Followers

Ahad, 26 Disember 2010

Selamat bertunang.... hanya sekadar ikatan

Malam sabtu ke rumah kakak ipar di Taman Tasik Jaya, Seremban. Anaknya yang kedua (Ayu/Angah) bertunang semalam. Yang nombor dua, maknanya melangkah yang sulung yang belum berkahwin, 'langkah bendul' kata orang tua-tua.

Malam Sabtu hanya  memasak pulut kuning, sambal tumis dan rendang.  Makanan untuk majlis semalam menggunakan khidmat katering.

                               .
Rombongan pihak lelaki dari Melaka tiba pada pukul satu petang
Sesi 'berunding'  dalam adat pertunangan sambil menetapkan tarikh majlis kahwin  yang dilakukan oleh wakil kedua belah pihak.



                                          Ayu/Angah bersama keluarga  serta sepupunya.

//selamat bertunang kepada Ayu/Angah dan Qayyum, semoga pandai menjaga diri dan adab selama dalam tempoh pertunangan.  'Abah hanya beri lesen P' kata biras semalam.


//rancangan percutian ditunda lagi... setelah diputuskan kami akan ke Melaka pagi ini, Along pula tidak sihat, bangun pagi terus muntah dan badannya panas... demam...




12 ulasan:

hentian berkata...[Reply]

hati-hati langkah bendul . takut terseradung..

IMANSHAH berkata...[Reply]

saya tak berani langkah bendul, adik saya dah membendul saya ibu..kesian saya

sal berkata...[Reply]

alhamdulillah..cepat sampai jodohnya..kita yang dah jadi ibu2 ni sentiasa berdoa dan brkongsi kegembiraan melihat anak2/anak saudara bahagia,yek..

Acik Erna berkata...[Reply]

selamat bertunang buat anak sedara ibuintan..
banyak halang percutian ni..nampak gayanya kena tangguh tahun depan ni..

Unknown berkata...[Reply]

SALAM,
BILA KENDURI BESAR NANTI, JANGAN LUPA JEMPUT KITA ORANG !

ibuintan berkata...[Reply]

IM..kalau tak langkah bendul takut juga tersandung pasangan dlm alam pertunangan ni

ibuintan berkata...[Reply]

laaaaa kesiannya, tulah sapa suruh Iman tunggu lama-lama

cepat buat pilihan sebelum kena langkah lagi sekali

ibuintan berkata...[Reply]

betul tu sal, walaupun anak sedara tetapi tetap gembira dan berdoa semoga mereka bahagia

ibuintan berkata...[Reply]

begitulah nampaknya kak erna,. masih tertangguh walupun dah nak habis cuti sekolah

ibuintan berkata...[Reply]

insyaallah Dato' bagi pihak tuan rumah

Zaitun berkata...[Reply]

Selamat bertunang buat anak buah ibuintan semoga berkekalan sampai menjadi suami isteri.

ckLah @xiiinam berkata...[Reply]

Semoga berpanjangan jodohnya...