Followers

Khamis, 28 April 2011

Saya bersumpah lelaki itu Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini bersumpah atas nama Allah bahawa lelaki dalam rakaman video seks yang didedahkan olehnya adalah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pada itu, beliau mempelawa Anwar untuk bersama-sama dengannya di Masjid Amru Al-As di Bandar Baru Sentul, selepas solat Jumaat bagi melafazkan sumpah laknat, esok.

Sumber:  Sinar Harian



Apa main-main sumpah ni!  Teringat masa kecil-kecil dulu sikit-sikit sumpah, kejap kejap sumpah..

'Sumpah.. aku tak ambik barang kau, kalau aku ambik, tangan aku kudung'

"Sumpah... aku tak kawan dia kalau aku kawan dia, mak aku mati'


'Sumpah... aku tak cakap bohong, kalau aku bohong, aku kena panah petir'

'Sumpah... aku tak ada ngadu kat cikgu, kalau aku ada ngadu, balik kang aku kena langgar lori"


Sumpah zaman anak-anak..  main sedap cakap saja..... ringan saja mulut bersumpah.




Dah tua-tua ni ada juga ke...  

main sumpah- sumpah ni....

yang suka bersumpah lagi.... 

gian sangat ke nak bersumpah-sumpah ni


//bawak-bawaklah sedar diri..... apa lagi yang nak dikejar, semuanya daki dunia.



11 ulasan:

Acik Erna berkata...[Reply]

ibuintan..terkejut akak ada yang berani bersumpah macam tu..betul ke tidak,.apa hak individu lain untuk bersumpah..dimakan sumpah nanti padan muka.
macam dah tak de agama..

Zulfadly berkata...[Reply]

dunia oh dunia!

Cikgu Nurin berkata...[Reply]

Melayu sesama Melayu...orang lain bertepuk tangan...

Pn Kartini berkata...[Reply]

Semua bahana politik duniawi semata2....!:(

Mohamad berkata...[Reply]

Antara yang bertekak itu, salah satunya ada kebenaran.. dan mahu menegakkan kebenaran.

Dan salah satunya sudah tentu menafikan kebenaran...

Atau.. entahlah. Kita lihat dan dengar sahajalah.. banyak perkara lain yang penting, perlu laksanakan...

Berfikirlah secara bijaksana..

azwandengkil berkata...[Reply]

Teringat sewaktu sekolah dulu. Satu kes kehilangan wang yang agak besar milik persatuan diasrama dan satu asrama dipanggil untuk bersumpah dengan memegang quran dan mengikut adab yang betul. Hasilnya, mmg sangat mendukacitakan. Sipelaku telah berani mengangkat sumpah sedangkan dia melakukannya. Moga Allah ampunkan dosanya. Al-fatihah...

ummi azween berkata...[Reply]

assalamualaikum ibuintan,

permainan politik telah mencemarkan agama Islam yang indah ini.mudah melakukan dosa,mudah juga bersumpah bagai..

harap ada yang tersedar..tapi saya rasa tidak patut DSAI mengelak daripada menjawap soalan wartawan dengan nada sombong dan bongkak.

shameel Iskandar berkata...[Reply]

dah jadi macam sesumpah dah org2 kita ni. suka sgt bersumpah.

Unknown berkata...[Reply]

dari kita layan sumpah.. baik kita buang sampah..

ibuintan..malam nie lori sampah datang lah.. ayu punggut sampah dalam rumah naik atas jalan..

penat ko..

IMANSHAH berkata...[Reply]

teringat binatang bernama sesumpah

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...[Reply]

sumpah makan diri baru tau ...