Followers

Khamis, 21 April 2011

Bos anda seorang wanita?

Hasil kajian dan pandangan Puan Nelli.

Bos perempuan adalah :

* Cerewet- sibuk dengan perkara2 kecil
* Kedekut memberi penilaian
* Moody
* Garang tidak betempat
* Kurang bertimbangrasa
* Tidak boleh buat keputusan
* Menjatuhkan martabat lelaki bila lelaki diperintah oleh bos perempuan
* ’Bossy’
* Kelam-kabut
* Terlalu sensitif bila ditegur
* Terlalu risau dengan prestasi sendiri
* Takut dimalukan apabila ada kesilapan oleh orang atasan
* Hilang sifat penyayang untuk membuktikan dia setaraf dengan lelaki
* Hilang sifat keibuan dan menukarnya dengan sifat ibu tiri
* Berlagak hebat sebab takut orang tahu kelemahannya

kredit to: http://blogs.iium.edu.my/


///ibuintan setuju je!


39 ulasan:

ibundo berkata...[Reply]

haha.. setuju separuh separuh.

Kakzakie Purvit berkata...[Reply]

Asalamu'alaikum ibuintan,

Kakak kurang bersetuju walau ada setengahnya begitu. Bahkan ada bos lelaki yg punya ciri-ciri tercatat. Manusia tetap ada sifat +ve and -ve tak kira ia perempuan atau lelaki.

Azian Elias berkata...[Reply]

Kerana bos perempuan lah maka saya berhenti jadi guru in 2001 within 24 hrs. Believe me. I really hate her..

Serba tak kena kak.. Menyangkut personal interest gak lah.. Tak leh nampak lebih sikit. sakit pala laki sy.. khirnya dia kata, nak berhenti tak? sy terus kata, NAKKKK..heee

ahmad humairi berkata...[Reply]

Assalamualaikum,

Setuju dengan pandangan Kakzakie...namun kebanyakannyalah memang begitu....jangan mara...

Yunus Badawi berkata...[Reply]

Masa saya makan gaji dulu pernah sekali dapat bos wanita. Tapi dia ok aje. Tak mcm ciri2 yg disebutkan itu.

Skrg dia pun dah kerja sendiri. Buat bisnes dgn suaminya.

nurkass berkata...[Reply]

saya setuju yg arif..!!!!
kdg2 tu siap pilih kasih lagi...haipppp..

org lain buat keje bagai nak giler, org yg jd anak emas dia pulak yg dibangga2..geramnya..sib baik kass dah berenti keje kat tempat tu..gerammmmm..

Dr K berkata...[Reply]

Saya setuju.

Saya ingin menambah. Bila perempuan tak berkahwin menjadi bos(usia dah lanjut), lagi parah!

Consultant2 pompuan saya masa saya kerja di hospital gomen dulu, punyalah garang.

Bukan semua, tapi ramai bos wanita begitu.

Dan hasil kajian saya dan kawan2 saya, bahawa ramai ibu mengandung lebih prefer di periksa dan bersalin dibawah kelolaan doktor lelaki. Doktor perempuan kasar kerjanya dalam hal hal perbidanan.

The Red Rambutan berkata...[Reply]

Ibuintan, nasib baik RR lelaki. Setakat ni Alhamdulillah, tak de komplen yang semacam gitu. Syukur tak ada satu pun dalam senarai tu yang di adukan kepada RR. Syukur kepada Allah.

Zaitun berkata...[Reply]

Mungkin ada benarnya tapi tak semua.

ibuintan berkata...[Reply]

kakpah... memang ada benarnya kan, tapi tak semuanya

ibuintan berkata...[Reply]

mualaikumslam kakzakie,

memang bukan semuanya tapi sebab segelintir tu ada yang memiliki hampir kesemua ciri di atas maka ramailah yang menjadi seakan tertekan jiwa raga di bawah pimpinannya

ibuintan berkata...[Reply]

Yan,

kalaulah akak juga mampu berbuat seperti itu

ibuintan berkata...[Reply]

mualaikumslam cikgu AH,

betul tidak semuanya.... hanya segelintir

yang segelintir nilah yang menjadikan orang bawahnya tidak seronok bekerja

ibuintan berkata...[Reply]

