Followers

Selasa, 19 April 2011

Obesiti ... guru diminta menjadi penyibuk.


  Obesiti pelajar direkod dalam kad laporan


PETALING JAYA 17 April - Mulai sekarang, indeks jisim badan (BMI) setiap pelajar akan direkodkan di dalam kad laporan prestasi oleh guru untuk perhatian ibu bapa.
Arahan serta-merta itu dibuat oleh kerajaan dalam usaha menangani peningkatan masalah berat badan berlebihan dan obesiti dalam kalangan rakyat.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, sebelum ini, BMI tidak dicatatkan dalam kad laporan pelajar menyebabkan sesetengah ibu bapa tidak mengawal pemakanan anak-anak kerana tidak tahu sama ada berat badan mereka ideal, terlebih atau obes.

 Berita yang dipetik dalam akhbar arus perdana semalam.


Tambah lagi satu kerja.  Satu kerja lagi yang perlu dibuat oleh guru kelas.  Timbang setiap murid untuk mengenalpasti indeks jisim badan (BMI) mereka kemudian laporkan kepada semua ibu bapa.  Ada ke ibu bapa yang akan mengambil peduli atau ambil berat nanti?


Teringat kisah 8 tahun sudah, ketika seorang murid masuk ke tahun satu, semasa mengisi buku rekod kesihatannya, setelah diambil timbangan berat dan tingginya dan kemudian disahkan obes melalui kaedah BMI, ibuintan  meminta ibu murid tersebut mengawal sedikit tabiat pemakanan anaknya.

Jawab ibu muda itu dengan selamba.' cikgu tak payahlah menyibuk.. anak saya seorang tu saja, apa saja yang dia nak makan saya beri, saya tak kontrol, lagi pun saya mampu nak beri dia apa saja".... dan belanja poket anak tersebut ialah RM5 sehari, maknanya dia bebas beli dan makan apa saja.

 Kini cikgu diarahkan pula untuk menjadi penyibuk lagi.  Alaaaahaaaaai masih terngiang-ngiang ayat 'penyibuk' 8 tahun sudah. 

Penyibuk kah cikgu ini?





29 ulasan:

sud@is berkata...[Reply]

sama kita
juga bercerita tajuk obes ibuintan...

Dr K berkata...[Reply]

haha..saya pun buat entri pasal isu ini juga hari ni cikgu ibuintan..

cadangan menteri tu pada saya tak ubah bagai meleps batuk ditangga...konon nak nampak prihatin, tapi tak mengkaji sampai ke dasar permasalahannya.

kasihibu berkata...[Reply]

dugaan seorang guru
sya suka kalau cikgu menyibuk pasal pelajar ni.

Acik Erna berkata...[Reply]

ibuintan..anak akak pun dah cerita semalam..cik gu dah cek BMI dan katanya dia terlebih sikit..bukan main semanagt dia..nak kurangkan makan dan nak bersenam..akak tak marahkan cik gu..dah tugas cik gu..faham sangat..cik gu buat kerja yang diarahkan jugak bhukan nak menyibuk,,,tak pe ibuintan,,,sabo je la

ckLah @xiiinam berkata...[Reply]

Selama ini pun cikgu buat...isi rekod kesihatan, Kad ujian Tenaga Asas..cikgu PJK, cikgu kelas...guru data...semua buat belaka dah.




Tapi bila misi dan pasukan kesihatan datang sekolah, marah-marah kata cikgu punya sukat timbang tak ikut piawai, tak standard....itu ini...

......cikgu juga.

Cik Ina Do Do Cheng berkata...[Reply]

Apahal pulak dia suruh cikgu yang pantau cam tak masuk akal, yang masak kat rumah dan duk lama ngan anak ibu bapa. kalau suruh dorang buat aktiviti senam lebih bolehlah masuk akal . pantau je tanpa wat apa-apa ada guna ke.

Peliklah dorang ni suka nak nampak dorang wat keja tapi tak datangkan hasil.

IMANSHAH berkata...[Reply]

saya nak ajar subjek baru lah,,tukang amik BMI

Azian Elias berkata...[Reply]

Malaysia ni jenis selalu terlambat. Di Spore dah lama practise kan.menyibuk pun menyibuk lah kak..

The Red Rambutan berkata...[Reply]

'Penyibuk' kerana sayang.

Selalu jumpa budak-budak yang obesity ni kat kedai makan, sekali tengok mak dia pun bentuk badan macam buah pear/pokok krismas. Mak dia sekali duduk kena ada 2... di ulang 2 bangku side-by-side. Satu bangku tak cukup, nanti dia sakit bontot. koh koh koh

kak long berkata...[Reply]

ada elaun khas ke kak?
banyak kojo ea ...dah masuk kem.kesihatan lak tu...

Abd Razak berkata...[Reply]

Assalamualaikum...

Kalau kena penyakit tanpa kawalan makanan lagi sibuk dibuatnya...

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...[Reply]

Macam-macam hal dorang ni.

Pokok pangkal mak-ayah tu sendiri. Kalau disumbatnya mulut anak-anak hari-hari menda tak berkhasiat pastu hari-hari pun fastfood... habislah anak-anak tu.

