dah puas mandi, apalagi buka bekalan yang dibawa.  Berkelah pula di wakaf yang disediakan. Macam-macam bekal ada... ibuintan siap bawak mangkuk tingkat tu, senang angkut satu bekas saja tapi isi lain-lain. Keluarga adik pula bawa nasi berlaukkan rendang ayam.

Kami di sini sampai pukul dua setengah petang.  Dari sini kami ke Dataran Teluk Kemang pula. Dah sampai PD mesti nak ke sini jugak.  Anak-anak adik nak main di pantai pula.  Di Bagan Pinang tempat yang kami singgah pada awalnya, laut ketika itu masih surut, airnya jauh ke tengah lagi jadi anak-anak tak dapat bermain air di pantai.

Adik dan isterinya melayan  dua anaknya bermain air.

Anak-anak ibuintan pula melayan anak tekak dengan air batu campur... memang sesuai sangat dengan cuaca yang panas di pantai tu.

Ibuintan dan suami pula hanya membuat lawatan  gerai ke gerai saja dan  sebagai kenangan belikan anak adik baju berlambangkan PD untuk dipakai seharian.

Gerai ini yang paling menarik minat ibuintan.  Mulanya sekadar menjeling-jeling saja ke gerai ni, namun akhirnya tewas juga.  Terpaksa juga melayan tekak.. air liur dah kecur...  tiga peket RM5.  asalnya pilih tiga peket saja tapi yang keluar RM10 dari poket maka dari tiga menjadi enam. Hehehe ,.... ibuintan memang selalu tewas dengan bau air jeruk ni.

 Kami menempuh hujan yang amat lebat bermula dari highway PD hingga melepasi Bukit Putus.  Selepas Bukit Putus kami menempuh jam pula, dari Bukit Putus ke Tanjung Ipoh kami mengambil masa melebihi satu jam.  Hampir pukul enam petang kami selamat sampai di rumah.  Syukur selamat sampai walau agak lewat disebabkan jalan jammed.


..... walau sekadar mandi manda di kolam, namun yang penting anak-anak gembira dan enjoy.



Khamis, 28 Mac 2013

Buang membuang apa yang patut.


 Cuaca hari ni panas sampai ke petang.  Terik dan membahang. Petang tadi kami sekeluarga membuat operasi mengerat dahan-dahan pokok cempedak di hadapan rumah.  Banyak dahan yang sudah besar dengan daunnya yang merimbun menjadikan kawasan hadapan rumah seakan gelap.  Daun-daun yang terlalu banyak yang gugur juga menjadikan jalan ke halaman rumah nampak tidak terbela.  Tak sempat menyapu daun-daun kering setiap hari.  Abahintan bercadang untuk menebang terus pokok cempedak ini disebabkan buahnya yang sudah tidak berapa elok.  Buahnya banyak yang busuk sebelum sempat masak. Operasi petang tadi menjadikan sebahagian besar pokok ini telah  tidak berdahan lagi.  Disebabkan mengemas dan membuang dahan dan ranting memakan masa maka abahintan tidak sempat menebangnya.  

Sementara abahintan memotong dahan dengan dibantu oleh Along dan Azim, ibuintan pula mengambil kesempatan membelek semula pasu-pasu bunga yang sebelum ini menjadi tempat teduh musuh tanaman.  Kalau sebelum ini siput babi yang menjadikan pasu tempat persembunyiannya telah dikorbankan, saki bakinya yang masih ada sanggup memanjat lebih tinggi lagi.  Pokok orkid yang tinggi pula menjadi tempat teduhnya.

      Entah berapa hari perjalanannya untuk sampai ke paras hampir enam kaki ni.

Sebelum ini pasu-pasu besar ini menjadi tempat persembunyiannya untuk bertelur.


Kumbang kuning ini juga tak kurang hebatnya sebagai perosak, kumbang ini musuh nombor satu ni.  Kalau jumpa saja pasti ditangkap dan dijadikan sumber protin kepada si ikan kaloi.  Kalaulah kumbang ini hinggap pada putik bunga, habis dimakannya tinggal tangkai la jawabnya.

Selesai menggemas dan membuang semua dahan dan ranting-ranting, abahintan dan Azim membuat pula operasi mengait buah kelapa muda.  Dapatlah setandan, dalam empat biji saja yang masih elok dan selebihnya dah ditebuk tupai.




