Followers

Selasa, 20 Julai 2010

Dugaan lagi walau kecil tapi kesannya besar.

Kali ketiga dalam masa tak sampai setahun. Kali pertama bulan Ramadhan tahun lepas. Di Jalan Bukit Putus si kancil menghentam Gen 2 yang tiba-tiba terhenti, remuk bahagian depan. Claim insuran. Bulan Mac yang lepas lagi sekali si kancil menyondol si saga. Selesai camtu je.

Yang terbaru pagi tadi, abahintan dalam perjalanan ke tempat kerja selepas menghantar intan ke sekolah.  Setibanya di satu selekoh, tiba-tiba sebuah kereta dengan lajunya merempuh si kancil. Masih bernasib baik abahintan tidak apa-apa hanya mengalami cedera ringan dan bengkak dilutut.

Dengar khabar isteri pemandu yang merempuh si kancil mengalami kecederaan teruk sementara si pemandu hanya cedera ringan.  Kesemua mereka di bawa ke hospital dengan ambulans.

Selepas abahintan membuat medical check-up dan x-ray doktor kata tiada masalah semuanya okey. Syukurlah. Hanya sejak petang abahintan merasa sakit-sakit seluruh badan terutama bahagian bahu dan dada mungkin sebab sentakan tali pinggang keledar.

Selepas solat Maghrib, berurut dengan mak saudara.

Rasanya hanya setakat ini sajalah berkoloborasi dengan si kancil. Cukuplah tiga kali mengalami kemalangan, mungkin kecil tetapi sebelum menjadi lebih besar biarlah kami berpisah terus. Mungkin tiada keserasian.

16 ulasan:

Yunus Badawi berkata...[Reply]

Alhamdulillah abahintan tak teruk.

Mungkin ada baiknya dijual aje kancil tu. Beli kereta yg lebih kukuh demi keselamatan keluarga.

kak wan berkata...[Reply]

Tumpang simpati ibuintan..
Kakwan pun rasa mungkin sikancil tu tak rasi dgn abahintan.

Insan Marhaen berkata...[Reply]

kali ni beli kembara la pulak. baru membara....

kakcikseroja berkata...[Reply]

Salam ibuintan...mungkin kancil itu ingin kembali ke tempat asalnya. Dah terlalu penat berlari-lari atas jalanraya. :)

Syukurlah ayahintan tidak mengalami kecerderaan yang serius.

Uncle Lee berkata...[Reply]

Hello IbuIntan, I think motorcar tu mesti mandi ayer bunga....
Glad you okay, nobody hurt.
You stay easy and keep well....keep a song in your heart, Lee.

Zaitun berkata...[Reply]

Syukur abahintan tak teruk.
Dulu kereta kak Zai pun pernah dirempuh lori nasib baik kami anak beranak tak cedera,lepas repair kami terus jual.

ibuintan berkata...[Reply]

YB,
Memang syukur sangat, nak beli yang kukuh sangat ekonomi lak kurang kukuh, apa pun tq atas perhatian YB

ibuintan berkata...[Reply]

tq kak wan,
betul la rasanya semua kenkawan pun cakap gitu, ada saje hal nye skarang ni..

ibuintan berkata...[Reply]

IM,
kembara yang membara tu..

ibuintan berkata...[Reply]

salam kembali kakcik,
memang nak pulangkan balik ke asalnya, biar dia berehat puas-puas

ibuintan berkata...[Reply]

Uncle lee,
tq so much, tak perlu air bunga sekarang...but my hubby yg nak i mandikan air bunga...hehehe

ibuintan berkata...[Reply]

kak zai,
memang syukur sangat, memang lepas repair ni nak tolak je kereta tu

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...[Reply]

Salam Kak,

sori kak, baru sempat datang. camne lah tertinggal n3 ni..


Alhamdulillah tak serius. Dugaan datang tanpa kita duga kan?

kak Erna berkata...[Reply]

ibuintan..alhamdulillah..abahintan..tak cedera...
akak dulu guna proton saga..baru setahun..terlangar kereta orang.sehari nak raya..sepuloh tahun selepas tu..lori pulak langgar belakang.sehari nak raya jugak..
adik beradik semua bising..akhirnya..jual jugak..

ibuintan berkata...[Reply]

salam reen, memang dugaan dan cubaan datang tanpa dijangka dan diduga..
syukur ..

ibuintan berkata...[Reply]

kak erna memang semua dah bising, lepas repair memang nak tolak terus..
ada rezeki cari yang laen