Followers

Khamis, 16 Disember 2010

Pengisi masa cuti.

Cuti sekolah tinggal berbaki lebih kurang dua minggu lagi.

Masih belum ke mana-mana, masih bercuti di dalam rumah sendiri, bercuti dari tugas hakiki namun sebagai ibu rumahtangga tugas berjalan seperti biasa.

Bagi anak-anak, cuti sekolah bermakna kena keluar bercuti ke mana-mana.  Tidak dapat lama, pakej 3 hari 2 malam pun jadilah, janji keluar dari negeri beradat ini dan bermalam di tempat yang dituju.

Rancangan bercuti masih belum terlaksana, Along masih menduduki peperiksaan SPM.  Hari ini menduduki kertas Pengajian Al-Quran dan Sunnah dan kertas terakhirnya ialah pada hari Isnin depan.

Sementara mengisi waktu bersenang-lenang yang panjang.

          

Penuh bersepah satu meja dengan  bekas manik, juga plastik bekas makanan ringan. Dua kerja satu masa... tangan menjahit, mulut  mengunyah.
Intan menerima tempahan menjahit manik.  Sedang menyiapkan jahitan manik dilengan baju sepupunya, bajunya pula dijahit oleh ibu kepada Intan.


 


Baju untuk dipakai pada majlis pertunangan sepupu mereka pada 25 Disember ini.

Intan juga sudah siap menjahit manik dilengan baju kurungnya, juga untuk dipakai pada majlis pertunangan itu nanti.  Memasing nak melaram bersama bakal pengantin.

Dan ini pula aktiviti bujang kecik, selain PS2...


 Kalau dah lelaki.. tak boleh lari dari game... penat bertarung sensorang dengan Ps2, bertarung pulak di fb, semua game yang ada di fb tu dilayannya...

//Nasib baik masih ada lagi satu port untuk ibunya berblog.. kalau tidak akan berlaku juga satu pertarungan
///nak ke surau,... jom buat bubur asyura

31 ulasan:

CT berkata...[Reply]

Salam...sy dh jd follower ya. Slm kenal dari CT.

.::: Princess MOMOY :::. berkata...[Reply]

salam. wah...bestnyer sis mmg creative !

MY RECENT POST : JAPAN MAID CAFE a.k.a Cosplay Restaurant

Kakcik Seroja berkata...[Reply]

Intan dan ibunya sama2 kreatif... bagus2... :)

kak long berkata...[Reply]

ibu...!
kaklong nak bubor asyura...1

ckLah @xiiinam berkata...[Reply]

Boleh tempah sulaman tu...
:D

Zaitun berkata...[Reply]

Jahit sulaman ni kalau tempah kat kedai mahal harganya.

Boleh tolong jahitkan untuk kak Zai.

Yunus Badawi berkata...[Reply]

Salam ibuintan.

Pandai anak beranak menjahit dan menyulam. Buatlah iklan kat blog ini. Nanti ramai yg nak buat tempahan.

Yunus Badawi berkata...[Reply]

Lepas anak habis exam SPM bolehlah pergi makan angin. Adik2 pun tahu selagi Along tak habis exam kenalah duduk rumah aje dulu.

Kami pun sama. Tak kemana sehingga Afifah habis SPM Rabu lepas.

Asri Alam berkata...[Reply]

ehehe.. peperangan merebut internet. teringat pulak zaman kegilaan game dulu. akhirnya kebosanan jugak. lama dah tak main game

azlina berkata...[Reply]

assalamualaikum kak ....

wah dua2 anak dan ibu ada bakat seni menjahit ni...minat selari srnok kan kak di kongsi bersama..

Kak Amy berkata...[Reply]

As'salam...

Bagusnya anak beranak pandai jahit manis kreatif sangat nie.. nak anta jahit manik jugak boleh he3...

Acik Erna berkata...[Reply]

ibuintan..lucu pulak..
hebat juga kalau berlaku pertarungan antara ibu dan anak ni..he he..
kat rumah akak ni..nasib baik..ada sepupunya punya lappy..kalau tidak..mau jugak bertarung..he he..
ibuintan.cantik la jahit manik tu..terpikat pulak..
anak sedara yang selalu jahitkan manik dibaju akak dah pindah nun jauh ke jerantut..

ibuintan berkata...[Reply]

Ct,

salam kenal dan terima kasih. tkde link pun nak jejak balik

ibuintan berkata...[Reply]

Princess,

kretif sendiri saja, untuk isi masa terluang

ibuintan berkata...[Reply]

kakcik..

hahaha sama minat, boleh lah buat sikit2

ibuintan berkata...[Reply]

kaklong,

jom datang pilah

ibuintan berkata...[Reply]

ckLah,

fesyen simple je, bolehlah kalau nak berbling-bling depan pelajar

ibuintan berkata...[Reply]

kakZai,

tempah kat butik lagi xlusif

ibuintan berkata...[Reply]

YB,

hahahaha...cadangan yg bagus

nanti kalau banyak tempahan, tak dapat lak nak berblog

ibuintan berkata...[Reply]

YB,

tu lah ni tengah tunggu Along habis SPM, cuti pun dah sampai ke hujung, minggu akhir dah ke sekolah

ibuintan berkata...[Reply]

sasa,

memang, nasib baik ada laptop, kalau harap pc je, memang ibu dan anak berperang

ibuintan berkata...[Reply]

ina,

sama-sama minat, untuk pakai sendiri bolehlah..

ibuintan berkata...[Reply]

Amy,

boleh, hantar guna pos ..hahaha

ibuintan berkata...[Reply]

kak erna,

ni pun ada masa, sesekali bertarung juga, bila abahnya nak berintenet juga

minat ke?

hentian berkata...[Reply]

lagi 2 minggu ke? alahai.. nanti jalan jem la pulak bila pi kerja..

ftrhd berkata...[Reply]

wah ada gak masa nak berblog ye.. heehee

Kamsiah yusoff berkata...[Reply]

kreatif...saya bab2 mcm ni mmg surrender hehe...

ibuintan berkata...[Reply]

Ye ke IM,

dah buka sekolah kenalah kejar masa balik, jem sudah tentu... berebut dengan bas dan budak sekolah


hahha nasiblah IM, nak buat camna

ibuintan berkata...[Reply]

Fitri,

berblog mesti ada masa, ada tak da mesti diadakan juga..

ibuintan berkata...[Reply]

Khamsiah,

rujuk internet dan kawan2 juga.. tiru mana yg pekenan

sahromnasrudin berkata...[Reply]

as salam ibu..berbakatnya ibu dalam aktiviti sulaman nie..tahniah ya