Followers

Selasa, 12 April 2011

Projek Mak Mertua.

Kami sekeluarga balik ke kampung abahintan pada malam Ahad.  Setibanya di sana terlihat mak mertua sedang membuat sesuatu, membasuh dan mengelap buluh.

Tanpa ditanya mak mertua membuka kata, 'mak nak buat  lemang  pagi esok.. Teringin sangat , mak buat sikit saja' tambahnya lagi.  Memang pun buluh lemang yang tersedia hanya ada sepuluh batang.

'Mak taknak lemang yang djual tu, buat sendiri lagi puas hati' tambahnya bila diberi cadangan beli sahaja lemang yang ada banyak dijual sekarang ni.


Tidak sampai setengah jam kemudian, sampai pula keluarga  kakak ipar dari Seremban.  Mak dah mula tak senang hati, beras pulut yang dibeli hanya ada dua kilo saja, akhirnya mak menelefon beberapa anaknya yang lain.. bertanya samada esok balik kampung atau tidak, tiga mengesahkan akan balik sementara yang lain belum pasti.


Lagi anak-anak menegah lagi banyak alasannya, mahu tak mahu akhirnya terpaksa akur juga.  Abah mertua pula kunci mulut.  Abah mertua memang tak setuju seratus peratus.  Buluh pun mak mertua upah orang lain carikan.  Bila keluar ayat, 'kalau semua tak suka, lepas sarapan esok balik rumah masing-masing,'  Hambik kau... terdiam semua.  Para menantu tak berani campur. 


Keesokkan paginya (Ahad), mak mertua mula mengerah  anak dan menantu  lelakinya, seorang dikehendaki membeli  empat kg beras pulut lagi, seorang lagi menambah  bilangan buluh lemang sementara seorang lagi ke pasar membeli lima ekor ayam untuk dibuat rendang.  Nasib baik daging kerbau segar tidak ada, kalau tidak buat juga rendang daging.  Mak mertua tidak makan daging lembu.


Seawal lapan setengah pagi, 'projek' mak bermula,.. dimulai mengait kelapa tua dan masak, mengupas, memarut serta memerah santannya, mengalas buluh dengan daun pisang, masukkan beras dan santan ke dlam buluh serta membakarnya.  Urusan membakar diserahkan kepada adik ipar lelaki. 


Kakak ipar serta biras mengambil tugasan memasak untuk makan tengahari sementara ibuintan mengambil bahagian memasak rendang ayam.  Menjelang pukul tiga petang, urusan membakar lemang serta memasak rendang   pun selesai.  Baru masak .. semasa masih panas memang lemang menjadi rebutan... harum sungguh baunya.

Haaa.. akhirnya projek mak yang kecil-kecilan yang dirancangnya secara diam, bertukar menjadi projek besar.  Rasa macam nak raya pulak!

Rasanya kalaulah mak mertua sudah tiada, mungkin 'projek' ni akan berakhir juga.




Dari asalnya sepuluh batang akhirnya menjadi dua puluh enam batang., lemang dibahagian sebelah lagi telah di'belah'kan sebaik saja rendang masak.  Nasib baik tak kena perli....




Akhirnya dengan berkumpulnya enam keluarga anak-anak mak mertua daripada sebelas orang anaknya, maka lemang  yang berbaki di rumah mak mertua hanya tinggal 4 batang. Yang tak balik tetap menerima kiriman lemang.  Berjaya juga projek mak mertua walau mendapat bantahan keras daripada suaminya (abah mertuaku).


//walaupun kudratnya telah berkurangan namun semangatnya tetap kuat... itulah ibu mertuaku


44 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...[Reply]

Dua hari lepas bapa kakcik sangat teringin makan lemang. Kakcik beli sebatang berharga RM12 - dia makan beberapa potong kecil - cicah gula.

eza alim berkata...[Reply]

umak aiiiii...sodap eihh..pos kek penang siket...

ibuintan berkata...[Reply]

kakcik,

mahal tu.. kat sini paling mahal pun RM10.. besar dan panjang ke?

bila dah teringin sangat macam tulah kakcik kan, mak mertua saya ni pun alasannya macam tu jugak.. teringin sangat tapi dia tak mahu yang beli nak buatan sendiri jugak

ibuintan berkata...[Reply]

along,

hahaha... posmen tak beri pos jejauh, basi... katanya

nurkass berkata...[Reply]

walah..
sedapnye..
fresh lagi..
erkk, nak tanya kak..
sedap ke rendang kerbau..
tak pernah makan..

