Followers

Jumaat, 23 Julai 2010

Sakit tekak

Bangun pagi saja tekak rasa perit dan pedih. Ini mesti sebab makan rambutan petang semalam.  Petang semalam abah dan mak mertua datang, datang menjenguk abahintan yang masih belum sihat.  Masih mengalami sakit-sakit badan akibat kemalangan tempoh hari.

Mereka datang membawa sebeg plastik rambutan madu.  Rambutan yang sedap dan manis. Sedap saja ibuintan makan sebiji lepas sebiji.  So pagi ini terima kesan sampingannya , tekak rasa sakit dan pedih, nak batuk mungkin.

Terus minum madu. Harap-harap lepas ni lega dan terus hilang sakit tekak ni. Maklumlah nak banyak cakap nanti, kalau tak keluar suara camna pulak.  

Nasib baik suara masih okey, kalau dah keluar suara itik  mesti kena gelak dengan anak-anak murid nanti.

17 ulasan:

kakcikseroja berkata...[Reply]

Kena minum banyak air kosong tu, ibuintan. :)

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...[Reply]

Salam Kak,

Suara wock kata anak saya.


hehe..


Petua orang cina satu madu+ limau setiap pagi.

ibuintan berkata...[Reply]

memang kakcik hari ni bawa bekal air kosong ke sekolah, dah habis 1 botol air mineral

ibuintan berkata...[Reply]

reen,
pagi tadi dah minum satu sudu madu tapi takde limau, stok limau pulak dah habis.
ni dah rasa lega sikit, dah tak pedih dan perit lagi

Yunus Badawi berkata...[Reply]

Salam ibuintan.

Skrg ni mmg musim org batuk dan sakit tekak. Imam surau kami pun batuk juga. Malam tadi baca Yasin mcm suara rockers hehehe.

Kalau batuk nape rambutan yg selalu disalahkan? Kesian buah tu ngeee

Semoga awak cepat baik.

Yunus Badawi berkata...[Reply]

oh lupa tanya.

abahintan masih sakit2 lagi ke? Elok pergi check up sekali lagi kalau belum pergi.

Zaitun berkata...[Reply]

Makan lupa diri ya...hehehe.
Minum air masak banyak2 insyaallah baiklah tu.

ibuintan berkata...[Reply]

salam kembali YB,
tu lah tak pasal-pasal rambutan kena salahkan, sebenarnya yang punya diri tak sedar diri, makan tu berpatut lah kan..ni tak, selagi tak habis belum berhenti..
YB, abahintan dah pergi check sekali lagi semalam, doktor kata tak apa2, sakit2 mungkin sebab tersentak yang kuat masa membrek

ibuintan berkata...[Reply]

kak zai,
memang makan sampai lupa diri, dah beransur kurang sikit...dah tak terasa pedih cuma masih gatal-gatal ditekak

kak Erna berkata...[Reply]

ibuintan..minum air banayk2..kat rumah akak sekarang ni dua orang sakit tekak..batuk..kat opis pun sama..

azlina berkata...[Reply]

salam kak...

ina dah batuk dan sakit tekak dah seminggu masih x baik2 kak kelmarin ke hospital...dpt antibiotik dktr ckp kalau x baik lagi kena check kahak ina kena ambil darah juga ...minta..minta dijauhkan allah dr perkara tdk kita ingini...

S..U..D..@..I..S berkata...[Reply]

salam
selalu klau musim buah memang suka sakit tekak atau bengkak mulut...sekejap ja ...harap gitu la kan

kak wan berkata...[Reply]

Sebab tu lah kak wan ashik tak jadi je nak beli buah rambutan sebab takut batuk.(gatal tekak yg sebenarnya.)

ibuintan berkata...[Reply]

kak erna,
dah banyak dah minum air, agaknye sekarang musim lah, kat sekolah ada juga yang ngadu sakit tekak..

ibuintan berkata...[Reply]

Ina,
kalau macam tu risau jugak kan, harap ina cepat sembuh dan tidak ada masalah laen kecuali batuk biasa saja, teruskan makan ubat dan antibiotik tu....

ibuintan berkata...[Reply]

sud@is,
tu lah pasal, dah buah ada, tu yang makan sakan tu sampai puas...harap sakit tekak ni tak melarat

ibuintan berkata...[Reply]

kak wan,
saya kalau buah rambutan ni memang payah sikit nak kontrol, tapi yang rambutan kuning (gading) tu memang tak berani nak makan, kalau makan pun sebiji dua saja...
yang kuning ni rasanya lagi bisa, cepat saja sakit tekak dan batuk