Kita hanya merancang.
Perancangan hari ini sepatutnya ke Pesta Buku. ........ Batal.
Perancangan malam ni .. malam ahad.. tidur di rumah mak mertua......... Batal.
Perancangan esok tak tahu lagi.
Batal gara-gara sejak petang semalam Azim demam.
Malam tadi... bukan..... pukul tiga dinihari hantar Azim ke hospital, sebab batuknya makin menjadi-jadi gatalnya maka sebelum sesak nafas yang teruk, hantar sedut oksigen. Selepas dibuat pemeriksaan, doktor hanya bekalkan ubat dan Azim dibenarkan balik.
Hati ibu yang sentiasa risau, sampai ke pagi hanya dapat tidur-tidur ayam.... Hari ini, demam Azim sudah berkurangan namun batuk masih ada. Sepetangan tumbang, mata mengantuk yang teramat diikuti dengan kepala yang nyup-nyap nyup-nyap.... berdenyut kuat sekali. Terpaksa telan panadol baru boleh tidur.
Harap malam ni Azim dapat tidur dan batuknya berkurangan. Walau anak dah remaja bila tidak sihat, bila demam, "adik nak tidur dengan ibu' dan ibunya jamin tidak dapat melelapkan mata.
Dan abahnya terpaksa tidur bertilamkan selimut toto di bawah, namun tetap lena. Abahnya ...... sabar je bagai tiada apa-apa.
//Hujan mulai turun, dan pastinya malam ni sejuk.. harap batuk Azim akan terkawal. Harap dia dapat tidur dengan lena, begitu juga dengan ibunya, kepala masih berat lagi ni..
18 ulasan:
Assalamualaikum my dear sis..IbuIntan:)
MOga Azim cepat sembuh!Untuk IbuInta..jangan risau ya sis..
InsyaAllah..sihatnya nanti..
IbuIntan..rest kena cukup!
Memang selalu kalau anak sakit tak kira besar atau kecik ibulah yang paling risau sanggup tak tidur sepanjang malam.
Semoga azim cepat sembuh.
ibuintan
ayu doakan azim dan ibuintan segera sembuh..
memang diakui.. if anak sakit.. kita ibunya sama2 terasa.. maklumlah penyakit berjangkit.. mudah merebak....
alahiii..sian ea kek adik...!
org lelaki memang cam tu kan kak?
kok anak kekocik maghrin..menjhorit la baik...haram kok donga...
Sallam ibuintan,
Itulah kata orang,
dari anak sakit lebih baik
kita yang sakit.
Semuga azim cepat sembuh,
dan ibu dapat tidur lena.
memang orang lelaki ini kuat sabar dalam menjaga anak ..! hehe
semuga azim sembuh seperti sediakala dan kak nah terus sihat hendaknya...insyaallah.
Alohalohaloh...kesiannya...moga cepat pulih.
Salam
Jemput sertai contest saya
http://www.abgshah.com/2011/05/contest-selamat-hari-guru-cikgu.html
Kalau ibu yang demam, satu rumah mau ikut demam.
kita memang sentiasa jadi doktor apabila anak sakit..
yg prihatin adalah ibu..
selagi suhu badan anak tak turun..kita tak boleh nak lelap..
itulah sebabnya digambarkan..
SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU..
sb betapa besarnya pengorbanan ibu..
moga anaknya cepat sembuh.ameen
kita ni cuma merancang.
cepat sembuh ya!!
ibu intan sebagai ibu kalau anak sakit kita rasa tak menentu, sampai kita rela kalau sakit tu biar kita je yang kena.semoga azim cepat sembuh ye, ibu tengah risau tu.
Ibuintan..ibu kena jaga kesihatan..kalau ibu ikut demam..camana nak jaga nak yang demam.
semoga azim dan ibunya cepat baik..
Assalamualaikum Ibuintan
moga azim cepat sebuh
SELAMAT HARI PEKERJA
Wassalam
Salam Ibuintan.
Setuju dgn komen al-lavendari. Sabar ajelah.
Semoga Azim dan ibuintan cepat sembuh.
Assalamualaikum,
Pra-demam tu kira belum demam lagi ibuintan...
ibu.....moga azim lekas sembuh..
Catat Ulasan