Followers

Isnin, 26 November 2012

Fasa pertama... selamat menjadi tunangan orang


Alhamdulillah... Azim dah sihat sepenuhnya. Tapi sejak pagi semalam abahintan pula yang demam bersama dengan batuk dan selesema juga.  Sebab tidak mahu menyebarkan virus, abahintan sanggup memakai mask penutup hidung dan mulut sepanjang hari. Stok mask penutup hidung dan mulut ni memang sentiasa ada di rumah tapi hanya dia yang sanggup guna, ibuintan rimas memakainya. Dalam menjaga penyebaran virus tersebut, ibuintan tetap juga terkena jangkitannya.  Jadi sejak tengah hari tadi, badan sudah mulai seram sejuk, air hidung mula berjuraian dan tekak mulai perit.  Menjelang malam badan pun rasa sakit dan sengal.  Memang sah dah demam, bersama selesema juga.  Nasib baik sakit tekak tidak menjadi batuk sebab ibuintan sentiasa minum madu dan jus aloe vera. Sebab malas ke klinik, ibuintan kongsi ubat demam  Azim.   Malas nak keluar sebab hujan  dari tengah hari , menjelang Maghrib baru berhenti. Harap demam ini tidak berpanjangan.


Semalam pula, seharian kami berada di rumah kakak ipar di Taman Tasik Jaya Seremban.  Kakak ipar mengadakan majlis pertunangan anak sulungnya.  Walaupun demam abahintan tetap hadir dan terpaksa juga menjadi wakil pihak perempuan.  Nasib baik tidak berpantun bermadah bagai, street to the point je... cepat je acara selesai.... cakap lebih kurang terus di akhiri dengan menyarung cincin.  Lega sangat abahintan

Abahintan berbaju putih, yang di kanan adik iparnya dan di kiri abang ipar...  my biras la tu.  Yang berbaju batik biru ungu tu kami (para biras) seramai sebelas orang sebulat suara melantiknya sebagai ketua biras. Apa-apa majlis kenduri kendara (belah mertua) beliaulah menjadi leadernya.   Sayangnya kini tinggal sembilan orang saja, biras nombor satu telah meninggal dunia pada bulan April yang lalu dan terbaharu ialah arwah Kak Lang Eda ( dua minggu lepas) ... alfatihah.



Tahniah Along Ain... insyaallah , jika sampai jodohnya akan diijabkabulkan pada bulan June nanti.  Dengan orang dekat je, dari Taman Tunku Jaafar... jiran Acik Erna kot.



Sabtu, 24 November 2012

Bubur Sura.


Inilah rupa bubur asyura atau bubur sura versi kampung ibuintan. 


Bubur sura  manis yang dimasak secara gotong royong disurau berhampiran rumah.


Ini pula bubur sura  masin dan tawar/lemak. Antara tiga versi rasa ini bubur yang manis di atas  juga yang menjadi kegemaran anak-anak. Tambahan bila telah disejukkan dalam peti sejuk.   Bubur yang tawar/lemak itu boleh diubahsuai semula mengikut kesukaan sendiri.. tambah apa yang patut ikut selera sendiri.

Hari ini ibuintan tidak dapat join aktiviti memasak bubur sura.  Ada hal  lain yang terpaksa diuruskan selain pergi memenuhi undangan majlis perkahwinan anak rakan abahintan.  Walaupun begitu bubur sura ini tetap sampai juga ke rumah... terima kasih kepada wakil AJK masjid dan surau yang menghantarkan bubur sura ini.


“Sesiapa memberi keluasan kepada keluarganya pada hari Asyura, maka Allah akan memberi keluasan kepadanya sepanjang tahun itu”.


Hari Azim.


Nampaknya hari ni hari untuk cete pasal Azim saje.  Akibat dari bermain futsal selepas hujan (katanya) dia mula demam dan batuk sejak pagi tadi.  Menjelang petang batuknya makin menjadi.  Bila batuk dan berkahak maka sesak nafasnya pun datang.  Pukul tiga petang tadi terpaksa kejarkannya ke hospital.  Sedut wap... berasap-asap hampir sejam dalam bilik rawatan khas untuk asma.  Balik ke rumah dibekalkan dengan beberapa bungkus ubat.  Makan ubat, terus lena.  Bangun saja dari tidur mintak makan.  Lapar sangat katanya.