Masih lembut isinya.

Hilang dahaga.  Sejuk nyaman saja bila lalu ditekak.
 
Petang esok  akan diteruskan dengan menebang pokok cempedak pula.  Kalau cuaca mengizinkanlah sebab beberapa hari sudah setiap petang hujan turun dengan lebatnya.

 Pagi esok cadangnya kami sekeluarga akan bermandi manda dan bercanda di sebuah tempat percutian di Port Dickson.  Kami asalnya tiada rancangan untuk bercuti di mana-mana semasa cuti sekolah kali ini tetapi rancangan percutian sehari esok adalah atas  ajakan dan rancangan adik  lelaki dan keluarganya.  Jadi kami pun setujulah demi meramaikan dan memeriahkan lagi aktiviti mandi manda mereka.







Selasa, 26 Mac 2013

Kerja musim cuti.

Cuti yang tak seperti cuti.  Semalam, hari ini, esok dan lusa tetap hadir ke sekolah. Membimbing ahli Kelab Doktor Muda yang akan menyertai pertandingan kuiz dan buku informasi untuk Konvensyen Dr. Muda peringkat negeri mencari dan mengumpul bahan. 



Khamis, 21 Mac 2013

Terlerai sudah beban ini.

Alhamdulillah... syukur.  Penantian kami sekeluarga terlerai sudah hari ini.  Tahniah kepada anak-anak ibu...Along dengan STPMnya dan Intan dengan SPMnya. Minggu ini minggu yang amat mendebarkan bagi kami sekeluarga.  Moga ada  rezeki dan impian untuk belajar  dengan kursus yang dihajati akan tercapai. Insya Allah. Doa ibu dan abah tidak akan putus demi kejayaan dan masa depan Along dan Intan.  Tahniah... walau tidak mencapai taget semua A namun kejayaan ini sudah cukup puas bagi ibu dan abah. Moga keputusan ini bermanfaat untuk  Along dan Intan pada masa hadapan.... untuk dunia dan akhirat juga.


Terima kasih kepada semua yang mendoakan kejayaan Along dan Intan. Terima kasih juga kepada semua guru-guru yang mengajar dan mendidik mereka selama ini.  Hanya Allah jua yang akan  membalasnya.







Selasa, 19 Mac 2013

Wasiat... dua juta pound tu!



Ni betul ke bohong ni!

Ibuintan buka emel pagi semalam lalu terjumpa emel yang dihantar oleh seseorang ni.  Pengirimnya seorang perempuan dari Malaysia... katanya!.  Isinya macam berwasiat je.  Ibuintan dah balas emel tu tapi tiada pula respon balik daripadanya.  Banyak tu 2 juta sterling paun, sapo lah yang kayo berair bona tu kan.  Entah apa tujuan sipengirim emel pun tak tahulah.  Bohong takpe tapi jangan nak menipu. "Den takdo duo juta paun doh, dua hinggit ado lah ha..... Macam-macam ada.



Sabtu, 16 Mac 2013

Minggu lepas... satu kisah lagi.

Assalamualaikum, apa khabar semua?  Syukur bertemu kembali.  Seminggu berlalu dengan kesibukkan kerja yang membataskan masa untuk berblog.  Macam-macam kerja dan hal yang diuruskan menyebabkan tiada ruang untuk menjenguk blog ini.  Hinggakan masa malam pun masih menyambung kerja.  Minggu yang berserabut.

Minggu yang banyak dihabiskan untuk kerja-kerja kelab Doktor Muda yang baru ditubuhkan. bermula daripada pemilihan ahli, dokumentasi dan juga penyediaan bilik.  Semuanya baru bermula minggu ini dan semuanya juga masih asas saja yang ada, ibaratnya hanya ada kulit belum ada isi.  Maka misi akan diteruskan lagi selagi isi dalam bilik dan dalam fail masih kosong.   Kalau boleh tak nak dengar bebelan menyakitkan telinga dan hati daripada seseorang yang amat 'menjengkelkan'... dengarnya nak datang buat pemantauan.  Dengar namanya pun hati dah sakit.  Datang selalunya bukan memberi komen yang membina tapi memberi komen yang merentap tangkai jantung ramai guru.  Kalau dia tu cakap serupa bikin okey jugak tapi selalunya hanya layak sebagi 'tin kosong' saja. 

