Followers

Ahad, 24 April 2011

Air.... Air.... Air


Bangun pagi pulas kepala paip di sinki, setitik air pun tak keluar.  Memang sah air kering lagi.  Pagi semalam juga begitu.  Terganggu hasrat membasuh kain baju yang menggunung di dalam bakul.  Nasib baik menjelang petang bekalan air pulih semula. 

Pagi ni putus lagi.  Memang teruk servis syarikat air ni.  Dulu dibawah gomen pun macam tu juga.  kejap-kejap putus, selalu tak berair kekadang memakan masa dua tiga hari.  Sekarang ingatkan swasta dah ambil alih tiada lagi masalah bekalan air putus ni.  Tak juga.  Sama saja.  Harapkan tarif air saja yang melambung naik, servis tetap tak ada kelas. 


Rumah tidak jauh dari sumber air, tidak jauh dari  loji air.  Satu di Empangan Talang dan satu lagi di loji Ulu
Bendul.  Tetap sama.  Bila diberitahu,'maaf, loji dalam pembersihan'...'maaf, ada paip bocor'.  Dari dulu sampai  sekarang, itu itu juga alasannya.  Kalau dari loji Ulu Bendul lagi teruk, tak boleh hujan langsung, setiap kali lepas hujan lebat air mesti kering... masa ni alasannya air keruh.  Pelikkan takkan tak ada loji simpanan air bersih, takkan air sungai keruh terus masuk ke dalam loji utama tu.



 Sejak swasta ambilalih, yang juga dikenali sebagai SAINS bekalan air di kampung ini datangnya dari loji di Empangan Talang, di hulu kampung ini juga.  Ibarat kata kalaulah ditakdirkan empangan tu pecah, habis sekampung rumah dengan kami-kami sekali hanyut.  Namun minta dijauhkanlah.  Empangan besar  namun masih ada juga masalah bekalan air terputus.


Pagi ni putus lagi, harap tidak membawa sampai ke petang.  Untuk memasak dan membasuh semasa ketiadaan air terpaksa bergantung pada simpanan air di dalam tangki.  Selalunya boleh bertahan sehingga tiga hari sebab ahli rumah tidak ramai.


//Mana nak cukup, air dihantar ke bandar besar ataupun dijual ke negeri lain, macamlah orang kampung ni tak bayar bil macam orang bandar tu!



23 ulasan:

kak long berkata...[Reply]

kalau hari rayo cam ni laie poarah kan kak?

ibuintan berkata...[Reply]

memang Long... dulu selalu camtu, stiap kali ghayo air mesti putus... memang tensen ...

selalunya sejak hari mantai hingga dua hari ghayo

Unknown berkata...[Reply]

susah mcmni...kalau tkde air dn letrik ni memang susah sgt....kedua2nya penting..

Hamizah berkata...[Reply]

rimas bila x air,kan?

IMANSHAH berkata...[Reply]

kat perak masih ok...tapi kalau balik kampung tumpat pun macam akak juga

Asri Alam berkata...[Reply]

diorang utakan kawasan industri sbb takut industri kerugian salahkan diorang. terer jgk strategi diorang

Unknown berkata...[Reply]

mujur hari tak kerja kan ibu..??
saya ni biar la tak de api jangan tak de air..
siksa la,nak masak,nak membasuh,nak mandi..

sekamar rindu berkata...[Reply]

salam...

sangat sukar bila tak air...pihak yg berwajib perlu proaktif dalam menyelesaikan masalah ni...

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...[Reply]

Kat kampung abg pun camtu kak. Terpaksa buat saluran paip khas dari bukit. Orang2 kampung kongsi-kongsi buat. Tapi airnya...sejuk ya amat. Mandi tengahari saya dibuatnya... hehehe..


Bila raya lagi teruk. Dengar cerita Adun baru dah mula nampak dan dengar. Tunggu ajelah.

ummi azween berkata...[Reply]

assalamualaikum ibuintan

lama tak menjengah ke sini.

ibuintan apa khabar

berblik pada bab air tu, memang rasa marah kalau air tak ada.susah nak solat dan urusan harian.

sal berkata...[Reply]

hantar air kat tempat org..

tempat sendiri tak ada air..

cian..sabo jeelah ye ibuintan..harap2 lain kali service air baik..

atuk berkata...[Reply]

Assalamualaikum Ibuintan

kalau saya
air tangki boleh tahan sampai petang ajer

Wassalam

kasihibu berkata...[Reply]

kak mandi dokek ulu bendul tu

memang susah tak ado air, biar tak ado elektrik kan?

Unknown berkata...[Reply]

selamat malam ibu intan

sah...... ttg air.. ayu pun sakit hati bila ada masalah dgn bekalan air...
pengsan ko

Azian Elias berkata...[Reply]

Biar tak de api, jangan tak de air.. haruuu..

adol ihsan berkata...[Reply]

Salam..

Teringat pulak pada perkataan 'air itu rahmat' di loji JBA tempat saya..

air itu rahmat..

:)

Abd Razak berkata...[Reply]

Assalamualaikum...

Getir keadaannya bila takder air kan! Nak bersuci pun jadi payah...dugaan

azieazah berkata...[Reply]

Parah kalu takda air, baik takda letrik. Air kalu putus, memang seksa.

Silap-silap kena tadah air celah gunung kat Bukit Putus. hehehe

Kakzakie Purvit berkata...[Reply]

Moga hari ini dah pulih.

Kalau tak memang parah mereka yang punya baby kan. Susah kalau air tak ada berlarutan...

Zaitun berkata...[Reply]

Gomen ke swasta ke situasinya tetap sama sebab tak ada perancangan yang teliti.

Kena gali perigi sendiri hehehe...

azlina berkata...[Reply]

susah juga kalau selalu tak ada air septutnya sebelum air di beritahu terlabih dahulu agar kita boleh bersedia...tapi kalau selalu tak ada air letih juga....
di sini jarang air tak ada tetapi bekalan letrik terputus...ada le..tapi tak selalu.

Dr K berkata...[Reply]

Rumah wan saya di Rembau.

Setiap kali Hari Raya, dari saya kecik, sampai lah ke raya tahun lepas, mesti takde air atau air kecik sangat...

Memang saya bengang betul dgn SAINS..dulu JBANS kan...

Ntah apa apa..

Leceh woooo...hari raya..pinggan mangkuk nak basuh byk....kaum keluarga ramai, nak mandi semua..

Cik Ina Do Do Cheng berkata...[Reply]

ibu intan masa makcik duk lama kampung gadong pun cam tu.lagi sakit kalau ada kenduri kendara.pakat ramai-ramai komplin je, masuk aduan rakyat okey gak.