Followers

Sabtu, 18 Disember 2010

Betulkan yang biasa, biasakan yang betul.

 Dalam catatan semalam, menulis tentang makanan yang baik - mengikut Sunnah.  Jadi pagi ni, masak mee hoon goreng.

Kalau selalunya sebagai perencahnya, selalu hendakkan nampak mewah dan berbagai variasi, masukan sekali apa yang ada dalam simpanan... ada daging masukkan daging, kalau ada ayam masukkan juga dua tiga kepak, ada udang masukkan juga dua tiga ekor, kalau ada sotong masukkan juga sotong barang sejanggut dua... kononnya nak nampak meriah dan 'kaya'..... riaklah tu.... konon juga ada pilihan.. kalau taknak daging boleh ambil udang, taknak ayam boleh ambil janggut sotong... tapi biasanya sapu semua

Jadi pagi tadi, cuba membetulkan yang biasa dibuat.  Mee hoon goreng hanya diberi perasa ayam saja, walaupun ada udang dalam ais bok....tidak dikahwinkan bersama udang

Kalau tidak silap dulu dah pernah terbaca tentang ni... makanan darat dan makanan laut tidak digalakkan makan sekali ..... contohnya kalau kita masak kari ayam untuk makan tengahari nanti, jangan masak pulak sambal udang sebab bila makan nanti, kita akan makan dua-dua..kari ayam makan sambal sotong pun makan   dua-dua kita bedal...

                           contoh makanan yang berkahwin campur... yang tidak direstui

Menurut penjelasan Ustaz Riduan semalam, maksud makanan darat dan laut ialah makanan yang asalnya berdarah dan bernyawa  (hidup)

 Nabi Muhamad s.a.w menegah kita makan ikan bersama ayam. Ini kerana di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di mana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.
Rupa-rupanya tanpa kita sedar juga, banyak makanan yang kita ambil setiap hari, merupakan punca terjadinya banyak penyakit.. terutamanya 'penyakit orang kaya'yang banyak terdapat pada masa kini...  penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit lagi.

Di sini disenaraikan juga cara diet Rasullulah SAW:  

Jangan makan SUSU + DAGING

Jangan makan DAGING + IKAN

Jangan makan IKAN + SUSU

Jangan makan AYAM + SUSU

Jangan makan IKAN + TELUR

Jangan makan IKAN + DAUN SALAD

Jangan makan SUSU + CUKA

Jangan makan BUAH + SUSU  : contohnya KOKTEL


//berdasarkan hasil carian di rumah pak gugel,

/// sama-samalah kita membetulkan yang biasa dan membiasakan yang betul.. semoga kita dan ahli keluarga kita terhindar dari musibah yang kita cari sendiri..  wallahuaklam

21 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...[Reply]

Kadang-kadang bukan kita tak tahu.. cuma malas untuk mengubah kebiasaan (kakcik la tu...) :)

Brilliant Marjan berkata...[Reply]

setuju...

saya pun tengah belajar mengubahnya..bermula dari diri sendiri...kadang ada yg hairan tp usah hiraukan..

ahmad humairi berkata...[Reply]

salam,

kalau yang biasatu dan pun betul...kita pertingkatkan lagi prestijnye...

Yunus Badawi berkata...[Reply]

Salam ibuintan.

Terima kasih berkongsi hasil carian awak tu. Biasanya saya tak campurkan macam tu tapi ada juga sekali sekala. Skrg dah tahu itu sunah Nabi s.a.w, kenalah ikut kalau nak berkat.

piewahid berkata...[Reply]

alhamdulillah n& jazakallah...

kami biasanya cuma makan sejenis lauk dan sejenis sayur saja bsama nasi. tapi kalau makan kat luar, abislah. tomyam yg campur mcm2 tu abis dibedal...

camne nak kawal selera ni ya?

azlina berkata...[Reply]

assalamualikum...

kak info yg sgt berguna...tetapi tu lah ssh kan nak ubah kebiasaan tapi untuk kebaikan perlu di usehakan...

yealah kita kalau ada tetamu lagi le msk macam2 sotong ada,ketam,ayam goreng dan lain2 lagi lah..

kak wan berkata...[Reply]

Terima kaseh kerana info yg belum tau ni...
Patutla ibubapa kakwan dulu cuma masak satu lauk sahaja sehari. ada hukmahnya..
**satu lauk..sayur serta sambal je.

Asri Alam berkata...[Reply]

alamak, baru tau pasal benda ni. selalu mkn ikan dengan ayam sekali

ibuintan berkata...[Reply]

kakcik, kita cubalah merajinkan diri kita bersama-sama


kekadang kita kesian nengok anak2 makan hanya satu lauk sja, konon nak divariasikan menunya

ibuintan berkata...[Reply]

B Marjan..bersama2 kita mengubahnya, biarkan orang nak heran nanti kita jelaskan sama

ibuintan berkata...[Reply]

betul tu cikgu humairi, tambahkan lagi kualitinya

ibuintan berkata...[Reply]

Yb.. bila dah tahu ni bolehlah kita beransur2 mengubahnya, dmi keberkatan rezeki yang kita dapat dan makan

ibuintan berkata...[Reply]

sdr pei,

kalau cam tu lebihkan makan di rumah, kalau keluar biar bila terpaksa saja..

saya juga kalau makan diluar, makanan campur ni mesti ada, ni nak kena ubah ni

ibuintan berkata...[Reply]

mualaikumsalam ina,,tu lahkan , kalau ada tetamu memang macam2 kita nak hidang.. selepas ni kita cuba pelbagaikan satu jenis makanan saja

kalau makanan darat buat daging dan ayan dalam perbagai menu dan sayur saja takde makanan laut

ibuintan berkata...[Reply]

kak wan, keluarga kita dulu rasanya memang macam tu...hanya satu lauk dan sayur atau sambal kosong saja..

kita ingatkan sebab susah, rupanya ada hikmah yang tersembunyi

ibuintan berkata...[Reply]

sasa..kena ubah selepas ni,, beransur2lah kan, kita cuba ubah kepada yang disunnahkan

IMANSHAH berkata...[Reply]

salam ibu

pengetua saya selalu berpesan..biasakan yang betul, betulkan yang biasa tu..sampai sekarang saya ingat

anie,Nagoya berkata...[Reply]

wow!!!....byk acik tak tahu.bagus...bagus...time kasih ibuintan.sudi berkongsi ilmu ni.

pssttt;...cntk umah baru.tuk smbut thn baru ke?

kasihibu berkata...[Reply]

sya kalau goreng meehon pun semata letak ayam sayur
kalau letak udang pun campur sayur gak
tak pandai nak letak bebanyak sebab enpakwe kata banyak sangat nampak "semak" ;p

Penjejak Mimpi berkata...[Reply]

Salam.

Time kasih untuk info. Penah bace tapi lupe nak save untuk reference. Amat bergune.. :)

sal berkata...[Reply]

assalamualaikum..
info menarik tentang pemakanan juga utk menjaga kesihatan..penah baca tapai lupa..trimakasih ingatkan balik..