Bila demam  macam budak kecil... manjanya bertambah-tambah lagi.  Makan pun bersuapkan.  Tolong abaikan bantal busuk yang dipeluknya tu.  Tu bantal busuk wajib ada, kalau takde... tak demam pun boleh jadi demam.  Bantal peluk yang dibuatkan oleh arwah uwannya ketika dia darjah satu.  Dulu bersarung tapi sekarang sarungnya dah koyak, bila di ganti yang baru dia taknak.  Hilang bau katanya.  Alhamdulillah menjelang malam demam dan sesak nafasnya semakin berkurangan.  Moga azim dapat tidur lena malam ni.





Jumaat, 23 November 2012

Anak orang anak sendiri ..... manja.


Ikmal cucu jiran, sejak bermula cuti sekolah menjadi anak murid la pulak.  Walaupun dengan berat hati namun Ikmal datang juga setiap pagi.  Waktu datang Ikmal ikut waktu yang ditetapkan 'cikgunya' tapi waktu balik ikut waktu Ikmal.  Kekadang baru mula 20 minit... 'eh dah boleh balik kan"  katanya.  Hahaha tak dapek do Ikmal... kena tunggu lagi 60 minit.  Kelas baru mula ni.

Uwannya risau dengan pelajaran Ikmal. Uwannya risau mengenangkan keadaan Ikmal yang masih tidak dapat membaca dengan lancar, masih mengeja dan tersangkut-sangkut. Ingat depan lupa hujung, ingat hujung lupa depan.  Ibuintan dah tak berani nak guna istilah 'baca merangkak" Lihat sini. Ikmal anak yang normal dan sangat aktif dan petah bercakap.  Tahun hadapan Ikmal akan masuk tahun dua, tu yang uwannya risau sangat tu, takut Ikmal akan tercicir dalam pelajarannya kalau masih tidak dapat membaca dengan lancar.  

                                              
Ni kerja sesi perkenalan awal minggu lepas. Ikmal tulis apa saja yang Ikmal tahu bermula dengan menulis 26 huruf abjad.  Okey.... tiada masalah tidak kenal huruf.  Jadi sepanjang sesi satu setengah jam kami bersama ibuintan hanya meminta Ikmal mengeja dan menulis perkataan sahaja dahulu.... bermula dari perkataan yang paling mudah iaitu bersuku kata terbuka.  Pengalaman ibuintan sepanjang mengajar murid pemulihan atau murid yang lemah, teknik mengeja sambil menulis perkataan ini memang berkesan.

Kata pakar :
 Mengeja perkataan merupakan asas penting untuk mendapatkan perbendaharaan kata dan
membangunkan kemahiran membaca dan menulis. Seseorang individu tidak boleh menjadi
pembaca yang fasih dan penulis yang baik sekiranya menghadapi masalah dalam ejaan (Treimen, 1997



 Maknanya Ikmal tiada masalah pembelajaran.... uwan jangan risau...  masalahnya cuma Ikmal mau atau tak mahu saja, "tu lah, payah bona nyuruh dio maco buku, nak bemain yo" sunggut uwan Ikmal.  Uwan Ikmal muda lagi tau, masih bekerja.  Ni cucu sulung dan satu-satunya cucu  uwan setakat ini.  Segalanya tertumpah pada Ikmal sorang saje.  Apa hendak pasti dapat, kalau tak dapat pasti menangis.  Kalau uwan tak beri, pasti atuk yang beri.  Yang pasti atuknya memang selalu kalah dengan Ikmal, berbanding dengan uwan yang agak tegas. 




Ni pulak anak manja sendiri... cuti sekolah yang bercuti sakan buatnya.  Along dan kakaknya sibuk dengan peperiksaan, dia pulak tergolek terlentang depan tv layan kartun, penat tengok katun layan PS2, penat depan tv pegi ke komputer ...



berebut komputer dengan ibunya, dia bergame pulak di Ipad....tambahan sekarang hujan setiap hari, langsung tak keluar rumah.   Bila petang  baru keluar bermain futsal bersama kawan-kawan.  Sabar je la dengan bujang kecik sorang ni........... dan yang pasti perutnya sentiasa lapar walaupun kerjanya hanya main game yang tak mengeluarkan peluh dan tenaga. Buatlah apa saja, masaklah apa saja gerenti habis.  Jadi cuti sekolah ni terpaksalah ibunya rajin ke dapur. Sarapan, makan tengah hari, minum petang dan makan malam.  No tapau-tapau macam hari kerja.


Sarapan pagi ni... nasi impit kuah kacang.

Kurus tapi banyak makan....


.... tengah hari ni cadang nak cuba masak bunga betik sebagai menu sampingan...




