Followers

Khamis, 29 Julai 2010

Cerita si Hakim

Inilah si Hakim, anak murid yang meminta cikgunya demam lama-lama tu.  Hari ni dia masih juga dengan alasan tak bawa bukunya.  Hakim kalau malas membuat latihan dia akan datang ke meja guru sambil bercerita apa-apa saja yang terlintas di kepalanya pada ketika itu. Kalau sebelum ini cerita katun wonderpetnya yang terkini ialah cerita adik kecilnya pula. Emaknya baru bersalin kira-kira sebulan yang lalu. Jadi selalulah dia bercerita tentang adik kecilnya
Hakim seorang pelajar yang sederhana, boleh membaca tapi bab menulis sangat lemah. Pernah komplen pasal tulisannya yang tak boleh dibaca, macam cakar ayam.. tapi dia boleh pulak balas balik 'apalah cikgu ni, takkan cikgu pun tak boleh baca"  .... sabar ye lah, sebab anak orang kalau anak sendiri yang cakap camtu maunya kena pulas telinga..

5 ulasan:

kak Erna berkata...[Reply]

ibuintan..cerianya muka dak Hakim ni...sabar aje la cik gu nya ni ye..nak pulas kang anak orang..

kak long berkata...[Reply]

ehhh...goram eh...
mulut eh kan main laie...

sebaik bkn kaklong jadi cikgu eh...

Insan Marhaen berkata...[Reply]

agaknya dah besar nanti dia nak jadi loyar...

Zaitun berkata...[Reply]

Tak bawa buku boleh lagi ceria tapi kalau kak Zai boleh kalah dengan budak2 yang banyak mulut,tak sampai hati nak marah.

ibuintan berkata...[Reply]

si Hakim ni memang ceria dan banyak cakap, belajar je kurang sikit, selalu nak kena jerit baru jalan