Followers

Isnin, 25 April 2011

Tidur petang.

Ibuintan jarang  tidur petang.  Memang sejak zaman sekolah., zaman remaja, zaman awal kerja hinggalah kini, memang jarang sangat tidur petang. Sesekali saja.  Tidur kalau benar-benar penat dan ngantuk saja.  Saja-saja nak tidur petang memang tak kan ada.  Sebabnya.... bangun tidur perut mesti lapar dan kadang-kadang kepala  sakit.  Ngantuk hilang tapi kepala sakit.

Tapi sejak dua tiga hari ni setiap petang pulak tidur depan tv.  Alasannya mengantuk yang teramat-amat.  Rasa seperti kelopak mata digantung dengan batu yang berat, tak boleh nak buka langsung.  Menguap pun jangan ceritalah... macam badak.  Lastnya heret bantal depan tv.... lelap...zzzzzzzzzzz

Mengapakah kita selalu mengantuk di siang hari?  Terutamanya selepas zuhur. Apakah ubat mengantuk di siang hari yang paling berkesan?  Kalau mengantuk mestilah tidur kan.. tidur siang lah.

Tidur yang dimaksudkan ialah tidur sebentar di waktu tengahari sebelum masuk waktu Zohor. Tidur ini tidak memerlukan masa yang panjang. Memadai sekadar 10 hingga 15 minit, ia sudah cukup memberi kekuatan dan kesegaran pada tubuh badan, malah ia juga menjadi rahsia badan cergas di malam hari untuk seseorang muslim bangun bertahajjud.

Tidur ini menjadi kebiasaan kepada sesetengah individu yang mementingkan kesihatan, produktiviti dan kesegaran. Amalan ini merupakan sunnah Rasulullah s.a.w yang telah diiktiraf oleh ahli sains di zaman ini. Amalan tidur begini dinamakan ‘Qailulah’.

Kitab ‘Misykatul Masabih’ menyebut salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi,
“Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah SallAllahu Alaihi wasallam ada melakukannya.”

Imam Al Ghazali di dalam kitab ‘Ihya Ulumuddin’ pula berkata,
“Hendaklah seseorang tidak meninggalkan ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor.”


Amalan Qailulah ini bukan sahaja memberi kecergasan kepada jasmani dan minda, bahkan ia sangat efektif dalam menguruskan masa kerana ia tidak memerlukan tidur berjam-jam sebagaimana tidur siang kebanyakan orang hari ini.


Tidur petang terutama dekat waktu Asar dan selepas Asar bukan sahaja akan memaksa kita tidur lebih lama, bahkan akan membuatkan badan terasa letih tidak bermaya untuk meneruskan rutin harian. Fikiran juga seperti kosong dan hambar sahaja.

Berbeza dengan Qailulah, ia benar-benar tidur yang sekejap tetapi sangat efektif untuk otak dan badan. Kadang-kadang tidak sampai pun 10 minit terlelap. Apa yang penting, selepas sedar terus bingkas bangun dan sambunglah tugasan harian anda.


Waktu untuk Qailulah ini adalah selepas masuk waktu Dhuha hingga sebelum Zohor.

Sumber;  Islam Itu Indah


//masalahnya waktu untuk Qailulah ini biasanya kita masih berada di tempat kerja, buatnya time tu kita lelap..nampak dek bos ,lain pulak jadinya..  ..




18 ulasan:

IMANSHAH berkata...[Reply]

alhamdulillah, sekarang ni jarang tidur siang, tapi kalau dah berusia esok2 tak tahulah

anie,Nagoya berkata...[Reply]

iyooo...ibuintan.masa tu le tgh tertonggeng-tonggeng buek kojo.alhamdullillah....kito tak suko tido siang.kalo betol2 ponek yo kito tido.

anie,Nagoya berkata...[Reply]

hahaha...jgn ketawa...gelak yo.ayat nogori den kelakar...

zul permatang badak berkata...[Reply]

tengahari......memang terlelap dua tiga minit....memang nak juga.......bersandar dikerusi pun tak apa.....tapi otak kena rehat seketika.......

terjaga dari terlelap.....gagahnya mata....minda pun cerdas.....rasa seperti bangun pagi......

kalau bos yg faham.....dia tak bising......kita bukan tidur......

bos perlu memberi kesempatan untuk pekerja merehat diri.....serta minda.....

Qailulah......tidur tidak sampai 10 minit.....tapi membina keyakinan diri....menambah baik perestasi ........

azieazah berkata...[Reply]

KAK,
saya pernah terbaca/terdengar, kalu tidor lepas Asar 44 hari berturut boleh jadi gila.

Ntah betul ntah tidak.

Sekali sekala tidor petang syok gak eh... hehehe

ibundo berkata...[Reply]

dapek lolap mato lam sepuluh menet lopeh zohor tu jadiklah. kakpah lah. tapi camano nak lolap. cucu ado yo asek suruh bangun haha..

kak long berkata...[Reply]

dulu maso lom kahwin,selalu yo tido bolah potang..omak bising!"tak elok"..teh.
skrg,dah tahu napo sobab ongtuo tu bising....!
heheheheh!!!

Kakzakie Purvit berkata...[Reply]

Nak lelap mata waktu siang buat kita yang bekerja rasanya amat sukar. Hari cuti pulak ada je kerja nak dibuat.

Kena belajar buat nie kerana ada ganjaran disebaliknya...

Acik Erna berkata...[Reply]

ibuintan..betul la tu..masa tu kita ditempat kerja..camanalah nak tidur walau pun 10..15 minit..

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...[Reply]

Kalau di tempat kerja mengantuk; saya berjalan-jalan ke tempat kawan jer kak.

Tak pun buka blog..gerenti segar tapi kalau boss takdelah.

hehe..

Dr K berkata...[Reply]

Tidur qailulah ni bagus, dapat pahala..dan ia sunnah Rasul SAW.

Cuma ramai drpd kita yang salah konsep..hehehe..tidur LEPAS zohor..ie lepas makan lunch..jawabnya bila bangun nak Asar, mmg pening kepala lah...

Zaitun berkata...[Reply]

Kalau duduk tak buat apa2 mata kak Zai boleh lelap tapi kalau dibawa baring tak mau pulak lena.

Pn Kartini berkata...[Reply]

Assalamualaikum IbuIntan..:)

Memang jarang benar amal tido ptg2..cuma bila ke malam tu..mula lee bateri habis cepat!!ADUHAII...:)

Siti Nurhayati Dollah berkata...[Reply]

Saya tak suka tidur petang.Tapi kadang-kadang terlelap sebab letih.

*Kalau tertidur lama, bangun tu mesti rasa tak sedap badan, dan bad mood :D

Asri Alam berkata...[Reply]

terima kasih berkongsi :)

kalau tidur petang bangun nanti mesti pening kepala. lg pulak pernah dgr tidur selepas asar boleh menyebabkan kegilaan.

Cik Ina Do Do Cheng berkata...[Reply]

Assalamualaikum ibu intan,

makcik pun sama memang tak boleh lelaplah mata waktu petang.sedangkan pagi pukul 4 dah mata ni terkebil-kebil.susah sangat nak tidur semenjak dah makin berumur ni.

ahmad humairi berkata...[Reply]

Assalamualaikum,

Bolehje tida kejap kat meja tu....pasang alarm kat henset....haaa pasti segar bugar selepas itu, insyaAllah.

sal berkata...[Reply]

..susah nak tido siang..nasib baik mlm cepat ngantuk..

cantik gambar karton tu..jadi daya penarik n3 lah...