Dr K berkata...[Reply]

dah macam raya! meriah..

macam tu lah orang tua...

macam nenek saya..kalau balik kampung, mesti dia berkeras nak masakkan kami rendang ayam...padahal kami kata tak payah...bukan apa, kesian tgk dia..penat nanti..

ahmad humairi berkata...[Reply]

Assalamualaikum,

Tak demamke lepas abih projek tu?

al-lavendari berkata...[Reply]

ibu mertua pun tarafnya sama dengan ibu sendiri dunia akhirat ..

bila ibu intan nak jadi mak mertua pulak ?

sekamar rindu berkata...[Reply]

salam....ibu,

nengok lemang tu..teringat masa raya..selalu bakar lemang..:)

Acik Erna berkata...[Reply]

ibuintan..dulu masa arwah mak akak ada macam tu jugak.ada2 aje projek dia..
anak2 kena laksanakan untuk menjaga hati.

Pn Kartini berkata...[Reply]

assalamualaikum:)

aduhaii...sedapkan makan lemang time panas2 tuu...:)
Pasti mak mertua akak rasa puas hati bila bakar lemang banyak2 tuu...berbalas juga penatnya:)

ibuintan berkata...[Reply]

nurkass,

masa masih panas-panas tu memang sedap.. dengan bau wanginya sekali

sedap pada yang menggemarinya, akak tak makan... orang kata dagingnya kasar sedikit berbanding daging lembu, kasar macam mana.. akak tak pasti pula

tapi mak mertua akak memang hanya makan daging kerbau saja

ibuintan berkata...[Reply]

DZ,

memanglah macam2 alasannya... kalau mak kata nak buat... mak mesti buat, mak bukannya makan sangat pun, lebih memberi cucu sebenarnya

ibuintan berkata...[Reply]

mualaikumsalam Cikgu AH,

tak demam... insyaallah masih sihat, sebab tak jaga api lemang.. kalau sendiri jaga api lemangnya... belum tentu lagi

ibuintan berkata...[Reply]

salam SR,

tu lah dah macam raya.... setiap tahun mak mesti bakar lemang, tak sah kalau tak buat


kali ni dia teringin sangat nak makan lemang

ibuintan berkata...[Reply]

Pak Ngah,

memang betul tu... sama tarafnya, syukur saya dapat mak dan abah mertua yang baik sangat... tiada pilih kasih dan beza membeza antara anak sendiri dan anak menantu


tu sebab seminggu kalau tak balik berjumpanya lain macam saja rasanya


saya... jadi mak mertua pula, lambat lagi agaknya anak2 sedang dalam proses membesar dan mencari hala tuju dan tapak dalam kehidupan mereka pada masa akan datang

ibuintan berkata...[Reply]

kak erna,

memang menjaga hatinya amat perlu walau kekadang sukar juga kan


syukur mak dan abah mertua tidak cerewet

ibuintan berkata...[Reply]

mualaikumsalam Dik Tinie,

memang berbaloi makan masa panas ditambah dimakan juga bersama rendang yang baru masak... sama2 harum dan wangi lagi


bila dah sejuk kurang laku sedikit

memang mak mertua akak puas hati sungguh, walau niat asalnya tidak mahu memberitahu dan menyusahkan anak2... dia nak buat sendiri

Azian Elias berkata...[Reply]

dah namanya mak kan.. cam ne pun tetap diusahakan...

miss kat mak lah..

Cik Ina Do Do Cheng berkata...[Reply]

Salam ibu intan,

Bila baca cerita ni buat makcik sedih, teringat masa duk rumah seseorang kat Gadong, N.9, bila hari membantai, rupa nilah keadaanya.orang tu terror buat lemang, lepas masak je, terus cicah ngan rendang ayam yang di masak cara orang nogori, tak payah tumis.terbau sampai sinilah ibu intan.

ibuintan berkata...[Reply]

Yan,

macam mana keadaan sekarang, harap dah okey!.

akak juga miss my mak.. alfatihah untuk mak

ibuintan berkata...[Reply]

cik Ina,

alaaaa maaf lah kalau dah buatkan 'makcik' ina teringat memori lama

takpe next raya jemput datang rumah.. kalau nak buat lemang sekali kat rumah MIL la, rumah sendiri tak pernah buat

azlina berkata...[Reply]

sedap ni kak nah mkn dgn rendang pun sedap dgn durian pn sedap...
rasanya mak mertua akk bukan hendak makan sangat tapi lbh seronok tgk anak cucu menjamahnya...hati seorang ibu dan nenek..

