Mula-mula kenal saling curiga mencurigai, namun sekarang makin mesra.
Ada cerita lucu tentangnya. Pertama kali berkenalan, ketika itu kami membawa bekal gulai ayam masak lemak cili api namun bila diberi seketul 'sidia' tak mahu makan, hanya merenungnya saja selepas menjilatnya. Azim kata... dia tak tahan pedaslah... ibu..
Ibuintan yang memang suka teramat dengan spesis ni telah membasuhkan lauk ayam tersebut. Haa.. memang sidia telah memakannya selepas ayam itu dibasuh. Kami semua gelak... rupanya kucing di Kuala Rompin tak pandai makan gulai masak lemak cili api dan tak tahan pedas. Setiap kali kami singgah di pantai itu, sidia pasti sedia menunggu. Memang ada habuan untuknya.
Pandangan sayunya semasa kami bergerak meninggalkannya sendirian semula..... rasa sedih pula.
//rasanya kucing ini telah dibuang tuannya dan menjadi penghuni tetap di situ...
Agaknya apakah nama yang sesuai untuk teman baru kami ini?
32 ulasan:
Kak..
panggil je SI PODEH (,")
KAK, agaknya kucing kampung tu kot...
Bulu tak tebal, tapi mata dia cantik laaa...
Sya,
hahaha... Si Podeh.. buleh gak tu
Podeh... Podeh... paham ko kucing tu bahaso nogori semilan ni
aziee,
ye la, kucing biasa je tu, kucing jantan... bulunya nipis je
mata kucing kan.... memang cantek
kucing tu buat buat alim sebelum dapat makanan..
salam...
ibu..saya cadangkan nama kccing tu..dinamakan " Dabuu"..nama manja "kelabu"
bawak je la balik..
bagi nama 'bungut'- buang dan pungut haha..
kalau betino,sri mersing..
kalau jantan pak malau..
buleh?
kahkahakahkahhh!!!
Assalamualaikum,
Ye...bawak balik je...nanti rindu-rinduan plak!
ibuintan..kalau dah sidia tu tak tahan pedas..apatah lagi rakyat di rompin tu kan..
assalamualaikum ibu...
saya cadangkan oasis..oasis adalah satu kawasan subur dengan pertanian di sebuah kawasan padang pasir yang kering..
sesuai dengan kucing ini yang dijumpai tanpa ada tuannya..pasti dia membawa rezeki yang bukan kepalang....
IM,
kucing kan dah terkenal dengan trademark tu.... alim2 kucing namun mulanya malu2 kucing
SR,
Dabuu ... ada iras bintang felem Tamil lak... hahaha
kakpah,
kalau ikutkan hati nak je bawak balik... saya ni peminat tegar kucing tapi selalu kalah undi... 1 lawan 4 kompom 4 yg menang
Bungut... hahaha leh yo ditimbangkan
kaklong,
ni sah jantan... Pak Malau lah yo
berdagang yo lah deh... jauh jalan ea tu, pandai lak bepantun kali
mualaikumsalam Cikgu AH,
nak bawa balik tapi tak menang undi
takde sokongan... anak2 dan abahnya tak minat langsung nak bela, suka2 gitu je bolelah, stakat beri makan
kakerna,
iyo lah agak ea, memang pernah makan kat sana bayak yg manis dari pedas... hahaha terbawak ke kucing skali lak kan!!
mualaikumsalam Shah,
oasis... cantek nama tu..
sayang tak boleh bawak balik, harap2 setiap singgah sana dapat jumpanya lagi
ibu memang mudah jatuh cinta dengan kucing, dari kecil suka sangat
sedih pula baca n3 ni tiba2 je rindu kat bom..bom...he he..kucing rompin x mkn msk lomak yea..
kamera baru eh kak ?heeeee...
Jiran ada 4 ekor kucing.
Along nak bela tapi Adiq alergi pada bulu..
kesian dia...
comel tapi sayang amy x suka kucing huhuhu~
maksud akak, setiap kali akak ke pantai tu, mmg akan jumpa kucing ni?
namakan dia Si Pantai :P
ina... hahaha begitulah agaknya
kucing sini biasa makan yg goreng saja kot
Reen,
haah kamera baru yg lama dah lupus
anak2 akak Azim sja yg alergi tapi semua tak suka kucing ... geli
Amy,
rugi tau tak suka kucing... boleh ilang stress bila memeluknya
DZ,
kucing tu dibuang oleh tuannya di situ agaknya...
kawasan pantai itu ada beberapa buah kedai makan, selain kucing ini terdapat juga beberapa ekor lagi kucing lain
memang setiap kali kami singgah pasti jumpa dengannya, kiranya dalam dua minggu sekali pasti jumpa
Salam :
Nape ibu tak bawak pulang je? boleh dia rasa gulai cili api tawar hari-hari..
Hehe.. :)
Adol,
takleh bawak la, ibu kalah undi.. 1 vs 4
yang 4 lagi tak suka kucing
As-Salam IBUINTAN
Mungkin boleh dinamakan SALEM. Bukan sempena nama penyanyi rock, tapi ringkasan bagi SATU LAWAN EMPAT. Kalau esok lusa jadi DUA LAWAN TIGA, tukar pula kpd DULTI. Bila sampai waktu kucing nak ditukar nama kpd LILKO dan hendak diambil balik ke rumah, diharap kucing masih menanti ibuintan yg baik hati....
mualaikumsalam Cikgu,
hahaha.. klakar lah pulak
rasanya selamanya saya akan kalah undi, suami dan anak2 tak de sorang pun yang nak bela kucing
kat rumah pun saya hanya numpang kasih kucing jiran atau kucing yang datang ke rumah sbab dibuang, selalunya kucing yang datang hanya dibenarkan diberi makan di luar rumah saja
mereka cuma tak suka atas alasan geli dan alah
namakan dia tom...tp bukan tom n jerry tu ye...
cikgu Sham,
Tom TOm Bak ke?
Catat Ulasan