Followers

Khamis, 1 Julai 2010

Saman oh saman, larilah budget ku..

Pagi semalam abahintan berurusan dengan syarikat insuran pasal road-tax kereta ibuintan.  Tetapi petang semalam pulak dapat pangilan dari seorang kakitangan syarikat insuran berkenaan.....'.maaf encik, isteri encik belum jelaskan bayaran saman trafik sebanyak RM300'...waduh gimana ni, entah bilalah dapat surat saman tu ibuintan pun dah tak ingat

Dapat surat saman trafik sebab:
sebab ni je... tak lah laju manapun, had lajunya 70km/j  tapi masa kena tembak tu ibuintan bawak lebih sikit je......76km/j je, tak laju kan.  Masa tu laluannya ialah di Jalan Melang otw ke TMS K. Pilah nak ambik intan.

Pagi tadi abahintan pergi bayar saman tu di Cawangan Trafik Balai Polis K. Pilah, pegawai polis yang bertugas mengatakan tiada diskaun untuk saman trafik.  Jadi bayar jelah, kalau tak JPJ tak luluskan pula road-tax kereta yang tamat tempoh hari ni 1hb. Julai.
Lari budget bulan ni....nak buat macam mana kan dah sendiri cari masalah, sapo suruh langgar undang-undang, (langgar ke tu)

p/s:  sah trip ke Jakel akan di tangguhkan

10 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...[Reply]

Cukai jalan kereta kakcik pun dah nak tamat tempoh - janganlah ada masalah hendaknya!

Acik Erna berkata...[Reply]

ibuintan..tak pe la kan..yang penting cukai jalan dapat...
rombongan ke jakel..bulan depan ye..kita jumpa disana...he he.

Zaitun berkata...[Reply]
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
ibuintan berkata...[Reply]

yelah kakcik..
lepas ni nak kena tengok speed betul2, tak nak lagi kena saman..
first time kena ni sejak ada lesen 1998

ibuintan berkata...[Reply]

betul kak erna..
apa pun yang penting cukai jalan dapat semula, kalau tak... tak berani nak bergerak ke mana-mana, lagi berat samannya nanti..
memang rombongan ke Jakel len kali la tu..

Ibu Sayang berkata...[Reply]

Salam Ibuintan,

Ada trip ke jakel...cam sodap je bunyinya, x apa sempat lagi kumpul $$$$..

ibuintan berkata...[Reply]

hahahaha..mesti ado trip ke Jakel, kan dah nak poso ni..mulo la pikir nak buek baju rayo

Guru berkata...[Reply]

memang time nak renew road tax ni berdebar sikit... kes kena bayar saman yang tak perasan lah ni

ibuintan berkata...[Reply]

betul la a kl ctzen...
memang tak perasan dah ada saman, sebab tak dpt lak surat saman..
sabar je lah..

kasihibu berkata...[Reply]

sya tak semak lagi saman
sbb lari laju masa balik utara tu
nantilah dah sampai seru baru periksa saman
heheheee...