CIKGU NAMAN berkata...[Reply]

tengok² nanti cikgu kena catatkan apa yang pelajar² makan kat kantin pulak setiap hari

sekamar rindu berkata...[Reply]

salam...ibuintan

maknanya semakin bertambah laaa tugas cikgu..dah la dengan progam I Murid 1 Sukan lagi..ishhh

Asri Alam berkata...[Reply]

semangat ibu. semangat! hehe.. mesti rasa penat sebab ibu dah lama dalam bidang ni

Bibu berkata...[Reply]

ssh kalo ada mak bapak yg biol cam tu.pada kita cikgu2 bukan penyibuk.malah beruntung cikgu2 sudi melakukan tugas baru tu....

mana yg degil.sekeh yo.biar elok sikit otak tu

ummu berkata...[Reply]
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
ummu berkata...[Reply]

assalamualaikum kak
saya salah seorang cikgu kesihatan.memang situasi macam kak cklah tulis bila pasukan kesihatan datang.aduhai...cikgu juga yang slaah.

p/s:teringin juga nak ambil diploma nursing atau medic.:).

azlina berkata...[Reply]

kesian kat cikgu kerja yg ada pun dah x ckup tgn...kena tambah kerja lagi...sapalah yg bagi idea ni yea..

Admin P@P berkata...[Reply]

Assalamualaikum.
Tambah lagi beban guru kelas.
Tak pasal-pasal ambik alih kerja jururawat kat klinik.

Kita tunggu dan lihat perkembangan dan kejayaan/keberhasilan tugas baharu guru dalam mengawal obes dalam kalangan pelajar.

TQ

Kak Amy berkata...[Reply]

Itulah dugaan yang harus di tempoh oleh setiap pendidik , bagi amy la kan lagi bagus kalau cikgu tue amek berat pasal pelajarnya , sekurang2nya ada orang yang dapat lihat tingkah laku anak2 bila x de di depan mata kan..

Sham berkata...[Reply]

betul ke ibu...?aduyai naya betul jadi cikgu nikan...tak pasal2 dapat free maki...

Siti Nurhayati Dollah berkata...[Reply]

Saya tak pernah anggap cikgu saya sebagai penyibuk. Mereka memberi ilmu dan jaga saya dari pukul 7.45 sehingga 2 petang.

* Sebenarnya, pemakanan perlu dikawal di rumah. Kalau makan ikut suka di rumah, cikgu hanya mampu tolong. :D

Izan Ishak berkata...[Reply]

cikgu cuma menurut arahan kan ibuintan. tp mak ayah ni mmg jnis tak faham pulak kalau sampai cakap cikgu ni penyibuk...tak baik gitu~

Peja berkata...[Reply]

sibuk susah, xsibuk pun susah :(
Ade je benda yg akan susahkan cikgu2...
kan cikgu buat donno, salahkan cikgu xamik tau...
bile cikgu amik tau, kate menyibuk...

Kakzakie Purvit berkata...[Reply]

Kalau kakak jadi cikgu tak kuasa nak layan isu ini. Yg kena pandatu mestilah ibu-bapa bukan cikgu. Sekolah dah ada PJ itu memang dah dilaksanakan, makanan penjaga kenalah jaga sendiri...

sahromnasrudin berkata...[Reply]

assalamualaikum ibu..

apabila bekerja dengan orang ramai nie mmg seronok melihat keletah mereka..yang penting kiter jangan cepat melatah..

sy pernah dimarahi oleh pelanggan saya 8 bulan yang lalu..seorang wanita dalam umur 50-an...memarahi saya di pejabat saya dengan kata-kata yang membuatkan saya bisa mohon ditukarkan..

saya hanya diam sahaja tanpa sepatah kata pun keluar dari mulut saya..abes dia marah saya, dia keluar dr pejabat saya tanpa rasa bersalah...

8 bulan kemudian, dia datang jumpe saya lagi tetapi bukan untuk meminta maaf sebaliknya ada urusannya bersama saya...

bekas bos sy slalu berpesan pd sy "kalau pelanggan sedang marah, kita diam je..api jangan disimbah dengan api.."

ahmad humairi berkata...[Reply]

Guru adalah segalanya....buat sehabis baik!

ayu star berkata...[Reply]

abis la,, sume tggungjwab anak2 skang berada di bawah tanggungan guru2..kalu betol nk menyedarkn ibu bapa tntg BMI ank masing2 spya elak obes, knp krajaan xsuruh je ibu bpa yg g hantr sndri ank2 k klinik berhmpiran utk cek BMI..? bia doktor yg bertauliah sndri yg nasihat kn parents bdak. kalu ckgu yg nsihat kn,, nnt ckp pnyibuk la, bz body la n so on.. ckup la keje ckgu ngan mgajar, m'adakn plbgai aktvt n mlayan krenah ank2 yg makin x hormat guru sjak akhir2 ni.. sy bukn ckp yg ckgu nk lpas tgn, tp ckgu2 sndri pn ad tggjwab dgn anak diorg gak.. ish3.. CIKGU la IBU, AYAH n DOKTOR anak2 sekarang...