Followers

Isnin, 13 Disember 2010

Ringankan penderitaan dan sembuhkanlah penyakitnya.

Alhamdulillah perjalanan ke Hospital Selayang pagi semalam berjalan lancar.  Walaupun menempuh jammed sejam di laluan Kuala Pilah Seremban, namun perjalanan seterusnya berjalan lancar, kami sampai di Hospital Selayang pada pukul 4 setengah petang.. sebelum bertolak telefon abang dulu, abang kata waktu melawat bermula pukul 5 petang.

                Pic yang sempat disnap semasa terhenti dalam kejammed an- sawah padi di tepi jalan di Kg Terachi.

Menurut Kak Ngah, keadaan abang ipar ada menunjukkan perkembangan yang baik sikit, berbanding beberapa hari sebelumnya yang amat lemah. Malam kelmarin telah diadakan majlis bacaan Yassin dan solat hajat berjemaah keluarga yang diadakan di rumah Kak Lang (yang nombor tiga) di Selayang Indah.

Abang ipar telah disahkan mengidap kanser pankrias.  Sejak beberapa tahun lepas, abang ipar sering berulang alik ke klinik dan Hospital Teluk Intan kerana sering mengadu sakit dan pedih di hulu hati. Kak Ngah tinggal di Langkap, Perak.  Setiap kali ke klinik dan hospital, doktor sering mengatakan gastrik dan hanya diberi ubat berkaitan gastrik, keadaan berlanjutan bebarapa lama sehinggalah penyakit 'gastriknya' menjadi semakin teruk dan terpaksa di rawat di Hospital Teluk Intan.

Setelah dibuat beberapa pemeriksaan dan  ujian, doktor mengarahkan abang ipar dirujuk  pula ke Hospital Selayang, doktor pakar di Hospital Selayang mengesahkan abang ipar menghidap kanser pankrias.  Sayu amat hati melihat keadaan abang ipar yang semakin kurus, lemah, dan menahan kesakitan yang berat.  Abang ipar hanya selesa tidur dengan keadaan duduk saja, sambil menekap bantal ke perut, menurut kak Ngah keadaan ni telah berlaku sejak setahun yang lalu, tidak selesa tidur dengan berbaring kerana setiap kali berbaring kesakitan makin terasa.

                Beginilah keadaan duduk abang ipar walaupun ketika tidur.  Semoga Allah memberi kekuatan dan ketabahan hati kepadanya menghadapi ujian penyakit ini, begitu juga kepada Kak Ngah dan anak saudara semua.  Banyakkan doa dan dapat menjaga abah dengan sebaiknya.

Ibuintan juga amat sedih melihat keadaan Kak Ngah yang juga tidak sihat. Kak Ngah yang juga menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi kelihatannya amat tertekan dan keletihan.  Semasa ibuintan tiba petang semalam Kak ngah sedang berbaring di dalam bilik solat di wad tersebut, sedang melumur minyak angin kerana 'sakit kepala dan rasa nak pitam ' katanya.

Dalam keadaan ini khidmat bakti anak-anak amat diperlukan juga.  Namun, anak-anak yang sedang membesar, sedang belajar dan baru membina kerjaya dan keluarga, punya komitmen lain juga.  Semalam hujung minggu, adalah anak-anak bersama menemani, namun malam tadi ada anaknya yang terpaksa balik semula ke tempat masing-masing atas tuntutan kerja  dan peribadi.  Nasib baik ada juga lagi anak yang lain yang sedang bercuti semester, maka dapatlah bergilir menjaga dengan Kak Ngah.

//Ibuintan pernah menjaga orang yang sakit di dalam ICU, CCU dan wad biasa, tau bagaimana rasa dan keadaannya, kita yang sihat pun boleh sakit jadinya..... tertekan, risau  dan tidak cukup rehat.

20 ulasan:

kak long berkata...[Reply]

semoga semua nya pulih sedia kala...
penyakit yg datang..merupakan ujian dari NYA...

sayangsayangibu berkata...[Reply]

semoga mereka sema tabah dan kuat semangat dengan dugaan tu
kesian pulak tengok tidur duduk gitu...

sahromnasrudin berkata...[Reply]

PILU HATI MELIHAT ORANG MENDERITA SAKIT KANSER INI..semoga Allah SWT dapat memberi kita petunjuk akan penawarnya...

Amy Syaquena berkata...[Reply]

As'salam..

semoga mereka semua tabah dan kuat semnagat dengan dugaan yang di beri..

kak wan berkata...[Reply]

Sedih baca cerita ibuintan..hari ini hari dia....
.moga Allah beri ketabahan buat kluarga kakngah ibuintan..

Kamsiah berkata...[Reply]

semoga beliau tabah dan reda dgn ujian ALLAH..

kakcik berkata...[Reply]

Semoga Allah memberi kesembuhan kepada Abang Ipar Ibuintan dan ketabahan buat seluruh ahli keluarganya.

kak Erna berkata...[Reply]

salam ibuintan...
semoga akan pulih sperti sedia kala..
kesian jugak dengan kak ngah tu kan..
dan risau jugak..bila dikatakan..asalnya gastrik..

azlina berkata...[Reply]

assalamualaikum.....

kak sedih dan sayu lihat abang ipar akk dlm keadaan bergitu berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul...
semuga allah meringankan kesakitannya dan memberi kesembuhan buat dirinya dan di beri kekuatan pada seluruh ahli keluarga untuk menghadapi situasi bergini....
ina doakj juga kak ngah tabah menghadapi semua dugaan ini..

ibuintan berkata...[Reply]

terima kasih kak long,... semuanya datang dari Allah yang menguji hambanya

ibuintan berkata...[Reply]

sya... begitulah duduk dan tidurnya sekarang ni, hanya itu yang lebih selesa kepadanya

ibuintan berkata...[Reply]

shah,

pilu dan hiba sangat, abang ipar seorang yang periang dulunya, sekarang bertarung dengan penyakitnya

ibuintan berkata...[Reply]

mualaikumsalam amy... begitulah hendaknya, semoga keluarga kak Ngah tabah semuanya

ibuintan berkata...[Reply]

terima kasih kak wan.. dugaan buat mereka

ibuintan berkata...[Reply]

terima kasih kamsiah.. begitulah harapnya, hanya ketabahan dan kesabaran yang diharapkan

ibuintan berkata...[Reply]

terima kasih atas doa dan harapan kakcik...

ibuintan berkata...[Reply]

terima kasih kak erna.. memang sedih dan hiba bila melihat wajahnya, hanya Allah yang tahu apa yang di rasanya sekarang ini

ibuintan berkata...[Reply]

ina,

banyak airmata juga tumpah sewaktu menziarahinya, terlalu sedih melihatnya yang periang sebelum ini

semoga Allah meringankan beban kesakitannya

kakyong berkata...[Reply]

salam kenalan & salam singgah sini...

begitu keadaan nya mereka yg sakit kanser pankres ni..

semoga dipermudahkan & diberi keringanan dlm melawan penyakit...

ibuintan berkata...[Reply]

salam kenalan juga kakyong,

terima kasih sudi singgah, singah2lah selalu..

terima kasih kakyong atas doa dan harapannya..begitu juga yang kami harapkan