Followers

Khamis, 9 Disember 2010

Lawa terung yang tidak lawa pun.

Ini satu lagu menu ringkas tok nenek dulu-dulu.  Arwah uwan dulu suka sangat makan 'lawa terung' ni.  Tak taulah kenapa di panggil 'lawa terung' bukannya lawa pun, hitam rentung je..

Terung yang biasa digunakan ialah terung cina, yang panjang dan berwarna purple pekat tu.... Terung di bakar,  kalau arwah uwan dulu buat, letak atas bara api sebab masak memang guna kayu api jadi adalah baranya.  Tetapi kita kini mana ada guna kayu api, so letaklah atas api dapur gas saja.  Bakar hingga masak dan terung menjadi lembik.

Selepas  separa hangus, bila dah sejuk buang kulitnya.  Masuk dalam bekas, belah dua, bubuh bawang merah dan cili api yang di hiris serta garam dan air suam.  Perahkan limau kasturi.  Dah siap satu menu yang lawa tak lawa tapi boleh tahan juga rasanya.  Ada rasa pedas, masin, masam dan manis. 

Inilah ghupanya, malam tadi buat secara imergenci sebagai peneman lauk kari ikan tenggiri.  Kesianlak lauk kari tu takde peneman, buka ais bok tenguk ada terung cina ni, buat sekejap tu je... lima minit siap, hidang dan makan.  Selesai........

// orang bandar makan ke lauk .....lawa tak lawa ni?


10 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...[Reply]

Tengok gambar dan baca resepinya pun terasa sedap. :)

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...[Reply]

saya tak makan terung lah kak..

dah cuba tapi memang tak boleh masuk dek tekak ni ha...

kak long berkata...[Reply]

terung..!
peberet kaklong ni...semua jenis pun,,,nak2 kalu dibuat pajeri...yummmy..!

Kak Imun berkata...[Reply]

Salam, ibuintan. kak pun suka terung panggang ni, hhmmm..kecur liur tengok, hehe........

Kak Amy berkata...[Reply]

As'salam..

macam sodap je ibu...

ibuintan berkata...[Reply]

kakcik paling senang buat..

suami kata sebagai pembuka selera sebab semua rasa ada dalamnya

ibuintan berkata...[Reply]

reen,
bukan peminat sayur la ni....

ibuintan berkata...[Reply]

kak lng,
buek pajeri memang best, akak pun suka...buat pekat2

ibuintan berkata...[Reply]

kak Imun,

kalau dah kecur boleh buat lak tu, senang dan cepat

ibuintan berkata...[Reply]

Amy,

cuba buat dulu, ibu suka sebab macam2 rasa ada,sebagai pembuka selera