Followers

Ahad, 26 Februari 2012

Kem Motivasi UPSR tahun 6.

Alhamdulillah, selesai sudah Program Kem Motivasi UPSR tahun 6 selama 2 Hari 1 Malam.  Kepenatan namun amat puas hati, semuanya berjalan lancar.  





















Selasa, 21 Februari 2012

Jin dipanah petir?


Pokok kelapa inilah sasaran utama kejadian panahan petir pada awal bulan Disember tahun lepas.
Panahan petir ini juga yang menyebabkan telefon rumah, modem wifi serta  astro di rumah ini terbakar.  Pokok kelapa ini terletak di luar pagar hadapan rumah bersebelahan pokok cempedak. Beberapa meter saja dari rumah saya. Pokok kelapa ini sentiasa berbuah lebat.  Inilah pokok kelapa terakhir tanaman arwah abah yang masih ada, pokok yang lain sudah ditebang demi keselamatan sebab sudah tinggi melepasi bumbung rumah.  Makin kelihatan daunnya yang merah terbakar dari sehari ke sehari.

//benarkah pokok kelapa  pokok yang digemari oleh jin... tu sebab pokok kelapa selalu dipanah petir walaupun ada pokok lain yang lebih tinggi berhampirannya ... kata orang tua-tua laa!




Ahad, 19 Februari 2012

Terima kasih suamiku.... rasa nak raya la pulak!

Sejak semalam abahintan membuat operasi mengelap dan mengecat.  Bermula dengan mengelap semua cermin tingkap di luar dan dalam rumah.  Bersih berkilat semuanya.  Bersinar-sinar cerminnya.  Tahi cicak yang terselit dicelah-celah gerigi tingkap juga lenyap.  Kerja yang saya  selalu buat hanya menggunakan vakum saja dan kemudian abahintan akan komplen... masih berhabuk.


Petangnya pula abahintan menaiktarafkan kerusi kayu yang terletak di beranda luar.  Kerusi kayu yang telah kusam warnanya tiba-tiba menjadi cerah bersinar semula.


sebelum


Telah bertukar kaler ke warna kuning oren.  Rasanya kat kedai perabot pun tak jumpa warna ni.  Kerusi berkusyen ini masih elok walaupun umurnya sebaya dengan Along, hampir 19 tahun, abahintan membelinya ketika Along  dalam kandungan waktu itu.  Ketika itu juga kami tinggal di kuaters guru di sebuah kawasan Felda. Kerusi ini masih elok berkat jagaan yang baik daripada abahintan.  Rasanya dah beberapa kali juga bertukar warna.  Kusyennya juga masih elok dan padat lagi.  Dulu tempatnya diruang tamu tapi kini dah berpindah ke beranda di luar pula.  Menjadi tempat duduk untuk bersantai2 atau untuk tetamu yang datang tetapi tidak mahu masuk ke dalam rumah.

Pagi tadi pula operasi abahintan bersambung lagi.  Hari ini operasi mengecat bingkai dan besi tingkap dapur dan bilik air pula.




Hahaha... hanya tangan abahintan yang kelihatan sedang bekerja, tuan punya tangannya tidak perlu ditonjolkan, bekerja tanpa berbaju... buruk bona ghupanya, malu sey!   Ketika saya membuat catatan ini abahintan sedang menyambung operasi mengecat kerusi kayu untuk tiga tempat duduk pula.  Petang semalam tidak sempat menyiapkannya kerana hujan turun dengan lebatnya.  Kerusi ini setelah dicat harus dijemur supaya kering dengan cepat dan sekata.


Terima kasih my suami.... macam nak raya pulak rasanya. Tadi akak sedara sebelah rumah datang bertandang pun cakap begitu... 'macam nak ghayo'. Memang abahintan amat suka dengan kerja-kerja begini, jimat belanja tak perlu membayar upah.



Khamis, 16 Februari 2012

Terimalah aku seadanya.