Rabu, 21 November 2012

Meriah tapi perasaannya berbeza.


yang amat dinanti dan dihargai


... tak tau nak buat apa dengan bunga betik jantan ni



Selasa, 20 November 2012

Jeruk mangga segera.

 Jeruk mangga segera ini ibuintan belajar daripada mantan guru penolong kanan sekolah terdahulu.. Pn Hjh Rasmah.. trima kasih kak.  Setakat ni semua suka dan puji... manis, sedap dan yang penting segera.  Cepat dibuat, cepat dimakan.


Langkah pertama....


Mangga ... wajib ada, nama pun jeruk mangga


Langkah kedua ...


kupas kulitnya dan basuh bersih-bersih.

Langkah ketiga .....


Hiris kecil-kecil dan gaul dengan garam.  Untuk enam biji mangga, ibuintan guna satu senduk garam kasar.  Gaulkan biar sekata.

Langkah keempat....


Curahkan air panas, yang mendidih tau bukan suam kuku. Biarkan dalam dua minit sehingga mangga bertukar warna.

Untuk menjimatkan masa sebelum mengupas, jerang air dahulu supaya dilangkah ke empat ini air mendidih telah tersedia.


Langkah ke lima....


Warna mangga dah kekuningan, basuh bersih dan toskan.

Langkah ke enam.....


Masukkan ke dalam bekas, tak kiralah bekas apa yang penting boleh ditutup.  

Langkah ke tujuh ....


Gaul dengan gula.  Ibuintan guna satu setengah senduk gula.  Satu senduk digaulkan sementara setengah tu di taburkan saja dibahagian paling atas.


Langkah terakhir....


Tutup botol dengan rapat. Bukan apa takut ada semut yang bunuh diri nanti.

Biarkan dalam 15 ke 20 minit, ...  MAKAN....




Mangga ni pemberian adik ipar, dahan mangga di rumah mertua adik ipar sekah.  Jadi banyaklah buah mangga muda yang dikutip dan dibawanya balik kampung hari Sabtu lepas, di rumah mak mertua ibuintan dah membuat hampir 30 biji mangga.... dapat empat balang seperti di atas. Satu balang sekejap je habis, dua balang adik ipar ambil bawak balik ke rumah masing-masing, satu balang pula mak mertua awal-awal lagi dah simpan dalam esboknya.  Jadi ibuintan hanya bawak balik lebihan mangga yang belum dijeruk.  Jeruk mangga ni istimewanya tidak menggunakan cuka, tu sebab mak dan abah mertua ibuintan yang dah tak bergigi tu pun suka... dan yang paling bestnya cepat dibuat, cepat dimakan.


Maaflah ye, kok ada yang kecur air liur tu!  

Masa entri ni dicatat, mangga dalam botol tu sedang dihadap oleh Azim.





Isnin, 19 November 2012

Permudahkan urusan mereka.... Aamin.


” Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum,
Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Latif, Ya Jabbar,  Ya Khaliq,
Ya Allah permudahkanlah anak-anak kami di dalam urusan mereka dalam menimba ilmu di atas seruan dan perintah-Mu. 
Tenangkanlah hati mereka untuk menerima ilmu-Mu, lapangkanlah jiwa mereka untuk mengharungi ujian-Mu dan berkatilah mereka dengan rahmat-Mu.
Amin Ya Rabbalalamin..”

Selamat menduduki peperiksaan STPM kepada Along ... Moga Along mendapat kejayaan yang cemerlang.


Setelah bercuti selama seminggu, hari ini Intan juga akan menyambung kembali perjuangannya di dalam dewan peperiksaan.  Tabah dan tenangkan hati kalian berdua, insyaallah.... ibu sentiasa mendoakan yang terbaik buat Along dan Intan. Good luck anak-anak ibu....


Aamin..




Rabu, 14 November 2012

Pergi takkan kembali...

...... (sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami kembali).


Setelah beberapa hari berada dalam keadaan koma dan diberi bantuan pernafasan, akhirnya KakLang Eda pergi untuk selamanya.  Tepat pukul 11.15 malam tadi suami menerima panggilan daripada adiknya dari Hospital Tuanku Jaafar Seremban yang memaklumkan berita tersebut.  Ibuintan dan suami pula ketika itu baru saja setengah jam sampai dari hospital.  Sejak dua hari lepas apabila keadaan KakLang Eda makin kritikal, KakLang Eda telah dipindahkan ke HTJ Seremban dari Hospital Jelebu.  


