Followers

Sabtu, 10 Julai 2010

Berikan keutamaan.

                                                (dari Tok Google)
Sekarang  hampir setiap majlis kenduri, menyediakan makan secara buffet.  Jadi bila buffet  kita kenalah melayan diri sendiri dengan mengambil makanan sendiri.  Makan secara buffet ini menyenangkan pihak tuan rumah dan penanggah. Tak perlu menghidang dan menating-nating.

Jimat juga masa mencuci pinggan mangkuk. Hanya cuci pinggan dan gelas sahaja, tak perlu cuci piring gulai, dulang, teko, sudu dan lain-lain lagi... Buffet kan kita guna set buffet, habis lauk tambah lagi, tambah lagi sampai lah lauk tu memang dah habis, dah tak boleh tambah lagi.

Makan cara buffet ni ada juga ceritanya terutama di kampung-kampung. Seingatnya, di Kg. Kuala Talang ni, ibuintanlah yang mulakan dulu cara makan secara buffet ni...masa tu tahun 2004, ibuintan buat kenduri khatam Al-Quran dan khatan Along.  Kebetulan ibuintan buat rombongan bawa pelajar tahun 6 ke Kelantan sebelum tu, jadi dapatlah beli set buffet tu di Rantau Panjang.  Gunakanlah masa kenduri tu.

Mual-mula buka mulut nak buat cara buffet ni, ramai juga yang menentang...tak elok la, tak biasa la..janggal la..macam-macam alasan pak dan mak sedara dan  jiran yang menentang. Tapi kami buat 'donno' saja, kami cakap nak buat perubahan..kalau tak buat perubahan mana tau elok ke tak.....Gelihati juga pada mulanya nengok uwan-uwan dan makcik-makcik tu kekok nak mengambil makanan sebab dah terbiasa makanan dihidangkan di atas dulang.

Itu dulu tahun 2004, sekarang semua majlis kenduri di kampong ini dah menggunakan stail buffet ni, kenduri di surau dan masjid pun sama, dah tak payah menghidang. memang banyak menyenangkan kerja, tambahan sekarang kita kekurangan tenaga muda yang mahu bergiat aktif dalam kerja-kerja 'berpangkal' atau rewang ni.

Tapi tulah, di kampung...ada antara  uwan-uwan dan atok-atok ni tak reti  nak beratur, main belasah saja, tetamu dah elok-elok beratur panjang tapi yang mereka selamba saja ..ambil pinggan dan terus ceduk lauk. Memanglah kita yang muda patut menghormati dan memberi laluan kepada uwan dan atok-atok ni,
tapi berhemah jugalah sepatutnya.. cakaplah dan berilah alasan apa yang patut,  senang hati orang muda-muda ni, ramai yang sedia beri laluan kepada mereka..

Ibuintan pun dah pesan dengan anak-anak, utamakan warga emas ni, beri mereka laluan dulu kita dapat kemudian tidak apa, insyaallah makanan itu ada untuk kita... Dan untuk kita yang bawa bersama ibu bapa yang warga emas ni ke majlis kenduri, seeloknya kitalah yang sepatutnya mengambilkan makanan untuk mereka...jangan biarkan mereka mengambil sendiri.

Sebab dalam ramai yang beratur tak semua hati sama dengan kita yang mengutamakan warga emas, ada juga kedengaran suara-suara sumbang yang memperlekehkan cara warga emas ini.  Sebab kekadang ibuintan pun terasa hati juga kalau terdengar suara yang tak sepatutnya berkata begitu, mereka yang tidak memahami keadaan dan kesihatan warga emas itu.

9 ulasan:

nosembilanbelas berkata...[Reply]

bestnya ibu jadi trendsetter..mesti glame masa tue...bahan gossip terhebat..
tapi biasala..ada pro dan kontra nya..

al-lavendari berkata...[Reply]

seeloknya untuk beberapa tahun ini sehingga habis jenerasi lama, sediakan dua tiga dulang khusus untuk orang2 tua yang tahu, tak mahu atau tak terdaya untuk beratur.

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...[Reply]

Salam kak,

kenduri kawen cara lama lagi meriah. Ada gotong -royong. Penanggah.

Sekarang susah nak jumpa sebab tak cukup kaki tangan kata tuan rumah..

Melainkan kalau balik kampung.

Insan Marhaen berkata...[Reply]

IM pun nampaknya akan buat ala buffet la untuk majlis walimah anak IM. Kat dewan lagi..

Senang, cuma kenduri je. kendara tak payah fikir...

ibuintan berkata...[Reply]

salam ane,
memang gosip terhangat masa tu, tapi lepas tu semuo ikut, sebab dah nampak kebaikannya

ibuintan berkata...[Reply]

tuan al,
memang kenduri di kampong masih buat juga dua tiga dulang lagi terutama untuk tok iman, tok adat, dan tok2 saudara

ibuintan berkata...[Reply]

memang seronok dan terasa kenduri kendaranya cara lama ni, tapi sekarang tenaga muda dan penanggah dah kurang...
masak bergotong royong memang meriah

ibuintan berkata...[Reply]

IM, kat dewan lagi la senang siapkan duit saja...semua beres dan tuan rumah hanya menyambut dan melayan tetamu saja...badan pun tak penat

a kl citizen berkata...[Reply]

utamakan orang yang lebih tua memang wajar... tapi bila kita dah tua nanti.. jadilah orang tua yang berbahasa, kan