YB...

bernasib baik sangatlah tu!

ibuintan berkata...[Reply]

nurkass,

seratus persen setuju

tukang kipas dan ampu juga yang dapat namakan

ibuintan berkata...[Reply]

DZ,

setuju....... setuju........teramat setuju!

hati orang bawahan letak bawah tapak kakinya je

ibuintan berkata...[Reply]

RR,

syukur... jadilah pemimpin yang menyenangkan anak buah


kejayaan sesebuah organisasi takkan ada tanpa bantuan orang bawahan

ibuintan berkata...[Reply]

kakzai,

nasib baik bukan semua

Acik Erna berkata...[Reply]

ibuintan..akak pun setuju..

anie,Nagoya berkata...[Reply]

kita kira boss jg(bos kecik).....tapi kita jenis yg prihatin pada pekerja.kekadang kene tegas, bukan garang tau...

kasihibu berkata...[Reply]

salam kak
ada nataranya sya setuju
tp ada di antaranya kurang setuju.
pengalaman sya
lebih suka bos tu seorang perempuan sbb teliti dan memang ada seperkara kita nampak macam benda kecik tp sebenarnya masalah akan timbul kalau kita abaikan benda yg nampak kecik dan remeh tu.

sahromnasrudin berkata...[Reply]

assalamualaikum ibu..

sy tak berani nak komen kerana setakat nie bos saya semuanya lelaki...

Siti Nurhayati Dollah berkata...[Reply]

:D ada betulnya. Tapi tak semua. Boss lama yati wanita, dan dia sangat memahami. Senang nak dibawa berbincang.

sal berkata...[Reply]

dah lama berbosskan perempuan..

klu lelaki agak2 penyabar sikit kot..

Asri Alam berkata...[Reply]

ada macam ragam sebenarnya. tak setuju sepenuhnya. dulu bos wanita jgk yg sgt cool, spoting, idea banyak. tp ada masalah penguatkuasaan perkara yg dilaksanakan sbb kami pulak yg jd bos dlm ofis. mgkn sesekali kena bertegas jgk

ibuintan berkata...[Reply]

kakerna,

hanya yang dah merasa... terasa kan

ibuintan berkata...[Reply]

anie,

tegas, garang,.... berbeza

ibuintan berkata...[Reply]

sya,

memang tak semuanya di atas ibu setuju... ada juga yang tak sepertinya

ibuintan berkata...[Reply]

mualaikumsalam Shah,

bidang ibu banyak bos perempuan..

tak semua.. namun tetap ada seperti yang dinyatakan di atas

ibuintan berkata...[Reply]

Yati,..

syukur mendapat seperti yang Yati dapat sekarang... hargainya

ibuintan berkata...[Reply]

sal,

dua-dua dah rasa... tetap suka pada bos lelaki

ibuintan berkata...[Reply]

sasa,


memang tak semua camtu.. namun ada yang macam tu, yang boleh buat orang bawahan sakit hati, sakit kepala.. malah mungkin sakit jiwa

CIKGU NAMAN berkata...[Reply]

setakat ni semua bos perempuan..hehe


errr.er...

ibuintan berkata...[Reply]

cikgu n@m@n,,

riangnya berbos perempuan

tahniah

Sham berkata...[Reply]

ha ha bos saya pompuan gak ibu...tp tak semua la yang negatif tu...

azlina berkata...[Reply]

rasanya bos perempuan atau lelaki bergantung pada sikap pribadi seseorang itu tak kira dia perempuan atau lelaki...kan dunia ni ada macam2 karektor manusia ...
beruntung jika dapat bos yg memahami....

Azian Elias berkata...[Reply]

Sabar je lah ye kak.. INSYALLAH ada lah hikmah nya tu..

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...[Reply]

Pernah ada bos perempuan dulu. OK jer kak.



Tapi rasanya bos pomfuan andalusia yg selalu byk masalah.Angin tak bertempat. Ada sorang kat ofis ni. Nasib baik xde kena mengena.

Cik Ina Do Do Cheng berkata...[Reply]

setuju yang daddy ziyyad tulis. boss makcik perempuan , cam tu lah kekdahnya perangai dia yang ibu intan tulis tu.