Petang tadi ke pekan K. Pilah, saja mengekor abahintan ke bank untuk membuat pembayaran ansuran kereta, terlanjur sudah di pekan, kami terus ke klinik untuk membeli ubat demam Along. Deman Along masih belum kebah, budak lelaki yang seorang ini sangat penakut berjumpa doktor. Sangat culas makan ubat.
Sejak pagi memujuknya untuk ke klinik tetap enggan. Pagi tadi selepas sarapan, Along telan dua biji Panadol, panas badannya berkurangan namun menjelang petang panas badannya naik semula. . tetap memujuk untuk ke klinik. Jawapannya tetap sama, tetap enggan. Memang liat ke doktor.
Pekan kecil Pilah menjelang pukul enam petang memang sudah mati. Semua kedai sudah tutup kecuali kedai menjual buah, kedai nombor ekor dan beberapa buah kedai runcit. Klinik yang masih buka pun cuma sebuah saja.
Ibuintan membeli ubat deman dengan harga RM5 tapi membayar dengan RM50. Menurut pembantu klinik yang bertugas, mereka tiada duit kecil dan tidak cukup untuk memulangkan bakinya. Pembantu kedai itu enggan menerima duit RM50. Pelik betul takkan klinik yang ramai penggunjungnya tidak mempunyai duit kecil.
Kebetulan ibuintan tidak membawa dompet duit, hanya bergantung kepada abahintan. Masuk semula ke kereta dan minta duit kecil daripada abahintan, memang tiada duit kecil, mengeledah duit syiling pun masih tidak cukup. Masuk semula ke dalam klinik dan pembantu klinik tetap tidak mahu menerima duit RM50 , malah dia meminta menukarkan dulu duit tersebut.
Fikir semula apa yang hendak dibeli untuk menukarkan RM50 ini, kedai yang terdekat yang masih berurusniaga ialah kedai judi ekor saja, takkan nak tukar duit di kedai judi ekor pula. Akhirnya mencuba nasib dibank yang berhampiran, cuba mengeluarkan duit RM20 saja, nasib baik boleh keluar. Jadi tidak perlu membeli apa-apa.
Pergi semula ke klinik untuk membuat pembayaran. Pintu klinik telah dikunci. Di dalamnya ada seorang pembantu klinik sedang mengadap komputer. Ketuk pintu. Pembantu klinik memberi isyarat dan mengatakan pukul lapan buka semula.
Ibuintan terus ketuk dan memberi isyarat untuk masuk, pembantu klinik terus menggelengkan kepala. Ketuk lagi sambil menunjukkan duit RM10. Geleng lagi. Ketuk lagi sambil bercakap dari luar. Naik angin juga jadinya, takkan nak tunggu sampai pukul lapan, sejam lagi tu.
Akhirnya pembantu klinik tu membuka kunci pintu, namun masih tidak membenarkan ibuintan masuk. Kami bercakap melalui regangan pintu saja, setelah diterangkan tujuan untuk membuat pembayaran ubat yang telah diambil, baru pintu dibuka dan membenarkan ibuintan masuk.
Terus menghulurkan wang RM10, pembantu klinik itu tetap juga tidak mahu mengambil wang yang dihulurkan. Setelah diterangkan dari awal baru pembantu klinik itu berani mengambil duit dari tangan ibuintan dan memulangkan baki sebanyak RM5. Semasa membeli ubat tadi berurusan dengan pembantu klinik yang lain, waktu kerjanya mungkin sudah habis.
Semasa hendak keluar sempat bertanya, 'adik takut ke?
Jawabnya sambil tersengih.' saya takut kak, saya ingat akak nak pukau saya,'
Hello, cik adik , muka ni ada macam muka kaki pukau ke?
Patutlah semasa dia buka pintu, beri salam pun dia tak jawab.
