Followers

Khamis, 23 Disember 2010

Syukur, Ya Allah.

Alhamdulillah.

Syukur, ya Allah, Kau perkenankan doa kami.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru-guru TMS yang telah mencurahkan ilmu dan berpenat lelah mendidik dan memberi tunjuk ajar kepadanya, rakan-rakan sekelas Intan dan semua yang mendoakannya selama ini.

Syukur, hari ini Intan mendapat keputusan PMRnya.  Usaha dan kerja kerasnya membuahkan kejayaan indah untuknya.  Ini baru langkah awal untuk terus ke hadapan, moga Intan tidak  leka dan dibuai mimpi  selepas ini..  Perjalanan yang masih jauh dan panjang, masih banyak duri ranjau yang perlu ditempuhi. 

//Semoga kejayaan terus mengiringi mu.

///maaf kepada yang sudi bertandang, ini bukannya bertujuan riak dan menunjuk-nunjuk.. sekadar berkongsi rasa ..






27 ulasan:

IMANSHAH berkata...[Reply]

Alhamdulillah, tentu ibunya sungguh terharu dan gembira atas kejayaan anakanda..tahniah buat anak dan ibu ayahnya ..

sahromnasrudin berkata...[Reply]

alhamdulillah...sy akan terus mendoakan anak ibu dpt masuk MRSM

Kakzakie berkata...[Reply]

Salam ibuintan,

Bukan riak tetapi sebagai seorang ibu rasa gembiranya hanya Allah saja yg tahu.

Kakak tumpang gembira dgn kejayaan itu. Moga tempias pada anak-anak kakak jua.

ibuintan berkata...[Reply]

terima kasih Iman..

memang sungguh terharu dan gembira, usahanya berhasil

ibuintan berkata...[Reply]

terima kasih Shah,

itu juga doa dan harapan ibu, dan Intan terutamanya, dia memang berhajat sangat hendak belajar di sana

mudah2an ada rezekinya

ibuintan berkata...[Reply]

terima kasih kakzakie..

semoga anak2 kita berjaya dalam pelajarannya, hati ibu hanya Allah yg tahu bagaimana bersyukurnya

kak long berkata...[Reply]

tahniah intan...!

ini la hadiah yg paling berharga yg dinanti-nantikan oleh seorang ibu...
bohong la kalau seorang ibu tu tak bangga bila melihat anak2 berjaya...!

kaklong pun rasa terharu...!

ckLah@xiiinam berkata...[Reply]

Tahniah.
Tahniah.


Moga terus maju jaya....


ckLah sentiasa tumpang gembira dengan kejayaan anak-anak orang......


...dan ckLah juga akan turut bersedih dengan kedukaan orang lain. Minta2 dijauhkan.


Kan ibu Intan, kan!

ibuintan berkata...[Reply]

terima kasih kaklong..

memang hadiah terindah,kita mengharapkan yg terbaik untuk anak-anak kan demi masa depan mereka

alhamdulillah

ibuintan berkata...[Reply]

ckLah,

sebagai guru setiap tahun bersama menangisi kejayaan dan kedukaan anak2 murid,.. mereka lulus cikgu menangis gembira, mereka gagal cikgu juga menumpang sedihnya

Nor ' Atikah bt NorBaki berkata...[Reply]

salam..ibu...ibu ade dlm en3 ika....nak tau ibu klik yeee...

http://mynameika.blogspot.com/2010/12/oopss-kamu-terkena-ibu-intan.html

ibuintan berkata...[Reply]

IKA... dah tau dah, nasib baik tak panggilan hangit

terima kasih banyak-banyak, kretif ika ni

kak Erna berkata...[Reply]

salam ibuintan..tahniah buat intan dan ibuintan juga..

Sasa Al-Sharif berkata...[Reply]

Alhamdulillah, tahniah buat intan. semoga dia akan sentiasa cemerlang di perjalanan yang seterusnya. Amin

azlina berkata...[Reply]

alhamdulilah taniah buat akk dan intan dan di doakan intan akn lebih berjaya di masa hadapan insyaallah

sal berkata...[Reply]

alhamdulillah...
ibuintan..

tahniah kepada si anak di atas usahanya yg keras selama ini.dan

tahniah kepada ibu serta gurunya yg berjaya menjadi pembimbing berterusan kepada anak..
moga kejayaan ini memberi perangsang untuk belajar lebih tekun di masa2 akan dtg.ameen

Zaitun berkata...[Reply]

Syukur dan tahniah buat intan dan ibubapanya.Kak Zai tumpang gembira dengan kejayaan intan.

ibuintan berkata...[Reply]

terima kasih kak erna


terima kasih sasa... dah sihat lom?

ibuintan berkata...[Reply]

terima kasih ina... insyaallah moga dia terus bejaya

ibuintan berkata...[Reply]

terima kasih sal..

berkat usaha keras dan bimbingan guru-gurunya..alhamdulillah

ibuintan berkata...[Reply]

terima kasih kak Zai... alhamdulillah

sayangsayangibu berkata...[Reply]

tahniah kepada semua yang terlibat dengan kejayaan intan..semoga sukses.. ;p

abiummi_khalish berkata...[Reply]

Mabruk ya ukhti intan...Semoga terus brjaya ke fasa seterusnya..
Buat ibuintan,mabruk juga kerana berjaya mendidik dan memberi dorongan pde nyer...
Alhamdulillah....:-)

Insan Marhaen berkata...[Reply]

tahniah juga dari IM. serononk mendengar kejayaan anak sahabat ni..

ibuintan berkata...[Reply]

terima kasih bebanyak sahabat ..sya, abi-ummi khalish dan IM

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...[Reply]

tahniah buat Intan !

kakcik berkata...[Reply]

TAHNIAH Intan... teruskan langkah dengan penuh kecemerlangan tanpa melupakan bumi yang kita pijak dan langit yang kita junjung. InsyaAllah, kasih Ilahi tetap bersamamu...