Followers

Isnin, 20 Disember 2010

Besanku, bekas kekasihku.....terimbau kembali cinta lama.

Besanku, bekas kekasihku.

Aduh..ayat .  Tak lolap tido jadinya.

Baru-baru ni terjumpa kembali rakan baik (Nor) semasa di sekolah menengah, fb menemukan kami kembali, setelah lebih 25 tahun tidak bersua muka, alih-alih dia 'meminta ibuintan menjadi kawannya' semula.  Terima dengan gembira sebab memang itu tujuan utama membuka akaun fb, mencari semula kenalan lama yang kini bertebaran di mana-mana.

Kami berchating dan bertukar-tukar nombor telefon.

Beberapa hari sudah menerima panggilan telefon daripadanya.  Berborak  lagi.  Namun kali ini, Nor banyak mengimbau tentang gelodak jiwanya terutama kisah cinta lamanya.  Kisah cinta (dirinya) dengan seorang pelajar Tingkatan Lima ketika itu,.

Ali (bukan nama sebenar) semasa di sekolah seorang pelajar yang sangat peramah dan sedikit nakal. Ali dan Nor mula bercinta monyet sejak Nor di tingkatan empat, mereka hanya berutus surat yang berwangi-wangian, walaupun sampul surat sudah di gam, ... terbau keharuman bedak talkum yang dicurahkan ke dalam surat tersebut, ibuintan tahu sebab selalunya ibuintan jadi posmen tak bergajinya.  Rasanya mereka bercinta tanpa pengetahuan rakan yang lain.

Tanpa pengetahuan orang lain kerana  sebagai posmen tak bergaji, ibuintan ada strategi sendiri menyampaikan surat tersebut... hahaha cuba bayangkan, setiap waktu rehat, ibuintan dan Nor akan masuk ke library, bukan baca buku tau... tapi 'poskan surat'... tu sebab tak pandai, orang lain masuk library baca buku, kami pula buat kerja lain..

Di dalam library, kami akan menuju bahagian buku Ensaiklopidia berbahasa Inggeris, yang tebal dan warna kuning, buku ni biasanya takde budak yang nak buka dan baca... so  buku nilah jadi peti posnya... dah rancang, sapa yang tulis surat dia yang masuk dulu ke dalam library, kalau Nor yang tulis dia yang 'poskan' dulu kemudian keluar, Ali pula masuk dan ambik surat tu... begitulah selang seli.

Rasanya selama setahun bercinta di sekolah tu, tak pernah surat tu terkantoi atau dijumpai oleh murid lain.  Mereka terus bercinta sehingga keduanya habis sekolah . Menurut Nor ada juga hampir tiga tahun mereka bercinta secara sembunyi.  Masa tu takde hanpone lagi, surat je selalunya, jumpa pun sekali sekala sebab Nor takut dengan emak abahnya. Jumpa pun bila sesekali turun ke pekan.  Remaja dulu tak berani macam remaja sekarang ni.

Ali memohon memasuki Pusat Latihan Polis dan berjaya mengikuti latihan di Pusat Latihan Jalan Gurney. Menurut cerita Nor, hubungan mereka mula dingin sejak Ali mengikuti latihan polis, mungkin kesibukan menjalani latihan menyebabkan Ali tiada masa menulis surat.  Nor pula memohon mengikuti latihan kejururawatan, dan diterima memasuki Sekolah Latihan Jururawat di Pulau Pinang.  Lalu kedua mereka terputus hubungan terus. Cinta mereka tidak kesampaian...

Kemudian kedua mereka berkahwin dengan pasangan pilihan masing-masing. Sehingga masing-masing telah mempunyai anak yang telah besar panjang dan takdir menemukan mereka semula.  Dalam keadaan yang berbeza pula.  Takdir menemukan jodoh anak mereka.  Anak perempuan di sebelah Ali sementara anak lelaki di sebelah Nor. Anak sulung Nor dan anak kedua Ali.  Kedua-duanya baru habis belajar dan baru bekerja.

Menurut cerita Nor, dia memang kehilangan kata-kata dan tidak tentu arah bila di rumah Ali semasa datang merisik dan membawa cincin tanya. Dia mengigil dalam kepanasan diruang tamu rumah bakal besannya. Dia rasa nak pitam bila mengetahui bakal besannya adalah kekasih yang amat disayangi satu ketika  dulu. Semasa sesi merisik berlangsung, Nor tidak berani  memandang muka Ali tetapi perasan Ali asyik memandangnya sambil tersenyum.

Anak mereka juga bertemu semasa sama-sama belajar di sebuah universiti di Utara tanahair.  Kisah cinta kedua ibubapa diulang oleh anak mereka.  Kedua mereka juga sekarang menetap di negeri yang berbeza.

Menurut Nor juga, memang anak lelakinya selalu membawa teman wanitanya balik ke rumah dan mereka selalu berkirim salam. Tetapi Nor masih tidak tahu yang teman wanita anaknya ialah anak Ali sehinggalah mereka berjumpa di rumah Ali semasa majlis merisik.  Anak mereka telah mengikat tali pertunangan dan bakal melangsungkan perkahwinan pada cuti Tahun Baru Cina tahun depan.

Tanya perasaannya....  Nor kata 'sehingga sekarang  merasa amat serba salah'.