 Empat bilik yang perlu diurus.  Bilik ini asalnya bilik kedai buku dan kini telah dikosongkan untuk digunakan sebagai bilik kelab DM.

                               Yang membantu... terima kasih khidmat kalian amat diperlukan lagi.  Tenaga pemuda-pemuda ini diperlukan untuk kerja-kerja pertukangan... ini untuk memasang partisen di bilik rehat atau sakit yang menempatkan dua buah katil bujang.

Antara yang terpilih menjadi ahli.

Susun dan tampal.... aktiviti ahli KDM yang datang petang semalam.

Bergambar dihadapan bilik kesihatan yang di dalamnya terdapat empat bilik yang perlu diselia dan diselenggara. Si manis di depan sekali bukan ahli KDM tapi datang mengikut kakaknya petang semalam.

Bekerja dengan anak-anak kecil memerlukan banyak masa dan tenaga dihabiskan di sini. Hanya suruhan dan tanpa bimbingan semuanya akan menjadi makin kucar kacir, makin kelam kabut jadinya.  


.... jika ada yang hanya pandai memberi komen tanpa memberi bantuan, jangan pula niat ikhlas orang yang dikomen juga dipertikaikan. 







Rabu, 13 Mac 2013

Ahad, 10 Mac 2013

Minggu lepas .....Satu kisah tentangnya.

Syukur bertemu kita kembali setelah berehat beberapa hari.  Minggu lepas minggu yang sibuk berkursus buat ibuintan.  Hari Isnin berkursus di PPD Pilah.  Kursus membina bahan bantu mengajar untuk murid Linus... yang lemah dalam bacaan.  Kursus sepatutnya dua hari hingga Selasa tetapi ibuintan hanya turut serta sehari sahaja kerana hari Selasa ibuintan terpaksa pula mengikuti kursus lain di Port Dickson..  Kursus untuk hari Selasa diganti oleh cikgu yang lain.  Kursus yang menyeronokkan sebab semua peserta diajar membuat bahan saja sepanjang hari.






Sepanjang satu hari tu kami belajar membuat sebanyak 24 jenis bahan.  Kalau rajin membuat semua yang disarankan memang meriah kelas jadinya.  Tapi sebenarnya sebahagian besarnya ibuintan dah tahu dan lama buat... di sekolah lama la, di sekolah baru.... baru mula buat.


Hari Selasa pula ibuintan mengikuti kursus TOT .. training of trainers untuk guru pembimbing Kelab Doktor Muda di Institut Latihan FAMA,Port Dickson.  Pun best jugak sebab lain daripada kursus yang biasa dihadiri.  Kami mula melapor diri di IL FAMA seawal pukul 9 pagi Selasa.  Ibuintan dan rakan-rakan dari Daerah Kuala Pilah pergi ke sana menaiki kenderaan Jabatan Kesihatan.  Dari Kuala Pilah seramai 8 orang sahaja termasuk dua staff nurse. Kursus sehingga pukul sebelas malam.

Semua guru didedahkan dengan cara dan aktiviti yang akan dijalankan semasa mengendalikan Kelab Doktor Muda.  Banyak ilmu yang dikutip sepanjang dua hari setengah mengikuti kursus.  Kursus di bawah anjuran  Kementerian Kesihatan dengan dikendalikan oleh anggota kesihatan sendiri seperti doktor, jururawat serta daripada guru pembimbing yang telah lama mengendalikan kelab ini di sekolah mereka.  Ibuintan yang sebelum ini zero dan sangat terkejut bila tiba-tiba mendapat surat arahan menjalankan  Kelab Doktor Muda  kini berasa lega setelah mendapat pendedahan dalam kursus ini.  Banyak yang dipelajari dan akan dicuba secara beransur-ansur.

 Sepanjang berkursus ibuintan menginap di bilik ini, untuk empat orang, nasib baik sorang teman sebilik yang juga pegawai di PPD tidak hadir... kalau tidak mau tak lolap tido.....  kami bertiga tersangat2 bersyukur dengan ketiadaannya

 Diajar tentang teknik dan cara menggosok gigi yang betul


 Doktor gigi ni...



