Followers

Ahad, 17 April 2011

Hujan pun menangis.


Tajuk... hahaha tak boleh tahan.  Rasanya tiada kena mengena langsung kot namun... entahlah.   Jiwa berat sehari dua ni.  Serabut kepala otak sikit.

Semalam seharian hujan turun dengan lebatnya.  Seperti biasa seperti saluran astro juga, walaupun berbayar setiap bulan tanpa culas, streamyx  juga mula buat hal, kejap timbul kejap tenggelam, memang menyakitkan hati.  Mood untuk berblog terus hanyut bersama aliran air hujan yang mencurah-curah.


Sudah empat hari rasanya bercuti daripada dunia blog kerana tuntutan tugas hakiki serta urusan sendiri yang perlu diberi keutamaan dan perhatian.  Syukur menjelang petang semalam semuanya selesai dengan jayanya.

Sesi lawatan  akan dimulakan semula.  Ada rasa kehilangan juga rupanya bila beberapa hari tidak menyebok di laman orang.  Wah, adakah ibuintan jatuh cinta lagi.  Memang ibuintan memang sedang dilamun cinta, cinta yang sedang mekar terhadap dunia blog.  Suspen je kan.... sebab dah terlalu rindu cukup sampai di sini, dah tak sabar nak melepas rindu dipagi yang hening dan dingin ini. 

Jumpa di sana...... rumah kalianlah.







19 ulasan:

hentian berkata...[Reply]

hujan mennagis, katak ketawa...

Acik Erna berkata...[Reply]

ibuintan..semalam hujan disana ye..rasanya kat sini..sekejap je..panas sampai ke petang.
alhamdulillah tugas ibuintan dah selesai dan dah kembali menulis..

IMANSHAH berkata...[Reply]

katak tu sakit kot ketawa...datang bah, ngan katak2 kena hanyut

Ateh Nour berkata...[Reply]

Sallam Ibuintan,

Kira hujan yang membawa rahmatlah tu,
kat sini pun selalu hujan, air sungai
pun selalu naik. Dan Broadband pun semakin slow.

Walau bagaimana pun selamat menziarahi rumah kawan2 di pagi Minggu ni.

Cik Ina Do Do Cheng berkata...[Reply]

Assalamualaikum ibu intan,

oooo sibuk rupanya. dunia blog umpama makan sambal belacan , kalau tak makan cam serba tak kena rasanya. samalah ngan makcik, sesibuk cam mana pun, mesti nak menyelit sikit ke blog.

ibuintan berkata...[Reply]

IM,

sebab suara katak sangat teruk, picing lari ke laut, tu yang hujan turun mencurah2

ibuintan berkata...[Reply]

kakerna,

syukur semua yang penting dah selesai

kita jumpa lagi

ibuintan berkata...[Reply]

Iman,

katak tak sedar diri... eh mana ada katak, katak orang cina dah tangkap.. buat sup

ibuintan berkata...[Reply]

LL,

hujan ada masa bawa rahmat namun tak kurang juga bawa ujian

hari ni lapang sikit, nak jenjalan jauh sikit

ibuintan berkata...[Reply]

Cik Ina,

memang cinta sambal belacan, makin pedas makin sukar dilupa

tu lah dapat penyakit baru

Asri Alam berkata...[Reply]

tajuk lagu kecewa dari seberang tu. semangat ibu tu buat aku semangat blogging semula :)

ibuintan berkata...[Reply]

hahaha... pandai sasa, memang tajuk lagu org seberang

janganlah patah semangat lak, muda2 tak baik patah semangat tau

Sham berkata...[Reply]

ada masa nanti,singgahla ke teratak saya ye...heee...

Azian Elias berkata...[Reply]

itulah.. saya pun dah windu akak ni..heee..

adol ihsan berkata...[Reply]

Salam..

Ibu, hujan itu kan rahmat.. Hehe,,
Bersyukur atas rahmat yang dicurahkan ke muka bumi ini..

Chewaah.. :)

azieazah berkata...[Reply]

Alaaa IBU INTAN, kalu dapat main ujan sesama, kan best?

Itu pun kira jatuh cinta gak, kan? hehehehe

Pesta Buku 2011: Nyanyian Tanjung Sepi, bolehkah sejarah berulang?

al-lavendari berkata...[Reply]

patutlah saya pun mengalami masalah yang sama. internet slow macam cipan demam sebulan tak makan !

Zaitun berkata...[Reply]

Masa kak Zai tak sihat hari tu pun tak tinggal tengok blog cuma tak tinggal jejak aje.

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...[Reply]

macam tu lah perasaan saya bila tak singgah ke rumah kawan-kawan.

lain kan kak ?