Tanya lagi samada suaminya tahu kisah lalu dia dan bakal besannya... Nor kata ,'dia takkan cerita, takkan cerita pada suami ataupun anak-anaknya'

Ibuintan pun rasa itu yang sebaiknya, pendam sendiri dan simpan sendiri, biar pecah diperut..... walaupun dah lama berlalu, kenangannya masih ada tambahan pula itu adalah cinta pertama Nor.  Nor berjanji akan mencuba bersikap biasa setiap kali bertemu besannya.

//insyaallah sampai jodoh anaknya nanti, ibuintan akan hadir ke majlis kenduri dirumahnya, harap-harap dapat juga berjumpa dengan Ali, nak tengok dan tanya pula reaksi Ali.

///kecilnya dunia ini, dan Allah Maha Berkuasa atas segalanya.


24 ulasan:

Pn Kartini berkata...[Reply]

salam IbuIntan..
Aduhaii
leh buat drama niii...heheh
tersenyum bila baca kisah silam ni..:):)
Tulah kan..kecik jek dunia ni..:)

Fina Roslan berkata...[Reply]

salam Ibu.
pertama kali saya singgah blog ni.
dunia ni memang kecil bukan?
cinta yang tidak kesampaian tu rupanya disambung dalam bentuk yang tidak terduga.

sal berkata...[Reply]

Allahhu Akbar..Begitu takdirnya..harap mereka semua kuat menerima suratan yang mempertemukan mereka dlm situasi yang berbeza....

Hamizah berkata...[Reply]

kelakar pon ada,kan..
saya mujurlah saya takde x2 pon, setia pd yg satu..ahaks..

kak long berkata...[Reply]

tu la kita tak der jodoh...giliran anak2 pulak...hehehe

tapi bagus tindakan dia tak bagitau status hubungan dia,tapi kan lebih baik bagi saja tau yg 'ali' tu kawan satu sekolah nya dulu...itu kan lebih baik...dan mungkin dia tak merasa kekok bila berdepan dgn bakal besan nya tu

sahromnasrudin berkata...[Reply]

as salam ibu..tersenyum bila baca kisah dulu2 kan..mcm tak caye jerk hahahahaha

Yatie berkata...[Reply]

Salam Ibintan,
Mmng klakor kan teringat kisah dulu2...baca n3 ni wat yatie tersenyum....macamanalah Nor skrng...mesti teringat2 gak lagi...semoga mereka semua bahagia dngn keluarga masing2...

ibuintan berkata...[Reply]

Tinie,

kisah cinta zaman sekolah, putus ditengah jalan... jadi posmen lai tu..

ibuintan berkata...[Reply]

Fina..terima kasih sudi singgah,,, datanglah selalu..

jodoh pertemuan ditangan Tuhan

ibuintan berkata...[Reply]

Sal,... mudah-mudahan begitu tambahan sekrang masing2 bahagia dengan pilihan sendiri, cerita lama dan kenangan lama semua tu

ibuintan berkata...[Reply]

hamizah... cerita cinta zaman sekolah, tapi takde jodoh, jodoh turun kepada anak2 mereka

ibuintan berkata...[Reply]

kaklong... rasanya begitu elok jugakan, kenalkan sebagai rakan sekolah saja, memula mungkin kekok tapi diharap mereka akan melupakan kenangan manis tersebut

ibuintan berkata...[Reply]

mualaikumsalam Shah,

knapa ada juga ke kisah cinta zaman sekolah, jangan2 nanti kena kat diri sendiri plak...

ibuintan berkata...[Reply]

salam Yatie,

cinta monyet zaman sekolah... banyak klakar dan kenangannya tu.. semoga mereka terus kekal bahagia dengan keluarga masing2, yang lepas biarkan, biar anak pula mengecap bahagia

kak wan berkata...[Reply]

Baca cerita ibuintan buat kakwan teringat kisah2 lama.

Maiyah berkata...[Reply]

memasing punya cerita kan.. wlau camne pun itu adalah kisah lama ;)

piewahid berkata...[Reply]

hehehe
kecilnya dunia ni kan...

p/s- kpd puan nor, yg berlalu biarkan saja pergi. Allah dh tentukan yg terbaik utk kita miliki.

Acik Erna berkata...[Reply]

salam ibuintan..macam baca novel pulak..ada juga berlaku kan..
kawan ibu intan kena buang semua resah gelisah dia tu..
masing2 dah berbahagia dengan keluarga masing2kan...

Yunus Badawi berkata...[Reply]

Boleh buat drama ni. Kalau tak pun masuk ruangan Di Celah2 Kehidupan Mingguan Malaysia hehehe

Rasanya Ali ada tak baca blog ibuintan ni?

ibuintan berkata...[Reply]

kak wan, setiap kita ada kisah silam kan, ada suka dan dukanya..

bila dah berumur seronok balik mengimbau kenangan itu

ibuintan berkata...[Reply]

betul tu maiyah...semua itu kisah lama..kisah zaman muda remaja, zaman bersuka ria

ibuintan berkata...[Reply]

setuju dengan pie.. kita dah dapat yang terbaik, syukur dengan ketentuan Allah

ibuintan berkata...[Reply]

rasanya itu yang sebaiknya kaak erna...lupakan semua kenangan lamakan, anggap sebagai kawan lama yang hanya dikenal dulu

ibuintan berkata...[Reply]

YB..tak taulah pulak , Ali baca ke tidak... saya dah lama tak jumpa dia, rupa pun ingat-ingat lupa dah..