 Intro sebelum memulakan ceramah tentang ubat-ubatan



 Ceramah tentang penyakit bawaan nyamuk  ,... penceramah ni orang kampung ibuintan ni tapi tak tahulah samada dia kenal ibuintan atau tak, rasa-rasanya macam tak kenal je... ayahnya Pak Din penyanyi lagu bongai


 Belajar juga tentang pertolongan cemas...



Bergambar di akhir sesi.

Dengan arahan yang diterima dan berbekalkan ilmu yang baru diperolehi maka hari Jumaat lepas juga telah dijalankan pemilihan ahli yang bakal menyertai Kelab Doktor Muda.  Ibuintan jalankan pemilihan dengan meminta seramai 20 orang murid yang berpotensi menulis satu karangan ringkas tentang diri dan cita-cita mereka.  Berdasarkan hasil karangan serta kebolehan mereka maka hanya 14 orang sahaja yang terpilih.  Murid yang menulis cita-cita menjadi doktor layak serta merta sementara yang bercita-cita selain daripada doktor terpaksa dijalankan satu temuduga pendek.  Maka bermulalah satu lagi tugas yang perlu tindakan segera.... memulakan yang baru pastinya banyak yang perlu dilakukan.

Bekalan bahan untuk aktiviti kelab yang dibekalkan.  Akhirnya disebabkan banyak barang yang perlu dibawa balik, maka ibuintan terpaksa menumpang kereta seorang rakan dari sekolah lain, kenderaan yang di sediakan jabatan kesihatan tidak dapat menampung penumpang serta bahan yang dibekalkan ini.



.... harap semuanya berjalan lancar.




Ahad, 3 Mac 2013

Mari melabur saham, bekalan untuk akhirat.

Assalamualaikum...   dengan izin pengasas dan pentadbir Madrasah ini, di sini ingin saya uar-uarkan kepada semua sahabat bloggers dan rakan maya jika berkesudian untuk menghulurkan sumbangan untuk membiayai pengurusan dan pembinaan surau untuk kemudahan pelajar belajar dalam keadaan yang lebih selesa.

Semua maklumat di bawah, saya ambil dari fan page Madrasah ini.


MADRASAH DARUL ISLAH adalah merupakan sebuah Institusi Pengajian Pondok Tradisional Negeri Sembilan yang pertama berdaftar dengan JHEAINS (41-133/2012). Institusi yang diasaskan atas sebidang tanah wakaf seluas 2 ekar beralamat di Kg Ulu Melang, 72000 Kuala Pilah, N.Sembilan ini menyediakan Kuliah Pengajian & Aktiviti Keagamaan secara PERCUMA kepada semua lapisan masyarakat tempatan dan luaran yang beragama Islam serta mengaplikasikan disiplin pengajian ilmu Islam secara terperinci berdasarkan kaedah pengajian tradisi Ulama' unggul silam yang diwarisi sejak zaman-berzaman bermula daripada zaman para sahabat r.a sehinggalah ke hari ini.

SEJARAH PENUBUHAN

• Pecah Tanah – Mei 2011
• Pembinaan Pondok Induk (Sebagai Surau Dan Dewan Kuliah Sementara) secara bergotong-royong – Mei 2011 (Siap Dibina Pada Jun 2011)
• Pembinaan Pondok Penginapan Pelajar (10 Buah Pondok) – Julai 2011
• Mula Beroperasi (Solat Terawih Bulan Ramadhan 1432) – Ogos 2011
• Mula Menerima Pelajar – Disember 2012

OBJEKTIF

• Menghidupkan Serta Mengekalkan Sistem Pengajian Pondok Tradisional.
• Memperkenalkan sistem pengajian halaqah islam secara bertalaqqi kepada masyarakat islam setempat.
• Menerapkan nilai-nilai kerohanian islam dalam diri setiap pelajar.
• Mengaplikasikan disiplin pengajian ilmu islam yang mantap berdasarkan kaedah tradisi para ulama’ islam yang unggul.
• Melahirkan Pelapis Ilmuan Islam (Modal Insan) yang berkualiti dari segi rohani, fizikal dan mental serta mampu untuk memikul tugas sebagai seorang dai’e (pendakwah bebas).