Namun kesangsiannya berasas juga rasanya, sebab abahintan menunggu di dalam kereta dihadapan klinik, dengan engin kereta dihidupkan dan mungkin pembantu klinik itu menganggap kami berkoloborasi untuk merompak klinik itu, baik tak payah sebab sudah tahu klinik itu sudah tidak berduit. Takkan nak rompak ubat..... ubat banyak-banyak pun nak buat apa, kan.
Tulah jadinya sebab seorang yang penipu dan membuat onar maka secara tidak langsung menyusahkan orang lain yang jujur....
//Boleh saja terus balik tadi tanpa membayar harga ubatnya sebab ubat sudah di dalam tangan tapi berbaloi kah berbuat begitu?
///tidak menyalahkan adik tu, betul tindakannya .. beringat sebelum kena
21 ulasan:
alahai kesian nya..bukan saja pukau, jenis keje kaat kaunter macam tu terdedah pada rompakan..
HEHE dapat gelaran baru ye??pemukau..terpukau pada kecantikan Ibu Intan
Kalau ckLah, cklah hembus-hembus muka dia...buat2 baca jampi...Hehehe
Salam Ziarah, selalu nya lelaki yang membuat jenayah tapi sekarang perempuan juga tak boleh di percayai..
Banyak berlaku pukau memukau kat KL, minta jauh dari benda2 macam tuh..
iman... pekerja tu berhati-hati saja, tapi tulah yang tak sedapnya sampaikan ibu pun kena suspek...hehehe nasiblah, kok gaya ibu lain sikit kot
ala tak terpikirlah nak buat camtu pulak ckLah... tapi dibuatnya menjerit lagi haru pulak jadinya
marina, sebab sekarang orang perempuan pun dah sama naik, mereka jadi sang pemukau, belagak baik
kat sini dah banyak juga kes pukau yang melibatkan orang perempuan ni, kekadang buat2 bertanya jalan saja
pokan pilah yg memang koboi...!
pukul 6 dah sonyap sunyi...!
memang kak long.... macam pokan koboi mati, kodai numbo ekor hidup memanjang, ado yo kaki ekor yang klua masuk
as salam cikgu..banyak kes pukau la nie..kena la berhati2...
mualaikumsalam shah,
memang kena berhati-hati tapi tu lah ada masa kita yang susah jadinya, kena suspek lak tu
nak buat cemana kak, sabar jer lah, hi hi hi
kesian ibu
nasib baik tak pecah pintu klinik tu kan? ;p
kalau nak makan kek yg sedap muslim yg buat dekat sebelah kedai buah depan kuil india tu sebelah bank apa tah tak perasan, sedap kek tu sya balik kg mesti singgah beli yg kecik pun tak apo..sbb kek adalah sedap dan tak muak ;p
erpp tak ado syer pun cuma nak bgtahu jek.. ;p
salam:):)
bila baca pasal tak dek duit kecik tuu..ada jugak rasa geram..
Tapi tang last sekali tu...hehehe..nak gelak pun ada..
yelah kann...pukau2 ni bahaya kann...terus terang lakk adk tuu..:)
salam..
semoga along lekas2 sembuh...
**follow blog puan..
hehehe mak su memang kena banyak sabar... dah kita berhajatkan ubat mereka
sya..kedai kek kat sebelah RHB Bank kan, memang sedap kek kat situ,.. ada juga beli
tinie.. tulah..jujur juga adik tu,terus terang dia cakap takut kena pukau
sekamar rindu...terima kasih folow ibuintan
alhamdulillah Along dah sihat
Peliklah pulak klinik tak ada duit kecik.
Tergelak pulak baca pasal pukau tu kak..
kesian pun ada kat budak tu..
langkah berjaga2 sebab skg ni macam2 helah digunapakai. nasib baik ibuintan dapat yakinkan jgk pembantu klinik tu
ala kesiannya...tapi betul gak tu beringat sebelum kena...tapi nasib baik akak sabar lagi...hehehe
Catat Ulasan