Followers

Rabu, 8 Disember 2010

Si kembang ... sangat wangi

Pagi ini sambil menyembur baja kepada setiap pokok-pokok orkid hati berbunga sama, si orkid kesayangan kembang sambil mengeluarkan aroma yang wangi , wangi yang semerbak sekali.



  Phalaenopsis bellina  - si belina ni kembang untuk kali yang ke tiga.  Semerbak wangi dengan gabungan warna purple, hijau muda, pink, kuning dan putih.  Sungguh ayu.


               
  Rochussenii  -  hanya ada dua juntaian.  Juga berbau wangi.  Selalunya penuh sekeliling pasu.  Berwarna kuning.



 adenoncos-sumatrana  -  berdaun kecil dan mengeluarkan bunga di hujungnya..  Berbau vanilla yang sangat wangi.  Bunga kecil berwarna kekuningan.  Pemberian seorang rakan  guru - Pn Rafidza - terima  kasih.  Walaupun kecil tetapi besar harganya.

//hari ni hanya interprem orkid yang sedang mewangi sahaja.

15 ulasan:

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...[Reply]

Salam Kak,


sukanya tengok bunga-bunga. Lebih-lebih lagi yang menjadi.

Orkid memang saya fail lah kak..


* nak tanya lah kak. boleh tak kita spray dengan penyembur nyamuk kalau putih2 kat batang pokok tu ?

kak long berkata...[Reply]

samo la ngn kaklong...orkid2 ni memang fail..!


pun orang koba tangan sojuk menjadi tanam orkid ni..boto ko bu?

IMANSHAH berkata...[Reply]

saya suka pokok bunga yang berdaun sahaj, yang takde bunga...suka tengok daun warna merah la, hijau lah..haha

Asri Alam berkata...[Reply]

wah, nak datang ambik gambar. dah teruja nmpk bunga tu :)

ibuintan berkata...[Reply]

reen,

tanam orkid perlu sabar, akak pun dah banyak kali fail juga tu, skarang je baru menjadi sebab tak give-up

tak pernah lak akak buat sembur dengan penyembur tu,..

ibuintan berkata...[Reply]

kak long,

takde lah ikut tangan sejuk ke panas ke, yang penting jangan mengalah... pokok orkid ni memang manja sikit.. nak kena tengok dan pantau selalu tapi berbaloi kalau time berbunga tu

ibuintan berkata...[Reply]

iman, pokok berdaun senang jaga, tanam, siram dan baja sekali sekala..
lepas tu biarkan.. tahan lasak biasanya

ibuintan berkata...[Reply]

sasa,

meh datang ambik guna DSLR tu...mesti lagi mengancam,

Zaitun berkata...[Reply]

Kak Zai pun peminat orkid,macam kata ibuintan tanam orkid kena banyak sabar tapi kalau dah mengeluarkan bunga cantik dan tahan lama.

anie,Nagoya berkata...[Reply]

munga orked ada bau ke?patut le suami kita nak sgt beli letak lam umah....uummm....tapi mahal

azlina berkata...[Reply]

kak seronok kan dikelilingi oleh pokok2 bunga yg harum wangi...tapi ina ni selalu tanam pokok hangat2 mat jenin je lps tanam biar gitu...mana nk subur...alamatnya mati gitu je..

Unknown berkata...[Reply]

kat kampung atok ado bungo tu..bosar..jarang berbungo, tapi sekali berbungo wangi satu halaman. Atok tak ingat apo namo bungo tu...daun panjang2 pehtu bolih ubat an tangan seliuh

ibuintan berkata...[Reply]

betul tu kak zai, memang kena banyak sabar, saya baru tanam dulu hampir give-up juga...banyak dah kluar modal dan banyak yang mati tapi demi minat cuba lagi..

skarang dah okey, dah banyak koleksi dan seronok sangat bunganya silih berganti

ibuintan berkata...[Reply]

ane,
ada yang berbau wangi dan ada juga yang tidak berbau..

kalau yg wangi memang wangi sangat, cubalah tanam sepasu dua baru jatuh cinta ...

ibuintan berkata...[Reply]

atok,
bungo apo tu, iyo lah bungo orkid tu..

kalau buleh buek ubat seliuh tu kalau tak silap daun tembaga suasa namanya