YURAN & SYARAT KEMASUKAN

• Tiada sebarang yuran yang dikenakan (Percuma sepenuhnya).
• Terbuka kepada semua individu muslim (sepenuh dan separuh masa).
• Berminat menggali ilmu agama.
• Bersedia mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan oleh Madrasah.
• Mengikuti jadual pengajian yang telah disediakan.

PENGISIAN

Madrasah ini mengaplikasikan Sistem Pengajian Pondok Tulen dengan menggunakan kitab-kitab turas dan kaedah-kaedah pengajian yang diguna pakai oleh ulama’ silam yang muktabar. Ianya meliputi pelbagai bidang mata pelajaran ilmu yang terdiri daripada Usuluddin, Feqah, Tasawuf, Tafsir Al-Quran, Hadith, Nahu, Sorof dan lain-lain.

AKTIVITI PENGAJIAN

• Pelajar Menetap Sepenuh Masa (Lelaki sahaja) – Mengikut Jadual Pengajian Harian.


• Pelajar Ulangan Sek Ren & Men (Lelaki sahaja) – Pengajian Mingguan (Petang Jumaat - Petang Ahad)


• Terbuka Lelaki & Perempuan (Tiada Had Umur) – Setiap Selasa (Malam), Sabtu (10:30 pm) & Ahad (3:30pm)

SOKONGAN DAN KERJASAMA

Bagi memastikan segala aktiviti Madrasah tidak cenderung kepada mana-mana fahaman politik dan juga mana-mana ajaran yang menyimpang daripada ajaran Islam, Ahli Jawatankuasa Pentadbiran Madrasah sentiasa memastikan kurikulum pengajian Madrasah benar-benar berdasarkan kepada pendidikan agama yang berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah serta kitab-kitab karangan Ulama Silam yang muktabar.

Oleh hal yang demikian, Madrasah ini telah didaftarkan dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan pada 17 Februari 2012 bersamaan 16 Rabiul Awal 1433.

PEMBANGUNAN DAN PEMBINAAN

Di atas sumbangan orang ramai dan individu persendirian dalam bentuk fizikal dan dana wang, Jawatan Kuasa Pembangunan Madrasah telah membina beberapa bangunan di atas sebidang tanah yang berkeluasan lebih kurang 2 ekar.

Di antara pembangunan yang telah disiapkan:
• Sebuah Pondok Induk (Berfungsi sebagai Surau, Pejabat dan Dewan Kuliah Sementara).
• 10 buah Pondok Penginapan Pelajar Tetap (20 bilik).
• Dewan Makan Sementara.
• Tandas Dan Bilik Air.

Manakala pembangunan yang sedang dirancang:
• Surau dan Dewan Kuliah Kekal.
• Bangunan Pejabat dan Penginapan Pelajar Ulangan.
• Rumah Penginapan Tenaga Pengajar.
• Pondok Jaga.





DANA DAN SUMBANGAN.

Dengan harapan membuka peluang kepada mana-mana individu perseorangan atau berkumpulan yang berbesar hati untuk turut bersama bagi merealisasikan matlamat tersebut, Institusi ini telah mewujudkan sebuah Tabung Dana Khas Pembangunan & Kebajikan Pondok bagi menerima segala bentuk derma & sumbangan yang ingin dihulurkan. Mudah-mudahan ianya akan menjadi sebagai saham & bekalan pada hari yang dijanjikan oleh ALLAH S.W.T.

Segala bentuk derma dan sumbangan bolehlah disampaikan terus ke alamat Madrasah @ disalurkan ke dalam akaun Madrasah @ cek atas nama :

 
PONDOK PENGAJIAN DARUL ISLAH
NO A/C: 05020000227109
CIMB ISLAMIC
  


 MADRASAH DARUL ISLAH
( PONDOK ULU GEMILANG )
KG ULU MELANG,
72000 KUALA PILAH,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
TEL: +6014-8380318 / 0145069052



Madrasah ini diasaskan dan  diselia tadbir oleh Ustaz Mohd Hafiz bin Mohd Ramli, juga bertugas sebagai Imam 1 Masjid Tuan Tulis Ismail, Kuala Talang.

Surau dalam pembinaan.

