Followers

Rabu, 15 Disember 2010

Saya dah janda....saya dah ada boyfriend baru,

 Semalam dia telefon, bernada riang.

"Kak, saya dah janda sekarang' katanya di hujung talian.

Tanpa  sempat bertanya, dia terus bercerita, dia telah diceraikan talak satu.

'Saya suka sangat kak,' katanya lagi.

Ibuintan pernah menulis tentangnya.   .DI SINI..

Menurut ceritanya, setelah mengadu ke Pejabat Agama Islam, kedua mereka telah dipanggil untuk sesi kaunseling.  Sesi kaunseling kali pertama berjalan lancar. Si suami beriya-iya mengaku masih sayangkan si isteri sementara si isteri pula beriya-iya tidak mahu bersama lagi.

Kaunselor memberi beberapa nasihat dan meminta mereka berfikir semula demi anak dan demi rumahtangga yang telah sepuluh tahun di bina.

Sesi kaunseling kali ke dua.  Kedua-duanya hadir. Sebelum kaunselor memulakan sesi mendengar dan memberi nasihat, si suami terus menyatakan hasrat untuk menceraikan isterinya.  Walaupun kaunselor masih memberi nasihat supaya berbaik semula, namun suami nekad menceraikan isterinya pada masa itu juga.  Terus melafazkan talak satu.


'Apa perasaan kau,' tanya ibuintan.

'Saya lega dan gembira sangat kak,' katanya riang.  'Anak saya dia ambil, saya tak kisah,' sambungnya lagi.

Ibuintan hanya mendengar, semuanya sudah selesai.  Akhirnya ,'dah jodoh kamu berdua sampai setakat itu saja, redhalah,' hanya itu komen yang terkeluar.

Sebelum talian diputuskan , "saya dah ada boyfriend baru, kak,'

//senangnya memutuskan yang lama, senangnya mendapatkan yang baru

20 ulasan:

sahromnasrudin berkata...[Reply]

as salam ibu..saya konpius kerana dahan yang baru patah itu telah ada pucuk baru yang tumbuh..adakah pucuk baru itu yang menyebabkan dahan itu cepat patah????

Kakcik Seroja berkata...[Reply]

Wah.. cepatnya dah ada pengganti! Semoga jodoh kali kedua akan berpanjangan dan akan sentiasa 'sherashi bershama'...

kak long berkata...[Reply]

gamak ehh dia memang dah ada boyfreind sebelom becerai,tu yg suka sangat kena cerai tu...hampeh...!

Pn Kartini berkata...[Reply]

Salam..:)


Cam happY jee..ops!ada bf baru lagi tuhh..owhh!!!!

erk!!speechless niii...

ibuintan berkata...[Reply]

mualaikumsalam Shah,

entahlah payah nak cakap, bila ditanya bukan katanya, tapi sibekas suami kata itulah puncanya

ibuintan berkata...[Reply]

kakcik,

payah juga nak kata boleh bersama... jodohnya belum sampai lagi kakcik sedang bermain perasaan saja sekarang ni

ibuintan berkata...[Reply]

kaklong,

wallahuaklam... bila ditanya menafikan

ibuintan berkata...[Reply]

Pn Tinie,

tak taulah kan, macam artislah pulak..

kalau artis komfom berita utama tu

Mun berkata...[Reply]

erkk..begitu mudah mencari pengganti?

Kak Amy berkata...[Reply]

As'salam...

wah cepatnya dapat pengganti tapi serius amy katakan orang macam nie memang x tahu apa makna cinta dan kasih sayang sebenar..dalam hati tahu nak enjoy je tue...geram pulak amy x pasal2 dah emosi maaf ye ibu...

ibuintan berkata...[Reply]

erkk..begitu mudah mencari pengganti?

begitulah ceritanya cik moon... tak taulah baru dapat ke atau dah lama dapat..

ibuintan berkata...[Reply]

Amya,

tu lah ibu pun terkilan juga, tambahan begitu senang dia relakan/lupakan anaknya

Acik Erna berkata...[Reply]

ibuintan..memang jodoh dia setakat itu..
harap2 dia tak menyesal melepaskan anaknya dipelihara oleh ayahnya..
anak adalah segala galanya kan..

ibuintan berkata...[Reply]

memang betul kak erna,

bagi saya anak adalah segalanya.. memang saya ada suruh dia ambil anaknya tapi katanya biarlah dia tak kesah....

Zaitun berkata...[Reply]

Kalau kak Zai kerat 18 pun tak bagi anak pada orang lain jaga. Harta yang amat berharga.

Senang dan cepatnya dapat pengganti.

ibuintan berkata...[Reply]

betul tu kak zai.... walaupun itu ayahnya dia sepatutnya pertahankan anak itu, itulah seorang saja anaknya tapi dengan mudah dilepaskan begitu saja..

IMANSHAH berkata...[Reply]

salam

namanya jodoh cepat..saya juga yang lambat

kak wan berkata...[Reply]

Janda cepat lak dapat Bf anak dara susah nah? jangan BF dia tu suami orang dah lah...
Agaknya dia ni suka ada Bf daripada ada suami dan anak.

ibuintan berkata...[Reply]

Iman jodoh lambat ke?

Ramai gadis yang minat tu, pilih je lah satu

ibuintan berkata...[Reply]

itu yang uskil juga tu kak wan,

saya rasa begitu juga, kalau begitu dia silap langkah lah...