Hari ni kan cuti.. kalau selalunya hari bekerja setiap hari lauk untuk makan tengahari di tunjuk dan dibungkus saja dari kantin. Waktu malam baru masak yang ringkas dan cepat saja.
Balik dari joging pagi tadi singgah kedai beli barang-barang keperluan dapur yang hampir habis. Biasanya beli barangan kering seminggu sekali dan bahan basah bila hendak masak saja, tidak suka simpan bahan basah lelama dalam peti sejuk, bila nak masak baru beli.
Pagi tadi masak tiga menu. Menu yang pertama ialah sambal udang petai. Petai ialah pemberian emak mertua. Hanya letak dua papan saja sebab anak-anak tidak suka.
Menu yang kedua ialah ikan tenggiri masak asam dengan bendi. Ibuintan bubuh rempah sebab hendakkan kuahnya pekat. Anak-anak tidak suka masak asam yang cair, mereka suka masak asam ala-ala Melaka tapi versi Kuala Pilah. Bahan-bahan sama macam masak asam biasa cuma ditambah serbuk kari.
Sementara menu yang ketiga pula ialah tempe goreng sambal dengan cili api. Tempe dikawankan dengan tauhu, tauhu kering, sohon, ikan bilis dan ubi kentang, dan yang pastinya cili api sebagai pelengkap rasa. Terasa kepedasannya.
Menu hari ini dijauhi daripada santan. Memang sekarang sebolehnya hanya masak menggunakan santan sesekali sahaja.
21 ulasan:
Assalamualaikum kak:)
aduhaiii....akak cam tahu2 jekk lauk fav tinie...
Semuaaaa kesukaan tuu:):)
ibu intan,
amboi masakan istemewa untuk anak-anak hari ni.asm tumis lagi pokat lagi sodap.
makcik pun masak guna santan sebulan sekali.sedap memang sedap takut ngan kolestrol.
tempe ngan suhun pebret makcik.
Assalamualaikum....
Hari ini ckLah sekolah...ganti Deepavali.
Menu makcik kantin saja...
:D
wah.. sedap gulai tenggiri tu..
wah, sambal udang petai!!! suka 3x! hehe. mmg x nafikn bdk2 skg cm sy ni x layan petai. tp ble dah rasa, mmg nk lg! :)
sambai udang petai tu yg paling mengancam..
bagi sikit..
kak
kalau air tangan seorang ibu ni
baca menu pun dah sodap.. ;p
umang ai.. samba udang mo potai tu yang tak boleh tahan nengok tu. Gerai topi jalan dokek2 tanjung ipoh tu solalu ado jua potai kan? Tapi potai dah maha amek dah sokaghang ni.
selamat malam ibuintan
lihat menu2 ibuintan..terus lapor...menyelerakan..
PS: lama ayu tak jogging,,
alamak menu mengancam. dah lama tak makan pedas2.. hehe
assalamualaikum kak ibu intan
sedapnya....udang tu.
tengok masakan akak ni
terkenang pula kenangan
semasa saya mula belajar mengenali
masakan Negeri 9, di asrama SMAP Labu dulu.
tetiba terasa lapar melihat gambar lauk .. masa baru 6.56 pagi.
salam
saya suka asam pedas tengiri tu..suka hirup kuahnya...
Menu hari ahad apa pulak ibuintan...ni buat perut ida lapao lah pulak..
Semuanya saya suka tu kak.
Kalau dekat, boleh jugak singgah-singgah.
ibuintan..akak tak boleh jugak tinggalkan santan la..cuma sekarang ni dikurangkan..bagi cair..
tapi santan2 pun seminggu sekalai jugak2..masa cuti..hari bekerja tak de santan..goreng2 je..
tempe aje..lidah kelantan saya tak leh makan tempe
pos...pos...mesti abis mkn tu.gindu le...lama tak dtg sini....bz le.eh tak tnya?tak pe kita bg tau.gahahaha....
Wahhhhh Asam Pedas!
Sambal Petai!
Semua mengancam jiwa raga saya!
Salam :
Petai? aisey.. saya tak makan petai la, ibu.. tapi udang tu.... hehe..
Nanti ajar saya memasak ye, ibu..
:)
ibuintan......dah lama tak lepak kat sini.sihat???kita alhamdullillah...sihat slelu.tak tnya??tak pe kita bg tahu...
nnt blek mesia nak mkn mkasakan ibuintan.boleh?memang kita muka tak malu.bab mkn no hal...hahahaha
Catat Ulasan