Asrama kediaman pelajar.  Semua pelajar yang tinggal di sini adalah lelaki.

Pelajar bersama para ustaz di hadapan surau yang sedang dalam pembinaan.  Sumbangan amat diperlukan untuk menampung perbelanjaan pembinaan surau serta kemudahan asas yang lain.

Ustaz dan pelajar tahfiz ini juga sering dijemput untuk menjayakan majlis kenduri kesyukuran, Maulidur Rasul atau majlis aqiqah dari kampung-kampung berhampiran.


......Marilah kita bersama-sama menyumbang dalam apa bentuk sekali pun,  nilai besar atau kecil bukan menjadi ukurannya.  Moga sumbangan ikhlas kita dapat membantu para pentadbir Madrasah ini untuk terus mentadbir dan membangunkan madrasah ini dan berjaya melahirkan anak-anak yang dalam dan tinggi ilmu agamanya... insya Allah.






Sedekah Jariah
Sesiapa pun boleh memberikan sedekah tidak kira samada orang kaya mahupun miskin. Sedekah tidak semestinya dengan harta. Boleh juga sedekahkan tenaga dan masa. Sebagai contoh ada seorang hartawan ingin membina sebuah masjid untuk kegunaan orang ramai, mereka yang kurang mempunyai wang boleh menderma RM10, RM5, RM1 dan sebagainya. Buat mereka yang tiada wang pula boleh berikan masa dan tenaga mereka untuk tolong membina masjid tersebut. Sedekah jariah juga tidak terbatas di masjid saja. Di mana-mana saja sedekah boleh diberikan. Samada barangan dapur, kelengkapan rumah, pakaian, wang dan apa-apa saja yang boleh dimanfaatkan untuk kebaikan.
- See more at: http://wanwma.com/soal-jawab/kenapa-perlu-mengumpul-saham-akhirat-bagaimana-caranya/#sthash.RCxpV3QQ.dpuf

“Apabila seseorang manusia itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan daripada tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu pengetahuan yang dapat diambil manfaat daripadanya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”. (Hadith riwayat Imam Muslim) - See more at: http://wanwma.com/soal-jawab/kenapa-perlu-mengumpul-saham-akhirat-bagaimana-caranya/#sthash.RCxpV3QQ.dpuf
 
“Apabila seseorang manusia itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan daripada tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu pengetahuan yang dapat diambil manfaat daripadanya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”. (Hadith riwayat Imam Muslim) - See more at: http://wanwma.com/soal-jawab/kenapa-perlu-mengumpul-saham-akhirat-bagaimana-caranya/#sthash.RCxpV3QQ.dpuf

“Apabila seseorang manusia itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan daripada tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu pengetahuan yang dapat diambil manfaat daripadanya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”. (Hadith riwayat Imam Muslim) - See more at: http://wanwma.com/soal-jawab/kenapa-perlu-mengumpul-saham-akhirat-bagaimana-caranya/#sthash.RCxpV3QQ.dpuf


Apabila seseorang manusia itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan daripada tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu pengetahuan yang dapat diambil manfaat daripadanya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”. (Hadith riwayat Imam Muslim) - See more at: http://wanwma.com/soal-jawab/kenapa-perlu-mengumpul-saham-akhirat-bagaimana-caranya/#sthash.RCxpV3QQ.dpuf
Apabila seseorang manusia itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan daripada tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu pengetahuan yang dapat diambil manfaat daripadanya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”. (Hadith riwayat Imam Muslim) - See more at: http://wanwma.com/soal-jawab/kenapa-perlu-mengumpul-saham-akhirat-bagaimana-caranya/#sthash.RCxpV3QQ.dpuf
Apabila seseorang manusia itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan daripada tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu pengetahuan yang dapat diambil manfaat daripadanya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”. (Hadith riwayat Imam Muslim) - See more at: http://wanwma.com/soal-jawab/kenapa-perlu-mengumpul-saham-akhirat-bagaimana-caranya/#sthash.RCxpV3QQ.dpuf
Apabila seseorang manusia itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan daripada tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu pengetahuan yang dapat diambil manfaat daripadanya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”. (Hadith riwayat Imam Muslim) - See more at: http://wanwma.com/soal-jawab/kenapa-perlu-mengumpul-saham-akhirat-bagaimana-caranya/#sthash.RCxpV3QQ.dpuf


Sabtu, 2 Mac 2013

Ah... alasan je tu!

