Along sudah sihat. Syukur. Tengahari semalam membuat rancangan spontan. Sudah beberapa kali membuat rancangan cuti-cuti, namun semua tidak menjadi dan berjalan lancar.
Telefon abahintan suruh dia ambil cuti separuh hari. Alasannya jalan-jalan ke Seremban. Tidak disangka mahu pula dia.
Selepas solat zuhur terus bertolak ke Jaya Jusco Seremban. Makan di kepsi dulu sebab belum makan tengahari. Selesai makan cadangnya nak main boling tapi anak-anak pula ajak menonton wayang. Cerita kelakar Hantu Mak Limah tu.. ikutkan saja kehendak mereka, sebenarnya inilah kali pertama kami menonton wayang sekeluarga. Mereka bertiga selalunya menontong wayang bersama teman, sepupu atau mak/bapa saudara mereka.
Sementara menunggu waktu tayangan, kami bersoping pakaian sekolah Azim dan Intan yang masih belum lengkap, menambah yang terkurang dan membeli mana yang patut. Selainnya window soping saja dan ke kedai buku yang popular tu. Intan membeli novel bahasa inggeris, yang bujang lelakinya seperti biasa ke ruangan CD game, tak habis-habis dengan game.
Nasib baik waktu tayangan bermula pukul 5 petang, sempat dulu bersolat Asar disurau bersebelah panggung. Cerita kelakar, hiburan sekeluarga. Keluar panggung, pukul tujuh malam. Selesai terus balik, namun bila sampai di Terminal One, kami menyinggah pula di sana. Solat Maghrib pula di surau di dalam komplek itu. Nasib baik sekarang semua soping komplek sudah menyediakan surau atau ruangan solat, jadi dapatlah berlama-lamaan dengan senang hati untuk mundar-mandir dan membuang duit dan masa di sana. Sabar ye lah...
Dari Terminal One, kami singgah di sebuah restoren di Ampangan. Ramai pelanggan dan meja hampir penuh. Pesanan dibuat. Sekejapan air yang diorder sampai. Tapi menunggu makanannya sampai, memakan masa hampir 45 minit. Panas hati dan punggung menunggunya. Budak pelayan restoren dipanggil beberapa kali oleh pelanggan yang tidak berpuas hati dengan servis yang lembab. Katanya 'tukang masak hanya seorang"
Patut diberinya gelas yang tinggi menjulang, supaya kami tidak hot sangat dengan servis yang lembab macam siput babi tu, makanan yang diorder tiba air dah tinggal suku gelas...... memang hampeh, tobat takkan datang sini lagi...patut snap nama restoren tu kan..
Tiga keluarga yang tidak puashati terus bangun,. kami pun bercadang juga untuk bangun dan mencari restoren lain tetapi mengenangkan malas hendak ke mana dan masalah parkir, sabarkan juga....akhirnya semua makanan dalam pinggan tidak habis, semua dah kenyang dek air... rugi, rugi
Kami selamat sampai di rumah pukul sebelas setengah malam.
........................................................................................................................................
Pagi tadi ke sekolah . Mesyuarat guru kali pertama untuk sesi 2011. Mula pukul 9 pagi tamat pukul 1.25 petang. Bermulanya kerja-kerja perkeranian. Esok pagi ke sekolah lagi. Sesi pembayaran yuran dan pembelian buku pula.
Saje snap pic sebab dah macam badak...asyik menguap, dah mengantuk
// kerja hakiki dah menunggu, ruang sembang dan bw makin berkurangan, maaf jika kurang berjalan dan bertegur sapa ke ruang maya sahabat semua
25 ulasan:
Sama...
ckLah pun mula kerja hari ini....
.....dan dunia blog pun akan jadi sampingan yang sangat sampingan.
...atau tinggal terus.
Selamat Tahun baru 2o11.
tgk citer mak limah ek, sy pun baru tgk :-)
cuba tgk citer ngangkung, pun kelakar juga :-)
Kakcik pun pergi menonton HKLBR tu atas desakan anak2. Tengok kat TV lagi seronok, kut! :)
salam ibuintan..bila dah mula sekolah..dunia blog pun sepi..bila berkesempatan aje dapat menjenguknya kan..
salam..:)
minggu meeting dah bermula...
isnin ke khamis...
Rasa cam dah bukak sekolah nihh..hehehe
assalamualaikum ibu..apa nama restoran kat ampangan tue???
Salam
Selalu terjadi bilamana makanan dipesan lambat tiba..Sehingga perut dah buncit kerana penuh air..
Selamat bekerja ya Ibu
jangan kan kata ibu dapat servis lambat...!kaklong pernah oder tak sampai,pelanggan meja sebelah dah kenyang...bila tanya..yeaa..yeaaa...jap lagi sampai..tup tup dia dtg tanya"oder apa tadi..."
hagen satu badan angkat vontot terus..!
selamat tahun 2011 CkLah..
selamat bekerja semula.. janganlah tinggalkan blog pulak, kita jenguklah bila tugas hakiki dah beri kita ruang
WBH,
haah citer mak limah tu..pestime nengok wayang,..
ye lah, rasanya nengok di TV lagi relak...tapi anak2 yg desak ngikutkan juga...macam kakcik juga
kak erna..bila ada masa je la, insyaallah petang dan mlm masih boleh curi2 masa
tinie..memang dah rasa buka sekolah, setiap hari kena pergi, dah macam2 kena buat
mualaikumsalam Shah,
tak payahlah ibu beri namanya..kesian pulak kot Shah tak nak pergi pulak nanti...jejas bisnes mereka
lokasinya tepi jalan je
Iman,
memang dah kembung perut pun, teguk air saja nak kurangkan panas ati
sama juga..selamat bekerja semula
hahaha kaklong..kalau camtu, mau baling je ngan selipar jepun tu
Menonton wayang sekeluarga memang enjoy lepas tu pergi makan,kopak poket ayah n mak dibuatnya tapi takpe bukan selalu.
bestnya berjalan2 dengan keluarga. aku dah lama tak menikmati keadaan mcm tu
memang kopek lah kak zai...tapi takpe sekali sekala, enjoy kan dengan famili..seronok
knapa sasa,
mak abah dah takde ke?
Kalau jalan2 ngan family memang seronok yek...ohya Selamat bertugas..moga DIA mempermudahkan urusan kita.. ameen
sekarang di tempat2 shoping kebanyakan surau disediakan. Terpulang pada orang ramailah nak guna ke tidak. Sapa yang tak ingat tu, buat muka tak malu je ke hulu ke hilir.
Ya.. tugas untuk sesi bari kian hampir.
Selalu terjadi bila makanan yang dipesan lambat tiba..dok sedut la air sampai buncit perut bila makanan sampai dah x lalu nak makan sebab apa sebab kenyang dik air je..x suke kedai yang service cam hampeh nie..
seharian berjalan kak ! anak-anak lah yang paling seronok.
masa ni lah nak mengecek macam-macam... hehe..
Sekolah dah nak di buka ..
Bukan cikgu je yang sibuk...ibu - ibu yang jadi drebar gi sekolah ni pun akan sibuk juge.
Catat Ulasan