Dihospital HTJ pula seluruh ahli keluarga berkumpul, melawat dan memberi kata semangat buatnya serta suami dan dua anak lelakinya.  Sejak tengah hari semalam lagi doktor telah memaklumkan keadaan KakLang Eda yang makin lemah dan doktor juga telah meminta semua ahli keluarganya bersedia dengan kemungkinan begini.  Ahli keluarga hanya mampu membacakan Yassin dan berdoa untuknya agar Allah memberikan jalan yang terbaik buatnya.  


Akhirnya dalam usia 48 tahun KakLang Eda meninggalkan kami semua.  Semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya dan menempatkan rohnya dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh... Al-Fatihah..........Aamin.



... Pagi ni kami semua akan ke Kg Larong, Kuala Klawang untuk mengiringi perjalanan terakhirnya.






















Ahad, 11 November 2012

Tabahkanlah keluarga mereka dengan ujianMu... Ya Allah.



“ YA ALLAH SEMBUHKAN, KERANA ENGKAULAH YANG MAHA PENYEMBUH, 
YA ALLAH LINDUNGKAN KERANA ENGKAULAH YANG MAHA PERLINDUNG, 
YA ALLAH PULIHKAN KERANA ENGKAULAH YANG MAHA PEMULIH”

Petang semalam ibuintan bersama suami, mak dan abah mertua ke Hospital Jelebu di Kuala Kelawang untuk melawat Kak Lang Eda (biras) yang diserang stroke pada malam Khamis yang lepas.  Terharu dan hiba sekali melihat keadaannya.  Kak Lang Eda  seorang yang amat periang, peramah dan aktif tiba-tiba dalam sekelip mata menjadi sebegitu, kelu tanpa sepatah kata. Hanya terbaring lesu dan mampu mengerlip mata memandang kami dengan pandangan hiba, hanya mampu mengerakkan bahagian anggota kiri sahaja.  Tiada sorang pun yang tidak mengalirkan airmata melihat keadaannya.  Kami benar-benar terasa kehilangan gelak tawa dan celotehnya.  Bila kami berkumpul beramai-ramai di rumah mak mertua, Kak Lang Edalah yang paling riuh sekali mulutnya.  KakLang Eda disahkan mendapat stroke kerana tekanan darahnya yang amat tinggi.


Abang ipar (bang Jo) juga kelihatannya amat sedih dan seringkali juga dilihat melarikan diri ke luar wad sambil menyapu airmatanya.  Sangat pilu mendengar rintihannya semalam.  Membayangkan keadaan KakLang di masa depan.  Mereka mempunyai dua orang anak lelaki bujang, keduanya sudah bekerja. Yang bongsu akan berkahwin pada bulan Februari tahun depan.  Mengenangkan situasi itu menjadikan Bang Jo seolah-olah tidak kuat menghadapi ujian ini.  'Nasib baik abang dah pencen" katanya semalam kepada kami.
Hanya doa, kata-kata semangat serta peransang yang dapat kami titipkan.  Semoga Bang Jo dan anak-anak tabah dan reda dengan ujian ini.  Bantulah mereka

Dalam perjalanan balik pula semasa kami singgah minum di pekan Simpang Pertang, ibuintan mendapat panggilan daripada Azim memberitahu Angah Sudin (cucu abah) meninggal dunia kerana kemalangan jalanraya.  Angah Sudin meninggal dunia sebaik sampai dihospital kerana mengalami kecederaan yang agak parah. Semasa kejadian Angah Sudin dalam perjalanan ke Kuala Pilah dengan menunggang motosikal dan telah dilanggar oleh sebuah kereta dari arah bertentangan.

Jenazahnya akan dikebumikan pagi ini sebelum Zuhur.  Ya Allah ... ampunilah dosa-dosanya dan tempatkanlah rohnya dalam kalangan roh orang-orang yang beriman.  Al Fatihah..



Aamin.... Ya Allah, kau bantu dan permudahkanlah urusan keluarga mereka. Tabahkanlah hati suami/isteri serta anak-anak mereka  Ya Allah....  hanya kepadaMu kami berserah.


















Sabtu, 10 November 2012

Majlis kemuncak akhir tahun.


Alhamdulillah... tutup sudah sesi persekolahan tahun 2012. Aktiviti kemuncak bagi setiap sekolah juga telah selamat dijayakan pada petang Khamis yang lalu. Semuanya berjalan dengan lancar.  Sambutan ibu bapa juga sangat hebat dengan kehadiran yang hampir memenuhi ruang dewan sekolah yang semakin ceria.  Selain jemputannya seorang Timbalan Menteri, barangkali mereka teruja kerana inilah pertama kalinya dalam sejarah sekolah ini majlis anugerah di adakan di dewan yang berpentas.   Mereka ingin merasa kebanggaan melihat anak menaiki pentas untuk menerima hadiah.  Kepada ibubapa yang anak mereka tidak menerima hadiah pula, mereka seronok untuk menonton anak-anak mereka beraksi membuat persembahan di atas pentas.  Sambutan ibubapa dari perkampungan Asli Langkap juga sangat membanggakan.  Kebanyakan mereka hadir sekeluarga ... ibubapa dan semua anak-anak, anak yang bersekolah menengah juga.  Memang diluar jangkaan.