Bukan takde masa .... tajuk entri di blog YB memang amat kena dengan tuan blog ni yang dah beberapa hari ni langsung tak menjenguk blog sendiri, blog orang lain apatah lagi.  Masa ada tapi nak berblog selalunya tak kena masa.  Tiga entri pendek dan gambar seciput yang dipos sebelum ini hanya dibuat menggunakan tab saja... tu saja yang ada masa dan peluangnya.  Entri sambil lalu.  Sepanjang minggu ni setiap malam pc di rumah menjadi milik abahintan menyiapkan kerja-kerja pejabatnya, laptop pulak menjadi milik Azim sepenuhnya menyiapkan kerja-kerja sekolahnya, satu laptop lagi terpaksa dikongsi dengan Intan tapi bila turn ibuintan dapat menggunakannya internet pulak dah meragam... mula tersenguk-sengguk je jalannya.  Berblog menggunakan tab pula tak syok sama sekali.  Tak puaslah rasanya...


Yang sebenar-benarnya sepanjang minggu ni, ibuintan sebenarnya sibuk hingga ke petang.  Setiap petang sepanjang minggu ini menghantar Intan ke kelas memandu keretanya.  Bukan setakat menghantar saja tapi menunggu juga hingga selesai. 

Ni hari pertamanya belajar memandu kereta.  Langkah pertamanya belajar pusing-pusing saja dulu di tapak pasar tani ni.  Selepas lapan pusingan terus dibawa ke jalan raya.   Dapat pula cikgu yang muda belia... anak tokey tu yang mengajar, hari pertama Intan dah mula pecut hingga 60 km, aduhai berani sungguh budak ni, cikgunya pun satu... asyik suruh tekan minyak je.  "Ala bu... jalan lenggang je, 60km pun bukan laju' selamba je dia. Pelajaran yang amat menggembirakannya.  Seronok sakan dia bercerita.
Sebab lambat mula belajar walau dah dapat lesen L, toke kelas memandu tu terpaksa membuka 'kelasnya' untuk Intan pada setiap petang.  Terus menerus selama seminggu.  Disebabkan keinginan yang kuat hendak mendapat lesen kereta, ditambah pula dengan keberaniannya, nampaknya Intan makin cekap, belajar parking pun nampaknya mudah baginya.  Tak ada tiang-tiang yang dicacakkan yang tumbang dilanggarnya. 
  Harapnya nanti sekali ujian saja terus lulus.  Ibunya dulu menggigil kepala lutut, tu sebab terpaksa dua kali mengambil ujian bukit.

Pagi tadi pula, ibuintan berada di sekolah mesyuarat dan bengkel PBS. Menjelang tengah hari baru balik.  Sebab dah lambat langsung malas pergi  kenduri akikah di rumah jiran.  Dah malas pergi kenalah  masak untuk makan tengah hari.  Lepas Zuhur cadangnya nak ke majlis suaikenal group fb Kelab Anak-anak Negeri Sembilan di Seremban tapi datang pula adik sekeluarga.  Mereka balik dari rumah kenduri lalu singgah di rumah ibuintan.  Borak-borak sampai pukul lima setengah. 

Kalau ibuintan pergi tentu dapat berjumpa dengan blogger famos ni ... Komen Sen... masih belum ada rezeki nak berjumpa dengan PakNgah.  Meriah nampak majlisnya dengan tema merah membaranya.  Gambar ni pun saya ciplak dari fb KAANS.. mohon maaf ye.  Esok rasanya nak berehat sepenuhnya di rumah, nak jenjalan ke rumah maya kawan-kawan blog saja.  Tak  guna banyak tenaga, singgah sambil bertegur sapa sahaja.  Komen  pun banyak yang tak berbalas ni.  Rasa bersalah pula, kekadang rasa nak tutup saja  kotak komen tu.


.... jeles dengan sahabat yang boleh berblokwalking semasa waktu bekerja.





Apo nak dikato.

Isnin hingga Jumaat masih  tak cukup.  Sambung lagi hari Sabtu.  Entah berapa Sabtu lagi la ni.