Pukul 9 hingga pukul satu, berurusan dengan penjaga yang datang membeli buku latihan anak-anak mereka.
Mungkin sebab sudah lebih sebulan berehat, terasa penatnya. Namun semua urusan berjalan lancar sebab buku-buku telah tersedia dimasukkan ke dalam beg plastik. Buku-buku telah disediakan minggu lepas lagi (di sini)
Penjaga perlu membuat pembayaran dengan guru kelas dan guru kelas akan memberikan sehelai slip selepas bayaran dibuat.
Penjaga hanya perlu menunjukkan slip pembayaran dan terus dapat sebungkus buku mengikut pakej yang telah dibayar. Cepat dan mudah. Tidak perlu beratur panjang.
Seronok berjumpa kembali beberapa penjaga yang sudah kenal biasa, saling bertegur sapa dan bertanya khabar.
Penjaga menegur, 'apa khabar ,cikgu...sihat?'
Cikgunya , 'alhamdulillah..sihat..."
Ayat jaga hati...
Penjaga , ' haah...cikgu, sihat benar nampaknya, senang hati kan. cikgu'
Tak pun.. ada juga....
Ayat terasa hati...terasalah sikit...sikit je tau!
Penjaga,' laa cikgu...nampak berisilah sikit'
Tak pun ,,,ada juga....
Ayat pedih hati..... pedih tau...rasa nak nangis pun ado...
Penjaga, ' eihh, cikgu... gemuknya,'
Huhuhu.... kenapa nak terasa hati.. ibuintan oiiiiiiiiii.... dah kao memang dah gemuk.
Huwaaaaaaa.....nampak gemuk sangat ke?
'Memang pun kao gemuk, dulu saiz L skarang dah LL"
Huwaaaaaaaaaa...jom-jom teman reramai pergi joging kat Bukit Putus . Tempat tu dah sunyi dah takde orang lalu, dan mesti takde orang jual apa-apa...
Joging kat Taman kuala Pilah tak boleh... balik mesti singgah mana-mana..... kedai mamak banyak, tepi jalan pun banyak warung,... cendol ada, roti canai ada, roti jala ada, nasi lemak ada, kue tiaw ada, nasi goreng ada, mee goreng ado.....wah, semua ado
Alah...eksen je... pepagi itulah yang kao makan Ibuintan...tu yang dah macam tuuuuuuu.....tu
Nak saiz S camni semula...rasa-rasa boleh tak? Ni zaman dara pingitan tau!
// Tak boleh jadi ni, kena ikut YB jugak, mesti bakar lelemak tepu ni.. AZAM 2011
29 ulasan:
salam akak
nak menyampuk gak ni, akak kira untung tau zaman anak dara S
akak tahu x, kat luar sana, ramai anak dara zmn skrg ni saiz L n XL tau, iyerrrrr
dan ada yg x penah merasa zaman anak dara saiz S tau :-)
:-)
kaklong lak terbalik..zaman daras dulu XL,dah kahwin jadi S yer pulak..huhuhu,bila jumap kengkawan lama semua terperanjat....kaklong kalau buleh nak saiz cam ibu gak...hehehe!
kak long kenala turunkan petua kat kitaorg ni :-)
WBH,
iye tu,,syukur sangat...masa zaman anak dara memang saiz S... tapi dapat saiz XL ni sejak setahun ni saja...sejak anak2 dah besar dan dah banyak rehat ni
tahun lepas masih pakai baju saiz L lagi..
bukannya gemuk tak elok,cuma takut ada penyakit saja..
makin excrsize makin selera pula makan
kak long,
apa saiz pun okey, cuma ibu takut dapat penyakit je... tambahan generasi lama dah ada penyakit kronik tu, skarang ni lutut pun dah rasa sengal sikit bila solat
WBH,,, betul tu kak long, boleh kasi petua tu. ... dari XL ke S jauh beza tu..
comell.....;p
hehehe sya,
comel tapi 20 tahun lalu
salam ibuintan..kita serupa..he he..
soalan yang akak terima..
akak nampak berselera makan sekarang..aduhai..cakap aje le..tak marah..dah kenyataan ..he he..
haah.
tak marah pun... cuma geram je sebab asyik nak makan je kan , kak erna
betullah kak skarang ni selera tu semua sedap, dulu2 ada juga pemilih sikit
good luck, cikgu intan..
Dah naik ...memang susah nak turunnn....
Takpa , lepas ni banyak kerja ...takdalah kerjanya nak makan je.
mizah.
good luck harapnya kan...
huhuhu namun kerja berat tu.
kak wan,
harapnya gitu lah, dah kerja ni kena turun naik bangunan empat tingkat
mungkin turun juga tu..
Assalamualaikum...
Kalau dah saiz XL susah nak kembali ke S kan!...hanya dengan semangat yang tinggi bisa menurunkannya. Apa pun kesihatan mesti dijaga agar mudah melakukan ibadah..
Salam.
Minggu yang sibuk bagi ibubapa sempena semester persekolahan yang akan datang seminggu lagi...
Saiz tu boleh diubah dan diadjust kat mana perlu, ibuintan. Usahlah bersedih.
TQ
kita ok je bu saiz L sekarang..wahaha..hamil pun ni,,kahkah
samalah ita kak..
Dulu S sekarang M. Tapi macam nak masuk L pulak rasanya.
Diet main-main...
salam..
lama sangat cuti...:)
L atau LL..huhu..
ter..berubah mengikut peredaran wktu..
Alhamdulilah sihat ya kak..
Moga dipermudahkan urusan harian kita..
MUALAIKUMSALAM USTAZ,
sebab kesihatanlah saya risau berat naik sangat, takut penyakit sampai
bila berat ni pun lutut rasa tidak selesa bila solat
Cikgu admin,
nak ubah dan adjust yang berat tu, naiknya senang tapi nak turun balik kena usaha lebih
selamat kembali ke sekolah cikgu
Iman,
hamil tapi tak bersalin2 kan..
samalah bila badan naik, tang perut tu mesti ke depan
nampak macam dah enam bulan ye...hehehe
renn,
tu lah pasal, diet main-main tapi makan seriusly
saiz M okey lagi, tapi ibu hampir masuk XL ni.. nampak kembang sana sini
cikgu sekamar rindu..
itu memang antara faktor penyumbang utama..
port utama dapur dan ruang makan
Sal,,
berubah mengikut waktu dan umur dan juga keadaan sekarang
sekarang mudah badan naik bila terlebih makan
faktor kurang aktif juga berbanding zaman remaja dan belia dulu
Hihihi...
Yang penting sihat ibu intan!
assalamualaikum ibu..kne lari padang 5 round la saya nampaknya hehehehe
assalamualaikum ibu.
amy nie sibuk nak berisi tapi orang lain lak sibuk nak kurus.. tapi kurus ke berisi ke janji sihat ibu..
Catat Ulasan