Followers

Ahad, 4 Julai 2010

Hilang selera

Malam tadi ibuintan sekeluarga pergi kenduri tahlil dan berzanji di rumah keluarga adik ipar di Kg. Lanjut Manis , Terachi. Kenduri tahlil dan berzanji sempena perkahwinan adik perempuan kepada adik ipar.

Majlis akad nikah telah berlangsung pada petang semalam sebelum Asar.  Pada sebelah malamnya pula, selepas solat Maghrib diadakan berzanji dan diikuti majlis tahlil aruah.  Semasa makan malam tadi, ibuintan duduk semeja dengan tiga orang nenek yang umurnya dalam lingkungan  70an.

Ibuintan senyum sendirian mendengar perbualan nenek tersebut. Perbualan yang lebih kepada rungutan.
Topik utamanya ialah 'pinggan'.  Kebanyakkan majlis kenduri sekarang menggunakan pinggan jenis melamin yang rata permukaannya..  Jadi nenek-nenek itu bersungut kerana makan dalam pinggan yang rata tersebut.

Seorang mengatakan susah sebab nasi lari-lari dalam pinggan tu. Sorang lagi kata tak dapat bubuh banyak kuah sebab meleleh keluar. Sorang lagi pula mengatakan harap lawa saja tapi menyusahkan.. tak puas makan. Jauh sedap makan dalam pinggan lama ..kata mereka juga  'hilang selera makan'.  Tapi betul jugak agaknya selera makan mereka hilang sebab nasi ketiga-tiga mereka tak habis berbanding nasi dalam pinggan ibuintan yang licin.

Itulah antara rungutan warga emas tersebut, Ibuintan okey je tak kira apa jenis pinggan. Janji lauk sedap-sedap dan perut pulak lapar.......layan saja.


Pinggan melamin yang rata dan berbeza dengan pinggan nasi biasa yang melengkung sedikit ke dalam.


Hari ini kami sekeluarga akan bertandang semula ke majlis perkahwinan tersebut.
Majlis perkahwinan antara      Noradiah bt. Mohd Dan
                                                              dengan
                                               Mohd Rahdzime b.Sarif

Ini ialah gambar semasa majlis berinai kedua pasangan pengantin yang berlangsung pada pukul 10.30 malam tadi.

13 ulasan:

Insan Marhaen berkata...[Reply]

bagi IM lebih gemar makan guna pinggan seperti sebelah kiri tu tapi diperbuat dari tembikar.

ibu_suri dulu selalu bising sebab guna pinggan set yang dia simpan. IM jawap; tumpang IM masih hidup gunalah. takkan nak tunggu tetamu datang baru nak guna.

nosembilanbelas berkata...[Reply]

pinggan leper ke lengkung ker...kalu dah lapar..sapu je.. tapi orang dulu2..memang dah terbiasa dengan pinggan lengkung kannn ibu

al-lavendari berkata...[Reply]

salam. bagi orang muda, mungkin tak ada masalah tapi bagi orang yang dah berumur 70an, itu masalah bagi mereka.

adakah kita perlu meyediakan pinggan khas untuk mereka atau mereka yang perlu belajar menyesuaikan keadaan ?

kak Erna berkata...[Reply]

ibuintan..masa arwah bapak akak masih ada..jangan la bagi dia pinggan leper ke..pinggan arcoroc yang jernih ke..kalau tengok pinggan jenis tu..mau dia tak jadi makan..nampak lantai..katanya..

kakcikseroja berkata...[Reply]

Kakcik pun tak pandai guna pinggan leper tu.. :)

ibuintan berkata...[Reply]

selamat malam Im,
abahintan pun tak suka pinggan mangkuk yang cantik dijadikan hiasan saja..
memang kat rumah ni semua guna pinggan tembikar

ibuintan berkata...[Reply]

salam ane,
memang orang tua2 hanya suka pinggan lengkung saja dan mesti tembikar..
dah terbiasa begitu

ibuintan berkata...[Reply]

tuan haji,
kita orang muda ni boleh apa saja, tapi memang bagi orang yang dah berusia memang masalah bagi mereka tambahan tangan pun dah terkial-kial..
rasanya tak perlu kot, biarlah mereka merasa sama perubahan yang sedang mereka hadapi

ibuintan berkata...[Reply]

kak erna,
sama lah dengan aruah abah saya, pantang besar kalau makan guna pinggan jernih tu..katanya makan atas tikar..
dia pergi kenduri pun minta tukar pinggan lain, orang kampung memang dah paham..sabar je lah

ibuintan berkata...[Reply]

tapi tu lah kakcik, sekarang trend pinggan semua jenis leper, nak taknak terpaksa guna juga..

Tanpa Nama berkata...[Reply]

saya pula tak kisah apa jenis pinggan, janji boleh guna dan perut kenyang

kak wan berkata...[Reply]

kakwan samalah macan ibuintan, tak kisah pinggan cam manapun janji makanan sedap, dan makan pakai tangan.

ibuintan berkata...[Reply]

yes.. setuju kakwan, janji makanan sedap dan tak perlu guna sudu garpu bagai..guna tangan hingga menjilat jari