Pagi tadi, semasa sedang mengemas rumah, mak saudara (mak Uda)datang bertandang. Mak Uda ialah adik ipar arwah mak. Datang mengundang kami sekeluarga ke rumahnya esok, mak Uda berhajat membuat khenduri doa selamat. Khenduri doa selamat kerana mak Uda telah terselamat dari rempuhan tanah runtuh dan dari dihempap sebiji batu besar.
Rumah Mak Uda dipinggir bukit juga di mana tebing belakang rumahnya begitu dekat dengan dinding dapurnya. Tebing yang tinggi, terdapat juga ketulan batu besar di tepi tebing itu.
Sekarang ialah musim hujan, hujan turun hampir setiap hari, turun pula dengan lebatnya, dan ini menyebabkan tanah tebing menjadi lembut dan repui.
Pada petang hari Isnin yang lalu, ketika itu Mak Uda sedang mengoreng ikan di dapur di luar rumah (dapur basah) , tiba-tiba tanah tebing itu runtuh bersama ketulan batu yang besar tersebut. Nasib Mak Uda masih baik... Allah menyelamatkannya...batu itu jatuh betul-betul ketika Mak Uda masuk ke dalam untuk mengambil piring sebelum mengangkat ikan goreng tersebut.
Dapur, kuali beserta ikan yang sedang digoreng berada di bawah perut batu besar beserta timbunan tanah merah dari tebing yang runtuh itu. Alhamdulillah... mak Uda terselamat.
Mak Uda seorang ibu tunggal selepas kematian bapa saudara Ibuintan kira-kira dua belas tahun yang lalu dan tinggal bersama seorang anak lelakinya yang masih bujang.
Sebaik Mak Uda balik, datang pula kakak sepupu, datang menghantar buah betik, sebiji telah masak manakala dua biji lagi belum masak....masih mengkal. Pokok betiknya yang sedang berbuah lebat tumbang petang semalam. Juga akibat mendapan tanah.
Sedang berborak-borak datang pula jiran kiri kanan rumah... bertambahlah korum sembang pagi. Macam-macam hal yang diborakkan.... cerita semasa makcik-makcik kampung, .....namun cerita lebih banyak berkisar tentang beberapa rumah jiran lain yang mendapat musibah .....tanah runtuh juga.... beberapa buah rumah yang bertebing tinggi dibelakang rumah mereka mengalami tanah runtuh.
Namun tidaklah merosakkan teruk rumah mereka, hanya bahagian dinding belakang rumah yang terbabit. Tapi masing-masing risau juga sekiranya hujan masih berterusan kemungkinan kejadian tanah runtuh akan berulang lagi.
Rumah ibuintan pula walaupun di atas bukit juga, namun berkedudukan di atas tanah yang melandai sehingga ke kebun di belakang rumah.
Mendung dari pagi menyebabkan suasana suram dan sejuk.
Jadi untuk memanaskan badan, hari ni masak sup ayam... banyakkan lada hitam dan lada sulah..
Tadi juga bertanya kakak sepupu tentang buah betik mengkal itu... selain di masak lemak cili api atau rendang... apa lagi yang boleh di buat... kakak sepupu mencadangkan betik mengkal itu dibuat goreng biasa seperti kita menggoreng sayur lain.
Festime cuba...
Buah betik mengkal... dikupas kemudian di cincang.... setelah dicincang di ramas dengan garam halus... tujuannya membuang getahnya.... kemudian tumbukkan lada api, bawang dan ikan bilis/ udang kering.... tumis bahan dan goreng ... rasanya sedap masih terasa manisnya
Sementara betik yang masak pula, dikupas dan dipotong....