Tentatif program seperti biasa... selepas bacaan doa

Ucapan aluan tuan rumah.. gubosa la!


Diikuti ucapan wakil PPD Kuala Pilah

Seterusnya wakil Tim Menteri.... Tim Men tak dapek hadir, mesyuarat EXCO kate wakilnya..wakil TM ni pulak merupakan anak kampung ni  malah bekas pelajar sekolah ni juga.....


Acara utamanya penyampaian hadiah di selangselikan dengan acara persembahan murid.... seronok sakan mereka







Tokoh murid bersama ibu adiknya serta wakil TM dan guru besar... Tahniah kepada Intan, calon harapan untuk 5A UPSR

Ibuintan yang mengetuai bahagian jamuan terpaksa mengubah strategi di saat akhir.  Jamuan VIP terpaksa diasingkan dan dipindahkan ke bilik Pusat Sumber kerana menjangkakan kesesakan akan berlaku di bilik asal yang telah dicadangkan.  Cadangan asalnya kami tidak mahu ada double-standard, mahu semua menikmati jamuan dibilik yang sama saja tak kira VIP, guru-guru ataupun ibubapa.  Tapi bila melihatkan kedatangan ibubapa yang diluar jangkaan, rancangan awal terpaksa berubah sama sekali.  Malah jamuan untuk cikgu juga terpaksa dibuat dibilik lain.  Kelam kabut jugalah diawalnya.  Namun semangat kerjasama rakan dan pengusaha katering memudahkan urusan dan akhirnya semua berjalan lancar.  Nasib baik  juga perubahan strategi ini dibuat kalau tidak rasanya memang berlaku kekecohan dan rasa tidak selesa. Dan nasib baik juga makanan mencukupi. 


 Yang berbaju putih kotak2 ditengah ialah Pak Abu... tok batin Kg Langkap, sebelum balik sempat memberi sumbangan .... hebat tu... datang pun bawak Merc tu

 Senyuman lebar si pengacara majlis.... tahniah!

 Penat tapi hepi.....  dah ambil gambar baru perasan ketiadaan beberapa orang lagi tenaga penggerak majlis




****selesai sudah .... tahun pertama ibuintan menabur bakti dan budi di sini... alhamdulillah

Khamis, 8 November 2012

Aktiviti menyibuk diminggu akhir persekolahan ..



Assalamualaikum... moga sejahtera semuanya.

Minggu terakhir persekolahan yang tersangat sibuk.  Penat sangat rasanya minggu ni ditambah pula keadaan badan yang kurang sihat sedikit.



Isnin dan Selasa berkursus di PPD k.Pilah.  Dua hari duduk mengadap laptop dalam dewan berhawa dingin sehingga pukul lima petang menjadikan pinggang rasa serba tak kena.  Sakit mencucuk-cucuk dan rasa kebas.  Perasaan yang dialami sekiranya duduk dan berdiri terlalu lama. Ya lah biasanya di sekolah tak pernah duduk diam begitu... ke hulu ke hilir ke atas dan ke bawah turun naik tangga sentiasa. 






Semalam pula sibuk dengan jamuan kelas.  Kali ini kami buat joint-venture antara kelas pra, tahun 2, tahun 4 dan tahun 5..  Senang sikit dan majlis lebih meriah sebab ramai.  Cuma majlis terlewat sedikit sebab menunggu keepsi yang terlambat siap.  Keepsi Pilah semalam dikuasai oleh oder untuk jamuan sekolah sahaja.  Hanya ini cadangan utama setiap anak-anak ini.  Menu mee kari, nasi lemak dan nasi impit hanya jadi menu sampingan saja bagi mereka.


Pagi ini pasti sibuk untuk persiapan majlis hari Anugerah yang akan berlangsung pada petang ini pula.. Sebenarnya sejak awal minggu ni pun memang dah teramat sibuk terutama bahagian hadiah, persiapan pentas serta bahagian persembahan.


Tu la dia... kesahnya.  Bye.. jumpa lae nak gi sekolah dah ni.