Followers

Khamis, 8 Julai 2010

Gara-gara bola


Pagi nanti Jerman bertemu Sepanyol di semi-final World Cup, dah pukul 2.30 pagi tu, boleh ke jaga lagi. Sejak awal Azim dah pujuk ibu dan abahnya teman tengok perlawanan itu nanti.  Ibu dan abahnya ni taklah gila bola sangat, nengok gitu-gitu saja taklah sampai nak bersengkang mata.

Malam ni dah la sejuk sebab hujan lebat turun sejak tengah hari lagi. Menjelang senja baru berhenti. Bila dah sejuk dan dingin membalut tubuh, mata cepat je ralit ye, cepat sangat mengantuknya.

Azim dah siap bawa keluar comforter empat helai beserta bantal dari bilik, bentang buat tilam dan buat selimut katanya.  Azim kononnya nak minta ibu atau abahnya kejutkan pukul 2.30 nanti.  Alamatnya kami bertiga beranak malam ni tidur ngadap tv la.

Azim tu ada juga penakutnya  tapi ada hati lagi nak nunggu depan tv.  Dah siap saja bentang comforter, baru start cerita Titanic di TV2  dia dah lelap. Tapi dia dah  suruh abahnya menonton cerita Titanic tu sampai habis. 

Sebab tayangan cerita tu sehingga pukul dua pagi, tu sebab dia suruh abahnya nengok. Jadi dia rasa abahnya akan kejutkannya sebelum perlawanan bola bermula.  Tak jamin kami akan jaga waktu tu. Lainlah kami memang tunggu sama perlawanan itu.

Rasanya kami takkan kejutkan Azim semata-mata nak suruh dia bersengkang mata dan esok paginya pergi sekolah.  Belum masanya.  Biarlah dia tengok siaran tertunda nanti.

Rasanya tidak salah tindakan kami ini, bukan ada faedah pun untuk dia berjaga semata-mata kerana nak nengok orang Jerman dan Sepanyol berebutkan sebiji bola.

p/s;  cuma sanggup meneman dia tidur di depan tv saja.

7 ulasan:

kak wan berkata...[Reply]

kat umah kakwan ..baba tengok bola sorang aje..tapi bila bangun pagi tadi ,dia tanya kakwan berapa gol spain dapat? bukan tgk tapi tidur depan tv.

Zaitun berkata...[Reply]

Samalah dengan hubby kak Zai beria2 mengadap tv last2 tv yang tengok dia,sampai kepagi terang benderang.

ibuintan berkata...[Reply]

kak wan samalah tiga-tiga lolap depan tv, pagi ni tengok berita nak tahu sapa yang menang..
tak sanggup bersengkang mata lainlah kalau hari ni cuti

ibuintan berkata...[Reply]

kak zai, rasanya mlam tadi banyak tv yang tengk orang bukan orang yg tengok tv,..terjaga masa tu tapi saja tak nak kejut azim ngan abahnya

kak Erna berkata...[Reply]

ibuintan..camana azim ..tak marah ke dia..tak kena kejut..anak akak set alarm kat hp dia..tak kuasa nak kejutkan..
akak pun sama ...buat apalah..kita tengok dia orang tu berebutkan sebiji bolakan..buat pening kepala aje..he he..

ibuintan berkata...[Reply]

salam kak erna,
tak marah pulak dia, memang ngantuk kalau kejut pu tak pasti lagi sanggup nengok tu..
lepas solat subuh terus dia terconggok depan tv tunggu berita..tp dia frust sebab sokong jerman yg dah kalah

nosembilanbelas berkata...[Reply]

hahaha..sian azim..mesti hangin la tue...betul la tu ibu, bola sebijik..berebut sekampung