Followers

Rabu, 13 April 2011

Hobi Pak Mertua.





Dua ekor burung balam (tekukur) yang menjadi pujaan hati bapa mertuaku.  Inilah hobinya.  Hobi yang telah lama tertanam dalam jiwanya.  Sebelum ini hampir keliling rumah mak mertua bergantungan sangkar burung balam. Namun kini hanya tinggal dua ekor saja lagi di dua sangkar. Abah mertua mendpatkan burung balam ini  dengan cara menjerat menggunakan alat yang dipanggil 'racik' atau 'jebak'. 

Menurut abahintan memasang racik dan jebak itu adalah hobi abah mertua sejak muda lagi tetapi sekarang dengan faktor umur dan kesihatan hobi itu telah lama ditinggalkan.  Namun  dua  ekor burung balam kesayangan ini masih di jaga dengan baik. 

Burung-burung yang lain telah berpindah ke rumah pewaris hobi bapa mertua.. Daripada tiga orang anak lelakinya seorang telah mengikuti jejaknya., iaitu adik lelaki abahintan.  Nasib baik abahintan tidak menjadi pewaris hobi ini. Kalau tidak sah rumah kami juga bergantungan sangkar burung... nasib baik sungguh.


 Dan kekadang dua ekor burung balam ini juga menjadi antara punca pertikaman lidah antara sepasang suami isteri warga emas ini.  Emak mertua memang tidak suka dengan sangkar yang bergantungan itu.  Menyemakkan mata .. katanya.

Tapi balas abah mertua pula,' bukannya sangkut kat leher kau' hahaha.. dah lali anak menantu serta cucu mendengar gaduh-gaduh kecil pasal burung balam ni.


Namun ada juga satu kes yang hampir menjadi pergaduhan besar apabila ada seorang lelaki cina yang lalu di hadapan rumah mak mertua tiba-tiba terpikat dengan kemerduan bunyi seekor burung  ini.  Lelaki Cina tersebut telah menawarkan RM300 untuk membeli burung tersebut.  Emak memaksa abah mertua menjualkannya tapi abah enggan, puas emak dan lelaki Cina itu memujuknya sehingga sanggup menawarkan harga sehingga RM500.


Abah mertua tetap enggan. Begitu sayangnya pada burung balam tersebut. 'Biar dia mati dari menjualkannya' katanya bertegas.  Dan burung itu masih lagi hidup tapi telah berpindah tangan kepada pewaris barunya. Dengarnya sekarang pewaris hobi baru ini, sering hilang di waktu cuti dan hujung minggu bersama geng-geng yang sekaki dengannya... memikat burung.  Siisteri dan anak-anak pula mula menjeruk rasa, tidak dapat ke mana-mana.




Rumah mak mertua. Tengok tu...dua  sangkar burung yang digantung di hadapan rumah.  Mak  pindahkan ke belakang rumah, abah  pindahkan semula ke hadapan rumah.


//nasib baik hobi abahintan memancing.. itu pun taklah tegar sangat, kekadang je..



18 ulasan:

Cik Ina Do Do Cheng berkata...[Reply]

Salam ibu,

Cerita pasal burung teringat ngan drama melayu,yg cerita pasal suami yang hobinya memikat burung. cam tu lah keadaanya sampai bertegang leher. pak mertua ngan mak mertua tu gaduh manja je.

ummu berkata...[Reply]

assalamualaikum kak
bila baca entry ni
terkenang saya pada arwah atuk saya
dia suka sangat bela burung.
dulu mas acuti sekolah adalah sekali dua ikut dia tengok dia memikat burung kat kebun belukar.

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...[Reply]

bunyi selalu memikat

Acik Erna berkata...[Reply]

ibuintan..arwah bapak akak dulu suka jugak..tapi tak lah teruk sangat.
abang yang dikampung pun suka bela jugak..tapi burung merbok

ahmad humairi berkata...[Reply]

addalamualaikum,

...idakke takut terkena selsema burung?

....kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai...betul tak?

sahromnasrudin berkata...[Reply]

assalamualaikum...

semoga burung itu tak melahirkan telur palsu kan, ibu heheheheh...

abahintan boleh join tn hj al-alvendari tue heheheeee

Kakzakie Purvit berkata...[Reply]

Assalamu'alaikum ibuintan,

Mesti MIL ibuintan dah lali sebab dari muda hingga dah bercucu. Kalau hobby tak boleh bendung. Nasib baik hobby bapak kakak tanam sayur.....

kak long berkata...[Reply]

asalamualaikum..

kekadang hobi ni boleh jadi bauh mulut pergaduhan lakibini....macam tu selalu terjadi pada atuk dan nenek sebelah suami...tapi skrg dah tak ado lg atuk poie memikat..kesihatan tak mengizinkan...

Dr K berkata...[Reply]

sangkar burung tu memang open ke? means burung tu bebas terbang.

rumah atuk mmg klasikal rumah minangkabau lah kak! kat mana ni? Pilah?

Azian Elias berkata...[Reply]

eeee..seronoknya saya tgk rumah tu.. macm nak p je..

Azian Elias berkata...[Reply]

eeee..seronoknya saya tgk rumah tu.. macm nak p je..

sal berkata...[Reply]

ibuintan..nasib baik dia minat burung.biarlah...klu minat orang, jadi susah...

sekamar rindu berkata...[Reply]

salam...

hobi yg jarang2 ada dan jarang2 dapat dilihat..

adol ihsan berkata...[Reply]

Salam..

Nak jumpa dgn RACIK dan JEBAK boleh?

hehe..

:)

Pn Kartini berkata...[Reply]

Assalamaualaikum my dear sis..:)

susah kalau nak bangkang hobi yang sememangnya dah jadi turun termurun kann.....:):)
seronok jekk baca citer..kiranya gaduh2 manja gituu...heheh:)

sud@is berkata...[Reply]

kalau dah hobi macam tu la jadinya....

kat sebelah utara orang macam ini digelar 'tahi burung"

Ateh Nour berkata...[Reply]

Sallam ibuintan,

Orang yang dah biasa dengar suara burung ni kalau sehari tak dengar boleh demam dibuatnya....

atul berkata...[Reply]

bagus tu hobi...meyemarakkan bunyi waktu bangun pagi