Followers
Jumaat, 17 Disember 2010
Makanan baik... makan ikut sunnah
Makanan baik.
Kita kena jaga makan :
1.. perintah Allah - ambil makanan yang sihat dan berkhasiat
2. menjaga tubuh badan - supaya kuat dan sihat supaya dapat beribadat kepada Allah
3. wajib yang halal dan toyyibah - makanan akan menjadi darah daging
4. jangan makan terlalu berlebihan - seimbangkan...
satu pertiga untuk makanan, satu pertiga lagi untuk air dan satu pertiga lagi untuk angin
5. untuk minda - amalkan makanan sunnah Nabi seperti kurma, kismis dan badam
6. supaya adil dengan dengan diri sendiri - hanya cukup untuk keperluan diri,
jangan keterlaluan atau tidak melebihi had keperluan badan
7. amalkan minum segelas air sebaik bangun pagi dan segelas susu kambing sebelum tidur -
8. mulakan memasak dengan niat yang baik, serta berdoa supaya masakan kita berkat kepada ahli keluarga
9. banyakkan zikir - amalkan surah Ali -Imran ayat 103, ambil segengam beras dan bacakan pada beras
10..makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang
11. seeloknya duduk di lantai sambil bersimpuh dengan lutut kanan di naikkan sedikit
12. makan seeloknya dengan tangan kalau terpaksa baru guna sudu dan garfu
13. asingkan makanan darat dengan makanan laut , jangan dimakan bersama dalam satu sajian makanan-
mendatangkan penyakit
14. yakin makanan itu bersih dan halal tanpa perasaan was-was
15. yang terbaik makanan yang dimasak sendiri dirumah
16. jangan ditambah perasa yang tidak pasti puncanya.
17. makan malam sebelum Maghrib , pukul 6.30 petang
Makanan dan pemakanan kita menentukan peribadi kita.
//antara info yang dapat dikumpul dalam rancangan Topik Jumaat di Radio IKIM F.M bersama Ustaz Riduan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
27 ulasan:
10..makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang
ADA KAWAN SALAH GUNA PERKARA INI. DIA MAKAN DAH 5 PINGGAN MASIH BELUM BERHENTI. BILA KITA KATA DIA TAK IKUT SUNNAH, DIA JAWAB ..
"aku ikut sunnah lah ni .. ketika ini aku masih lapar "
sama dapat berkongsi pengetahuan...
terima kasih yer ibu..!
Ada orang kata... makan tak kenyang sebab tak dimulakan dengan Bismillah... (syaitan ikut makan sama la tu..)
Assalamualaikum.
Tips pemakanan yang sepatutnya diamalkan.
Makan bila lapar, berhenti sebelum kenyang. Pastikan halal dan suci.
Semoga diberkati Ilahi.
TQ
assalamualaikum...
terima kasih berkongsi info yg berguna di hari jumaat yg mulia ini
Tuan haji,
5 pinggan tu bukan makan lagi namanya tu..tapi dah mentekedarah (kato orang n9)
kaklong.. sma2 kongsi ilmu
tu lah kakcik, makan dengan syaitan.. tak rasa kenyang dan tak berkat
salam ibuintan.terima kasih..dapat kongsi ilmu..
barau tahu..tak boleh hidang sekali makanan darat dan makanan laut..
stuju tu cikgu,
itu yang patut diamalkan
salam cikgu,
yang no 10 tulah agak susah..hehe
terima kasih atas renungan ;)
Salam IbuIntan
Moga akak sihat2 di sana:)
Kdg2 selepas makan baru terasa kenyang yang amat..lepas tu mula lee nak menyesal..hehehe...
Pe2..kena sentiasa ingatkan lam diri nih:)
Thanks sis:)
As'salam ibu..
Terima kasih di atas perkongsian nie.. banyak dapat ilmu di hari jumaat nie..thanks ibu
Bila lapo.. makan tak ingat lepas tu nyesal..nape ye selalu camtu..
Nak kat tak baca Bismillah.. siap ngan doa makan lagi.
mualaikumsalam ina,
sekadar berkongsi apa yang didengari di radio pagi tadi
cikgu naman,
hahaha...no 10 memang sukar sikit, selalu terlajak
Tinie,
betul lah akak pun slalu cam tu, dah kenyang sangat... baru perasan tapi nak buat camna dah terlepas..hehehehe
mualaikumsalam amy,
sekadar berkongsi ilmu apa yang didengar
hahaha kak wan,
sebab terlampau sedaplah tu, payah nak rasa kenyang, payah nak berhenti
assalamualaikum..singgah sebentar di sini..nice blog
salam.
jangan biarkan makanan terdedah. bukan saja sebab elak lalat tapi kena kencing dengan setan. kita yang tak nampak...
Salam,
satu perkongisn info yang menarik, pasal makan memang kena jaga apatah lagi kalau usia dah meningkat. Silap makan macam-macam penyakit boleh datang.
jiwablogwalking telah membawa saya ke sini.
kalau makanan darat dan laut tak boleh letak dalam ssatu pinggang..wah, sayur dan lauk ikan cam na?
selamanya kita tak ikut sunnah, di sini..
selamat datang Sal.
terima kasih sudi singgah, singgahlah selalu..
saya pun ada dengar camtu KakPah...
setan suka kencing atas makanan yang tidak ditutup dan yang tidak dibacakan selawat sewaktu memasaknya
salam ardzham..
bw sambil berukhuwah apa salahnya...dialu-alukan
memang benar tu makin meningkat usia, makin mudah mendapat penyakit, kena banyak memilih yang tidak memudaratkan
IM.. menurut ustaz Riduan.. maksud makanan darat dan laut... ialah yang berdarah atau bernyawa, sayur terkecuali
kalau tengahari ni masak ayam, jangan ada sambal udang atau sotong pula
Catat Ulasan