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...[Reply]

Mertua akak rindu kat anak menantu dan cucu tu.



Teringat pulak kat mak mertua. InsyaAllah raya tahun ni raya sini jadi tak dapat rasa lemang fresh.

sal berkata...[Reply]

amboi meriahnya..
makan ramai2 tentu berselera ye..

IMANSHAH berkata...[Reply]

saya tak penah buat lemang..makan je..huhu

sahromnasrudin berkata...[Reply]

assalamualaikum ibu...

lemang negeri sembilan tetap yg terbaik..setiap kali sy lik klang, mak sy mesti tanye ko tak bawa lemang ke, long...
rasanya cukup sdap...

Yunus Badawi berkata...[Reply]

Meriah bila ramai anak cucu balik. Lain kali boleh rancang projek tu awal2 dan lebih ramai anak cucu balik.

Yunus Badawi berkata...[Reply]

Di mana kampung emak mertua ibuintan tu? Dekat2 Tg Ipoh jugak ke?

Yunus Badawi berkata...[Reply]

Pernah sekali saya dan jiran buat projek masak lemang masa nak raya haji.

Cari buluh di hutan belakang Zoo Negara. Setengah mati dibuatnya. Taubat lepas tu tak buat lagi hehehe

ibuintan berkata...[Reply]

ina,

rasanya camtu jugaklah... tapi yang herannya tak pulak dia memberitahu anak-anaknya yang dia nak membuat lemang

kami balik pun tak dirancang, tak tahu menahu mak nak buat lemang

ibuintan berkata...[Reply]

Reen,

mungkinlah rindu agaknya, tapi anak2 mak setiap minggu gilir2 balik kg... ada saja yang balik selalunya

kalau tak buat beli lemang sajalah ye!

ibuintan berkata...[Reply]

Sal,


memang meriah... ala2 raya pulak, bebudak yang suka

ibuintan berkata...[Reply]

Iman,

susah dan sukarnya membuat lemang... yang tak tahan menjaga apinya tu

ibuintan berkata...[Reply]

mualaikumsalam Shah,

ramai juga yang kata begitu

mak mertua ibu kalau buat memang buat betul2 tak menipu bahan... rasanya memang sedap, tu sebab dia tak nak beli, nak buatan sendiri juga


biasanya tahan sehingga tiga hari

ibuintan berkata...[Reply]

YB 1,

memang kami tak tahu menahu pun, mak mertua nak buat sendiri alasannya taknak menyusahkan anak2 yang bekerja


kalau ikutkan anak2 semua pun tak sanggup

ibuintan berkata...[Reply]

YB 2,

dalam daerah k. Pilah juga... kg kepis melalui Senaling

lebih kurang 25 km saja dari rumah

ibuintan berkata...[Reply]

YB 3,


hahaha... takkan taubat kot!

sekarang ni kat sini dah ada bisnes jual buluh lemang kalau berhajat order saja... sebatang tengok saiz dan panjang

mesti taubat tak tahan jaga api kan... memang itu yang selalu menduga sangat.. bayangkan bila dalam bulan puasa lagi... memang tergugat iman

cikceriacorner berkata...[Reply]

wow..bestnye akak..

bile gotong royong..ape yg kite buat lg best..heheh

Tanpa Nama berkata...[Reply]

assalamualaikum ibuintan

hehe kalo tak maknya tak berkeras
anak2 cucu pon tak dapat makan kan...

adol ihsan berkata...[Reply]

Salam, ibu..

uihh... sedap nye,, nak lemah sebatang boleh ?

hehe..

:)

ibuintan berkata...[Reply]

cik ceria,

memang bila bergotong royong lagi meriah lah..

ibuintan berkata...[Reply]

mualaikumslam Manje,

tu lah mak mertua akak terpaksa berkeras demi keinginan makan lemang


anak cucu numpang sama lah

ibuintan berkata...[Reply]

salam Adol,

ala... dah habis lah, raya nanti datang rumah ibu.. makan lemang N.S