Di sebabkan hari ni cuti dan esok juga cuti sebab hari Sabtu, maka kami dengan sukacitanya akan bergerak ke suatu destinasi percutian pagi ini. Tempat belum putus lagi, tapi rasanya yang terhampir atau negeri yang bersempadanan saja. Kami selalunya suka bercuti main terjah saja, malas dah nak rancang-rancang sebab setiap kali dirancang mesti tak jadi, selalunya rancang ke sini tapi sampainya ke sanun.
Tahun lepas, rancang ke Pantai Timur, sampai di Bahau terus tukar ke Genting pulak, tahun sebelumnya rancang ke Pulau Pinang tup-tup sampai ke Cameron saja, bulan Jun lepas rancang ke Sunway Lagoon ..aleh-aleh sampai Wetworld Pedas saje... hahaha nasib lah
Dah hujung bulan , hujung tahun dan awal tahun juga, rasanya tidak akan pergi ke tempat yang banyak makan
Jadi bersempena ketiadaan di rumah ni, nampaknya bercuti juga dari berblog sehingga malam esok.. maka dengan ini ibuintan dengan senyum riang rianya mengucapkan 'SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011" kepada semuanya yang singgah di rumah ibuintan ini...samada sengaja atau tidak disengajakan.
//esok tahun baru, esoknya pula dapat umur baru..... waaa cepatnya
12 ulasan:
selamat bercuti ibu&family...
selalu macam tu la....kalau dirancang tak menjadi...lobih baik terjah yo kan...hahah!
selamat tahun baru, selamat bercuti dan selamat masuk sekolah.. ;p
Selamat tahun baru...Alam ria cuti sekolah dah habisss....
:D
ibuintan.selamat bercuti dan selamat tahun baru 2011.
1. tahun saja baru. orangnya semakin lama..
2. url anda dah dimasukkan ke bloglist 2011 IM. teruslah berkarya!
Salam my lovely IbuIntan..:)
Rasa2nya..tinie duk umh jeklah..tunggu buka sekolah jekk nii,..huhuhu
Selamat Tahun Baru 2011 yaa sis:)
SELAMAT BERKENALAN~
Salam
Buka Hati ada damai
Buka mata ada terang
Buka kasih ada sayang
Buka kotak komen ada ucapan Selamat Tahun Baru 2011
Semoga semua harapan yang tertunda dapat dikotakan di tahun 2011 ini. Amin.
ikhlas :
Sahabat mayamu,
Imanshah
SALAM,
SELAMAT TAHUN BARU. SEMOGA TAHUN2 MENDATANG LEBIH BERMAKNA DAN LEBIH BANYAK KITA MELAKUKAN PEMBAIKAN DIRI
selamat tahun baru..selamat jalan2..moga ceria2 dan menyeronokkan di sana
assalamualaikum kak ibu intan
wah,bukan selalu kita dapat berpekuang bercuti bersama keluarga begini kan kak.
pada hari Jumaat lepas, kami perlu bertugas
memandangkan pendaftaran tingkatan satu pada haru tersebut
Selamat tahun baru ibuintan..,
Wah last minit dapat jugak ibuintan pergi bercuti ye..
balik je terus kesekolah.
Catat Ulasan