Alhamdulillah... syukur dapat mencoret semula di blog ini.  Lama juga menyepi.  Awal tahun yang sangat sibuk lalu membataskan saya untuk berblog.  Namun bukan tidak berkesempatan langsung membuka dan merayau ke blog rakan-rakan.  Mungkin ada yang perasan dan mungkin juga tidak... sebenarnya hampir setiap malam juga saya mengunjungi blog dan membaca entri rakan-rakan. Namun saya selalunya masuk melalui gugel dan hanya menjadi pembaca senyap saja , tidak seperti selalunya meninggalkan komen.


Saya tidak meninggalkan jejak sebab tidak mahu rasa bersalah sekiranya rakan mengunjungi blog saya semula namun tiada entri baru di sini.  Banyak yang mahu dikongsikan namun masa amat terbatas.  Pernah juga terfikir untuk menutup terus blog ini tapi timbul pula rasa sayang.  Rasanya blog ini banyak juga jasanya pada diri ini  terutama  ianya menjadi medan melepas tekanan, ada masanya terasa lega sangat bila dapat meluahkannya di sini walau cuma dalam cara berkias atau tidak secara langsung.


Minggu lepas, seorang rakan sekampung, kami tidaklah rapat sangat... menegur saya dan bertanya kenapa dah lama tak menulis di blog ini.  Terperanjat juga, tak sangka rupanya ada juga orang kampung saya yang sentiasa mengikuti blog ini.  Rasa tak percaya juga tapi bila banyak juga entri yang disebutnya barulah saya yakin rakan ini selalu mengikuti blog ini.  Saya tanya kenapa tidak pernah meninggalkan komen atau jejak, jawabnya; dia malu  lagipun dia tak ada blog.


Saya menyuarakan juga cadangan untuk menutup blog ini namun rakan itu membantah.  Menurut katanya lagi dia sampai blog ini melalui anaknya yang juga bekas anak murid saya, anaknya juga selalu mengunjungi blog ini.  Saya katakan bahawa blog saya ini sekadar tempat saya menulis sesuka hati, bahasa pun kekadang ada yang tak mengikut law bahasa, ada juga yang ke laut bunyinya... kalau dibaca oleh pakar bahasa pasti direjeknya...'tulis ye kak, balun yo' katanya dalam bahasa kampung pekat........ hahahaha togolak bosa den!


Namun sejujurnya pada awal saya berblog,saya  sangat berharap agar tiada orang yang mengenali saya yang membaca blog ini.  Saya tidak pernah memberitahu sesiapa yang saya kenal tentang kewujudan blog ini.  Saya mahu bebas menulis dan mencoret di sini... bebas ikut suka hati, menulis dan bercerita tentang apa saja. Namun tanpa sedar, sudah ramai juga rupanya teman sekerja yang sedar kewujudan blog ini.  Setakat ini mereka memberi komen positif dan membina... terima kasih.


Namun mujur setiap coretan saya kalau ada yang mengikut emosi pun masih dalam emosi yang terkawal, saya seboleh mungkin akan cuba tidak melibatkan nama orang lain dan seboleh mungkin juga akan mengawal bahasa agar tidak terkeluar perkataan yang tidak sedap dibaca.  Walaupun ini blog saya dan saya bebas berbuat sekehendak hati namun sebagaimana diri saya sebenarnya, saya sentiasa berharap agar bahasa saya sentiasa dalam beradab walaupun ketika hati tengah panas dan bergelora.


Maka mulai  semalam, saya pun bermulalah membuka kembali blog ini, semalam sekadar memberi salam tapi masih tak berkesempatan menulis panjang.  Terima kasih yang tak terhingga kepada Kak Zakie,  YB, Pak ngah Hamzah  komensen, Sya Kasih ibu, Kak Erna, Ustaz Razak, Zul Permatang Badak, Kak long dan Kak Ani Kunang2 yang perasan dengan kemunculan semula blog ibuintan.  Terima kasih semua.  Kepada rakan sekampung juga terima kasih sebab memberi semangat  kepada saya untuk menulis semula.