Dimakan sebagai pencuci
24 ulasan:
salam ibu
tulah, kalau belum ajalkan..ajal maut semuanya ditetapkan allah. Manusia mentadbir, Allah jua yang mentaqdir.
p/s: lama tol tak makan colek betik.teringat zaman muda2 dolu di kampung..eh buah cermai sekarang dah lupus ek
salam iman,
ajal maut di tangan Tuhan... syukur sangat mak sedara ibu selamat..
kat rumah jiran ada pokoknya lagi.. selalu berbuah lebat tapi tak bermakan ...masam
ibuintan..alhamdulillah.mak sedara selamat.syukur kan..
dah mula hujan ni..nak kemana mana pun rasa takut dan risau..
ibuintan..akak biasa masak lemak cili api campur ayam aje..tak pernah pulak goreng..teringin pulak nak cuba..nanti la..nak beli betik mengkal dulu..terima kasih..ibuintan..share..
sabo je ler...
ASSALAMUALAIKUM KAK...
alhamdulilah semuanya selamat sesungguhnya allah sahaja yg maha berkuasa danmengetahui ats setiap kejadian..
ina pernah masak betik mengkal buat tumis air...kemudian cicah dgn sambal belacan...sedap lama tak buat..sebab ssh nk cari la sekarang ni..dulu ada tanam pokok betik tapi sejak rmh dh simen semua...x de le lagi...
syukur selamat. muism hujan ni macam2 boleh berlaku.
weh.. goreng betik mengkal tu yang tak boleh tahan. mosti sodap kan?...
Salam ibuintan,
Dah beberapa kali dtg ke sini. Cuma sempat baca n3 ibuintan tapi tak sempat nak komen.
Betik muda masak mcm yg ibuintan buat tu kegemaran anak sulong saya. Satu biji dia sorang pun boleh habis hehehe
salam kak ibu intan;
alhamdulillah rezki Mak Uda,kan.syukurlah Mak Uda selamat.
rumah saya ni dekat dgn sungai utama,kalau musim hujan,dah mulai risau.
p/s:kak ibu intan,cikgu itu ialah saya,kak :)
menarik jugak suasana hidup berjiran ni. hidup terasa sepi bila sekeliling takdak jiran. nmpk pagar ja..
cinta dan kekecewaan? cinta kepada ibu bapa terbaik jugak cinta kepada Allah swt. menenangkan jiwa :)
botik mogkal tu buek jorok pun sodap...!
SALAM,
BERSYUKUR DALAM KEADAAN SELAMAT. ADA HIKMAHNYA ATAS APA YANG BERLAKU. IBUINTAN JUGA PERLU BERWASPADA KERANA SEKARANG NI MUSIM HUJAN
salam IbuIntan:)
betik mengkal??dibuat goreng??
aduhaii...memang tak pernah makan nihh..mesti sedap yaa:):)
kak erna,
saya pun festime cuba goreng betik mengkal tu.. boleh tahan okey ..sedap juga, lemak manis
tu lah nak pergi jalan2 pun rasa tak seronok time hujan2 camni.. pergerakan terbatas
Im,
memang kene sabor... semua kerja NYa kita terima dengan redha saja
ina,
banyak kat pasar, kalau berhajat boleh juga cuba... tukar2 selera
kak pah,
boleh tahan... festime cuba, tukar2 selera malah okey rasanya, lemak manis
YB,
wah dah selalulah mak adam buat cam tu, saya lak festime baru tau... okey juga rasanya anak2 pun tak kompelen...sedap la tu
ummu,
semoga dijauhi dari kejadian yg tak diingini... kat sungai lain risaunya, kat bukit lain pulak yg dirisaukan
ye... ibu dah rasa begitu
sasa,
kita perlu hidup berjiran... jiran umpama penganti adik beradik kita juga terutama yg lain jauh2..
rapatkan hubungan dengan jiran2 tak rugi
sasa,
itulah cinta yg terbaik yg kekal abadi
kak long,
ouih kalau buek joruk... memang de best... dah lamo tak ngaso ni
salam Dato,
terim kasih atas ingatan,
memang dimusim hujan2 camni banyak yg perlu diwaspadakan... kejadian tak dijangka banyak berlaku
Pn Tini,
iye...betik mengkal buar goreng,,boleh tahan juga rasanya...boleh cuba, apa salahnya tukar selera kan..
Catat Ulasan