Followers

Sabtu, 17 Julai 2010

Mari berpesta - PESTA PERSUKUAN ADAT PERPATIH

Selamat petang.
Pagi tadi ke Muzium DiRaja Istana Lama Seri Menanti sempena Pesta Persukuan Adat Perpatih Negeri Sembilan 2010.  Majlis perasmian di sempurnakan oleh DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Sampai di Muzium DiRaja  dalam pukul 9.10 pagi selepas hantar Intan ke kelas  tusyen. Muzium Di Raja Istana Lama Seri Menanti ini terletak di luar kawasan istana baru sekarang. Dari rumah ibuintan ke istana lama ini lebih kurang 8 kilometer sahaja.

Jom layan antara gambar yang dapat disnap.  Guna hp sahaja sebab kamera digital dah tak berfungsi pula, buat bazir karan je cas semalaman malam tadi.

                                                             Buku cenderahati.





 Di atas ialah di antara gerai pameran yang mewakili luak/kawasan dalam Negeri Sembilan. Luak-luak yang mengambil bahagian ialah Luak Ulu Muar, Luak Jelebu, Luak Jempol, Luak Sungai Ujung, Luak Teraci, Luak Gunung Pasir, Luak Johol, Luak Gemencheh, Luak Tampin, Luak Rembau dan Luak Lingkungan.

 Bahan pameran utama pada hari ini ialah 'Makanan Tradisional". Di mana setiap luak menyediakan masakan istimewa luak masing-masing yang berupa lauk-pauk dan kuih-muih tradisional. Juga dipamerkan cara-cara penyajian hidangan tersebut.


Gerai pameran lain yang sempat dijenguk.













                        





Buah-buahan yang terdapat di gerai Jab. Hal Ehwal Orang Asli.

                         Panco (bunga telur yang dicucuk pada batang pisang) dan ditegakkan dalam rumahnya.
Pernah tengok dan dengar tak buah ni?  Inilah buah kadam, terdapat di gerai Luak Inas. Biji buah yang telah direbus boleh dibuat kuih dan air rebusan bijinya pula dikatakan mujarab untuk mengubati penyakit kencing manis dan gaout.

Pertandingan melukis dan mewarna juga dijalankan yang disertai oleh pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah sekitar Luak Tanjung Ipoh.













Selesai majlis perasmian DYMM Yang Dipertuan Besar dan DYMM Tuanku Ampuan Besar melawat ke Balai Pameran Luak-luak dan menikmati hidangan masakan tradisional yang disediakan.

5 ulasan:

Acik Erna berkata...[Reply]

ibuintan..akak pun ada kat sana..nape kita tak jumpa kan..
sempat la ngadap tuanku santap tu..kat luak sungai ujong dan luak rembau..

kak long berkata...[Reply]

la,best eh lak..
rugi x poie...
xtau pun ado pesta,ari tu poie x do acara apo2 pun...

ibuintan berkata...[Reply]

la kak erna, saya pun hanya sempat ngadap tuanku santap di dua luak tu jugak...yang laen tak tengok, balik dah..nak masak pula walaupun dah kenyang merasa pelbagai jenis masakan di sana sebab Azim tak ikut

ibuintan berkata...[Reply]

kak long, datang lah esok , ada acara lagi...sok lagi macam2 ado

kasihibu berkata...[Reply]

walaupun sya orang negori
tp sangatlah tak tahu pasal undang luak ni
kalau tahu ado majlis macam ni, harus sampai sano..